Saturday, August 1, 2009

ABDUL HADI AWANG BUTA SEJARAH ISLAM

Sumber ini dipetik dari rakaman video klip kuliah beliau di Masjid Rusila selama 4 minit 42 saat.


1. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :

"...Orang-orang yang mahu supaya kembali pada nas-nas sahaja kemunculan mereka di zaman mutakhir berlaku pada kurun..pada kurun ke-7 Hijrah, sebenarnya mereka adalah dari aliran yang dibawa oleh Imam Ahmad bin hanbal tetapi dihidupkan semula tokohnya yang terkemuka ialah..dihidupkan semula tokohnya yang terkemuka ialah Imam ('ala za'mihi) Ibnu Taimiyah,.."


JAWAB:


Kenyataan tersebut merupakan fitnah paling besar terhadap Imam Ahmad bin Hanbal bahkan Imam Ahmad bin Hanbal sendiri merupakan ulama Salaf yang telah mentakwilkan ayat 22, Surah al-Fajr seperti yang diriwayatkan secara bersanad yang sahih oleh Imam Bayhaqiyy dalam kitab Manaqib Ahmad dari Imam Ahmad mengenai firman Allah:


{وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفّاً صَفّاً} [الفجر: 22]


Ditakwilkan oleh Imam Ahmad dengan : "Telah datang kekuasaan Tuhanmu."


PANDANGAN MENGATAKAN IBN TAYMIYYAH AL-HARRANY ADALAH SUATU PENDUSTAAN.


Nama penuh Ibnu Taimiyyah ialah Ahmad Taqiyuddin, Abu Abbas bin Syihabuddin Abdul Mahasin Abdul Halim bin Syeikh Majduddin Abi al-Barakat Abdul Salam bin Abi Muhammad Abdillah bin Abi Qasim al-Khadhar bin Muhammad bin Ali bin Abdillah.

  • Nama Taimiyah berasal dari nama datuknya, Muhammad bin Al khadhar. Ini kerana ketika beliau melakukan haji ke Mekah beliau melalui jalan Taima’.
  • Datuknya seorang yang faqih dalam mazhab hanbali yang masyhur.
  • Beliau lahir di desa Harran, Palestin pada 10 rabiulawal, 661H. Beliau seorang yang berbangsa kurdi.
  • Pada mulanya, beliau merupakan seorang alim, banyak pengetahuan dalam fiqh mazhab Hanbali, dan Usuluddin kemudiannya menjadi shaz dan menyimpang dari mazhab yang empat.
  • Mengajar dan bertabligh di Masjid Bani Umayyah di Damsyik dan ramai murid.
  • Terpengaruh dengan fahaman Musyabbihah dan Mujassimah.(ajaran terpesong dan sesat).
  • Menyerupakan Tuhan dengan makhluk, mengeluarkan fatwa yang jauh berbeza dari mazhab Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafi’ yang telah disepakati oleh seluruh umat Islam.


2. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Beliau telah..beliau dan pengikut-pengikutnya menentang sekeras-kerasnya mereka yang mentakwil ayat-ayat yang mutasyabihat..ayat-ayat yang mutasyabihat..ayat-ayat yang di antaranya menyamakan tuhan dengan makhluk tuhan ( يد الله ) tangan tuhan (عين الله) mata tuhan aa...(قدم الله) kaki tuhan{ الرحمن على العرش استوى } Tuhan bersemayam di atas arasy, ini ada di dalam Quran ada dalam Hadis Nabi sallallahu'alaihi wasallam aah ada dalam Hadis nabi.."


JAWAB:


Menetapkan sifat Allah dengan mudah dan secara zahir begini sudah menjadi cara golongan Al-wahhabiyah. Sebut saja ada perkataan di dalam Al-Quran (الرحمن على العرش استوى) terus tanpa segan silu mengatakan Allah duduk bersemayam di atas arasy. Bila mereka dapati ada disebut di dalam Al-Quran kalimah ( يد الله ) terus menuduh Allah beranggota,bertangan, berjari-jemari dan sebagainya. Bila dilihat ada di dalam Al-Quran ada perkataan (قدم الله) jadi bagi mereka Allah ada kaki. Akal yang sempit serta pemikiran yang dangkal berserta taasub dengan ajaran mujassimah menyebabkan golongan ini tidak menghiraukan tafsiran ulama’ mufassiran, ahli bahasa arab dan ulama’ 4 mazhab. Yang penting ajaran tajsim mereka tersebar kepada masyarakat awam.


3. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Golongan ini mahu supaya ayat-ayat mutasyabihat tidak ditakwil..tak ditakwil seroh pada Allah Ta’ala, tuhan tak sama dengan makhluk, bila budak tanya Nabi :"ainallah?" mana tuhan? Nabi kata "fis samak" Nabi jawab "fis samak"..tuhan di langit.."


JAWAB:


Golongan ini tidak mahu mentakwil ayat ataupun Hadis Mutasyabihat dan mendakwa hanya berpegang pada zahir perkataan bahkan dalam masa yang sama mereka memberi erti malah mentafsir sendiri secara terperinci ayat dan Hadis mutasyabihat agar selari dengan aqidah mereka, ini amat bertentangan dengan pegangan ulama'-ulama' Salaf. Golongan yang mengaku mengikut pegangan Salaf sebenarnya pelampau agama yang memberat-beratkan urusan agama, mereka bukan Salaf bahkan Salah. KeSalahan mereka ini jelas terbukti kerana terdapat sebahagian daripada ulama' Salaf ada yang mentakwil ayat dan Hadis mutasyabihat sebagaimana yang akan didatangkan dalam keterangan selepas ini. Dan kesemua Ulama' Salaf tidak beriktikad "Tuhan Bertempat"


Malah Hadis Jariah yang disebut jelas membuktikan pembohongan golongan Wahabi semata-mata mahu membenarkan aqidah mereka sehingga sanggup mengubah matan Hadis tersebut. Hadis Jariah merupakan Hadis Mudtorib yang martabatnya Dho'if di kalangan Ulama' Muhaddithin sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Hafiz al-Baihaqi. Ulama'-ulama' ahlussunnah wal jama'ah tidak menggunakan Hadis Dho'if sebagai dalil dan hujah dalam menggariskan aqidah umat Islam.


Melalui kata-kata Abdul Hadi (Presiden PAS) amat jelas difahami bahawa dia mereka-reka Abdul Hadis yang tidak pernah diriwayatkan oleh seorang pun dari kalangan ulama' muhaddisin tentang Hadis sebagaimana lafaz Abdul Hadi tersebut.

Dari lafaz tersebut juga difahami bahawa 'budak' yang diriwayatkan oleh Abdul Hadi tanpa bersanad membawa kepada tasykik (keraguan) terhadap keimanan Nabi sollallahu 'alaihi wasallam


Dan ini jelas sekali bercanggah dengan periwayatan-periwayatan yang bersanad

Lebih membahayakan lagi Hadis rekaan Abdul Hadi ini adalah suatu pentakfiran kepada nabi secara tanpa kita sedari!!


Ulama'-ulama' Muhaddistin bersepakat bahawa pembohongan dan penipuan terhadap nabi merupakan dosa besar bahkan Imam al-Juwaini (guru Imam al-Ghazali) mengkafirkan sekiranya pembohongan terhadap nabi disengajakan (rujuk : al-Syeikh Muhammad al-Zarqani al-Malikiy, Syarah al-Manzumah al-Baiquniyyah - Beirut, percetakan Syarikat Dar al-Masyari', cetakan ke-2 ,tahun 2006M ber 1427H)m/s:130)


Pembohongan dan penipuan ini adalah jenayah ilmiah yang paling teruk kerana Rasulullah sollallahu'alaihi wasallam bersabda :


قال الرسول صلى الله عليه وسلم: ( من كذب عليَّ متعمداً فليتبوأ مقعده من النار


"Barangsiapa yang melakukan pembohongan terhadapku maka tempahlah tempat duduknya di dalam neraka"


Dan sabdanya lagi :


من حدّث عني بحديث يُرى أنه كذب فهو أحد الكاذِبِين


"barangsiapa berbicara tentangku ternyata ianya suatu pembohongan maka dialah salah seorang daripada pembohong-pembohong".


Diriiwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohih Muslim bab Wajib meriwayatkan Hadis dari golongan thiqah dan meninggalkan pembohong, Juga terdapat di dalam Sunan Tirmizi di dalam kitab al-Ilmu, Ibnu Majah di dalam Sunannya


4. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Fis samak tuhan duk di atas langit TIDAKKAH TUHAN DUK BERTEMPAT? ini termasuk dalam Hadis yang mutasyabahat..jadi golongan salaf mengatakan paka zohir Hadis.. langit langitlah tapi dok sama dengan makhluk tok sama dengan bulan dan bintang.. tok sama.. "..kita tak mampu nak fikir..nak fikir..tangan-tangan..tangan tak sama dengan tangan manusia..tangan..tangan menatang tangan makhluk tak sama..mata mata tak sama dengan mata makhluk.."



JAWAB


Di sini akan dibawa sebahagian sahaja kenyataan dari para ulama As-Salaf termasuk para sahabat Nabi sebagai bukti menunjukkan bahawa aqidah ulama Salaf antaranya adalah

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT

i. Seorang sahabat Nabi yang terkenal dengan keilmuan beliau pernah dipuji oleh Rasulullah iaitu Imam Sayyidina ‘Ali karramallahu wajhah wafat pada 40 Hijriyyah pernah berkata yang bermakna:


كان الله ولا مكان وهو الآن على ما عليه كان


“Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat, maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”.


Kenyataan tersebut dinyatakan dalam kitab karangan Imam Abu Mansur al-Baghdadiyy dalam kitab beliau yang masyhur al-Farq Bayna al-Firaq pada halaman 256 cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ini memberi erti bahawa di antara aqidah para sahabat serta ulama Salaf adalah ‘Allah wujud tanpa bertempat’ iaitu tidak dilingkungi oleh sesuatu tempat mahupun semua tempat. Dalam halaman kitab yang sama juga dinukilkan kenyataan Imam ‘Ali yang bermaksud:


" إن الله تعالى خلق العرش إظهارا لقدرته لامكانا لذاته "


“Sesungguhnya Allah mencipta ‘arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”.


ii. Imam al-Syafi'eiy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada pertukaran pada sifat-Nya”.


Kenyataan Imam al-Syafi‘eiy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.

iii. Imam yang terkenal dengan karangan kitab aqidah beliau berjudul ‘Aqidah al-Tahawiyyah bernama Imam al-Hafiz Ahmad bin Salamah Abu Ja‘far al-Tahawiyy wafat pada 321 Hijriyyah (merupakan ulama Salaf) telah menyatakan dalam kitab beliau tersebut pada halaman 15, cetakan Dar al-Yaqin yang bermaksud:


“Allah tidak berada (tidak diliputi) pada enam penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan, belakang) seperti sekalian makhluk”.

5. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Adapun golongan khalaf mentakwilkan mata tu makna melihat..tangan makna qudrah..duduk atas langit makna Allah Ta’ala Maha Tinggi..ditakwilkan begitu..golongan salaf tidak metakwilkan.."


JAWAB:


Ulama Khalaf juga adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka dikategorikan sebagai ulama yang hidup selepas 300 Hijriyyah pertama.

Aqidah ulama Khalaf juga tidak terkeluar dari landasan al-Qur’an dan al-Hadith serta ijma‘ ulama.

Aqidah ulama Khalaf tidak sama sekali berlawanan dengan aqidah ulama Salaf, bahkan akidah ulama Salaf itu adalah aqidah ulama Khalaf, begitu jua sebaliknya.

Cuma pada segi penerangan mengenai perkara yang berkaitan dengan sifat Allah dan sandaran kepada Allah, ulama Khalaf telah memilih cara penerangan yang lebih terperinci bagi mengelakkan anggapan yang bersifat tasybih atau tajsim pada sifat Allah.

Contohnya ramai di kalangan ulama Khalaf mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) sifat-sifat Allah yang tertentu kepada makna yang selari dengan bahasa Arab dan layak bagi Allah serta mudah difahami oleh orang awam dan penuntut ilmu bertujuan menjauhkan anggapan yang tidak benar pada sifat Allah.

Namun ada juga di kalangan ulama Khalaf yang tidak mentakwilkan secara terperinci.

