Saturday, July 18, 2009

Artikel 1 - Isu Cacing Kerawit




CACING KERAWIT DALAM PARTI PAS

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah yang menjadikan alam maya. WujudNya azali lagi abadi tanpa berbentuk hatta bertempat, Maha Suci Allah daripada berseteru, bersekutu, berarah dan beranggota serta tidak mengikut peredaran zaman. Allah berselawat serta salam ke atas Habib al-Haq, Penghulu sekalian makhluk.

Sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk menghalang dan menghapuskan kesesatan dan kebatilan yang tersebar di atas muka bumi ini. Kesesatan dan kebatilan yang dimaksudkan adalah perkara yang merosakkan kesucian dan keharmonian agama Islam.

Ketahuilah wahai pejuang-pejuang Islam, 'menyuruh kepada kebaikan mencegah daripada kemungkaran' adalah kewajiban yang diwajibkan oleh Allah untuk menjaga AgamaNya, dan menjaga 'aqidah manusia daripada tergelecek ke dalam lembah kebinasaan. Oleh kerana itu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam' memerintahkan dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan diikuti oleh sahabat-sahabat besar.

Antara ahli kesesatan yang perlu ditangani hingga ke akar umbi ialah 4 golongan yang menggelarkan diri mereka :

1) al-Wahhabiah
2) Hizbul Ikhwan (Qutubiyah)
3) Hizbu al-Tahrir
4) Syiah

Kenapa hanya 4 golongan ini sahaja yang menjadi isu pada kali ini?

Jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan….

kerana..

Golongan inilah yang sedang merobek 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan bertopengkan Ulama dalam PAS,

Golongan inilah yang sedang merentap 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan menggunakan tali kuasa UMNO

Golongan inilah yang sedang mencincang 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan memperalatkan ketajaman pedang Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan,

Golongan inilah yang sedang mencarik 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan jari-jemari Jabatan-jabatan Kerajaan,

Golongan inilah yang sedang mengikis 'aqidah Umat Islam di Malaysia dengan menyamar sebagai ahli ilmuan agama dan ahli bijak pandai dalam institusi pendidikan di seluruh negara.

Lihatlah percaturan politik mereka yang begitu licik dalam memainkan peranan dengan menyelinap ke segenap ruang dan lapangan semata-mata untuk memperkudakan 'aqidah ummah. Akan tetapi, fokus penulis hanya tertumpu kepada 'cacing-cacing kerawit' di dalam PAS. Ini kerana di dalam 'perut' PASlah mereka aktif dan beranak-pinak kemudian menyerap ke dalam 'perut' masyarakat dan men'cirit-birit'kan najis 'aqidah dalam Umat Islam sehingga menjejaskan keharmonian dan kesucian 'aqidah sebenar Ahlus-Sunnah wal Jama'ah.
(Semoga Allah melindungi kita semua dari kesesatan mereka)

Siapa yang dikatakan al-Wahhabiah'?

Al-Wahhabiah adalah mereka yang mengikut serta menganut fahaman Muhamad bin Abdul Wahab al-Najdi yang disentap rohnya pada tahun 1206H.

Siapa pula Hizbul Ikhwan (Qutubiyah)?

Hizbul Ikhwan (Qutubiyah) adalah mereka yang mengikut serta menghadamkan fahaman melampau Syed Qutb al-Mishriy yang akhirnya mati digantung pada tahun 1387H akibat cubaan memberontak.

Siapa pula Hizbu al-Tahrir?

Mereka adalah pengikut yang memuja Taqiuddin al-Nabhaniy al-Falasthiniy yang mati seksa pada tahun 1400H.


1) AL-WAHHABIAH

Kenapa golongan al-Wahhabiah ini begitu memuja Muhamad Abdul Wahab?

Kerana pada sangkaan mereka Muhamad Abdul Wahab adalah 'Mujaddid' yang ditunggu-tunggu.

Bagaimana mereka mengenali Muhamad Abdul Wahab?

