Tuesday, September 8, 2009

ABDUL HADI AWANG MENGATAKAN ALLAH BERGELAK KETAWA


BERKATA ABDUL HADI ( PRESIDEN PAS ) :

"..Beliau telah..beliau [Ibn Taymiyah AL-Harrany Al-Mujassim] dan pengikut-pengikutnya MENENTANG SEKERAS-KERASNYA MEREKA YANG MENTAKWIL AYAT-AYAT YANG MUTASYABIHAT..”

Katanya lagi ;

"..Di antara salaf ni ialah golongan wahabi..mereka TIDAK MENTAKWIL, mereka adalah SALAF.."

Seterusnya dia menambah ;

"..di samping itu mereka [Wahhabi] menyebut sifat-sifat Allah berdasarkan kepada nas-nas yang soreh..di dalam al-Quran dan Hadis..”

Dia menegaskan ;

"ad-dohik" suka gelak ketawa..ni adalah sifat Allah Ta’ala..kerana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :"innallaha yadhak alqatilu wal maqtulu fil jannah"..ALLAH TA’ALA KETAWA KERANA ORANG YANG MEMBUNUH DAN DIBUNUH MASUK SYURGA..ini kerana ada Hadis yang mengatakan demikian maka diambil sifat Allah Ta’ala ad-dohik aa ketawa dan lain-lain..dengan tidaklah sekali-sekali menyamakan Allah dengan makhluk ini Allah Ta’ala tak sama dengan makhluk..ketawa Allah Ta’ala tak sama dengan ketawa makhluk..SUKA ALLAH TA’ALA TAK SAMA DENGAN SUKA MAKHLUK..Allah Ta’ala tidak sama dengan makhluk..dengan menyerah kepada Allah Ta’ala..4:42/7:45. Intaha

[ Rujuk ceramahnya semasa di Rusila, Terengganu yang terdapat di youtube]

Berkata Ibn ‘Utsaimin dalam Syarah Al-‘Aqidah At-Thahawiyah ;

ففي هذا إثبات الضحك لله عزَّ وجلَّ، وهو ضحك حقيقي، لكنه لا يماثل ضحك المخلوقين

“ Dalamnya [hadis] ialah menetapkan sifat ketawa bagi Allah Azza Wajal, iaitu sifat ketawa yang hakiki tetapi tidak sama dengan ketawa makhluknya “. Intaha.

PERBINCANGAN TENTANG AYAT-AYAT MUTASYABIHAT

Perbincangan yang berkaitan ayat sifat atau sifat mutasyhabihat bukanlah topik perbahasan semasa zaman Rasulullah. Perbincangan mengenainya tidak dibincangkan secara meluas. Ulamak salaf
[1] mengimani ayat-ayat mutasyhabihat tanpa mempersoalkan maksud di sebaliknya, disertakan dengan mentanzihkan Allah S.W.T dari sebarang bentuk persamaan dengan makhluk[2]. Kewujudan Rasulullah di tengah-tengah umat Islam adalah punca utama mengapa ayat tersebut tidak diperbahaskan di kalangan sahabat, selain itu keunggulan al-Qur’an itu sendiri yang amat memberi kesan kepada jiwa umat Islam dan keimanan yang penuh penyerahan kepada Allah dan Rasulnya, serta penglibatan umat Islam sepenuhnya dalam peperangan jihad fi sabilillah adalah antara penyebab mengapa topik ayat-ayat sifat tidak dibincangkan secara meluas jika dibandingkan dengan persoalan fiqh dan hukum-hakam agama yang lain[3] .

