" Duduk di atas arasy mengikut hok dio sebuk ( sebut )..' Ar-Rahmanu ^ala ^arsyisstawa ' dale al-Quran sebuk tuhe ye ( tuhan yang ) bernamo Ar-Rahman ini duduk atah singgohsano..bilo bunyi tuhe duduk atah singgohsano dok atah kusi la kito kato dok (duduk di atas) kusi besa (kerusi besar), bilo tuhe kato dio dok atah kusi besa, kito bghaso (terbayang) dale palo (dalam kepala) kito.. tuhe ni ( butiran perkataan tidak jelas ) dudok atah kusi besa, dale palo ..... ( harap maaf,perkataan tidak jelas ) ,kato tue kitak (tuan kitab) ni..kito nok kato guano (kita tak dapat buat apapun).. munggo (oleh kerana) Dio sdighi (sendiri) sebok (sebut) dale Quran, dale Quran al-Rahmanu ^ala ^Arsyisstawa sebute (sebutan) Melayunyo tuhe ye bernamo al-Rahman itu istawa ^ala ^arsyi dudok sello lendik (duduk bersila rapi) di atah singgohsano..Dio kato Dio dok istawa istawa atah memberi makno sello lendik jadi kito pehe (faham) sello lendik kito pehe, ( butiran perkataan tidak jelas ) sello (bersila) lagu manoh (macam mana)? sello (bersila) ye pade (yang sesuai) nga (terhadap) Dio la, sello ye layok (yang layak) denge (dengan) dio..blah mano (bagaimana cara) dio sello (bersila).. tak dok sapo dio (tiada siapa) buleh ghoyak (dapat menjelaskan), akhirok ( butiran perkataan tidak jelas ) pekatae (perkataan) dudok sello ko (atau) pekatae dok cacce (berdiri) ko pekatae dok blebbing (berbaring)ko..ini pekatae-pekatae ye mengikut keadae (keadaan) dio..ibarat ( butiran perkataan tidak jelas ) muko..kualo ada muko, ( butiran perkataan tidak jelas ) muko sughat (muka surat) muko hambo muko kuala muko gapo lagih (apa lagi)? heh? muko pitu (pintu) hoh muko pitu, muko pitu muko tanggo muko kualo muko sughak muko oghe (muka orang)..sebok-sebok yang disebut adalah) muko..tapi jangelah (janganlah) pulok kito pike (fikir) bilo (ketika disebut) muko gak maghi (terbayang) supo muko kito ni muko beto (betul)..ado hidung ado mato (mata) ado gigi tu muko kito, muko kualo? ado hidung? ado pipi? takdok..namo (dipanggil) muko jugok.. ( butiran perkataan tidak jelas )takdok nga air (tidak mengandungi air) takdok gapo pong (tiada apa pun), muko sughat (surat)? takdok hidung takdok gapo pong tapi namo muko jugok aa bgitu jugok la Allah Ta^ala ( ^ala za^mihi wa jahli ) kito dudok sello Allah Ta^ala dok sello jugok, tapi adokoh sghupo (sama seperti)kit..sello kito denge (dengan) sello tuhe? tok sghupo..tok sghupo (tak serupa).. tapi ( butiran perkataan tidak jelas ) lagu manoh (bagaimana)? lagu dio lah (cara dialah)..lagu mano lagu dio (bagaimana cara dia)? ( butiran perkataan tidak jelas ) aa tu bezo..pasal dok sello soh (dah pasti) dok sello, munggo (sebab) dia kato istawa..bgitu jugok pasa (mengenai) masaaloh muko sakni (tadi), muko kualo yo (memang) doh (betul-betul) muko, soh (memang pasti) la kuala ado muko, tapi lagu manoh? lagu kualo..jange la kito pike kualo ado gigi seronggeh (tersusun di hadapan) ado hidung ado gapo,itu.. itu muko kito..heh? " - tamat
( Guna tajuk di atas untuk mengesahkan kebenaran penulisan artikel di bawah )
Penulisan ini bukanlah bertujuan meraih populariti atau di atas kepentingan mana-mana parti politik sebaliknya untuk membongkar kekejian yang tersembunyi disebalik topeng Islam, janggut dan serban individu tertentu. Antaranya individu di dalam artikel kali ini. Sama-sama kita menilai..
Berkata Nik Abdul Aziz al-Wahhabiy ( Najizs ) :
" demonstrasi ni..memang apo name ni tabiat manusia, orang Islamdiajar demonstrasilimo kali saghi..huh uk..smaye bejemooh ni demonstrasi, tiap-tiap hari limo kali saghi stiap-tiap kampong datang ke masjid,de skali sminggu demonstrasi lebih besa lagi mencakupi 3,4 buah qaryah gi ko smasjid de skali staung orang Islam demonstrasi seluruh dunia pergi kepada tanah suci, ini demonstrasi ini hak-hak manusia zaman duluzaman Rasulullahdulu adodemonstrasi kecil-kecile, tok banyok demonstrasi hok luar daripado smaye jemooh,isteghi-isteghi Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallamdemonstrasi sama-sama dia minta belanjolebihjupo Rasulullah tapi dinasihat oleh Allah samada nak pilih Rasulullah ataupun nak pilih hidup senang akhirnyo apo namo ni isteghi Rasulullah tok jadi demonstrasi hoh..memang dah blaku..demonstrasi ni hok manusia tak boleh sekat kalu mau..kalu tak mau demonstrasi daripado rakyat, jange buak bendo ye becanggoh denge kehendok rakyatbarulah takdok demonstrasi, tapi slagi dok buak bendo-bendo ye nampok kelaine diantaro pimpine denge orang bowoh, semuo ni takkan blaku.." - tamat.
Perhatikan ucapan kurang ajar lagi bodoh bahkan bercanggah dengan ucapannya sendiri
Berkata Nik Abdul Aziz al-Wahabiy( Najizs ):
1) '' ..orang Islam diajar demonstrasi limo kali saghi.."
2) ".. isteghi-isteghi Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam demonstrasi sama-sama dia minta belanjo lebih.."
3) "..jange buak bendo ye becanggoh denge kehendok rakyat barulah takdok demonstrasi.."
Apakah maksud semua ucapannya yang berbelit-belit itu?
Apakah yang hendak disampaikan oleh Najizs dengan ucapan pertama?
Takwilan Pertama : " Ayat pertama di situ mengandungi balaghah yang tinggi di mana maksudnya adalah perhimpunan manusia "
Takwilan Kedua : " mungkin untuk menerangkan kepada kita bahawa pentingnya demonstrasi kerana Allah sendiri yang menyuruhnya "
Takwilan Ketiga : " Setiap orang Islam mesti menyemai di dalam dirinya untuk sentiasa berdemonstrasi "
Takwilan Keempat : " Demonstrasi ketika solat dimaksudkan dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dalam menuntut pahala dari Allah "
Takwilan Kelima : " Demonstrasi dalam solat mengajar kita erti mencari kebenaran kerana di situ kita menunjukkan perasaan tidak puas hati dalam diri "
Takwilan Keenam : " Beliau bercakap dengan orang Kelantan, mungkin orang Kelantan faham maksud dia "
Takwilan Ketujuh : " Beliau adalah tok guru, jadi dia tau apa yang dia nak sampaikan, takkan tok guru alim seperti dia tak faham percakapan dia sendiri "
Takwilan Kelapan : " Memang la perkataan demonstrasi agak keras bunyinya tapi takkan seorang guru bermaksud kurang ajar dengan Allah, tak masuk akal la.."
Apakah pula yang dimaksudkan dengan ucapan kedua Najizs?
Takwilan Pertama : " Ucapan kedua tu mengandungi hukum untuk mengharuskan demonstrasi "
Takwilan Kedua : " Dengan sikap yang ditunjukkan oleh isteri Rasulullah menunjukkan bahawa apabila kita tidak berpuas hati dengan seseorang maka hendaklah berpakat beramai-ramai menentang dia "
Takwilan Ketiga : " Isteri-isteri Nabi diibaratkan sebagai rakyat dan Rasulullah pula diibaratkan sebagai pemimpin negara "
Takwilan Keempat : " Sekiranya seorang pemimpin negara tidak menjalankan pemerintahan dengan baik maka mestilah demonstrasi untuk menjatuhkannya walaupun pemimpin itu tak pernah menyuruh berbuat kemungkaran "
Takwilan Kelima : " Para isteri tidak boleh malu untuk menuntut hak dengan menunjukkan kepada orang ramai sikap buruk suaminya samada di jalanan atau melaung-laung di dalam rumah "
Takwilan Keenam : " Sebagai seorang manusia, kita tak terlepas dari melakukan kesilapan, mungkin apa yang berlaku terhadap para isteri Nabi ada hikmah di sebaliknya "
Apa pula nak disampaikan dengan ucapan ketiganya itu ?
Takwilan Pertama : " Ucapan Ketiga ni adalah kesimpulan dari ucapan pertama dan kedua yang mana harus demonstrasi dalam Islam PAS "
Takwilan Kedua : " di sini menunjukkan amaran beliau kepada para pemimpin UMNO supaya memerintah dengan baik, kalu tidak PAS dengan tidak segan silu akan menghuru-harakan negara dengan demonstrasi beramai-ramai "
Takwilan Ketiga : " Demonstrasi sebenarnya baik untuk kesejahteraan rakyat lebih-lebih lagi menundukkan kerajaan UMNO daripada terus berleluasa dan batu loncatan untuk kami sampai ke puncak pemerintahan "
Takwilan Keempat : " Kalau tak buat demonstrasi rasanya agak janggal bagi kami orang PAS lebih-lebih lagi PKR kerana ianya merupakan asas pegangan PKR"
Takwilan Kelima : " PAS dah pernah cuba pelbagai cara untuk menjatuhkan UMNO tapi semua cara sebelum ini agak slow emotion, jadi dengan berdemonstrasi akan menghangatkan lagi suasana politik Malaysia "
Takwilan Keenam : " PAS memilih cara demonstrasi ini kerana ia bukan tradisi baru malah telah lama digunakan sejak zaman Hizb Qutubiyy ( Syed Qutb ) di Mesir lagi bahkan Hizb Tahrir di Indonesia pun menggunakan demonstrasi menentang kerajaan mereka malah Umayyah pun pernah memberontak terhadap Saidina Ali semata-mata untuk memerintah "
Penulis berpendapat :
Nik Abdul Aziz al-Wahabiy( Najizs ) dah berperasaan kononnya dia dah jadi mujtahid yang bebas mengeluarkan hukum buktinya dia cuba menghalalkan politik jalanan dengan mengaitkan dan mengaibkan para isteri Nabi malah menokoktambahkan fitnah serta mereka-reka cerita sesuatu yang langsung tak ada kaitan dengan Nabi..malah menyifatkan sesuatu yang jelik lagi dayus terhadap Nabi dengan menggambarkan para isteri nabi mahu berdemonstrasi kerana tidak puas hati dengan perbelanjaan rumahtangga dan memprotes Nabi, jika difahami perkataan Najiz ini menunjukkan Nabi tidak mempedulikan hal-hal kebajikan isteri Nabi dan memperlekehkan kewibawaan Nabi sebagai suami kepada sembilan orang isteri Baginda yang tercinta. Ini satu penghinaan dan perlecehan terhadap Nabi Ikutan Tauladan Paling Sempurna Maksum dari segala dosa yang lalu, sedang atau yang akan berlaku. Sedangkan Nabi adalah seorang pencinta yang paling setia, seorang suami yang sejati, seorang lelaki yang teramat prihatin walau dalam hal yang kecil. Malah isteri-isteri baginda tidak pernah bermasam muka dengan Baginda yang mulia apalagi untuk menunjukkan penentangan terhadap Baginda Tercinta.