Kebanyakan mereka mengenali Muhamad Abdul Wahab sebagai orang yang menentang amalan-amalan warisan ulama' Ahlus-Sunnah wal Jama'ah yang pada fahaman singkat mereka adalah bid'ah.

Jika yang demikian, siapa sebenarnya dia?

Muhamad Abdul Wahab adalah seorang lelaki yang tidak dipandang oleh seorang pun dari ulama'-ulama' pada zamannya sebagai seorang yang berilmu. Bahkan saudara kandungnya sendiri Sulaiman Abdul Wahab merupakan salah seorang yang menentangnya, begitu juga seluruh kaum muslimin di negerinya turut menentang kebebalannya di samping ulama'-ulama' al-Hanabilah dan lain- lain lagi.

Antara penulisan yang menentang kesesatannya dinamakan :

1) al-Showa'iq al-Ilahiyyah
2) Fashlu al-Khithob fi al-Roddi 'ala Muhamad bin Abdi al-Wahab


Begitu juga seorang ulama' masyhur dalam Mazhab Hanbali iaitu ;

· Mufti Mekah Muhammad bin Abdullah bin Hamid

Beliau tidak pernah mengatakan Muhamad Abdul Wahab sebagai salah seorang tokoh yang tergolong dalam ilmuan daripada al-Hanabilah dan bagaimanapun telah menyebut serta menyenaraikan seramai :

800 alim ulama' dalam Mazhab al-Hanbali

Bahkan ada menyebut bapanya Syeikh Abdul Wahab serta memujinya kerana kealimannya.

Beliau juga ada mengatakan bahawa Syeikh Abdul Wahab marah terhadap anaknya Muhamad dengan kata-katanya yang masyhur :

"Sungguh aku tidak nampak dari Muhamad melainkan keburukan"

Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Hamid wafat selepas kematian Muhamad bin Abdul Wahab sekitar 80 tahun.

Muhamad bin Abdul Wahab telah mencipta 'agama baru' kemudian mengajarnya kepada pengikut-pengikutnya dan asal agama ini menyamakan Allah dengan makhlukNya dan beri'tiqad bahawa Allah berjisim duduk pula di atas 'arasy, perkataan duduk ini merupakan penyamaan terhadap Allah dengan makhlukNya kerana duduk merupakan antara sifat manusia.

Perkara ini telah disepakati oleh ulama'-ulama' Salaf sekiranya sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat manusia maka kafirlah ia sebagaimana kata al-Imam al-Muhaddist al-Salafiy al-Tohawiy dalam kitab 'aqidahnya yang masyhur dengan nama 'al-'Aqidah al-Tohawiyyah' dan nas ibaratnya : (( Dan barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan makna daripada makna-makna manusia maka telah kafirlah dia ))

Sekian dahulu penjelasan ringkas mengenai Wahhabi.

APA KAITAN WAHHABI DENGAN PAS DAN SIAPA TOK DALANG YANG MENGHIDUPKAN WAHHABI DALAM PAS?

Kaitannya apa lagi kalau tidak menganut 'aqidah yang jelas bertentangan dengan 'aqidah Rasulullah, para sahabat, tabi' dan tabi' tabi'in. Perkara ini telah diperjelaskan dan disepakati oleh kesemua para imam 4 mazhab dan selainnya. Mereka menggunakan PAS sebagai tapak untuk mengembangkan 'aqidah sesat mereka. Dengan menggunakan nama Islam mereka terus bergerak licik bertebaran tanpa kebimbangan dengan bertopengkan ulama' pondok dan alim agama, padahal sekiranya ditanya tentang masalah Salaf dan Khalaf pun mereka masih kebingungan untuk menjawab. Apatah lagi dalam masalah 'aqidah.

TAK PERCAYA?

