BERKATA ABDUL HADI AWANG ( PRESIDEN PAS ) :
"..di samping itu mereka menyebut sifat-sifat Allah berdasarkan kepada nas-nas yang soreh..di dalam al-Quran dan Hadis..di antaranya yang terkandung di dalam ayat-ayat mutasyabihat..seperti an-nuzul..turun..di antara sifat tuhan ialah an-nuzul turun..bukan wujud qidam baqa' hak yang kita bilang 20 tambah lagi an-nuzul..kerana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :"yanzilu rabbuna tabaroka wa Ta’ala ila sama'id dunya fi sulusil akhiri minal lail" Allah Ta’ala turun ke langit dunia pada satu ketika akhir di waktu malam dan Allah berfirman "berdoalah barangsiapa yang berdoa Aku terima doanya barangsiapa istighfar aku terima istighfarnya di mana Abdul Hadis ini menunjukkan Allah Ta’ala turun an-nuzul turun di antara sifat Allah Ta’ala ialah an-nuzul turun..turun tidak sama dengan turun makhluk..aa Allah Ta’ala tak sama dengan makhluk.."
Kenyataan Abdul Hadi Awang ini adalah ekoran daripada kepercayaannya sebijik seperti golongan al-wahhabiyah yang menjadikan ayat-ayat dan hadits-hadits yang mutasyabihat diambil secara zahir tanpa ada sebarang pentakwilan. Penyelewengan ayat Al-mutasyabihat ini adalah sudah ditahzir Al-Quran terlebih dahulu di dalam firman Allah Ta’ala.
Kenyataan sebegini adalah bercanggah sekali dengan BAHASA Arab, Al-Quran, Al-Hadits, Al-Ijma’ Ummah, Dan Akal Yang Salim.
Antara hadis yang banyak diselewengkan oleh golongan wahhabiyah antaranya ialah :
إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث اليل الاخر ويقول : من ذالذي يدعوني فاستجب له من ذالذي يستغفرني فاغفرله من ذالذي يسألني فأعطيه حتى ينفجر الفجر
Bermaksud:
“Sesungguhnya Tuhan kami memerintahkan (( malaikat-malaikat)) untuk turun setiap malam ke langit yang pertama pada sepertiga malam terakhir. Mereka berkata : “Tuhan kamu berkata, barangsiapa yang berdoa pada Ku akan AKU kabulkan doanya. Barangsiapa yang memohon ampun pada KU ,akan AKU ampunkannya. Barangsiapa yang meminta padaKU akan AKU kurniakannya , sehinggalah terbitnya fajar ”. Riwayat Muslim , Hadith asalnya di dalam al-Bukhariyy[1]
Sabda Nabi, “إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا,” bermaksud bahawa <<Allah memerintahkan malaikat-malaikatNYA untuk turun setiap malam ke langit pertama>>.
Menurut Bahasa Arab, tatabahasa ayat ini adalah diketahui umum. Untuk menilai kesahihannya, mari kita meneliti penerangan Ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dalam menjelaskan hadits mutashabihat ini.
BAHASA
Dalam bahasa Arab , ayat “بنى الأمير المدينة,” bermaksud, “Amir (Pemerintah) yang membangunkan bandar itu”. Yakni, dia memerintahkan pekerja-pekerjanya untuk membangunkan bandar itu , kerana beliau tidaklah dengan sendirinya melakukan pekerjaan itu dengan mengangkat batu-batu untuk membuat bangunan. Ini bermaksud dia memerintahkan kepada pekerja-pekerjanya , dan merekalah yang melakukan pembangunan. Perbuatan membangunkan ini dirujuk kepada Amir (pemerintah) kerana dia yang memberikan arahan tersebut , bukanlah bermaksud beliau sendiri yang pergi melakukan kerja-kerja pembangunan.
Begitu jugalah dengan Hadith “إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا,” bermaksud bahawa <<Allah memerintahkan kepada malaikat-malaikatNYA untuk turun setiap malam ke langit pertama>> dan mereka melakukan seperti apa yang telah diperintahkan oleh Allah.
Adalah diketahui umum dalam bahasa Arab mengenai hal ini atau yang lainnya:
Perbuatan sesuatu itu dirujuk kepada pemerintah akan tetapi bermaksud yang melakukannya adalah mereka yang diperintah.