Bukan itu saja, Najizs ini dah melampau dan kurang ajar dengan mengatakan orang Islam demonstrasi terhadap Allah, betapa jahilnya pemimpin yang dijulang pengikut dangkal PAS, tengoklah betapa biadapnya dia dengan Allah. Apakah dia faham dengan makna perkataan demonstrasi yang dilafazkannya? Semestinya tidak!! bahkan diyakini yang Najizs ini bodoh dengan kalimah ini. Ada perkataan yang boleh didatangkan dengan pelbagai makna dan ada pula dengan makna yang satu antaranya perkataan demonstrasi dan samseng ( SILA RUJUK SENDIRI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA DAN SASTERA ATAU KAMUS PELAJAR ATAU MANA-MANA KAMUS BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA SAHAJA ) Bahasa Melayu pun tidak lulus, macam mana nak jadi pentafsir Quran dan Hadis yang jelas maknanya tersirat dan tersurat. Allah sendiri berfirman dengan mafhumnya terdapat ayat muhkamat dan mutasyabihat di dalam al-Quran. Di situ menunjukkan al-Quran tinggi dengan balaghah bukan sebagaimana sanggahan wahabi mengatakan tidak ada ayat balaghah di dalamnya, tak cukup dengan itu mentakwil ayat secara zahir.
Terbukti kedangkalan ilmunya disertai putar-belit bicaranya seperti musang tua berlidah ular dengan kenyataannya yang saling bercanggah dalam memberi pengertian dan pemahaman terhadap kalimah DEMONSTRASI. cuba perhatikan maksud pada
contoh pertama :
DEMONSTRASI TERHADAP ALLAH DALAM SOLAT, manakala
contoh kedua :
DEMONSTRASI TERHADAP NABI OLEH ISTERI-ISTERI BAGINDA, selanjutnya
contoh ketiga :
DEMONSTRASI TERHADAP PEMIMPIN OLEH RAKYAT.
Adakah ianya membawa pengertian yang sama? Mulia? Terpuji? Terbaik? Atau masih ada takwilan ketaksuban untuk mengatakan pengertian itu bergantung pada keadaan? Tak pernah sepanjang hidup penulis mendengar atau membaca mana-mana penulisan hatta karangan murid darjah 3 atau 4 lebih-lebih lagi UPSR yang menulis sebagaimana Najizs.
Sebagai kalam akhir, Penulis tidak ingin memanjangkan kalam sebaliknya ingin membiarkan sendiri pembaca mengakalinya dengan kebijaksanaan dan menimbangtaranya dengan ilmu serta menghakiminya dengan kebenaran.
Alhamdulillah kumulai sebagai syukurku padaNya Yang Maha Esa. WujudNya tidak bertempat tidak berpihak pada mana-mana arah. Dialah Yang Maha Berkuasa yang tidak berhajat pada apa yang diciptakanNya. Bersifat dengan segala kemuliaan dan keagungan serta jauh dari segala sifat kekurangan dan kelemahan seumpama sifat-sifat makhluk. Maha Suci Allah dari sifat makhluk. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam, juga buat ahli keluarga Baginda yang tercinta dan para sahabat yang terpilih.
Terlebih dahulu, ucapan terima kasih dikirimkan buat Helmi di atas perkongsian fikrah. Di sini ana ingin memetik sebahagian daripada fikrah Helmi dalam mengutarakan pendapat dan teguran. Dalam masa yang sama ana selaku pihak tertuduh ingin membuat sedikit pembetulan terhadap lontaran helmi kepada ana selaku pemilik WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM.
Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM ( PT ) :
" Bagaimana ISLAM nak diterima oleh pendakwah seperti penulis blog pasvspas ini?
Cakap main ikut sedap mulut ...Kamu hentam peribadi saya!
Saya mengaku saya jahil , ok . Kalau boleh saya nak belajar dengan kamu sebab saya jahil .
Ya memang saya tidak alim saya mengaku saya sangat jahil..
Saya ingin mengajak kita buka minda jangan lekas kufurkan orang .
Soal Aqidah jangan main2 , ini soal AQIDAH!!!
NASIHAT UMUM SAYA TUJUKAN KEPADA SEMUA TERMASUK DIRI SAYA, JANGANLAH Kalau alim tapi takabur ,takut kita kufurkan orang sebelum sahih !
Sebelum berhujah dan mendapat penjelasan dari orang yang yang kita kufurkan dia ...
Kita berbahas kerana nak keputusan yang sahih mengikut ilmu yang dipelajari , bukan kita berbahas nak tunjuk sapa yang hero , ini salah.
Saya nasihatkan diri saya supaya perbetulkan niat berbincang , bukan nak tunjuk sapa yang hebat, sapa yang hero .
Andai niat begitu sia2 masa kita , tidak dapat kebajikan bahkan sia2 nikmat masa kita.
"
Jawapan Balas WWW.PASVPAS.BLOGSPOT.COM ( PVP ) :
Ana pada asalnya tidak mengajak Helmi untuk berbahas malah tidak pernah mengetahui kewujudan blog yang menisbahkan diri dengan pondok seperti WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM. Setelah ana mengetahui wujudnya blog PT dari teman-teman, maka ana mendapati PT sudah menikam ana dari belakang. Akan tetapi, setelah ana menjawab sebahagian kenyataan yang dibentangkan dalam blog PT, tiba-tiba PT menuduh ana menghentam peribadi PT. Adakah wajar sikap yang PT tunjukkan ini pada khalayak ramai? Adakah PT cuba menagih belas ehsan dari orang ramai di atas kelebihan yang ada pada PT? Malah ana tidak nampak apa yang PT katakan perbahasan untuk mencari keputusan yang sahih dalam kenyataan PT yang lepas. Bahkan selayaknya ana yang sepatutnya mengatakan PT " Cakap main ikut sedap mulut ...Kamu hentam peribadi saya! ''.
Dalam setiap artikel yang dikeluarkan dalam blog PASVSPAS adalah bersumberkan maklumat-maklumat yang dipercayai beserta dalil-dalil yang dikemukakan oleh para ulama terdahulu bagi mereka yang menyalahi dalam beberapa perkara asas dalam aqidah. Sekiranya betul-betul PT ingin mencari kebenaran, nah ! Sewajarnya PT mengkaji dan menyelidiki terlebih dahulu artikel-artikel yang dibentangkan.
Niat saja tidak cukup untuk sesuatu perbahasan ilmiah. Perasaan juga bukan modal utama untuk menentukan kebernasan dalam berbahas. Niat suci dan perasaan rendah diri serta tawadduk amat diperlukan dalam setiap masa, memang tidak dinafikan. Akan tetapi, relevankah kenyataan PT dengan apa yang PT katakan perbahasan di antara kita? Di mana pengkajian dan pembentangan dalil-dalil dan bukti yang menyokong kenyataan PT dalam membela Nik Abdul Aziz sebagai ulama? Dan segala kenyataan PT? Fikir dulu sebelum bertindak.
PT cuba menjatuhkan imej blog ana dan kewibawaan ana sebagai pendakwah. Tahukah PT ada berapa uslub dakwah yang boleh kita laksanakan? Sedarkah PT tentang apa yang berlaku di sekeliling PT? Tahukah PT uslub yang digunakan oleh Nabi dalam berdakwah? Cukupkah sekadar mengikuti silibus usrah yang dijalankan dalam PAS untuk berdakwah? Bukan untuk mendabik dada tapi ana tahu apa yang disemai dalam peribadi setiap ahli usrah dipenghujung usrah. Mana-mana peringkat usrah pun sama selagi silibusnya sama. Kawan rapat ana adalah orang yang menyusun silibus diperingkat negeri ( nama individu dan negeri tidak dinyatakan atas sebab keselamatan beliau ) dan sekarang silibusnya itu dah tersebar diperingkat pusat, dan dari pusat turun ke bawah. Pelaksanaan usrah sekarang pun dah tak sama sebagaimana yang disarankan oleh Imam Hasan Al-Banna dan ulama'-ulama' muktabar agar ilmu diambil secara bertalaqqi bukan seperti usrah sekarang yang berkumpul mendengar kemudian mengeluarkan pendapat malah sampai pada tahap mentafsir Al-Quran dan Hadis pakai otak sendiri. Siapa kita untuk mentafsir Al-Quran dan Hadis? Masing-masing cuba menunjukkan keilmuan diri.
Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM ( PT ) :
Saudara dalam PAS kita ada SYURA ULAMA , mereka lebih arif dari kita nak meletakkan siapa pimpinan . Jadi ramai ulama dalam PAS jangan takot !.
ULAMA PONDOK ramai dalam PAS .
jangan menghina orang tanpa periksa , jangan tuduh fithnah orang tanpa kajian ,jangan selalu kufurkan orang ,jangan hasdad dengki dengan kebolehan orang dan kelebihan orang .
Jagalah hati untuk menyelamatkan kita di Akhirat.
Kalau belajar sahaja ,tidak melaksana tanggungjawab menegakan syariat agama dalam negeri dan negra maka belum lepas lagi kejawiban kita terhadap perintah ALLAH ...
Apa guna belajar agama tanpa berjuang dan berjihad menaikan agama ALLAH ...
Ya ! ilmu aqidah mesti didahulukan , IMAM IBNU AROBI DAN IMAN SANUSI KATA 'ANDAI TIDAK BELAJAR ILMU AQIDAH , IAMAN TIDAK SAH"
Ulama kita Ahli Sunnah berfatwa "ANDAI TIDAK ADA AQIDAH MAKA SEGALA IBADAH TIDAH SAH"
Kita pandang pada dasar PAS bukan kepada individu dalam PAS .
Jangan kerana seorang dua wahabi dalam PAS kita nak tolak perjuangan yang PAS yang meletakan syara sebagai perlembagaan parti .
Jawapan Balas WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM :
Syabas ana ucapkan pada PT atas semangat perjuangan yang ditunjukkan sehingga mencapai kedudukan Ketua Pemuda PAS di kawasan PT. Tapi jangan pula nanti berjuang kerana jawatan.
PT, masih terlalu muda untuk campurtangan permasalahan dewasa, dan masih terlalu mentah dalam percaturan politik dunia. Berbekalkan semangat semata-mata, tidak membantu untuk menakluk dunia bahkan memerlukan keberanian dan pengetahuan serta pengalaman yang mantap dalam menguasai politik tanahair mahupun antarabangsa. Dan inilah yang dihadapi dalam PAS sekarang. PT masih diperingkat percubaan untuk menerajui tampuk pemerintahan.
Perkara utama yang paling PT mesti tahu dan faham adalah konsep pemerintahan berteraskan kekhalifahan dan baiah. Cukup dengan dua perkara penting ini bagi mengukuhkan institusi pemerintahan di samping hukum-hakam lain yang wajib juga diketahui selepas PT faham siapa yang di maksudkan dengan khalifah dan pada siapa kita wajib berbaiah.
Sebagai intisari dari sistem khalifah, mereka yang layak untuk menjadi khalifah sebagaimana yang digariskan oleh Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam adalah dari bangsa Quraisy, Islam ( zahir dan batin, maka tidak termasuk mereka yang menisbahkan diri sebagai Islam sedangkan aqidahnya adalah kafir seperti kebanyakan Syiah, sebilangan besar Wahhabi, majoriti Hizb al-Tahrir dan banyak lagi kelompok-kelompok yang cuba bersandar dengan nama Islam ), mujtahid dan banyak lagi.
Begitu juga dalam perkara baiah, tidak dapat tidak mereka yang pertama membaiah seseorang menjadi khalifah adalah ahlulhal dan al-'Aqdu daripada kaum muslimin sahaja, iaitu golongan kepercayaan dari kalangan ahli ilmu ( para ulama' ) dan muttaqin. Sepertimana Saidina Abu Bakar diangkat menjadi khalifah dengan dibaiahkan oleh Saidina Umar, kemudian diikuti oleh kaum muslimin di Madinah, dan seterusnya sabit kekhalifahan ini di atas seluruh umat Islam.