Namun setelah kewafatan Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam pada tahun ke11 hijrah, bermula episod keretakan di kalangan umat Islam yang menimbulkan keadaan huru-hara
[4] dan perpecahan yang memuncak lebih-lebih lagi pada akhir zaman pemerintahan kerajaan Umawiyyah (41-132H/661-750M)[5]. Dengan kemunculan beberapa tokoh yang berhaluan kiri seperti Ma’bad al-Juhani (m80H), Ghailan al-Dimishqi[6], Ja’d Bin Darham (120H)[7], Jahm Bin Safwan (m128H)[8], dan Wasil bin ’Ata’ (m131H)[9] maka perpecahan umat Islam dilihat semakin menjadi-jadi sehingga tercetusnya pertumpahan darah. Konflik ini berterusan merentasi masa dan zaman sehinggalah dibangkitkan semula pada kurun kelapan hijrah oleh Ibn Taymiyyah (m728H)[10], selanjutnya dihangatkan oleh Muhammad bin Abd Wahhab (M 1206H) pada kurun ke 12 sehinggalah berlanjutan ke hari ini[11].


TAKWIL ATAU BERPEGANG SECARA ZAHIR?


Perbincangan mengenai ayat atau hadis mutashabihat merupakan topik yang panjang. Ayat–ayat mutasyabihat banyak diselewengkan oleh golongan Al-Wahhabiyah dalam membantu aqidah-aqidah mereka yang sesat sejajar dengan aqidah golongan yahudiyah dalam memberikan makna jisim pada Allah Ta’ala. Kekeliruan dalam memahami makna ayat-ayat mutasyhabihat tersebut telah menimbulkan keretakan di kalangan umat Islam, justeru bermulalah perpecahan dan perbalahan yang berpanjangan. Akibat dari perpecahan tersebut timbul pelbagai puak dan golongan yang menafikan antara satu dengan yang lain. Kelompok-kelompok tersebut mula melahirkan karya masing-masing untuk mempertahankan dakwaan mereka dengan kepelbagaian manhaj dan uslub berteraskan aliran yang dibawa. Setiap mazhab cuba menyelesaikan persoalan aqidah khususnya berkaitan sifat dan zat Allah menurut fahaman yang dibawa.

Manakala Ahlus-Sunnah Wal Jama’ah tetap bersama dengan ijma’ orang Islam, terus menjaga kemurnian Agama Islam berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Akal Yang Salim supaya keutuhan dan kelestarian aqidah umat Islam terjaga sepanjang zaman.

PENDIRIAN IBN TAYMIYAH DAN ABDUL HADI AWANG ADALAH SEJAJAR

Pendapat Ibn Taymiyah dalam menafikan kewujudan takwil At-tafsili (menentukan makna yang khusus bagi sesuatu kalimah yang mutasyabih) daripada sahabat dan salaf didapati berlambak di dalam kitabnya, sebagai contohnya dia pernah berkata sebagaimana teksnya;

فَلَمْ أَجِدْ - إلَى سَاعَتِي هَذِهِ - عَنْ أَحَدٍ مِنْ الصَّحَابَةِ أَنَّهُ تَأَوَّلَ شَيْئًا مِنْ آيَاتِ الصِّفَاتِ أَوْ أَحَادِيثِ الصِّفَاتِ بِخِلَافِ مُقْتَضَاهَا الْمَفْهُومِ الْمَعْرُوفِ

Yang bermaksud ;

”Aku tidak pernah mendapati pada saat ini dari salah seorang pun daripada sahabat bahawa dia telah mentakwilkan sesuatu daripada ayat-ayat sifat atau hadis-hadis sifat yang bercanggah dengan apa yang dikehendaki dengan kefahaman yang sudah masyhur ”.[12] Ini adalah kerana pegangan Ibn Taymiyah sebenar.

Manakala akidah ini teruskan oleh Muhammad Abdul Wahhab serta kuncu-kuncunya, mereka menegaskan kaedah bathil mereka ini di dalam kitab Al-Fatawa Al-Albaany karangan Nasaruddin Al-Albaany Al-Mujassim;

قالوا : التأويل تعطيل

” Mereka berkata ; perbuatan pentakwilan merupakan menafikan kewujudan Allah dan sifat-sifatnya ”.

Kaedah ini adalah sebenarnya rekaan dan pembohongan golongan Al-Wahhabiyah, ianya bukan berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis bahkan kaedah ini dibina bertujuan membatalkan kewujudan takwil yang telah dilakukan oleh ulama’ salaf dan khalaf.