MARI KITA MENELITI SENARAI DI BAWAH INI ;


PERSAMAAN

FAHAMAN WAHHABI dan NIK ABDUL AZIZ

1. 'AQIDAH MENJISIMKAN ALLAH
· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BENTUK


- Wahhabi mengatakan bahawa Allah menciptakan manusia berupa wajahNya, mereka berkata : "Allah ta'ala mempunyai zat yang berbentuk" - Rujuk : 'Aqidah Ahlul Iman fi Khalqi Adam 'ala Shurati al-Rahman, Karangan Mahmud al-Tuwaijiri, m/s : 40, 91, Darul Liwa' Riyadh

- Pemimpin Wahhabi ( Ibnu Baz )mengatakan : "Penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela" - Rujuk : 'Tanbihat fi Rod 'ala Man Taawwal Sifat" m/s :19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah Lilifta'.

- Berkata pula Nik Abdul Aziz :
"..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban keesokannya

- Nik Abdul Aziz katanya lagi :
"..jadi denge sebab Allah ta'ala ni ye lebih bghego (berharga) ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah (di atas).." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban.

2. AMALAN MAULID NABI

- Wahhabi mengharamkan perayaan dan jamuan makan sempena maulid Nabi, mereka juga mengatakan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan Yahudi - Rujuk : 'al-Tauhid, m/s : 116. Riyadh Saudi

- Ibnu Baz pula berkata : ''Perayaan Maulidur-Rasul adalah menyamai orang Yahudi''.- Rujuk : Tahzir min al-Bid'ah, m/s : 5

- Nik Abdul Aziz pula katanya :
"..kito buat maulud ni pertamanya krano kito nak bertanding nok betewah...denge org kristian.." - Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul

3. ORANG ISLAM

- Wahhabi mengkafirkan umat Islam yang mengingkari aqidah mereka (Wahhabi) yang sesat - Rujuk : Suhubul Wabilah, sebagaimana yang diceritakan dalam kitab karangan Mufti Mekah, Muhamad bin Abdullah al-Hanbali

" Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:
"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan jikalau melawan umno tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid".

4. MENGATAKAN ARAH ATAS KEMULIAAN BAGI ALLAH

- Golongan Mujassimah dan Wahhabi mengatakan arah atas bukan seperti arah di bawah, arah di bawah merupakan kekurangan bagiNya, wajib menyucikan Allah daripadaNya. Adapun arah atas merupakan kesempurnaan bagiNya mulia dan sebagainya.

- Nik Abdul Aziz pula berkata :
"..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa..mulia..terhormat bernilai..de begitu begini..mako umumnyo oghe-oghe besa oghe-oghe terhormat ni duduk datah..aa..gitu aa duduk datah..kalu oghe tuo kito besa bos kito dok atah kosi..o..kalu gapo lagi hok-hok datah maknonyo..atah katil atah kusi atah kuddo..datah almari kito letok baghe-baghe beghego..jadi denge sebab Allah ta'ala ni ye lebih bghego ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban.

5. MENGATAKAN ALLAH BERTEMPAT

- Ibnu Baz mengatakan bahawa Zat Allah ta'ala itu di atas 'arasy. - Rujuk : Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11, tahun 1415H, m/s : 73-74 Makkah.

- Katanya Nik Abdul Aziz :
"..kalu oghe-oghe dudok atah kusi..tentulah tuhe ni tidok dudok atah kusi..atah lagi..nok kato datah lagi tak dok doh la..atah pohon kayu tok menasaboh sikit rabut..jadi hok atah skali gak langit.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban.

6. SAMBUTAN MAULID NABI

- Ibnu Fauzan berkata : ''Orang jahil dari kalangan umat Islam dan ulama'-ulama' mereka yang sesat merayakan maulidur-Rasul" - Rujuk : 'al-Tauhid, m/s : 120, Riyadh Saudi

- Nik Abdul Aziz pula katanya :
"..akhir sekali org Islam berpikir..kalulah org Kristian buleh tutup pejabat..buleh tutup segala perniagaan kerana menyambut Nabi Isa..eh..kami pun perlu jugok..buat perkara yang sama..untuk sambut Nabi Muhammad.." - Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul

7. MAHA SUCI ALLAH DARI PERGERAKAN
· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BERSIFAT TURUN SECARA HISSI


- Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia, mereka berkata : "Allah ta'ala turun dari penjuru atas ke bawah" - Rujuk : Syarh al-Tohawi, karangan Ibnu Abil Iz, m/s : 286