Di sini hanya sebahagian kecil sahaja dinyatakan tentang sistem khalifah dan baiah. Di zaman kita sekarang, sistem ini masih lemah untuk dilaksanakan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sehingga terbitnya mutiara zaman yang ditunggu-tunggu Imam Mahdi radhiyallahu 'anhu.
Cuba kita perhatikan sejenak dasar PAS, Islam adalah tujuan utama perjuangan, malah untuk menjadi anggota PAS juga mesti terdiri dari kalangan orang-orang Islam, apatah lagi untuk menjawat jawatan penting dalam parti. Akan tetapi, yang menjadi keanehan sejak akhir-akhir ini adalah kenapa manifestasi Negara Islam dibuang? Rupa-rupanya kerana DAP laknatullahi 'alaihim dan sebahagian orang Melayu yang bertopengkan perjuangan menegakkan Islam dan bangsa dari KEADILAN ( PKR ). Nah ! Di mana ketegasan PAS dalam berjuang? Di mana semangat Islam yang dilaung-laungkan selama ini? Inikah dasar PAS? Betapa mudah mengubah dan membuang dasar sendiri demi menjaga hati golongan Kafir laknatullahi 'alaihim. Di mana majlis yang dinamakan SYURA ULAMA dalam PAS yang PT megah-megahkan? Mereka hanya membuat hukum bagi yang bertentangan dengan PAS sahaja, kan? Sekiranya mereka pendokong dan pendamping PAS, dibiarkan sahaja kononnya beralasankan hikmah berdakwah. Tapi sampai sekarang DAP tak masuk Islam. Hidayah dari Allah, itu sahaja alasan yang digunakan untuk membela diri tapi tidak untuk mereka yang menentang PAS, lebih-lebih lagi UMNO dan BN. Bahkan dihukum kafir oleh Nik Abdul Aziz kerana menentang perjuangan dia. Betapa senang menghukum keseluruhan rakyat yang menyokong UMNO sebagai Kafir. Siapa dia untuk bersuara? Siapa dia untuk berfatwa? Aqidahnya sendiri pun sudah jelas kafir tapi berani mengabui mata rakyat dengan mengkafirkan pihak lain malah secara umum. Mengkafirkan umat secara umum hukumnya dia sendiri yang kafir. Inilah kaedah ulama, bukan ana yang pandai-pandai reka. Jauh sekali untuk membaiah dia sebagai pemimpin dalam parti Islam. Tapi PT diam saja, kan? Tak berani buka mulut. Adakah kerana PAS ada SYURA ULAMA? Pernahkah ada anggota PAS yang menegur sikapnya? Pernahkah ada yang membantah kenyataannya itu seperti PT membantah ana kerana kononnya ana pandai-pandai mengkafirkan Nik Abdul Aziz ? Tak ada,kan? Semuanya pengecut ! Sudahlah, ana lebih lama dari PT dalam PAS, sampai sekarang. Bahkan seluruh keluarga dan kaum kerabat ana pendokong PAS dari zaman berzaman. Malah sebahagian dari kami menjawat jawatan paling penting di kawasan masing-masing.
Kita lupakan sejenak soal jawatan, kembali kita pada dasar PAS. Dasar PAS adalah menegakkan Islam, memang tidak diragui lagi, tapi kenapa PAS meletakkan tokoh besar mujassimah seperti Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS? PAS sudah kehabisan ulama' untuk dijadikan pemimpin sehingga meletakkan Wahabi memimpin parti Islam? Bukankah jawatan itu terlalu penting dalam parti? Seorang Mursyidul mampu mengubah pandangan parti dalam tujuan tertentu, bukankah begitu PT? Bilamana negara diperintahkan golongan jahil dalam agama tetapi tidak kafir selagi dia tidak menyuruh melakukan maksiat dan mencegah amar makruf, pastilah negara huru-hara. Akan tetapi, bilamana negara diperintah golongan kafir, apa akan terjadi? Pastilah haru-birunya lebih dahsyat. Bukankah begitu wahai saudara PT? Dalam permasalahan ini pun PAS sudah tidak sanggup bertegas dengan mujassimah seperti Nik Abdul Aziz yang jelas sekali aqidahnya. Apatah lagi bila sudah memerintah negara. Dasar kononnya PAS UNTUK SEMUA sudah memakan diri. Kalau dulu, UMNO bekerjasama dengan MCA dan MCI, maka ulama-ulama dalam PAS terus mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan malah menghina UMNO kerana itu, tetapi lihatlah sekarang apa yang terjadi pada PAS. Sedangkan dasar Islam adalah membawa umat manusia ke Syurga. Bagaimana nak ke syurga kalau aqidah sesat lagi kafir? Orang yang berbuat maksiat masih ada harapan untuk masuk syurga selagi dia tidak menghalalkan maksiatnya. kecuali orang yang beraqidah syirik. Jauh memang jauh. Tak akan masuk syurga apalagi mencium baunya. Itu yang patut diperjuangkan. Bukan sekadar menuntut hak rakyat dalam kebendaan duniawi.
Mungkin terfikir di benak PT, untuk apa ana menghentam Nik Abdul Aziz dan kenapa tidak bertemu sendiri dengan dia, atau mungkin tertanya-tanya kenapa tidak dibentangkan dalam mesyuarat majlis yang dinamakan SYURA ULAMA, atau cabangan PAS yang lain. Untuk pengetahuan PT dan golongan bawahan yang taksub membuta tuli bahawa diperingkat atasan, sebahagian besar pemimpin-pemimpin besar PAS, DEWAN ULAMA atau PEMUDA mahupun MUSLIMAT, semuanya tahu perkara ini. Tapi kenapa semuanya membisu? Kononnya untuk menjaga kepentingan parti yang jauh lebih penting dari individu tertentu. Kalau kepentingan parti lebih besar kenapa didiamkan sahaja individu-individu tertentu? Ini bermakna PAS sebenarnya memandang kepentingan individu lebih besar dari kepentingan parti. Malah individu tersebut sebenarnya adalah perosak besar kepada dasar PAS. Bagaimana sebuah parti Islam diperintah oleh Si Mujassim Kafir? Belum lagi menyentuh soal bagaimana akan terlaksana hukum-hukum Islam? Dasar pelaksanaan pun dah menyimpang dari perintah Allah dan Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam, dan sunnah para sahabat. Bukankah ini jelas menyimpang dari dasar, pelaksanaan dan perjuangan PAS? Jadi di mana lagi pegangan PAS? Kalau begini dasar PAS, bagaimana setelah negara diperintah? Pastilah dia akan menyemai fikrah Wahhabiyyah dalam masyarakat dengan lebih senang. Pernahkah PT mendengar pepatah Melayu yang berbunyi " Guru kencing berdiri, murid kencing berlari ". Fahami pepatah tersebut sebelum berkata.
Dan jangan PT menyangka semua pondok-pondok di Malaysia yang menyokong PAS dalam masa sama menyokong Nik Abdul Aziz. Mereka menyokong PAS kerana dasar PAS, tapi dalam masa sama menentang Nik Abdul Aziz cuma suara mereka tidak sampai ke seluruh pendengaran rakyat Malaysia. Pergilah melawat pondok-pondok di Kelantan dan Terengganu, jangan duduk bersila di Sik saja. Pasti PT akan tahu kebenaran sebenar. Biar terbuka sedikit fikiran.
Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BOLGSPOT.COM ( PT ) :
" JANGAN HANYA MENGAKU CINTA RASULULLAH tetapi tidak mengikut sunnah RASULULLAH yang mengajak umat buat baik dan cegah dari perbuatan mungkar "
TAMAT
MUDAHAN KITA SEMUA DAPAT HIDAYAH
www.pondoktauhid.blogspot.com
mengasihi saudara penulis blog
www.pasvspas.blogspot.com
Dicatat oleh Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 11:09 PM
Jawapan Balas WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM :
Ana menyokong kata-kata PT dan memang itulah yang ana amalkan selama ini. Mengajak berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, lebih-lebih lagi kekufuran aqidah. Ia lebih bahaya dari mencegah orang berbuat zina. Malah dosa syirik tiada pengampunan dari Allah akan tetapi dosa zina kalau dikehendakiNya pesalah zina diampunkan tanpa azab. Dan ini bukan bermakna ana menyokong dengan apa yang dilakukan UMNO. Bukan jua menyarankan supaya beramai-ramai masuk UMNO. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Mencegah Kekufuran lebih utama dari kesalahan lain. Itu kaedah yang dilaksanakan Nabi sebelum memerintah dan mengharamkan arak.
Dan PT, jangan kamu menjadi tali barut kepada golongan Mujassimah dengan ilmu yang kamu pelajari. Ingatlah, barangsiapa redha dengan kufur, maka kafirlah dia. Itu kaedah syar'ie yang disepakati ijmak dan antara yang menyebut kaedah ini dalam kitab mereka adalah Al-Imam Fakhruddin Al-Razi dalam tafsirnya Mafatih al-Ghaib dan juga Al-Khazin dalam tafsirnya Lubab Al-Takwil fi Ma'ani Al-Tanzil bukan fatwa dari ana. Kalau tak tahu, tanya orang yang lebih alim. Ana hanya menukilkan kata-kata ulama Ahlussunnah wal jamaah.
Sekiranya PT dan pembaca lain faham dengan apa yang ana sampaikan ini, jangan ragu jangan syak, sama-samalah menegakkan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Semuanya LILLAHI TA'ALA.
* JAUHILAH SIFAT MUDAHANAH YANG LANGSUNG TIDAK MENGUNTUNGKAN ISLAM DAN UMATNYA
* SIKAP MUDAHANAH HANYA DIMILIKI OLEH PEJUANG YANG TAKUT KEPADA ANCAMAN MUSUH-MUSUH ISLAM
* BERMUDAHANAH DENGAN MUSUH ISLAM ADALAH BACUL LAGI PENGECUT TAK LAYAK DIGELAR PEJUANG SAMA SEKALI
Memetik apa yang disampaikan oleh empunya WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM pada menyatakan mengenai WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM. Berikut adalah petikannya :
" Nasihat saya pada tuan blog dan pembela blog pasvspas.blogspot.com ! Saya yang hina ini menasihati diri saya dan semua janganlah kita belajar ilmu agama sehari dua , duduk pondok sehari dua dah kita nak sesatkan ulama tu ulama ni, memaki hamun ulama. MARI KITA BERBINCANG CARA ILMIAH DAN MATANG ! JANGAN HUKUM SEBELUM SAHIH DAN NYATA SESUATU PERKARA ! "
Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :
" Terima kasih di atas nasihat yang disampaikan oleh empunya WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM (PT), semoga nasihat tersebut menjadi renungan bersama jika itu yang dimaksudkan empunya PT. Tetapi sayang, PVP tidak memandangnya sebagai nasihat bahkan itu adalah tusukan jarum halus ke dalam liang roma PVP. Perhatikanlah saja pada perkataan yang digariskan dalam petikan PT, hanya jauhari yang mengenal manikan, sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betina.
Pertama : Apa yang ingin PVP katakan di sini menjawab sekitar apa yang ditohmahkan PT, belajar walaupun sampai mati tapi sekiranya ilmu yang dipelajari salah, tetap ke neraka akhirnya, dan duduk di pondok walaupun dari kecil sampai tua bongkok tapi tak belajar, apa gunanya..dan nasihat PVP kembali pada PT : Janganlah jadi murid derhaka pada guru-guru pondok yang gigih mencurahkan ilmu pada anak bangsa agar tidak terjerumus ke lembah kekufuran, mereka itu lebih alim dalam selok-belok agama baik aqidah mahupun feqah atau cabangan lain dalam ilmu agama, dan kamu PT siapa untuk dibandingkan dengan mereka. Jangan menyangka dengan kamu menubuhkan blogspot sendiri dapat merendah-rendahkan martabat guru-guru pondok. Jangan bongkak dengan apa yang kamu ada. Ingatlah nikmat yang sementara ini.