Maka , maksud ‘إن ربنا ينزل’ adalah << “ Turunnya malaikat-malaikat Allah”.>> Malaikat-malaikat adalah terlalu banyak bilangannya dan mereka turun dengan perintah Allah. Malaikat-malaikat turun ke setiap tempat mengikut setiap langit masing-masing, kerana malam dan siang berlainan pada setiap negeri. Tengahari di satu negara bersamaan dengan awal atau akhir malam di satu negara yang lain. Maka , setiap bahagian malam atau siang yang melalui sesebuah negara akan menjadi sebahagian malam atau siang di negara yang lain.
Jika merujuk kepada kepercayaan Wahhabiyyah dan kepercayaan Abdul Hadi Awang Al-Muassim begitu juga Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mujassim, Allah tidak mempunyai perbuatan lain kecuali turun dan naik,turun dan naik, turun dan naik dan seterusnya.. kerana malam dan siang berlainan bagi setiap negara di bumi ini. Pentafsiran Wahhabiyyah ini adalah tidak boleh diterima oleh akal sama sekali, tidak seperti pentafsiran Ahlu-s-Sunnah Wal jamaah{2].
Ahlus-Sunnah berkata bahawa malaikat turun dengan perintah dari Tuhan kita dan menyampaikan dari Allah bahawa “Tuhan kamu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa padaKU, Aku akan makbulkan doanya…..’” sehinggalah terbitnya fajar. Kemudian apabila terbitnya fajar, mereka (malaikat-malaikat) naik ke atas langit pertama-iaitu ke langit kedua, ke tiga, ke empat, ke tujuh atau ke al-Kursiyy.
Wahhabiyyah mentafsirkan Hadith ini secara salah dan bohong sama sekali lantas menyebabkan mereka bercanggah dengan penafsiran ulama’-ulama’ Ahlus Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi kepada nadi pada Agama Islam itu sendiri.
AL-MAJI’ WA AL-NUZUL
Ayat-ayat sifat Al-Maji’ wa al-Nuzul di dalam Al-Qur’an[3].
Firman Alah Ta’ala :
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
Maksudnya : Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan.[4]
a) Firman Alah Ta’ala :
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آَيَاتِ رَبِّكَ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آَيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آَمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ
Maksudnya : Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula).".[5]
b) Firman Alah Ta’ala :
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
Akan datang maksud dan tafsirannya..insyaAllah.
DEFINISI AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT BAHASA
Menurut Pengarang kitab Mukhtar al-Sehhah : ”Al-Ji’u wa al-Maji’ al-Ityan” [6]. Ibn Mandzur juga dilihat mengutarakan takrifan yang sama disamping melakukan sedikit penambahan, al-Maji’ [7]sama maksudnya dengan Ityan[8] ja-a wa ji-a wa maji-a). Menurut beliau lagi : ”al-Maji’ wa al-Ityan adalah tanda pergerakan pada sesuatu jisim”
Al-Nuzul menurut Khalil bin Ahmad al-Farahidi [9] : Nazala Fulan ’an Dabah,Au min ’Ulu Ila Sufla”ertinya : Telah turun si Fulan dari tunggangannya atau dari atas ke bawah.
AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT SALAF SALEH
Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam kitab Tauhidnya berkata : “perbuatan seperti datang dan pergi naik dan turun duduk dan seumpama denganya adalah merupakan perlakuan yang dilakukan oleh yang memiliki Jisim, Maha Suci Allah dari sebarang bentuk persamaan khususnya jisim”[10].
Imam Ibn Al-Jauzi [11] merakamkan kalam dari al-Qadi Abu Ya’la dari Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a :”Telah datang kudratNya (kekuasaanNya) ”
Imam Al-Bayhaqi meriwayatkan kalam dari Abu Hassan Al-Asy’ari R.A : ”Pada hari kiamat kelak, Allah akan mencipta perbuatan Ityan wa al-Maji’. Ityan wa al-Maji’ pada hari tersebut bukanlah bermaksud pergerakan yang datang dan pergi sebagaimana makhluk, ketahuilah sesungguhnya pergerakan, diam, berada di sesuatu tempat merupakkan sifat bagi sesuatu jisim. Allah Ta’ala Ahad Samad laisa kamislihi shai’.Firman Allah dalam ayat 26 Surah al-Nahl bukanlah bererti bergerak atau berubah. Namun ia adalah merupakan perbuatan yang diwujudkan untuk memusnahkan binaan dan bumbung kediaman di sebelah atas. Itulah maksud yang seharusnya difahami menerusi kalimah Ityan”.