Penulis akan menukilkan secara amanah daripada para ulama’ salaf membuktikan bahawa takwil secara tafsili sudah pun wujud sejak zaman Nabi lagi, sahabat dan juga salaf.

TAKWIL MENURUT AL-QURAN, AS-SUNNAH, SALAF DAN KHALAF

Hukum Mentakwil Ayat Sifat Menurut Al-Quran

Al-Qur’an sendiri telah mengajar bagaimana untuk berinteraksi dengan ayat-ayat sifat yang pada zahirnya menampakkan kesamaan di antara pencipta dan makhluk, justeru penggunaannya dilihat sebagai pengharusan takwil untuk memahami ayat-ayat yang memiliki kesamaran agar tidak disalah tafsirkan, malah takwil dianggap sebagai kaedah yang terbaik untuk memahami isi kandungan al-Qur’an. Justeru ada yang menghukumnya sebagai Wajib Takwil bagi mengelakkan tasyhbih atau tajsim.

Firman Allah Ta’ala :

نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ

Terjemahan:

”Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka”.[13]

Zahir ayat di atas menggambarkan Allah memiliki sifat pelupa, adalah tidak wajar menisbahkan sifat lupa kepada tuhan dengan mendakwa lupanya tuhan tidak sama dengan lupa yang dimiliki makhluk. Oleh yang demikian Allah mendatangkan ayat yang lain bagi mentakwil ayat tersebut di dalam surah Maryam ayat 64

وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Terjemahan :

”Dan tidaklah Tuhanmu lupa.”

Kesimpulannya, harus mentakwil ayat-ayat sifat yang pada zahirnya menampakkan kesamaan dengan makhluk.
[14]

Dalil Takwil Daripada Al-Sunnah

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya
[15] :

عن عبد الله رضي الله عنه قال :لما نزلت هذه الآيه الذين آمنوا ولم يلبسو إيمانهم بظلم . شق ذلك على أصحاب النبى صلى الله عليه وسلم وقالوا :أينا لم يظلم نفسه ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ليس كما تضنون إنما هو كما قال لقمان لإبنه : يابني لا تشرك باالله إن الشرك لظلم عظيم.

Maksudnya : Dari ‘Abdillah (Ibn Mas’ud) r.a, beliau berkata: Tatkala turunnya ayat yang bermaksud: ”Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan keimanan dengan Zulm (aniaya) mereka memperolehi keamanan dan itulah orang-orang yang diberi hidayat, setelah turun ayat ini ada di antara Sahabat-Sahabat Nabi yang merasa kesusahan, sehingga mereka tertanya-tanya sesama mereka,”Siapakah di antara kami yang tidak menganiaya diri dengan membuat dosa? lalu Nabi menjawab : Bukan begitu, ia tidak seperti yang kamu sangkakan, maksud ayat tersebut adalah sebagaimana yang dibicarakan oleh Lokman Hakim kepada anaknya : ”Hai anak-anakku, Janganlah kamu syirik kepada Allah, kerana syirik itu adalah Zulm yang besar.”

Berdasarkan hadis di atas, Nabi Shollallahu ’Alaihi Wasallam sendiri secara jelas mentakwil ayat al-Qur’an dari Surah al-An’am ayat 82, menerusi perkataan Zulm kepada suatu makna lain iaitu Syirik kepada tuhan .

2. Sabda Nabi Muhammad Shollallahu ’Alaihi Wasallam di kala baginda mendoakan kepada Ibn ‘Abbas
[16]

أخرجه البزار من طريق شعيب بن بشر عن عكرمه :
اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل القرأن .

Maksudnya : Wahai Tuhan berikanlah kefakihan di dalam agamanya [Ibn Abbas] dan berikanlah ilmu petakwilan Al-Qur’an kepadanya.