Pegangan ulama Salaf pada ayat dan Hadith al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah Ta’ala adalah didapati kebanyakan ulama As-Salaf memilih jalan tidak mentakwilkan secara tafsiliyy (terperinci) ayat tersebut akan tetapi ditakwil secara ijmaliyy (menafikan makna zahirnya) dan diserahkan makna sebenar kepada Yang Maha Mengetahui tanpa berpegang dengan zahirnya, tanpa menyandarkan sifat tasybih, tajsim dan bertempat bagi zat Allah.

Akan tetapi wujud di kalangan ulama Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy ayat Al-Mutasyabihat seperti Imam al-Bukhariyy di dalam kitab beliau Sahih al-Bukhariyy mentakwilkan firman Allah di dalam Surah al-Qasas ayat 88:

“Wajah-Nya” bererti kerajaan-Nya.

6. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Di antara salaf ni ialah golongan wahabi..mereka tidak mentakwil, mereka adalah salaf.."


JAWAB


Ulama As-Salaf pada dasarnya merupakan ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan mereka adalah ulama yang pernah melalui kehidupannya pada era 300 Hijriyyah pertama. Manakala golongan wahhabi bermula pada qurun yang 13H. Macamana Abdul Hadi Awang tanpa ada segan silu sedikitpun mendakwa wahhabi itu salaf.


7. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Mereka juga adalah Ahlussunnah Wal Jama'ah.."


JAWAB:


Sejarah Wahabi : Telah bermula kemunculan fahaman Wahabi di Timur Madinah pada tahun 1143H dan mula tersebar fahaman ini selepas 1150H di Najdi dan kampung-kampung sekitarnya, Muhamad bin Abd Wahab mati pada tahun I206H. Muhamad bin Abdul Wahab merupakan pengasas gerakan Wahabi yang mendakwa dakwahnya berteraskan semata-mata al-Quran dan Abdul Hadis walhal hakikatnya adalah resolusi pemikirannya dan menghidupkan sebahagian dari kesesatan fahaman Taqiuddin Ahmad bin Taimiyah, antaranya mengharamkan bertawasul, mengkafirkan mereka yang menyeru dengan lafaz "Ya Rasulullah" atau "Ya Muhammad" dan banyak lagi. Fahaman-fahaman ini jelas bertentangan dengan iktikad Ahlussunnah wal jama'ah. Bagaimana mungkin mereka (Wahabi) mendakwa sebahagian dari Ahlussunnah wal Jama'ah apalagi Salaf !!!


Berkata al-Syeikh Ahmad Zaini Dahlan Mufti Mekah yang hidup di akhir zaman kesultanan Uthmaniah di dalam kitab tarikhnya di bawah fasal "Fitnah al-Wahabiah" : "Adapun bapanya (Abdul Wahab) dan saudaranya (Sulaiman) dan kebanyakan daripada guru-guru ibnu Abdul Wahab berfirasat padanya sesungguhnya akan terjadi daripadanya pemesongan dan kesesatan bilamana mereka menyaksikan daripada perkataannya dan perbuatannya serta banyak mengeluarkan pendapat baru (bid'ah) dalam permasalahan agama - Risalah Ulama' Tunisia ila al-Dholli al-Wahabiy li al-Qadhi Abi Hafsi Umar ibnu al-Mufti Qasim al-Mahjub al-Tunisia al-Malikiy.


8. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..di samping itu mereka menyebut sifat-sifat Allah berdasarkan kepada nas-nas yang soreh..di dalam al-Quran dan Hadis..di antaranya yang terkandung di dalam ayat-ayat mutasyabihat..seperti an-nuzul..turun..di antara sifat tuhan ialah an-nuzul turun..bukan wujud qidam baqa' hak yang kita bilang 20 tambah lagi an-nuzul..kerana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :"yanzilu rabbuna tabaroka wa Ta’ala ila sama'id dunya fi sulusil akhiri minal lail" Allah Ta’ala turun ke langit dunia pada satu ketika akhir di waktu malam dan Allah berfirman "berdoalah barangsiapa yang berdoa Aku terima doanya barangsiapa istighfar aku terima istighfarnya di mana Abdul Hadis ini menunjukkan Allah Ta’ala turun an-nuzul turun di antara sifat Allah Ta’ala ialah an-nuzul turun..turun tidak sama dengan turun makhluk..aa Allah Ta’ala tak sama dengan makhluk.."