Hatta Ibn Kathir sendiri sebagai anak didikan Ibn Taymiyah Al-mujassim pernah menukil kalam yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi dari al-Hakim dari Abi ’Umar bin al-Sammak dari Hanbal : ”Sesungguhnya Ahmad Ibn Hanbal mentakwil Firman Allah Ta’ala (وجاء ربك ) dengan Makna telah datang pahalanya( Ja a Thawabuhu ).Imam al-Bayhaqi berkata ,Isnad ini tiada keraguan terhadapnya ( Isnad la ghubar ’alaihi)”
Di mana Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat kalau ingin dibandingkan dengan ulama’-ulama’ muktabar ini hatta dengan Ibn Katsir sendiri pun mereka bercanggah, di mana kalian??!!
AYAT AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT PANDANGAN MUFASSIRIN .
Imam Al-Qurtubi dalam penafsirannya,telah menukil kalam dari al-Hassan dengan takwilan berikut : ”Ayat ( وجاء ربك ) iaitu arahan,suruhan atau hukuman yang ditetapkan Allah[14].
Imam Ibn Hayyan al-Andalusi juga amat bersetuju dengan pendapat-pendapat yang disebutkan oleh Imam al-Qurtubi, lalu mengulas dengan pendapat berikut : Hakikat Al-Maji wa al-Ityan adalah pergerakan dari suatu ruang ke suatu ruang yang lain,ketahuilah memenuhi ruang yang tertentu dengan berlakunya pergerakan adalah sesuatu yang mustahil dinisbahkan terhadap Allah Ta’ala [15].
Ibn ’Atiyah berpendapat : ”Makna al-Maji’ adalah telah datang hukum Allah,arahan,larangan dan azabnya [16]”.
Ibn Hajar Al-Asqalany seorang Amir Mukminin di dalam bidang hadis (martabat tertinggi dalam bidang hadis) semasa mengulas pandangan Imam Al-Bukhari pada bab ”Du’a’ wa al Salah min akhir al-Lail ” berkata : Hadis ”Yanzil rabbina ila al-Sama’ al-Dunya” Golongan yang menisbahkan arah terhadap Allah s.w.t telah banyak mengambil kesempatan menerusi zahir hadis ini. Jumhur ulamak membantah pegangan ini. menurut pendapat mereka Memahami ayat menerusi zahir lafaz akan membawa kepada keadaan memenuhi ruangan tertentu(al-Tahayyuz)pada zat Allah s.w.t....Jika difahami Hadis ini secara Hissi maka sudah tentu yang turun itu adalah Malaikat yang Allah utuskan.[17]
Ibn Al-Jauzi Al-Hanbali dalam tafsirnya Zad al-Masir [18].Dari Imam Ahmad beliau telah mentafsirkan Firman Allah s.w.t,surah al-Nahl ayat 33 dengan makna : ”Telah datang arahanya,makna ini telah dijelaskan oleh al-Qur’an dibanyak tempat”
AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT KACAMATA IMAM AL-RAZI
Menurut Imam Al-Razi ayat-ayat sifat al-Maji’wa al-Nuzul di dalam ayat-ayat sifat yang mutasyhabihat harus ditakwil bersesuaian dengan konsep tanzih, kerana pergerakan adalah sesuatu yang tidak layak terhadap Allah Ta’ala. Menurut beliau lagi : “Ulamak-ulamak usul (Usuluddin) telah bersepakat bahawasanya setiap yang bergerak dan berubah dari satu tempat ke satu tempat ataupun dari satu keadaan kepada keadaan yang lain merupakan sesuatu yang baharu,maka Allah s.w.t bukanlah baharu bahkan Ia adalah Qadim” .[19]
Antara makna takwilan yang dilakukan terhadap ayat al-Maji’ wa al-Nuzul (datang dan turun) adalah seperti berikut :
a) Datangnya tanda-tanda Allah .
Firman Allah Ta’ala :
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
Menurut pengarang : ”Ayat tersebut bermaksud, tiada mereka tunggu melainkan bahawa datang Allah kepada mereka dalam naungan awan. Kefahaman dari zahir ayat jelas menunjukkan Allah telah datang, justeru kehadiran Allah harus ditakwil ,kerana mustahil Allah itu bergerak dengan datang dan pergi, naik dan turun, kerana setiap sesuatu yang bergerak ( Intiqal) adalah makhluk yang baharu,malah ianya juga adalah terhad (Mahdud) , hadith (baharu) dan mahdud, adalah mustahil disisi Allah Ta’ala. Ulasan beliau dipanjangkan dengan hujah berikut”. [20]
i) ” Jika Allah (mahdud) tertentu dengan kadar yang ditetapkan, maka sudah pasti ia boleh bertambah dan berkurangan,justeru keadaan tersebut telah ditentukan oleh yang menetukan,sedangkan semuanya itu adalah mustahil disisi Allah Ta’ala.