Pada riwayat lain hadis ini berbunyi ;

قال عليه الصلاة والسلام لعبد الله بن عباس: "اللهم علمه الحكمة والتأويل"
رواهُ البخاري وابن ماجه وغيرهما بألفاظ متعددة

Bermaksud ;

Bersabda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam “ Ya Allah berikanlah kepadanya [Ibn Abbas] ilmu pengetahuan berkaitan dengan hikmah dan ilmu pentakwilan [Al-Quran]”. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibn Majah dan selainnya dengan lafaz yang pelbagai.

Ini bermakna Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam telah mendoakan Ibn Abbas supaya Allah menganugerahkan ilmu pengetahuan yang mendalam di dalam ilmu pentakwilan Al-Quran dan Al-Hadis. Hadis ini mematahkan hujah golongan Al-Wahhabiyah, katakanlah kepada mereka ; “Bagaimana kamu boleh mengingkari takwil sedangkan Rasulullah sendiri telah mendoakan Ibn Abbas supaya dianugerahkan ilmu takwilan. Sekiranya takwil itu tidak harus pada syarak nescaya meletakkan doa Rasulullah itu (pada tanggapan kamu) suatu doa yang tidak harus pada syara’.

Berkata imam Al-Jauzi Al-Hanbali
[17]di dalam kitabnya “Al- Majalis” :

"ولا شكَّ أن الله استجابَ دعاءَ الرسول هذا" اهـ

“Dan tidak syak lagi bahawa Allah Ta’ala telah memakbulkan doa Rasul ini”.


Doa tersebut jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad menginginkan kebaikan kepada Ibn ‘Abbas. Tindakan Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa penggunaan takwil adalah perbuatan yang terpuji. Ketahuilah demi sesungguhnya Nabi Muhammad tidak pernah mendoakan sesuatu yang buruk terhadap umatnya.

Dalil Takwil Daripada Pendapat Sahabat, Tabi’ien, Tabi’ Tabi’en (Salaf)

Jika diteliti penggunaan takwil juga menjadi amalan di kalangan para sahabat Rasulullah Shollallahu ’Alaihi Wasallam antaranya :

A) Ibn ‘Abbas r.a [Sahabat Rasulullah]:

Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani (m.852H) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas r.a (m.68H) daripada Hakim daripada ‘Akramah daripada Ibn ‘Abbas,

Firman Allah Taala ;

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ

Terjemahan : Pada hari betis disingkapkan.[18]

Ibn Abbas tidak berpegang dengan zahir ayat ini bahkan menurutnya , apa yang dimaksudkan (الساق) adalah (هو الأمر الشديد المفظع من الهول يوم القيامة) iaitu gambaran keadaan orang yang sedang ketakutan dan lari kerana hebatnya huru-hara di hari kiamat
[19].

Oleh itu, jelaslah Ibn Abbas yang merupakan sahabat Rasulullah sendiri juga mentakwilkan ayat Mutashabihat supaya mengelakkan dirinya dan Umat Islam daripada terjerumus ke dalam kancah tashbih dan tajsim. Manakala Ibn Taymiyah dan Golongan Al-Wahhabiyah menjadikan kalimah (الساق) secara zahir dan beri’tikod Allah Ta’ala mempunyai anggota betis sebagaimana manusia juga mempunyai betis. Maka jelaslah, pengakuan mereka sebagai salaf adalah suatu pembohongan dan pendustaan.

Selain daripada itu, Abdullah Bin Abbas juga pernah mentakwilkan Firman Allah Ta’ala ;

وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ: قال: اي بقوّه، فسّر الأيدي بالقوّه، رواه عن إبن ابي عباس إبن ابي طلحه في صحيفته.

Yang bermaksud ;

“ Dan langit kami binanya dengan [makna zahir; tangan] berkata [Abdullah Bin Abbas] iaitu dengan kekuasaan. Beliau mentafsirkan [mentakwilkan] kalimah (الأيدي) dengan makna (القوة)”. Ibn Abu Thalhal meriwayatkannya daripada Ibn Abbas di dalam Shohifahnya.