- Wahhabi berkata bahawa Allah bergerak. Mengikuti tanggapan mereka Allah berpindah dari pihak atas ke bawah dan dari bawah ke atas - Rujuk : Fatawa Aqidah, karangan Usaimin, m/s : 742

- Nik Abdul Aziz katanya :
"..Nabi sebut bahawo Allah ta'ala turun..turun ke langit dunia di male Nisfu Sya'ban untuk tugas mengampun doso.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban keesokannya

- Kata Nik Abdul Aziz lagi :
"..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk di tempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya'ban..Aku turun turun turun.. hinggo sapa ke langit dunio.." - Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya'ban keesokannya

8. SAMBUTAN MENGINGATI ISRA' DAN MI'RAJ

- Wahhabi mengatakan haram menyambutnya sedangkan dalam masa yang sama menyambut perayaan secara kemuncak ketua mereka Muhamad bin Abdul Wahab selama seminggu - Rujuk : 'al-Tauhid', m/s : 120, karangan Ibnu Fauzan dan kitab 'Bahs Usbu' Sheik Muhamad bin Abdul Wahab

- Nik Aziz pula berkata :
"..hinggo bule rejab ye dikenali sbagai bule isra' mikraj itupun kito tuka namo drpd bule isra' mikraj kpd bulan semayang.." - Rujuk temuramah Nik Abdul Aziz dalam TV PAS.

PERSOALANNYA :


· Kenapa dalam banyak-banyak bulan, bulan Rejab juga yang dipilihnya untuk ditukarkan sambutan Isra' dan Mi'raj kepada 'Bulan Sembahyang'??

· Apakah motif Nik Abdul Aziz menukarkan 'Bulan Isra' dan Mi'raj kepada 'Bulan Sembahyang'?? Adakah ada udang di sebalik mee??

· Adakah perkara yang tak kena kalau menyambut Isra' dan Mi'raj?? Atau ada 'fatwa' dari mana-mana pihak??

· Sekiranya Nik Abdul Aziz tidak menggalakkan sambutan Maulidur-Rasul dengan alasan tidak ada kaitan di antara Nabi dengan umat Islam kerana belum dilantik menjadi Nabi dan mengatakan hanya "Nabi budak kampung" pada waktu itu, kenapa tidak meneruskan saja sambutan Isra' dan Mi'raj?? Bukankah Isra' dan Mi'raj ini berlaku semasa kenabian??

· Kenapa Nuzul Quran disambut manakala Isra' dan Mi'raj dibuang dari Kalendar Kerajaan Negeri PAS?? Tidakkah kedua-dua peristiwa penting dalam sejarah umat Islam ini berlaku semasa kenabian??

· Bukankah Allah menyebut jelas tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj di dalam Quran? Sekiranya nama Isra' dan Mi'raj tidak penting, kenapa dinamakan Surah al-Isra' di dalam al-Quran? Kenapa Allah tak menamakan saja surah tersebut Surah al-Solat misalnya?

Dan banyak lagi fahaman dan ajaran sesat Nik Abdul Aziz yang tidak sempat dicatat di sini. Dan kesesatan ini akan terus dibongkar sedikit demi sedikit selagimana Nik Abdul Aziz tidak mengaku di hadapan rakyat akan kesesatannya yang menyesatkan aqidah Ahlus-Sunah wal Jama'ah.

Segala kesesatan ini disedari bilamana kitab-kitab ulama' terdahulu dirujuk. Ianya bukan datang dari andaian atau rasa kebencian atau mengalimkan diri atau berkepentingan atau galakan atau upahan atau mengisi masa dan seumpamanya. HARAP MAKLUM

Sekiranya terdapat keraguan pada penulisan dalam blog ini, saudara-saudari pembaca budiman bolehlah merujuk pada nas-nas dan kitab-kitab serta petikan-petikan kenyataan yang menjadi isu sebagaimana yang dinyatakan setiap kali isu dibentangkan. HARAP BERSIKAP MATANG

www.pasvspas.blogspot.com

No comments:

Post a Comment