Kedua : PVP tidak pernah sekalipun menuduh mana-mana ulama sebagai sesat bahkan mengagung-agungkan mereka pada tahap yang dibenarkan Islam. Mereka yang ditahzir dalam PVP, bukanlah ulama sebagaimana yang disangka oleh sebilangan jahil.
Antara mereka yang pernah ditahzir dalam PVP seperti Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Syed Terkutub ( Qutb ), Ibn Taimiyah, Muhamad Ibn Wahab dan beberapa individu lagi..diulangi..beberapa individu..bukan pertubuhan atau persatuan atau mana-mana jamaah. Selain daripada Nik abdul Aziz dan Abdul Hadi, semua mereka yang sebelumnya seperti Ibn Taimiyah, Muhamad Abdul Wahab, Syed Qutb dan beberapa individu lagi pernah ditahzir dan dihukumkan terkeluar dari Islam oleh beratus ulama sezaman mereka mahupun selepasnya. Bahkan Saidina Ali sendiri terang-terangan mengkafirkan mereka yang menjisimkan Allah Ta'ala sebagaimana aqidah Yahudi. Saidina Ali seolah-olah sudah mengetahui akan muncul selepas zamannya mereka yang menjisimkan Allah. Dan sekarang jelas terbukti. Antara orang yang menjisimkan Allah adalah Ibn Taimiyah kemudian dihidupkan dan disebarkan oleh Muhammad Abdul Wahab yang kini dikenali para pengikutnya dengan nama Wahabi. Aqidah mereka berdua sama dengan aqidah Yahudi iaitu mengatakan Allah duduk di atas arasy.
Ketiga : Bagaimana mungkin seorang ulama Islam tidak mengenal Tuhan Penciptanya?Sejak dari zaman Nabi Besar Muhammad sampai sekarang tak ada seorang pun dari kalangan ulama Islam dari empat mazhab lebih-lebih lagi dari zaman salaf solihin dan khalaf. Tak pernah ada dari mana-mana kalangan ulama yang menjisimkan Allah Subhanahu wata'ala Maha Suci Allah dari sebarang sifat makhluk, tetapi lihatlah betapa jahilnya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi ketika menyifatkan Allah dengan DUDUK BERSILA SEPERTI SAYA DUDUK SEKARANG ( Nik Abdul Aziz ) ALLAH BERSIFAT DHOHIK IAITU KETAWA ( Abdul Hadi Awang ) dan sebagainya. Tak sanggup lagi PVP mengulangi baki perkataan jahil mereka terhadap Tuhanku Yang Maha Esa lagi Maha Suci. Adakah begini yang dinamakan ulama? Bukalah mata bukalah hati buanglah sifat taksub dalam diri. Imam Syafie rahimahullah rahmatan wasi'ah mengkafirkan mujassimah, rujuklah dalam kitab ASYBAH WA AL-NAZHAIR karangan Imam Suyuti dalam bab Riddah.
Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :
" TUDUHAN MUJASIAMAH pada Tn Guru Hj Hadi sangat2 berat bagi pendapat saya . TN GURU HJ HADI bertungkus lumus mengajar rakyat tauhid sifat 20 Al Syaariah . Jangan terpengaruh youtube !!! Kita kena bahas cara pasti maksud penyampaian beliau kerana ada yang khilaf ulama , ada yang beliau syarah cara ijmal dan takwil ijmali mazhab salaf as syaariah. Jadi janganlah kita dengar dan kita tuduh terus "
Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :
Pertama : Terlebih dahulu, PVP ingin membetulkan ejaan MUJASIAMAH kepada MUJASSIMAH. Di sini sudah menunjukkan bahawa PT tidak biasa menyebut perkataan Mujassimah kerana terbukti sebanyak dua kali sahaja lafaz ini ditulis dalam artikelnya dan kedua-duanya ejaan yang sama. Dan tidak menjadi keterlaluan untuk PVP mengatakan yang PT sebenarnya jahil tentang perkataan, lafaz dan makna MUJASSIMAH berdasarkan petikannya yang kononnya BERBINCANG CARA ILMIAH DAN MATANG !
Kedua : Abdul Hadi bukan saja mengajar sifat 20 bahkan menambahkan lagi sifat-sifat dalam sifat 20 yang digariskan oleh Imam Al-Maturidiyah bukan tauhid sifat 20 Alsyaariah sebagaimana yang dikatakan oleh PT. Malah memesongkan makna dan keterangan mengenai sifat-sifat Allah ( Sila rujuk kembali artikel bertajuk Abdul Hadi Mengatakan Allah Bergelak Ketawa) Sifat bagi Allah Ta'ala tidak terhitung banyaknya tetapi para ulama telah menggariskan panduan yang wajib diketahui hanyalah 13 sifat bagi Imam Al-Asya'irah dan tambahan 7 sifat maknawi bagi Imam Al-Maturidiyah. Untuk penjelasan lebih lanjut tentang sifat 13 dan 20 ini PT boleh merujuk Kitab Isyarah Al-Maram karangan Al-Bayadhi Al-Hanafi.
Ketiga : Jika direnung pada nasihat PT yang berbunyi : 1) Jangan terpengaruh youtube ! 2) JANGAN AMBIL DARI INTERNET DANN YOUTUBE SAHAJA !!! PVP seolah-olah berhadapan dengan seorang yang cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru dan berusaha menutup matahari dengan tapak tangan..Apa agaknya yang anda fikirkan ?? Apakah jenis orang yang seperti ini ??
Keempat : Dalam bab khilaf, untuk pengetahuan PT, ulama Ahlussunnah waljamaah hanya menetapkan SATU jalan sahaja dalam menyelusuri aqidah sebenar iaitu aqidah sebagaimana yang digariskan oleh Asyairah dan Maturidiyah. Manakala dalam masalah feqah ulama membahagikan kepada EMPAT mazhab yang masyhur iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali. Dari sudut tasauf pula hanya yang mengikuti panduan kesufian DUA ulama besar seperti Al-Imam Al-Junaidi dan Al-Ghazali. Jadi diharapkan PT faham khilaf yang berlaku di kalangan ulama hanyalah dalam keadaan tertentu sahaja.
Kelima : Perkara takwil adalah terlalu panjang untuk dibahaskan, dan perkara yang paling penting takwilan hendaklah mengikut ulama-ulama muktabar sahaja, bukan semua orang boleh mentakwil ikut kepala otak sendiri. Dan takwilan itu sendiri mesti merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Para Ulama sudah mentakwil semua makna dalam al-Quran dan al-Hadis, tak perlu lagi kita yang ilmu tak sampai satu inci untuk memandai-mandai dalam mentakwil. Jadi janganlah kita dengar dan kita tuduh terus dan janganlah kamu baca separuh dan kamu terus menghentam !
Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :
" Adakah penulis pasvspas.blogspot.com sudah bertemu Tn Guru Hj Hadi untuk berbahas apa maksud yang diperkata dan dibahaskan , jangan main tuduh hingga kafirakan terus seseorang ,ini salah .
KAFIRKAN ORANG SECARA MELULU TANPA KESAHIHAN DARI ORANG ITU HUKUMNYA BERDOSA MEMBAWAPADA IMAN KITA TERBATAL!!! Mari kita guna ilmu yang kita dalami dalam kitab2 fekah . Seseorang yang mengkafirkan seseorang akan terbalik tuduhan itu apabila tidak tepat dakwaan itu . Bahaya kamu ! Adakah kamu sudah bersemuka dengtan tn guru dan adakah kamu pernah tanya dia apa maksud hakikat perkataan beliau???
Andai Tn Guru maksudkan yang lain maka kamulah perlu mengucap syahadah semula dan kamu berdosa mempengaruhi orang melalui blog kamu ."
Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :
Pertama : Bertemu dengan Abdul Hadi atau Nik Abdul Aziz samalah bertemu tiang rumah mereka atau berbincang dengan cawan. Tanyalah sendiri mereka berdua adakah pernah rombongan dari pondok menemui Abdul Hadi? Dan bagaimanakah adab mahupun sambutan Abdul Hadi pada mereka? Dan tanyalah sendiri Nik Abdul Aziz adakah pernah rombongan mufti yang datang untuk berbincang tentang ceramahnya dan bagaimanakah penerimaan Nik Abdul Aziz terhadap mereka? TANYALAH SENDIRI.
Kedua : Ulama Ahlussunnah waljamaah telah membahagikan kekufuran kepada tiga keadaan : 1) Aqidah Kufur 2) Perkataan Kufur 3) Perbuatan Kufur
1- Permasalahan Aqidah Kufur cukup jelas untuk dibahaskan kerana sesiapa yang beriktikad ada tuhan selain Allah atau meragui kewujudanNya atau menyamakanNya dengan makhlukNya maka jelaslah terkeluar dari Islam dan banyak lagi perkara iktikad yang menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam seperti beriktikad agama lain sama dengan Agama Islam
1- Permasalahan Perkataan Kufur yang dilafazkan pula seperti mencaci-maki, menghina, meremehkan, mengatakan Allah dengan sesuatu, juga terhadap rasulNya, para malaikat, lambang syiar Islam dan segala sesuatu yang berkait dengan kemuliaan Islam, mengkafirkan orang Islam tanpa sebab, memanggil muslim dengan panggilan seperti ya kafir atau ya yahudi dengan bermaksud menyamakan dia dengan golongan kafir, mendoakan kesejahteraan bagi orang kafir, redha dengan kekufuran, dan menghina Rasulullah dengan merendah-rendahkan martabatnya, kehidupannya, perbuatannya dan sebagainya.
Terdapat beberapa keadaan yang terkecuali seperti : 1- Tersasul ( Menginginkan perkataan lain tapi terkeluar perkataan lain yang bukan dari kehendaknya secara tidak sengaja ) 2- Hilang Akal ( seperti gila, mabuk, mengigau dan sebagainya kecuali marah kerana ia bukan syarat tersebut ) 3- Keadaan Terpaksa Kerana Dipaksa ( misalnya diugut untuk dibunuh sekiranya tidak melafazkan perkataan kufur tetapi dengan syarat hatinya tidak redha dengannya ) 4- Menyebut Adat Hikayat ( Menyebut nama pelafaz perkataan kufur sebelum atau selepas perkataannya ( dengan syarat diniatkan selepas perkataan tersebut untuk menyebut adat hukayat ), atau menyebut ' Berkata si fulan ' dan sebagainya yang mengembalikan lafaz kufur pada pelafaz asalnya )
3- Permasalahan Perbuatan Kufur juga cukup jelas untuk dibahaskan kerana segala perbuatan yang menyebabkan kufur seperti menghina agama, mengantung lambang salib di leher atau mana-mana lambang selain Islam dengan niat untuk mengagungkannya dan sebagainya, membuang atau melontar al-Quran ke tempat keji, buku atau kertas yang mengandungi ilmu syar'ie dan sebagainya.
Perhatian : Segala hukum-hakam mengenai aqidah, perkataan dan perbuatan kufur masih terlalu luas perbicaraannya, di sini hanya dinyatakan sebahagian kecil sahaja sekadar pengetahuan am.
Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :
" SAYA SEDIA TOLAK PIMPINAN SAYA (TN GURU HJ HADI DAN TN GURU NIK AZIZ )ANDAI NYATA MEREKA MUJASIAMAH!!! TAPI KITA KENA BAGI NYATA , JANGAN AMBIL DARI INTERNET DANN YOUTUBE SAHAJA !!! PERLU BERSEMUKA DAN TANYA MEREKA BAGI JELAS HAKIKAT PERKATAAN MEREKA !!! TAKOT MEREKA TAKWIL IJMALI SALAFI AS SYAARIAH"
Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :
Pertama : Tuan Guru Hj Loh Lubuk Tapah, Tuan Guru Pok Su Mid Gunong, Tuan Guru Pondok Najmiyyah, Tuan Guru dari pondok Yala dan Patani serta ramai lagi tok-tok guru pondok baik yang sudah meninggal dan yang masih hidup mengatakan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang keduanya adalah MUJASSIM. PVP mencabar PT agar tunaikan janji untuk menolak kedua pemimpin kamu ini sebagaimana yang kamu janjikan. Jangan jadi MUNAFIK dengan memberi seribu satu alasan. Siapa kamu untuk mengatakan tidak pada tok-tok guru pondok yang jauh lebih alim dari kita semua ! PVP DAH BUKTIKAN BUKAN DENGAN BERSUMBERKAN INTERNET ATAU YOUTUBE.
Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :
" TN GURU NIK AZIZ tak akan anti RASULULLAH !!! Beliau lebih tinggi semangat cinta RASULULLAH hingga tidak tidur dan tak kenal erti penat untuk TEGAKKAN SYARIAT RASULULLAH !!! Kamu silap faham perkataan Tn Guru , kamu dah tanya beliau apa maksud perkataan beliau ??? Nyatakah kamu Tn Guru menghina Rasulullah ? Kamu dah tanya hakikat yang tn guru nyatakan itu maksud bagaimana ? Kamu dah tuduh beliau kufur ! Bahaya saudara !!! Ini soal aqidah saudara , jangan main2 !" Jangan taksub !!! Taksub ini punca seseorang jadi kufur?. Bincang cara hikmah , bersemuka dulu .
JIKA SAUDARA BINCANG DENGAN HIKMAH , DAH BERSEMUKA , DAH NYATA DAN JELAS SAYA BERSEDIA TOLAK MEREKA ,DAN GANTIKAN YANG LAIN!!! KAMI PAS ADA SYURA ULAMA ... KITA TAK PERLU JADI ULAMA , BELAJAR DULU !
Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :
Pertama : Tentang Nik Abdul Aziz menghina Rasulullah sollallahu'alaihi wasallam sudah PVP jelaskan dengan panjang lebar dalam artikel sebelum ini. Ini jelas membuktikan bahawa kamu sendiri yang sebenarnya MAIN TUDUH TANPA MENYELIDIK ATAU MENGKAJI terlebih dahulu. Tetapi bila dua pemimpin kamu diusik, terus kamu melatah walaupun jelas dibuktikan di mata kasar ! MEMANG DAH DASAR TAKSUB !! CERMIN DIRI DULU SEBELUM MENGATA ORANG.
Berlagak baik kononnya ajak berbincang cara hikmah bersemuka dahulu, pantang betul aku kalau orang berperangai jahat berbekalkan muka baik. Allah tak melihat luaran kamu wahai PT, pakailah apa pun semata-mata untuk menutup kelemahan kamu, tetapi kamu tetap alim kucing. Baca dulu semua artikel dan bukti yang dikemukakan dalam PVP, kemudian kamu berikan pula dalil dan bukti kamu untuk menentang bukti PVP. Jangan tegakkan benang basah, Jangan berumah di tepi pantai kalau takut bermain ombak. Sahut cabaran ini kalau kamu BENAR ! Baca dulu semua artikel yang ada dalam PVP sebelum menghentam, Jangan meludah ke langit..maksudnya jangan sampai air ludah tu kembali terkena muka sendiri..
Tapi PVP tak percaya PT mampu sahut cabaran ini. WAHAI PEMBACA SEKALIAN, ANDA SEMUA ADALAH SAKSI DI ANTARA empunya WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM dan WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM.
Malah siapa kamu PT untuk GANTIKAN kedua mereka dengan yang lain. Jangan buat lawak bodoh la PT. Kamu tu ibarat cacing dalam PAS, jangan nak berlagak jadi naga. Malah dirasakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi hanya menganggap kamu kerawit dalam PAS saja. Jadi, BELAJARLAH DAHULU agama sebelum tegar dalam politik. Contohilah Nabi yang mengajar aqidah dahulu sewaktu di Mekah kemudian baru berpolitik mentadbir ketika Baginda di Madinah.
TAMAT YANG BENAR TETAP BENAR YANG SALAH TETAP SALAH
www.pasvspas.blogspot.com vs www.pondoktauhid.blogspot.com
Fitnah dan tohmahan adalah sesuatu yang ditegah oleh syara’. Kesedaran akan perkara penting ini wajib ada pada mana-mana individu yang bergelar “orang yang menjaga amanah ilmiyah”. Oleh itu, penulis dengan sedaya-upaya berpegang teguh dengan manhaj yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan ikutan dalam membongkar jenayah-jenayah ilmiyah yang berlaku di dunia Islam, jauh daripada fitnah-memfitnah dan mengadakan kata-kata dusta.
“ Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.[1]
“ Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkannya.”[2] Sabda Nabi :
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Yang bermaksud ;
“Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah.”[3]
SYED QUTHB DAN KEROSAKAN DUNIA ISLAM
Tidaklah menjadi keterlaluan sekiranya penulis mengatakan bahawa Syed Quthb yang merupakan ketua kepada Hizb (parti atau kelompok) yang dinamakan “Ikhwan al-Muslimin” adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri pelampau agama yang paling jelas dan terang sekali. Dia dilahirkan pada kurun yang ke-20 H. Kematiannya meninggalkan pengikut-pengikut yang taa’sub dan fanatik sehinggakan pengaruh pemikiran-pemikirannya yang berbahaya sudah meresap di dalam pelbagai organisasi di pelusuk dunia, khususnya di Negara Arab. Buku-buku karya peninggalan Syed Quthb adalah penulisan yang sangat bahaya, beracun, boleh merosakkan minda pemuda dan pemudi pada akhir zaman ini tambahan pula mereka yang masih lagi berjinak-jinak dalam mengenali Islam.
Di antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau ini ialah buku yang berjudul “Fi Dzilal Al-Quran”. Perkara yang amat mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema’ah dan penulis sendiri apa yang berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku “ Fi Dzilal Al-Quran” telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan Quthubiyah ini menjadikan buku “ Fi Dzilal Al-Quran” sebagai perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai “brainwash’ terhadap pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan tampuk pemerintahan kepada mereka.
Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan setempat, bahasa dan tabiat penduduk.
Kalau diperhatikan konsep wala’ yang pernah dilaungkan-laungkan selama ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala’ yang kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha menanam ta’asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini, bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir, Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb. Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.
Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan “Perjuangan Islam”, “Khilafah Islamiyah”, “Negara Islam”. Dari sini mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi kumpulan mereka.
Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut perintah Allah Ta’ala supaya dengan ini dapat membasmi pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat Islam dewasa ini.
Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara’.[4] Oleh itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU ‘ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada dunia lebih daripada Agamanya sendiri.
Berkata Al Imam al ‘Alim ash-Shufi Abu ‘Ali ad-Daqqaq (Semoga Allah meredhainya) :
Yang bermaksud :
الساكت عن الحق شيطان أخرس
"Orang yang diam dan tidak menjelaskan kebenaran adalah syaitan yang bisu”[5]
WAJAH SEBENAR SYED QUTB
Kepada semua yang masih lagi taasub kepada Syed Quthb dan pemikiran-pemikirannya, kepada semua yang tersilap atau sengaja melibatkan diri dalam kumpulan atau parti yang berteraskan pemikiran Syed Qutb dan manhajnya yang punah-ranah, penulis mengajak anda semua supaya membuat kajian yang teliti bersama-bersama tanpa menaruh sebarang sikap keta’asuban supaya dapat kita mencari kebenaran dan menuju keredhaan Ilahi.
SEJARAH HITAM SYED QUTHB DAN KECENDERUNGANNYA PADA UNSUR-UNSUR KELUCAHAN
Bagi mereka yang benar-benar mengkaji sejarah Syed Quthb, mereka dengan izin Allah Ta’ala, insyaAllah akan menjumpai sejarah hitam sebenar Syed Quthb terutamanya di dalam bukunya yang diberi judul ( الإسلام مشكلة الحضارة ) [6] Syed Quthb mengakui ;
Berkata Syed Quthb :
“ Pada suatu malam aku berada di dalam sebuah gereja di negara (جريلي) di wilayah Colorado, aku sememangnya pernah menjadi anggota persatuannya [gereja], sebagaimana sebelum ini aku juga pernah menjadi anggota di dalam pelbagai persatuan gereja yang lain pada setiap tempat yang pernah aku lalui iaitu di antara Washington di sebelah timur dan California di sebelah barat yang mana kawasan ini dikira sebagai tempat penting masyarakat [setempat]. [lokasinya] amat sesuai untuk belajar atau membuat kajian dengan secara bersungguh-sungguh. [Ianya] bukanlah secara terang-terangan tetapi aku melakukan kajian [mempelajarinya] secara senyap-senyap mengenai [kehidupan] rakyat Amerika….dan selepas aku menyelesaikan TUGASKU SEBAGAI SEORANG YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGAMA kepada gereja tersebut, aku terlibat sama dengan beberapa remaja perempuan dan wanita dewasa di dalam upacara keagamaan yang merupakan ahli anggota [di gereja tersebut]. [Kemudian apabila selesai majlis], kami berjalan melalui pintu sebelah yang terus kepada tempat berjoget [pusat hiburan] yang bangunannya bersambung dengan dewan sembahyang. Pusat hiburan itu terang benderang dengan cahaya yang berwarna warni, merah dan biru dan kadang-kala disinari lampu berwarna putih. Tarian ini didendangi dengan alunan “ الجرامنون” diikuti dengan rentakan kaki-kaki dan betis-betis di dalam pusat hiburan tersebut. Manakala aku menghulurkan tangan [ untuk memegang pinggang wanita] yang hadir [dalam pusat hiburan tersebut] dan memberikan ciuman pada bibir-bibir dan pada dada-dada [mereka], suasana ketika [katanya] itu sungguh mengasyikkan”. Intaha.
Berkata Sayyid Basher Ahmad Kasymiri di dalam kitabnya yang berjudul (عبقري الإسلام سيد قطب), Cetakan Darul Al-Fadhilah sebagaimana teksnya yang bermaksud ;
Yang bermaksud ;
“ Apa yang kami perhatikan apabila Syed Qutb mencecah umur 30-an, dia telah sampai kepada suatu peringkat yang melampau batasan dalam sesetengah penulisannya, sekira-kira dia telah memperlekeh-lekehkan akhlak [akhlak yang mulia], peri kemasyarakatan dan mempertahankan [ideologi barat] keharusan bersekedudukan [lelaki dan perempuan], dia juga pernah memberi keterangan yang jelas bahawa sekiranya diwakilkan kepadanya kejadian semula makhluk ini dia tidak akan menjadikannya perkara lain melainkan [katanya dia akan menjadikan] taman-taman [yang indah] dan tempat-tempat rehlah yang boleh menghimpunkan kawan-kawan, teman-teman yang mesra, lelaki dan perempuan yang berkasih-sayang memudahkan mereka berbisik-bisikan [berfoya-foya], tidak tidur pada waktu malam dengan tiada sebarang suasana riuh-rendah dan kacau-bilau [tiada ganguan]. Perkara [terkutuk ini] merupakan perkara yang disembunyikan daripada kenalan [kawan-kawan] Syed Quthb sendiri [mereka tidak tahu hal sebenar Syed Quthb] dan begitu juga mereka yang mencintainya terutamanya [pun tidak tahu] terutamanya golongan yang dinamakan sebagai Jemaah Islamiyah itu sendiri ataupun sesetengah ada mengetahuinya [hal sebenar Syed Quthb] tetapi mereka sengaja menutup mata”. intaha.
Kenyataan ini juga adalah nukilan daripada kitab “Syed Qutb” dengan teks yang sama di samping nukilan daripada Majalah Mingguan [مجلة الأسبوع] diterbitkan pada 18 ogos 1934 M, Bilangan yang ke 37 – Adnan Muslim- Dzuhur Da’iyah, m/s 104-106.