B) Al-Mujahid [ anak murid kepada Ibn Abbas selain itu dia seorang Tabi’en]

Beliau pernah mentakwilkan firman Allah Ta’ala ;

وأخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، وأبو بكر القاضي قالا : حَدَّثَنَا أبو العباس محمد بن يعقوب ، حدثنا الحسن بن علي بن عفان ، حَدَّثَنَا أبو أسامة ، عن النضر ، عن مجاهد ، في قوله عز وجل : {فأينما تولوا فثم وجه الله} قال : قبلة الله

C) Sufyan Atsauri [At-Tabien]

Beliau pernah mentakwilkan firman Allah Ta’ala ;

أخبرنا أحمد بن عبيد قال أخبرنا محمد بن الحسين قال ثنا أحمد بن زهير قال ثنا يحيى بن معين قال ثنا علي بن الحسين ابن شقيق عن عبد الله الله بن موسى الضبي عن معدان قال سألت سفيان الثوري عن قوله وهو معكم أينما كنتم قال علمه

” ..daripada Ma’dan dia berkata ; aku pernah bertanyakan Sufyan Atsauri tentang firman Allah Ta’ala (وهو معكم أينما كنتم) dia berkata [mentakwilkan] maknanya (علمه) iaitu di mana mana sahaja kamu berada Allah Ta’ala Maha Mengetahui akan hal keadaan kamu.” Diriwayatkan daripada kitab Syarah Ushul I’tiqod Ahlus- Sunnah Wal Jama’ah Min Al-Kitab Was-Sunnah Wa Ijma’ Ash-Shohabah karangan Al-Lalika-I Abu Qasim juzuk yang ke empat.

Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh takwilan oleh Imam Nawawi As-Syafi’e Rahimahullah di dalam ktiabnya ; Sharah Sohih Muslim :

وهو معكم أينما كنتم فمعناه بالعلم والاحاطة

Bermaksud :

”Firman Allah Ta’ala (وهو معكم أينما كنتم) bermakna [takwil] Ilmunya dan pengetahuan-Nya yang tersebar.” Intaha

D) Imam Ahmad bin Hanbal.

Beliau telah mentakwil firman Allah Ta’ala ;

وَجَاء رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

zahir ayat bermaksud ;Telah datang tuhannmu.[20]

Sepintas lalu zahir ayat ini menampakkan keadaan Tuhan yang datang dan pergi, namun begitu ianya adalah bukan makna sebenar bagi ayat tersebut bahkan ianya amat menyeleweng dari aspek tanzih dan menyalahi kaedah pentafsiran dan pentakwilan yang sebenar, oleh yang demikian ramai di kalangan Ulamak Tsiqah telah merumuskan beberapa pendekatan terbaik untuk digunapakai dalam memahami ayat-ayat Mutasyhabihat antaranya, Imam Al-Baihaqi Yang meriwayatkan dari al-Hakim daripada Abi al-‘Amru bin al-Samak daripada Hanbal dan Ahmad bin Hanbal mentakwil ayat tersebut dengan mengatakan “Telah datang ganjaran”
[21]

Hatta Ibn Kathir sendiri sebagai anak didikan Ibn Taymiyah Al-Mujassim pernah menukil kalam yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi dari al-Hakim dari Abi ’Umar bin al-Sammak dari Hanbal :

”Sesungguhnya Ahmad Ibn Hanbal mentakwil Firman Allah Ta’ala (وجاء ربك ) dengan makna telah datang pahalanya( Ja a Thawabuhu ). Imam al-Bayhaqi berkata , Isnad ini tiada keraguan terhadapnya ( Isnad la ghubar ’alaihi)”
[22].