JAWAB:


ونقل الحافظ ابن حجر في فتح الباري قول البيضاوي (( وقال البيضاوي ولما ثبت بالقواطع أنه سبحانه منزه عن الجسمية والتحيز امتنع عليه النزول على معنى الانتقال من موضع إلى موضع أخفض منه ))


Bermakna :


“ telah menukilkan Al-Hafidh Ibn Al-Hajar Al-Asalany di dalam Fathu Al-Bary perkataan Al-Baidhawi ; berkata Al-Baidhawi : tatkala telah sabit dalil-dalil yang qathi’ bahawa Allah Ta’ala Maha Suci daripada sifat berjisim dan mengambil tempat (bertempat) , oleh itu tertegahlah bagi-Nya (النزول) atas makna berpindah dari satu tempat yang tinggi ke tempat yang lain yang lebih rendah daripada itu” intaha.


9. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"..Al-istiwa' di antara sifat Allah Ta’ala adalah al-istiwa' bersemayam..bersemayam Raja bersemayam Allah Ta’ala bersemayam tapi bersemayam Allah Ta’ala tidak sama dengan bersemayam raja.."


JAWAB:


Antara ulama As-Salaf yang mentakwilkan secara tafsiliyy iaitu terperinci pada ayat 5 dalam Surah Taha adalah Imam Salaf Abu ‘Abd al-Rahman ‘Abd Allah bin Yahya bin al-Mubarak wafat 237 Hijriyyah dalam kitab Gharib al-Qur’an Wa Tafsiruhu halaman 113, cetakan Mu’assasah al-Risalah, Beirut: Firman Allah:

“Al-Rahman di atas ‘arasy ber-istawa”, istawa di sini ertinya menguasai.


10. BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :


"ad-dohik" suka gelak ketawa..ni adalah sifat Allah Ta’ala..kerana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :"innallaha yadhak alqatilu wal maqtulu fil jannah"..Allah Ta’ala ketawa kerana orang yang membunuh dan dibunuh masuk syurga..ini kerana ada Abdul Hadis yang mengatakan demikian maka di ambil sifat Allah Ta’ala ad-dohik aa ketawa dan lain-lain..dengan tidaklah sekali-sekali menyamakan Allah dengan makhluk ini Allah Ta’ala tak sama dengan makhluk..ketawa Allah Ta’ala tak sama dengan ketawa makhluk..suka Allah Ta’ala tak sama dengan suka makhluk..Allah Ta’ala tidak sama dengan makhluk..dengan menyerah kepada Allah Ta’ala..4:42/7:45


JAWAB


Demikian adalah tanggapan dusta yang tidak berunsurkan pengkajian yang sebenar. kerana dari pentakwilan Imam al-Bukhariyy pada surah Al-Qosos ayat 88 dan takwilan beliau dalam Sahih al-Bukhariyy juga pada ayat 56, Surah Hud jelas menunjukkan beliau sebagai ulama Salaf telah mentakwilkan ayat al-Mutasyabihat mengenai sifat Allah. Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy di dalam Fath al-Bariyy Syarh Sahih al-Bukhariyy


pada menyatakan Abdul Hadith al-dhahik (ketawa) berkata:


“Al-Bukhariyy telah mentakwilkan Hadith al-dhahik (ketawa) dengan erti rahmat dan redha.”


* Maka natijahnya bahawa kedua-dua jalan pilihan ulama Salaf dan Khalaf adalah benar dan tidak menyimpang kerana kedua-duanya mentakwilkan cuma bezanya kebanyakan Salaf mentakwil secara ijmaliyy dan kebanyakan Khalaf pula mentakwil secara tafsiliyy.


* Lihatlah pembohongan seorang yang berjawatan Presiden PAS, bukan sahaja menipu rakyat Malaysia terutamanya penjunjung PAS bahkan jahil yang teramat sangat mengenai Sejarah Islam.


* Adakah orang sebegini layak untuk memimpin parti yang terasnya Islamik?


PENJELASAN LANJUT


Penyelewengan Abdul Hadi awang akan dikupas oleh penulis secara satu persatu secara terperinci mengikut neraca syarak. Artikel kali ini hanya membongkar sekadar muqaddimah dan pembuka bicara..Wallahu A’lam.



www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com

No comments:

Post a Comment