Berkata Muhammad Hafiz Diyab di dalam kitabnya yang berjudul “سيد قطب- الخطاب والأيدولوجيا”, Cetakan Dar Attoli’ah Lil Thiba’ah Wa An-Nasyr, Beirut, m/s 66 sebagaimana teksnya ;
Yang bermaksud ;
“ Syed Quthb bukan sahaja semata-mata anak murid kepada Al-‘Aqad, bahkan dia adalah di antara pelajar-pelajarnya yang paling akrab dengannya, paling rapat [mesra] dengannya, sangat cenderung akan kesusasteraannya, pemikiran-pemikirannya, dan halatujunya sehinggakan majalah (الرسالة ) selepas kematian Ar-Rafi’e membuka lipatan sejarah baru ketika melakukan penulisan tentangnya. [Syed] Qutb adalah di antara orang yang memberi penentangan yang paling keras terhadapnya [Ar-Rafi’e] di samping mempertahankan ustaznya Al-’Aqad. Di dalam tempoh ini Syed Quthb telah mengalami [masalah] keraguan di dalam akidah dan agamanya dan ini berlarutan sehinggalah bertahun-tahun lamanya. Apa yang disebut kepada An-Nadwi apabila dia menceritakan [peristiwa yang telah berlaku] kepadanya bahawa segala hubungan dengan dirinya dan [sejarah] permulaan kehidupannya yang pertama [kehidupan Islam] sudah terputus selepas perpindahannya ke Kaherah [Mesir] dan apabila dia menetap di sana, pengetahuan agamanya dan Akidah Islamnya semakin terhakis. Apabila berlalu tempoh keraguan terhadap kebenaran agama di dalam dirinya, dia sendiri mengakui perkara ini selepas dia kembali pulih [separuh pulih], dia berkata ; “ Sesungguhnya keraguan [yang aku alami] ini pernah memperdayakan fikiranku merosakkannya...dan ianya menghalang diriku daripada melihat pandangan yang asal lagi jelas [menghalang dirinya daripada melihat kebenaran]”. Intaha. ”
Di antara rencana-rencana hasil tulisan Syed Quthb dimuatkan di dalam majalah (الأهرام) yang bertarikh 17 march 1934, m/s 7, dia membuat seruan secara terang-terangan kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] “berbogel atau bertelanjang bulat ”. Menurut Syed Quthb, masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi semasa manusia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Ini adalah suatu bid’ah yang yang sememangnya telah tersebar pada masa Syed Qutb berada di Negara-Negara Eropah lagi. Manakala mengenai keraguan dalam persoalan dalam akidah dan agama adalah suatu perkara yang amat jelas sekali apabila ia terdapat di dalam syair-syair qasidah yang dikarang olehnya pada waktu itu.
Ini adalah pendapat Syed Quthb yang dimuatkan di dalam majalah tersebut.
Pada tahun 1948 dia telah bermusafir ke [الولاية المتحدة] iaitu Negara-Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di sana dia mendapat cetusan baru, menerima tarbiyah [latihan rohani] dan menjalani proses asas-asas manhaj pemikiran. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam peristiwa ini ialah persoalan kenapa Syed Quthb datang ke sana secara mengejut dan berseorangan. Kedatangannya juga tidak pernah diiklankan oleh mana-mana media massa. Dengan ini jelas kepada kita bahawa kedatangan Syed Quthb ke [الولاية المتحدة] iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan di antara cetusan perancangan sulit Amerika walaupun ianya tidak dapat diketahui oleh Syed Quthb sendiri. sumber ini adalah daripada At-Thohir Ahmad Makki. Menurutnya, 3 buah risalah Syed Quthb yang tidak disebarkan oleh majalah (الهلال) yang bertarikh Oktober 1986, m/s 123-126.
Di dalam majalah (روز اليوسف), m/s 34, Tahun 1996 pada 29 (تموز), bilangan/3555, di bawah tajuk (سيد قطب من الإلحاد إلي القدسية والعكس) telah menerbitkan beberapa perkara penting berkaitan dengan Syed Quthb antaranya ;
Dia mencintai salah seorang daripada 7 orang wanita yang pernah mengetuk pintu rumahnya dan dia menangis apabila wanita itu telah berkahwin.
Syed Quthb banyak menulis [unsur-unsur lucah] tentang wanita antaranya menyifatkan bibir wanita (والشفة الظامئة) sebagai bibir yang mendahagakan, mata wanita (العين الهاتفة) sebagai mata yang menggoda, paha wanita (والفخذ اللفاء) sebagai paha yang sempit [padat dengan daging dan kenyal], dan dada wanita (والصدر الناهد) sebagai sebagai dada yang tinggi dan menonjol.
Menyeru kepada orang ramai supaya kembali kepada fesyen [العاري التام] “berbogel atau bertelanjang bulat ”. [Menurut Syed Quthb,] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu.
[Syed Quthb] menyifatkan Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang yang inginkan kemasyhuran, mencari perhatian ramai [mencari populariti]…tidak patut ambil mudah dengannya”. Intaha.
Di dalam buku yang sama, m/s 36, Syed Quthb sendiri yang mengatakan kenyataan ini. Menurutnya (السهرة) [berjaga malam untuk tujuan berbisik-bisik antara lelaki dan perempuan atau berfoya-foya yang disebut sebelum ini] adalah (اللذيذة البريئة) iaitu kelazatan tanpa batasan. Kenyataan ini ditulis olehnya sendiri pada tahun 1951. Selain itu, di dalam buku yang sama juga, dia sempat mengarang tentang (بداية الأمريكي في حياته الجنسية), lalu dia berkata ;
Yang bermakna ;
“ Wanita-wanita di Amerika sangat mengetahui tempat yang boleh mendatangkan ghairah pada jasadnya, (في العين الهاتفة) pada matanya mengasyikkan, (والشفة الظامئة) pada bibirnya mendahagakan, (الصدر الناهد) dadanya yang tinggi atau menonjol, (الردف المليء) cara duduknya yang penuh seperti menunggang, (الساق الملساء) betisnya yang lembut dan licin, dia [wanita Amerika] menonjolkan semua benda ini dan tidak menyembunyikannya. Wanita Amerika [menurut Syed Quthb] sangat-sangat mengetahui bahawa dada yang montok, rupa bentuk badannya yang menghairahkan, kedua-duanya adalah (الشفاعة)[7] yang tidak pernah ditolak oleh semua wanita”. Intaha.
DARI SEORANG MARXISME & ETHIES
Setelah dilakukan kajian tentang sejarah kehidupan lelaki yang bernama Syed Quthb[8] ini maka apa yang dapat disimpulkan bahawa Syed Quthb bukanlah seorang ulama’ Islam, bukan faqih dalam ilmu agama, bukan juga ahli hadis, bahkan apa yang nyata sekali dia adalah seorang bekas [الصحفي] sasterawan. Minatnya dengan bidang kesusasteraan[9], menyebabkan dia banyak menulis dalam beberapa majalah-majalah[10] di Mesir.
Sejarah memperakui bahawa Syed Quthb tidak pernah belajar berguru ataupun di dalam pengistilahan ulama dia tidak pernah bertalaqqi dengan mana-mana alim ulama’ pada zamannya bahkan tidak keterlampauan jika dikatakann dia tidak pernah mencium haruman pengajian ilmu agama menggunakan kaedah bertalaqqi secara bersanad sebagaimana yang diamalkan oleh ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah sejak dari zaman salaf lagi. Syed Quthb di dalam $At-Tashwir Al-Fanni Fi Al-Quran[11] (Gambaran Keindahan Dalam Al Quran) ; memberi pengakuan secara terang-terangan kerjayanya sebagai sasterawan dan dia sendiri mengakui pernah beraliran marxisme [Mulhid ][12] .
Syed Quthb pernah mengalami penyakit berbahaya dalam hidupnya iaitu keraguan dalam aqidah dan agamanya dan ianya berterusan sehingga beberapa tahun lamanya. Antara pengakuan yang pernah dibuat seperti dia sendiri mengakui tentang dirinya ;
وكنت قبل ذلك إحدى عشرة سنة ملحدا
Yang bermaksud :
“ Dan aku sebelum itu [berhubung dengan cerita sebelumnya] pernah menjadi seorang Mulhid selama11 tahun”. Intaha.
Perkara ini terbukti apabila ianya memang terdapat di dalam bukunya sendiri. Ianya ditulis sebelum menerima hukuman gantung daripada Kerajaan Mesir. Buku ini berjudul; (لماذا أعدموني) [ Kenapa Aku Dibunuh]. Selain itu juga kenyataan yang membuktikan dirinya pernah beraqidah (الإلحاد) disebut di dalam bukunya yang berjudul (معالم في الطريق). Oleh kerana perkara yang sama juga banyak diulang-ulang dalam penulisannya, Seorang tokoh semasa yang bernama An-Nadwi bangkit menghentam dan mengaibkannya disebabkan perkara terkutuk itu. Dalam masa yang sama, kenyataan ini juga di sebut di dalam majalah yang diberi nama (مجلة التقوى), majalah (مجلة روز اليوسف) dan selainnya.
Maka jelaslah di sini bahawa Syed Quthb sememangnya tidak tersenarai langsung daripada senarai alim ulama’, bukan juga faqih atau ahli tafsir, bukan ahli hadis bukan juga alim dalam bidang Nahu, hatta bukan daripada ulama-ulama’ Akidah Islam. Tetapi berdasarkan kajian ulama’, Syed Quthb adalah penulis riwayat-riwayat cerita dan kisah-kisah lucah yang mengghairahkan. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ulama’ ini silalah kaji bukunya (أشواك قطب). Tapi yang anehnya kenapa ada mereka yang masih lagi ta’asub dengan Syed Quthb ini dan ragu-ragu malah mendewa-dewakannya sedangkan dia mempunyai seorang yang berkeperibadian terkutuk dan mengaibkan?
SYED QUTB SEBENARNYA ADALAH MASUNI [PENENTANG AGAMA ISLAM]
Syeikh Muhamad Al-Ghazali merupakan di antara anggota tertinggi dalam Hizbul Ikhwan yang asal, beliau pernah menjadi teman rapat Imam Syeikh Hasan Al-Banna ketika hayat beliau, selain itu beliau juga sangat mengenali Hasan Al-Hudhaibi dan Syed Quthb dengan baik sekali. Di dalam kitab karya penulisannya seperti (من ملائح الحق), m/s 223, menjelaskan fenomena sebenar yang berlaku selepas kewafatan Imam Asy-Syahid Syeikh Hasan Al-Banna –semoga Allah merahmatinya. Selain itu, beliau membongkar jenayah golongan Al-Masuniyahlah[13] [golongan yang memerangi agama Islam] sebenarnya yang telah melantik Syed Quthb ketua bagi kumpulan atau Hizb Al-Ihwan ini. Mereka mengatakan golongan mereka ;
ادخلوا فيهم لتفسدوهم
Yang bermaksud ;
“ Pergilah kalian masuk ke dalam jema’ah mereka agar dapat memusnahkan mereka semua”.
Di dalam kitab yang sama, menurut beliau Imam Syeikh Hasan Al-Banna - semoga Allah merahmatinya – sudah terlebih dahulu memberitahu jema’ahnya [Ikhwan Al-Muslimin] telah berpecah kepada beberapa kumpulan, ada yang benar-benar sudah menyeleweng, mereka telah menumpahkan darah, membunuh, mengkafirkan masyarakat Islam yang tidak bersalah, lalu Imam Syeikh Hasan Al-Banna mengatakan Syed Quthb dan kelompok-kelompaknya sebagaimana tertera di dalam kitab Syeikh Muhamad Al-Ghazali berikut ;
وقد قال حسن البنا فيهم – قبل أن يموت- إنهم ليسوا إخوانا وليسوا مسلمين
Yang bermaksud ;
“ Telah berkata Imam Hasan Al-Banna mengenai mereka [Syed Quthb dan pendokong-pendokongnya]- sebelum kewafatan beliau- bahawa mereka bukanlah tergolong daripada Ikhwan [al-muslimun] dan bukan juga beragama Islam.Intaha.