Takwilan dan pentafsiran Imam Ahmad diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi di dalam Kitab Manaqib Syafi’e dan beliau mengatakan sanad-sanad perawinya kepada Imam Ahmad itu adalah sahih. Imam Al-Baihaqi merupakan ulama’ dalam bidang hadis yang agung dan tergolong dalam HUFFAZ pada zamannya. Kepakaran beliau dalam bidang hadis memang diperakui umum dan tiada sedikitpun keraguan di kalangan para ulama’ Muhadditsin tentang kehebatannya sehinggakan Imam Al-Hafidz Solahuddin Al’ala’i berkata :

ما جآء بعد البيهقي والدارقطني مثلهما ولا من يقاربهما اي في علم الحديث، ذكر ذلك العلائي في كتابه الوشي المعلم

” Tiada ada lagi yang datang selepas Baihaqi dan Darul Quthni seumpama mereka atau dekat dengan mereka dalam Ilmu Hadis ”. Perkara ini disebut di dalam Kitabnya Al-Washm Al-’Ilm. Imam Al-Hafidz Solahuddin Al’ala’i pula adalah antara ulama’ hadis yang terunggul sehinggakan Imam Al-Hafidz Ibn Hajar Asqolany seorang yang berstatus Amir Mukminin dalam bidang hadis mengatakan ;

هو شيخ مشايخنا

Bermaksud ” Dia [Imam Al-Hafidz Solahuddin Al’ala’i] adalah antara guru-guru saya [yang hebat]”.

Kewujudan pentakwilan daripada Imam Ahmad Bin Hanbal ini menangkis pandangan Abdul Hadi Awang bahawa Ibn Taymiyah dan Golongan Al-Wahhabiyah [pada pandangannya] adalah salaf. Di samping itu juga, ianya memberi kefahaman kepada kita secara jelas bahawa mereka bukanlah bermazhab Hanbali mahupun mana-mana mazhab daripada mazhab yang empat walaupun kadang-kadang mereka mengaku-ngaku bermazhab Hanbali.
[23] Hakikatnya akidah mereka adalah akidah yang baru, agama baru, bercanggah dengan akidah Rasulullah dan para sahabat, semuanya hasil ubahsuai daripada golongan mujassimah yang bertopengkan Islam dan berselogankan ”Perjuangan Islam”. Padahal mereka dengan Islam bagaikan bumi dan langit.

E. Imam Al-Bukhari Rahimahullah

Perbincangan berkaitan takwilan Imam Bukhari ini perlu diteliti dan perhatikan sebagaimana perbincangan di bawah ini ;

IMAM BUKHARI
[24] [SALAF SEBENAR] MENTAKWILKAN (الضحك)

Hadis Yang Di Salah Ertikan Oleh Abdul Hadi Awang, Persiden Pas :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله يضحك الله إلى رجلين يقتل أحدهما الآخر كلاهما يدخل الجنة.


Adalah menjadi perkara yang amat melucukan, apabila penulis mendengar ceramah Abdul Hadi Awang Al-Mujassim kononnya bahawa kalimah arab (الضحك) yang terdapat di dalam Al-Hadis harus dilakukan sebagaimana cara Ibn Taymiyah dan golongan Wahhabiyah [ berpegang secara zahir ayat], kemudian pula mendakwa aqidah ini diambil daripada salaf [yang sebenar]. dia sedar atau tidak, kata-katanya itu merupakan penipuan besar secara terang-terangan kepada masyarakat Islam. Intuk membuktikan kata-kata dusta ini sila lihat nukilan penulis daripada kitab-kitab muktabar dan perbahasan ulama’ mengenai kewujudan takwilan Imam Bukhari ini.

Kedangkalan ilmu Presiden PAS ini terbukti apabila Imam Al-Bukhari sendiri mentakwil secara tafsily [memberi makna khusus bagi kalimah yang mutasyabih] beberapa ayat mutasyabihat seperti yang telah diutarakan oleh Imam Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqolany, seorang pakar hadis yang berstatus Amir Al-Mukminin dalam bidang tersebut. Perkara ini disebut di dalam kitabnya yang berjudul FATH Al-BARI , beliau menegaskan ;