ii) Jikalaulah harus sesuatu yang boleh datang dan pergi itu tuhan,nescaya tidak mungkin kita nafikan bahawa bulan dan matahari itu juga tuhan.
iii) Allah Ta’ala telah menerangkan di dalam al-Qur’an kisah nabi Allah Ibrahim,yang mengutuk ketuhanan bintang, bulan dan matahari dengan katanya ( لا أحب الآفلين ) yang bermaksud,aku tidak suka (tidak mengakui) ketuhanan bintang-bintang yang lenyap,maka sesiapa yang mengharuskan datang dan pergi pada hak Allah Ta’ala yang qadim,maka sesungguhnya dia telah mengutuk dalil nabi Allah Ibrahim dan mendustakan Allah Ta’ala yang membenarkan hujah yang dinyatakan oleh Nabi Ibrahim.
iv) Ayat tersebut adalah bermaksud ” Tiadalah mereka tunggu melainkan datangnya tanda-tanda Allah”. Ayat yang menyebut datangnya Allah adalah bertujuan untuk memuliakan tanda-tanda Allah ( تفخيما لشأن الآيات ) ,dikatakan juga raja telah datang,apabila satu pasukan tentera telah datang membawa perutusan Raja.
b) Perintah Allah dan hukumannya[21]
Firman Allah Ta’ala :
هَلْ يَنظُرُونَ إِلاَّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الْغَمَامِ وَالْمَلآئِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الامُورُ
Pengarang berpendapat[22]: Maksud yang dikehendaki ayat ini adalah perintah Allah atau hukumannya. Hujah yang diutarakan bagi menjelaskan makna ayat tersebut adalah seperti berikut :
i) Dasar perkataan ini ialah bahawasanya Allah Ta’ala apabila ia di sandarkan (إضافة) suatu perbuatan kepada sesuatu,jika zahirnya tertegah ( ممتنع) menyandarkan kepada sesuatu perkara,maka wajiblah ayat tersebut dipalingkan daripada zahirnya itu kepada takwil, sebagaimana ulamak-ulamak ahl-Sunnah lakukan terhadap ayat ayat lain antaranya Firman Allah Ta’ala :
واسئل القرية
Terjemahan :Tanyalah kampungnya itu,dengan makna :
واسئل أهل القرية
Maksudnya : Tanyalah penduduk kampung itu
ii) Pada ayat tersebut,telah disebut mudhaf ilaih (مضاف إليه ) pada tempat mudaf ( مضاف ) yang tidak disebut,kata kiasan (مجاز) yang seperti ini masyur dan banyak dipakai, antara contoh lain ,”Raja telah memukul sifulan, pada hal yang memukul itu ialah orang suruhan raja dan bukanya raja”.
c. Urusan Tuhan
Firman Allah Ta’ala :
وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا
Menurut Imam al-Razi
”Ayat ini boleh difahami dengan sempurna melalui dua cara antaranya” :
i) Ayat ini diklasifikasikan sebagai ayat yang sandarannya di buang ( باب حذف المضاف ). Maka takdir ayat tersebut boleh diandaikan sebagai:
a) Telah datang urusan tuhanmu dengan hisab dan balasan :
( وجاء أمر ربك بالمحاسبة والمجازاة )
perkataan ( أمر ) adalah sandaran ( مضاف ) yang tidak disebut ,dan lafaz ( ربك ) sebagai mudaf ilaihi ( مضاف إليه ) yang diletakkan pada tempat mudhaf.
b) Telah datang keperkasaan Tuhanmu.
وجاء قهر ربك
perkataan ( قهر) adalah sandaran ( مضاف ) yang tidak disebut ,dan lafaz ( ربك ) sebagai mudhaf ilaihi ( مضاف إليه ) yang diletakkan pada tempat mudhaf.
Seterusnya, pelengkap huraian beliau,beliau telah mengemukakan contoh berikut: “Jika seseorang raja berangkat turun menemui rakyatnya untuk kebaikan dan kepentingan rakyatnya,adalah sangat memberi kemuliaan serta penghormatan,bahkan waktu turunnya itu merupakan waktu yang paling dimuliakan, oleh itu berangkat turun membawa kemulian maka digunakan perkataan al-Nuzul itu atas maksud memuliakan, demikainlah apabila sesorang raja turun untuk menyelesaikan sesuatu perkara adalah dipandang sesuatu perkara itu hebat dan besar maknanya”. Intaha.