Kepada kumpulan Syed Quthb – yang bersembunyi di sebalik nama Hizb Al-Ikhwan atau kadangkala dinamakan sebagai “Jama’ah Al-Islamiyah”, Kepada semua kelompok dan kumpulan, kepada setiap individu lahir yang dari institut pendidikan Syed Quthb, Kami Ahlus Sunah Wal Jama’ah mengatakan :
“ Sekiranya kamu mengiktiraf Syed Quthb adalah bukan [seperti] Nabi Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan juga kamu mengiktiraf dia bukan dari para malaikat Allah, maka natijahnya dia bukanlah seorang yang maksum iaitu terpelihara daripada melakukan dosa dan noda. Tetapi yang anehnya kenapa kenapa kamu masih lagi ta’asub dengan pemikiran-pemikirannya, pendapat-pendapatnya, manhaj hitamnya yang punah-ranah, pentakfir, selain itu juga dia juga pernah berulang-ulang kali menghalalkan darah orang Muslim?
Buku-bukunya yang tersebar hari ini menjadi saksi bahawa Syed Quthb merupakan seorang yang jahil dalam semua bidang dan ilmu keagamaan. Dia adalah seorang Musyabbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), Mujassim (mengatakan Allah berjisim), mendustakan ayat-ayat Al-Quran, dan beberapa kali dalam hidupnya mencela dan menghina para anbiya’. Dia mempunyai penyelewengan dan kesalahan yang tidak terhingga untuk dihitung dengan jari-jemari, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Adakah tidak ada perasan belas kasihan di dalam hati kalian apabila melaksanakan pemikiran Syed Quthb dan meniru fikrah takfirnya, menghalalkan darah semua manusia di kalangan para penguasa Islam, rakyatnya, tuan-tuan guru yang mengajar agama [المشايخ], lelaki dan wanita, para tukang azan di seluruh pelusuk bumi, para petani, para penoreh getah, mereka yang bersolat di masjid-masjid, kanak-kanak yang tidak bersalah, remaja-remaja lelaki dan perempuan, para doktor, arkitek, dan semua pekerja buruh dan kakitangan kerajaan??!!
Hari ini, sejarah telah memperlihatkan kepada kami bagaimana golongan kalian menumpahkan darah Umat Islam di Syiria, Lubnan, Palestin, Iraq, Afghanistan, dan banyak lagi. Negara yang aman dan berdaulat kalian porak-perandakan, kalian bunuh hamba-hamba Allah yang tidak bersalah, manhaj pemikiran kalian sekira-kira menghalalkan segala-galanya ini membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, fitnah pada agama, bala’, kerosakan, kemusnahan, dan membawa kepada kehancuran yang besar. Wahai pengikut Syed Quthb! Keluarlah daripada manhaj Al-Khawarij ini, kembalilah kepada kepada manhaj Ahlus-sunah wal-jamaah yang suci, murni dan dijamin kesahihan dan kebenarannya.
IMAM AS-SYEIKH HASAN AL-BANNA –SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA- MENTAHZIR UMAT ISLAM DARIPADA SYED QUTHB.
Antara perkara yang paling menonjol untuk diutarakan di sini sebagai membuktikan Syed Quthb tidak berada dalam landasan Ahlus Sunah Wal-Jama’ah, bukan juga pengikut Imam Hasan Al-Banna iaitu pengakuan Imam Hasan Al-Banna sendiri yang mengatakan dirinya sendiri berlepas daripada Syed Quthb, kumpulannya dan pendapat-pendapat mereka sebagaimana yang telah diterbitkan oleh majalah (مجلة روز اليوسف), bertarikh 29/7/1996, bilangan 3555, m/s 36.
“ Pada peringkat ini, Syed Quthb menyeru umat Islam kembali kepada fikrah “ berbogel dan bertelanjang bulat”. Berdasarkan periwayatan Mahmud Abdul Halim yang telah menulis sebuah kitab yang berjudul (تاريخ الإخوان المسلمين ), beliau mengatakan Syed Quthb merupakan “Imam Takfir” [إمام التكفير], dia merupakan semangat dan bapak kepada kumpulan pemberontak atau kerosakan [الأب الروحي لجماعات العنف] yang menyeru supaya kembali kepada fikrah “ berbogel dan bertelanjang bulat”. [Menurut Syed Quthb] masyarakat hari ini mestilah menjalani kehidupan dengan bertelanjang bulat sebagaimana yang telah terjadi kepada manusia semasa mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu. Apabila dia Mahmud Abdul Halim ingin menulis kitab membangkangnya, Syed Quthb sendiri menegahnya dan memberi amaran keras.
Mahmud Abdul Halim berkata kepada Syed Quthb ; “Sesungguhnya Syed Quthb adalah pemuda yang terpengaruh dengan suasana barat, inilah antara faktor besar kenapa dia boleh berfikiran [lucah] sebegini, sebenarnya tujuan dia menulis rencana-rencana bukan sekadar penulisan karangan biasa bahkan ia melambangkan keimanannya yang di yakini selama ini di samping ia merupakan suatu percubaan untuk mendapat kemasyhuran”.Intaha
ABU AL-FATTAH ABU GHUDDAH, PENGERUSI HIZBUL IKHWAN DI SYIRIA MENGKAFIRKAN SYED QUTHB
Di antara bukti kukuh memperkuatkan hujah penulis mengatakan bahawa jema’ah Hizb Al-Ikhwan mengkafirkan di antara satu sama lain sebagaimana yang telah tercatat di dalam (مجلة الأمة), diterbitkan pada Jamadil Awwal 1405 H, yang merupakan tulisan Abu al-Fattah Abu Ghuddah sendiri. Tulisan ini bertajuk (تعبيرات خاطئة)m/s 14-16 ;
أن سيد قطب سمى الله بالعقل المدبر، ولا يجور إطلاق العقل على الله، فالله جل شأنه منزه عن الوصف بمثل هذا، وهذه العبارات وأمثالها تكررت في كتاب في ظلال القرءان كثيرا كثيرا، ويقول أبو الفتاح أبو غدة : إن هذا لا يفيد التبجيل ولا التعظيم في حق الله بل يوهم النقص والشبه بالمخلوقات، ويقول : وهذا خطأ فاحش شديد وأن معتقده يخرج من الإسلام.أهـ
Yang bermaksud ;
“ Sesungguhnya Syed Quthb telah menamakan Allah sebagai (العقل المدبر) [katanya Allah adalah akal yang mentadbir], padahal tidak harus mengatakan atau mensifatkan Allah sebagai akal. Allah Ta’ala Yang Maha Agung, Maha Suci daripada perkara yang demikian itu. Ibarat sebegini dan seumpamanya sering kali berulang-ulang di dalam bukunya (في ظلال القرءان) dengan [ibarat] yang teramat banyak. Abu al-Fattah Abu Ghuddah telah berkata : “ [ibarat] ini tidak akan membawa kepada kebesaran dan keagungan pada Allah Ta’ala bahkan memberi keraguan [Allah TA’ala] mempunyai kekurangan dan sama dengan makhluk. Dan lagi dia berkata ; “ [ ibarat] yang salah ini adalah suatu kesalahan yang teramat buruk dan orang yang beri’tiqod sedemikian rupa keluar daripada Islam.” Intaha.
GURU-GURU AGAMA DI MESIR MEMINTA UMAT ISLAM BERWASPADA DENGAN SYED QUTHB
As-syeikh Abu al-Khair al-Mishri merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Al-Azhar menyedari bahawa pemikiran Syed Quthb adalah berbahaya kepada masyaraka Islam secara keseluruhannya. Beliau pernah mengatakan ;
إن سيد قطب لازمته يوما كاملا وكنت أقوم إلى الصلاة وهو لا يصلي فأقول له الصلاة يا سيد، فيقول أنا مشغول بالكتابة.
“ Sesungguhnya aku pernah bersama-sama dengan Syed Quthb sehari penuh, aku telah bangun berdiri untuk melakukan sembahyang manakala dia pula tidak bersembahyang, lalu aku berkata kepadanya ; “ Mari sembahyang wahai Syed! Jawabnya ; aku [sekarang] sibuk dengan penulisan[ku].” Intaha.
Selain beliau, ramai lagi alim ulama’ yang mentahzir umat Islam daripada Syed Quthb. Pernah ada satu rombongan daripada Al-Azhar ke Lubnan, antara yang ikut serta dalam rombongan itu ialah Syeikh ‘Ayyih. Beliau berkata ;
وقال عنه : إنه جاهل ، وقد شهد عليه عدد كبير من مشايخ مصر الذين يعرفونه بالجهل وأنه كان ملحدا
Maknanya ;
“ dia (Syed Quthb) adalah seorang yang jahil, perkara ini sememangnya disaksikan oleh ramai tuan-tuan guru agama [المشايخ] di Mesir yang betul-betul mengenali kejahilannya, dan juga dia merupakan seorang ethies [ملحد]”. Intaha.
IMAM HASAN AL-BANNA BER’AQIDAH ASYA’IROH
Imam Hasan Al-Banna adalah tokoh yang agung dalam perjuangan Islam. Demi menjaga masyarakat Islam daripada teraniaya oleh penjajah Inggeris beliau telah membina suatu pasukan rahsia yang kuat bagi melahirkan kader-kader jemaah yang berkualiti bagi membenteras penganiayaan Inggeris pada Umat Islam.
Manhaj beliau cukup jelas, masyhur dengan bermethodologikan manhaj Abu Hasan Al-Asy’ary. Oleh kerana itulah kita dapati hari ini ada di kalangan wahhabiyah mengarang kitab menghentam manhaj Imam Abu Hasan Al-Banna.
Berkata Imam Abu Hasan Al-Banna Di Dalam Kitabnya Al-‘Aqoid Al-Islamiyah ;
يقول حسن البنّا في كتاب العقائد الإسلامية: "السلفُ والخلفُ ليس بينهم خلافٌ على أنه لا يجوز حملُ ءاية الاستواء على المعنى المتبادر.اهـ
Yang bermaksud ;
“Golongan salaf dan khalaf tiada khilaf [bersepakat] di antara mereka bahawa tidak harus menjadikan Ayat Istawa dengan makna secara zhahir [الجلوس]”.Intaha
TERLIBAT DENGAN GERAKAN IKHWAN MUSLIMIN (GOLONGAN QUTHUBIYAH)
Kemudian keterlibatan Syed Quthb di dalam kelompok Al-Ikhwan Al-Muslimin menjadikannya terkenal terutamanya apabila dia telah mengukir nama di dalam gerakan itu dan pernah menjadi salah seorang tokoh yang terkemuka dalam menggerakkan Ikhwan al-Muslimin. Di sini bermula kesesatannya apabila dia menulis makalah, kitab dan sebagainya yang mana penulisannya itu telah menjadikan dirinya tergelincir daripada kebenaran dan menyesatkan Umat Islam.
Sekiranya karya-karya Syed Quthb ini dikaji selidik dan dibaca oleh mereka yang alim daripada Ahlul Fahm Wat At-Tamyiz[15] ternyata akan terbongkar dari buku-buku tersebut fatwa-fatwa yang sesat yang bertentangan dengan syari’at Allah yang akhirnya melambangkan kedangkalan dan kebodohan penulisannya. Syed Quthb juga amat kagum dan tertarik dengan dengan pemikiran Abul A'la Maududi pengasas Jama’ah Islamiyah di Pakistan terutamanya pemikiran Abul A'la Maududi yang radikal dan keras dalam mengkafirkan orang yang tidak melaksanakan hukum wadh’i walaupun mereka tidak membantah atau tidak menginkari hukum syari’ah Allah.