الكتاب : فتح الباري شرح صحيح البخاري
المؤلف : أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي
الناشر : دار المعرفة - بيروت ، 1379
تحقيق : أحمد بن علي بن حجر أبو الفضل العسقلاني الشافعي
عدد الأجزاء : 13

قال- الخطابي- وقد تأول البخاري الضحك في موضع آخر على معنى الرحمة وهو قريب وتأويله على معنى الرضا أقرب

YANG BERMAKSUD :

“ Telah Berkata Al-Khattabiy ; “ Dan Imam Al-Bukhary telah mentakwilkan [kalimah] (الضحك) pada tempat lain dengan makna (الرحمة) iaitu rahmat [Allah] dan [takwilan] ini adalah dekat [dengan makna sebenar dan mudah difahami] manakala takwilannya [juga] dengan makna (الرضا) iaitu redha [Allah] adalah lebih dekat lagi [dari yang pertama].” Intaha.

Imam Bukhari diriwayatkan bukan hanya mentakwilkan hadis ini sahaja, bahkan di dalam Al-Quran terdapat lagi ayat-ayat yang telah ditakwilkan oleh beliau sendiri seperti firman Allah Ta’ala ;

مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلاَّ هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا (أي في قبضته وملكه وسلطانه)

Yang bermaksud ;

“ Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang [ zahirnya ; memegang ubun-ubunnya] iaitu pada kekuasaan-Nya, dan pemerintahan-Nya, serta kesultanan-Nya”.[25]

Imam Al-Bukhari –semoga Allah meredhainya- telah mentakwilkan Ayat Al-Quran (آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا) dengan makna pengurusan-Nya dengan kekuasaan dan kesultanan. Ini adalah kerana makna yang zahir iaitu “ memegang ubun-ubunnya dengan sentuhan dan jamahan ” sekali-kali tidak layak bagi hak kebesaran Allah Ta’ala dan ia merupakan pentashbihan terhadap Allah Ta’ala dengan makhluknya kerana tidak harus bagi Allah Ta’ala bersifat menyentuh dan disentuh.

Selain daripada itu kita dapati Imam Bukhari juga mentakwilkan Firman Allah Ta’ala ;

(كل شيء هالك إلا وجهه قال اي إلا مُلكه اي إلا سُلطانه

“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali [kekuasaan] Allah. Berkata Imam Bukhari [إلا وجهه] bermakna “ kecuali pemerintahannya dan kekuasaannya. Di dalam ayat ini Imam Bukhari mentakwilkan kalimah (الوجه) dengan kalimah (الملك).[26]


Pemerintahan dan Kekuasaan Allah adalah bersifat azali [tiada permulaan bagi kewujudannya] dan abadi [tiada kesudahan bagi kewujudannya] serta tiada binasa, adapun kekuasaan makhluk bersifat sementara [ada kesudahan] dan binasa. Kekuasaan orang kafir sebagai contohnya seperti yang dimiliki oleh Namrud dan Fir’aun yang telah diberikan oleh Allah Ta’ala Tabaraka Wata’ala tidak bersifat abadi bahkan sementara waktu sahaja, begitu juga kekuasaan kekasih Allah seperti Nabi Sulaiman dan Zu Al-Qarnain juga bersifat binasa kerana hanya kekuasaan Allah dan pemerintahannya sahaja yang kekal abadi.

Apa yang amat menduka-citakan kita, apabila ketaasuban kepada akidah tajsim dan tasbih ini sudah menjadi sebati dalam jiwa seseorang itu, maka hakikat kewujudan pentakwilan Imam bukhari ini tetap mahu disanggah walaupun ianya benar-benar wujud dan tsabit. Kebenaran kewujudan takwilan Imam Bukhari ini tidak dapat disanggah lagi kerana ianya terdapat pada banyak percetakan terutamanya cetakan yang pertama Sohih Bukhari. Malangnya apabila kitab ini sampai kepada tangan mujassimah dan Wahhabiyah mereka telah mengubah kitab ini sesuai dengan akidah mereka sehinggakan berani membuang takwilan Imam Bukhari ini pada naskhah-naskhah percetakan di bawah percetakan Al-Wahhabiyah sebagai contohnya kitab yang ditahqiq (ala za’mihi) oleh Bin Baz, Bekas Mufti Wahhabi di Saudi.