Penjelasan ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah wal Jamaah adalah jelas sekali. Penerangan mereka menenangkan hati dan mengelakkan tashbih dan tajsim. Hasilnya boleh membulatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta’ala. Namun bila ulamak muktabar tidak menjadi sandaran, Al- Quran dan Al-Hadis diambil dan dipakai mengikut otak sendiri, tafsir sesuka hati beginilah hasilnya. Sebut kata ada perkataan Nuzul dalam Quran atau Hadis terus meletakkan sifat Turun pada Allah, sebut kata ada perkataan Yad dalam Nusus tanpa segan silu bagi sifat tangan dan anggota pada Yang Esa, sebut kata ada perkataan ”Ain dalam Ayat atau Hadis terus meletakkan Allah mempunyai mata, sebut kata ada perkataan Istiwa Kitabbullah terus tuduh Allah duduk bersemayam di atas arash dan begitulah seterusnya.
Kami katakan pada golongan ini ;
سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ
Disusun oleh ;
www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com
[1] Yang mana bermula dari “إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا ....... ”
[2] Istilah ini merujuk kepada orang yang benar benar mengikut al-Qur’an, Nabi dan ijma^ ulama dan merupakan golongan majoriti umat Islam.
[3]Selain ayat-ayat yang disenaraikan di atas,ayat sifat al-Maji’ wa al-Ityan telah dikenalpasti terhadap ayat ayat seperti berikut : Surah Al-Baqarah(02)Ayat 209,Surah Al-Nahl (16)Ayat 26, Surah Al-Ma’idah (05) Ayat 24 dan 26 ,Surah Al-kahf (18)Ayat 68,.
[4]Surah Al-Baqarah (02) Ayat 210
[5]Surah Al-An’am (06) Ayat 158
[6]Muhammad bin Abi Bakr bin ‘Abd al-Qadir al-Razi,(1415H/1995M)Mukhtar al-Sehhah,Mahmud khatir (Tah)Bayrut,Maktabah al-Lubnan,j : 1,h 50
[7] Ibn Mandhur,j : 1,h : 51.
[8]Ibid,j: 14,h : 14
[9]Khalil bin Ahmad al-Farahidi,Kitab al-’Ain,Dr Mahdi al-Makhzumi & Dr Ibrahim Al-Samara’yi(Tah) Dar al-Maktabah al-Hilal,j :7,h : 367
[10]Abi Mansur al-Maturidi,Kitab Tauhid,Dr Fath Allah Khalif (tah)Mesir,Dar al-Jami’at al-Misriyyah Iskandariyyah,j : 1,h : 77
[11]Imam Abi al-Faraj bin al-Jauzi (1310H/1990M)Daf’u Shubha al-Tashbih bi Akuffi al-Tanzih,Tariq Su’ud (tah)Bayrut,Dar al-Hijrah,C:2,h : 41
[12] Al-Bayhaqi,Op Cit,h 450-451
[13]Ibn Kathir(1401H/1981M)Al-Bidayah wa al-Nihayah,Bayrut Maktabah al-Ma’arif,c : 4,j 10, h : 327, Lihat juga Kaya Ibn Hazim yang bertajuk Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ AL-Nihal yang menyebut kalam Imam Ahmad yang berbunyi : Wa Ja Rabbuka dengan maksud wa ja a Amr Rabbuka”.Ibn Hazim al-Dhahiri(1985M),Al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal,Dr Muhammad Ibrahim Nasr & ‘Abd Rahman ‘Umair(Tah) Bayrut,Tab’ah Dar al-Jail,j :2 ,h : 280
[14] Al-Qurtubi,Op Cit,j : 2 ,h 55
[15] Abu Hayyan al-Andalusi,Op Cit,j : 2,h : 124
[16] Ibn ‘Atiyyah (1977)Al-Muharrar al-Wajiz,Qatar,Tab’ah al-Syaykh Khalifah al-Ula,j : 1,h :223-224
[17] Ibn Hajar al-‘Asqalani,j : 3 ,h : 39
[18] Ibn Jauzi al-Hanbali,Zad al-Masir fi ’ilm Tafsir,Bayrut ,Tab’ah Zahir al-Syawish,j : 1,h : 225
[19] Al-Razi,Op Cit,j : 5 ,h : 232
[20] Ibid
No comments:
Post a Comment