KEGANASAN GOLONGAN IKHWAN
Hizb Al-Ikhwan hari ini adalah di antara golongan yang paling bahaya selain wahhabiyah. Kewujudan golongan ini dalam masyarakat boleh membawa huru-hara yang tidak berkesudahan dan boleh meresahkan Umat Islam. Mereka tanpa ada perasaan malu dan segan silu menamakan jema’ah mereka sebagai jema’ah yang inginkan pembaharuan dan islah dimsamping melaung-laungkan nama Islam ke sana ke mari. Hizb Ikhwan hasil gubahan Syed Quthb ini membawakan manhaj atau metodologi yang baru sekira-kira mereka mengira diri mereka sahaja beragama Islam dan selain daripada manhaj mereka adalah KUFFAR. Selain itu juga, Hizb Ikhwan menganggap masyarakat Islam hari ini merupakan masyarakat jahiliyah yang kafir [keluar daripada Islam] kerana mereka memakai hukum kanun biasa dan tidak mempraktikkan hukum syar’iah.
Pengkafiran Hizb Ikhwan ini merangkumi semua penguasa- penguasa di seluruh alam sehingga mengkafirkan penguasa-penguasa di tanah Arab itu sendiri kerana realiti yang berlaku hari ini penguasa-penguasa menggunakan hukum selain daripada hukum Allah, begitulah juga rakyatnya, guru-guru yang mursyid, tukang azan, peniaga-peniaga, pekerja-pekerja kerajaan, pekerja di sektor swasta, baik kanak-kanak yang tidak bersalah dan juga yang sudah dewasa semuanya dikira sebagai kafir kerana mereka tidak melakukan pemberontakan kepada kerajaan mereka.
Kalau diikuti perkembangan golongan ini secara serius di tanahair kita ataupun di luar negara mereka tiada kepentingan lain, tiada kerja lain melainkan melemparkan pengtakfiran terhadap masyarakat Islam, menyeru kepada keganasan, fitnah-memfitnah, mengerahkan supaya pengikut-pengikutnya keluar di jalanan supaya melakukan penentangan secara membuta-tuli di samping membawa kepada pertumpahan darah.
TIDAK HARUS MEMANGGIL MEREKA SEBAGAI “JEMAAH ISLAMIYAH”
Ulama’-Ulama’ Muktabar mengatakan bahawa ; Tidak boleh mengelarkan kumpulan ini dengan nama “Islamiyah”, sebaliknya menamakan mereka sebagai “kumpulan yang mendakwa sebagai Islam”. Ini adalah kerana mereka amat bercanggah dengan Akidah Islam itu sendiri yang menjadi tiang atau asas kepada Agama Islam rentetan daripada kepercayaan mereka bahawa Allah itu adalah ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa), menamakan Allah dengan al 'Aql al-Mudabbir (Akal yang mengatur), mereka mempercayai Allah Ta’ala sentiasa bersama-sama manusia dengan zat-Nya pada setiap masa, menghalalkan darah orang Islam, berkompromi dengan golongan zionis antarabangsa dalam memerangi Umat Islam. Oleh kerana itulah menurut para ulama’ tidak boleh menamakan mereka sebagai orang muslimin dan tidak harus juga menamakannya sebagai ”Jema’ah Islamiyah” sebagaimana tersebar hari, selain itu tidak boleh mengatakan mereka sebagai ”Al-Ikhwan Al-Muslimun” tetapi kita dibenarkan menyebut golongan ini sebagai ” kumpulan atau golongan yang mendakwa mereka sebagai Ikhwan Al-Muslimin”. ini adalah supaya umat Islam tidak tertipu lalu menyangka mereka pada landasan yang benar padahal mereka jauh daripada itu.
ANTARA NAMA-NAMA GOLONGAN QUTHBIYAH DI TANAH ARAB ;
Golongan Quthubiyah sememangnya tersebar di banyak buah negara, mereka berselindung dengan pelbagai nama dan organisasi. Penjenamaan yang pelbagai dengan beridentitikan nama yang cukup ‘islamik’ adalah di antara taktik untuk memancing masyarakat supaya menyertai mereka, selain meracuni pemikiran pemuda-pemudi yang baru mengenal erti Islam dan perjuangan.
Manakala di Nusantara golongan ini dikenali sebagai ;
PAS di Malaysia
PKS (PARTAI KEADILAN SOSIAL ) di Indonesia
FATWA DALAM ISU AKIDAH YANG MENYELEWENG
Di sini disebut beberapa kesesatan Syed Quthb secara ringkas tanpa ada perbahasan yang terperinci tentang penyelewengannya di dalam Agama Islam. Berikut adalah senarai ringkasan kesesatan-kesesatannya ;
Menamakan Allah dengan nama (الريشة المعجزة) ar-Risyah al-Mu’jizah (bulu yang melakukan hal yang luar biasa),
mendakwa Allah sebagai (الريشة المبدعة) ar-Risyah al-Mubdi'ah [bulu yang menciptakan alam dari sesuatu yang tiada menjadi ada, tanpa ada contoh sebelumnya].
menamakan Allah sebagai (الريشة الخالقة) ar-Risyah al-Khaliqah [bulu yang menciptakan].
menamakan Allah dengan (العقل المدبر) al 'Aql al-Mudabbir [Akal yang mengatur].
mengkafirkan masyarakat Islam di pelusuk alam secara keseluruhan.
pemikiran Syed Quthb berasal daripada pemikiran Baihasiyyah iaitu satu kelompok di dalam Khawarij yang mengkafirkan pemerintah Islam dan rakyatnya.
mencela golongan As-Salaf As-Soleh.
mencela dan menghina pengajian ilmu fiqh.
beri’tikod Allah berada di mana-mana dengan zatnya [ seperti i’tikod Jahmiyah).
menggelarkan masyarakat Islam sebagai Masyarakat Jahilyah.
menghina dan mencela Nabi Musa ‘Alayhissalam.
menuduh Nabi Yusof merasa lemah diri [ghairah] apabila digoda oleh isteri pembesar Al-’Aziz.
Mengkafirkan Nabi Ibrahim ‘Alayhissalam.
menghalalkan darah Umat Islam dan beberapa kes pembunuhan Oleh Golongan Quthubitah.
Ke semua kesesatan-kesesatan Syed Qutb ini sememangnya berbukti bukannya omongan kosong. InsyaAllah akan diterangkan secara jujur dan berhati-hati oleh penulis terutamanya ianya berkaitan dengan amanah syar’iyyah.
PENGARUH PEMIKIRAN SYED QUTHB TERHADAP PAS
Walaupun Syed Quthb telah dihukum mati, namun buku-buku, majalah, risalah serta pemikiran-pemikiranyanya terus tersebar, diterjemah dalam pelbagai bahasa, dan kini didokong pula oleh beberapa organisasai di seluruh dunia termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia. PAS, melalui usrah-usrah, kuliah-kuliah, ceramah, akhbar harakah, dan menerusi pelbagai saluran memberi penekanan utama supaya pemikiran Syed Quthb agar ianya tersebar di dalam masyarakat Islam di Malaysia. Pemikiran mengtakfirkan mereka yang berhukum dengan hukum kanun dunia tanpa menolak sedikitpun syar’ait Allah seringkali kedengaran di ceramah-ceramah yang diadakan oleh PAS. Fikrah takfir tajaan Syed Quthb inilah yang cuba diterapkan oleh PAS kepada ahlinya untuk merampas tampuk pemerintahan dan melakukan keganasan di dalam negara yang seterusnya membawa kepada huru-hara dalam masyarakat Islam.
Antara yang banyak menitik-beratkan pemikiran Syed Quthb ini ialah Profesor Zulkifli Mohamad. Dia adalah di antara pelajar Melayu lepasan University Al-Azhar, Mesir yang sentiasa mengikuti kuliah-kuliah Syed Qutb di Maktab Syubban al-Muslimin pada tahun-tahun 1950-an. Kepulangannya ke Tanah Melayu dan keterlibatannya dalam PAS memberi ruangan yang selesa baginya untuk menerapkan FIKRAH PENGTAKFIRAN Syed Quthb ini sebagai fikrah perjuangan PAS.
Selain itu juga menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai, Fadzil Noor adalah di antara orang yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah, Abdul Hadi mengajar buku 'Ma’allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu manakala Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan, dan begitu juga Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia.
TANGGUNGJAWAB AGAMA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA ;
Oleh kerana menerangkan perkara yang haq dan menjaga amanah ilmiyah menjadi tanggungjawab yang besar dalam agama, penulis menggunakan ruangan yang terbatas ini sebagai tempatnya. Semoga Allah meredhai segala usaha ini dan menerimanya sebagai amalan soleh di dalam bulan yang mulia. Ianya juga termasuk dalam bab nasihat-menasihati yang diperintahkan oleh Rasulullah Shollallahu’ Alaihi Wasallam :
الدين النصيحة
“ Agama itu adalah nasihat menasihati”.
Selain itu juga, timbul rasa bimbang di dalam diri penulis Negara Malaysia yang yang tercinta akan mengundang huru-hara dengan tersebarnya pemikiran-pemikiran Syed Quthb yang berhaluan kiri ini, sekali gus menerajangkan dan memperkosa keamanan dan ketenteraman di dalam Negara. Begitu juga penulisan ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan pemuda-pemudi yang diperdaya oleh golongan ini dengan kata-kata manis dengan berlabelkan “Perjuangan Islam”. Wallahu A’lam.
[4] Hari ini bukan sahaja ramai yang mendiamkan diri dalam membongkar ajaran wahhabiyah, quthubiyah, sufi yang sesat, tetapi juga ramai mereka yang bergelar ustaz, tok-tok guru yang sudah memandang dunia lebih daripada akhirat. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku di hadapan mata hanya dipandang sebelah mata tanpa ada inisiatif tertentu untuk mencegah ataupun membasmi virus pemikiran yang berbahaya.
[5] Diriwayatkan oleh Abu al-Qasim al-Qusyayri dalam Ar-Risalah al Qusyairiyyah.
[6] Syed Quthb, “Al-Islam Musykilatul Hadharah” , Cetakan Dar Asy-Syaruq, Percetakan ke-7, Tahun 1982, m/s 86. TAJUK YANG DIBERI PADA KITAB INI [ISLAM ADALAH MASALAH KEPADA KETAMADUNAN] JUGA MERUPAKAN PENGHINAAN KEPADA AGAMA ISLAM.
[8] Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut.
[9] Walaupun Syed Quthb mempunyai kebolehan di dalam sastera Arab, ini tidak bermakna dia boleh sesuka hati mentafsirkan Al-Quran mengikut kepala otak sendiri tanpa menoleh tafsiran yang digunakan oleh ulama’ mufassirin. Kalau dikaji dengan teliti, pentafsirannya di dalam buku ’Fi Dzilallil Quran' amat bercanggah dengan tafsiran para sahabat dan semua ulama’ mufassirin yang muktabar.
[10] Syed Quthb pernah dilantik menjadi Ketua Pengarang Majalah Ikhwan al-Muslimin. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, kemudiannya majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Jamal Nasir. Kerajaan Mesir ketika itu mengambil langkah yang keras terhadap gerakan Ikhwan supaya pemikiran golongan ini tidak meracuni masyarakat Islam Mesir. Usaha kerajaan Mesir berjaya apabila tertangkapnya pendukung-pendukung Ikhwan termasuk Syed Quthb sendiri. [11] Kitab ini ditulis pada pada tahun 1939.
[12] Seperti golongan athies yang menafikan kewujudan Pencipta.
[13] الماسونية : محاربة الدين [ 14] Syed Quthb bukanlah nabi, atau wali. Dia tidak terpelihara daripada dosa.