AL-ALBANI MENGKAFIRKAN IMAM BUKHARI KERANA MENTAKILKAN AYAT MUTASYABIHAT

Antara sikap keji yang ditunjukkan sesetengah golongan mujassimah ialah mengubah kitab Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dengan membuang akidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah di dalam beberapa percetakan yang terkenal termasuk percetakan mereka sendiri. Ini dilakukan dengan menggunakan tawaran wang yang lumayan kepada mana-mana percetakan yang berani melakukan perkara tersebut dan menggunakan pengaruh politik yang kotor supaya matlamat mereka menyebarkan akidah sesat mereka tercapai.








الكتاب : دروس للشيخ محمد ناصر الدين الألباني
المؤلف : محمد ناصر الدين الألباني (المتوفى : 1420هـ)
مصدر الكتاب : دروس صوتية قام بتفريغها موقع الشبكة الإسلامية
[الكتاب مرقم آليا، ورقم الجزء هو رقم الدرس - 46 درسا]


بيان قول البخاري في تفسير: (كل شيء هالك إلا وجهه)

Penerangan pendapat Bukhari pada tafsiran ayat (كل شيء هالك إلا وجهه).
السؤال
لي عدة أسئلة، ولكن قبل أن أبدأ أقول: أنا غفلت بالأمس عن ذكر هذه المسألة، وهي عندما قلت: إن الإمام البخاري ترجم في صحيحه في معنى قوله تعالى: { كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ } [القصص:88] قال: إلا ملكه.

Soalan ; saya mempunyai beberapa soalan, tetapi sebelum saya memulakannya ingin saya nyatakan di sini bahawa semalam saya lupa menyebut masalah ini iaitu ketika mana saya mengatakan bahawa Imam Bukhari menterjemahkan di dalam sohihnya makna firman Allah Ta’ala (كل شيء هالك إلا وجهه) dengan makna (اي إلا مُلكه).

صراحة أنا نقلت هذا الكلام عن كتاب اسمه: دراسة تحليلية لعقيدة ابن حجر ، كتبه أحمد عصام الكاتب ، وكنت معتقداً أن نقل هذا الرجل إن شاء الله صحيح، ولازلت أقول: يمكن أن يكون نقله صحيحاً، ولكن أقرأ عليك كلامه في هذا الكتاب.

Secara terus terang, saya nukilkan kata-kata ini daripada kitab yang berjudul (دراسة تحليلية لعقيدة ابن حجر) karangan (أحمد عصام الكاتب) dan saya memang mempercayai nukilan lelaki ini insyaAllah sohih. Dan saya masih lagi berpendirian ; kemungkinan besar nukilannya itu adalah benar, walaubagaimanapun aku akan membaca kepada kamu kata-katanya [Imam Bukhari] pada kitab ini.

إذ يقول: قد تقدم ترجمة البخاري لسورة القصص في قوله تعالى: { كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ } [القصص:88]، أي: إلا ملكه، ويقال: (إلا) ما أريد به وجه الله، وقوله: إلا ملكه، قال الحافظ في رواية النسفي وقال معمر فذكره، و معمر هذا هو أبو عبيدة بن المثنى ، وهذا كلامه في كتابه مجاز القرآن ، لكن بلفظ (إلا هو)،

Berkata [Imam Bukhari] ; maka telah dinyatakan sebelumnya terjemahan [takwilan] Bukhari bagi surah Al-Qishas pada firman-Nya (كل شيء هالك إلا وجهه) yang bermakna [takwilan pertama Imam Bukhari terhadap ayat tersebut] “pemerintahannya [ kekuasaannya]”, dan dikatakan juga [takwilan kedua] (إلا) “amalan solih yang dilakukan semata-mata kerana Allah (وجه الله)”. Dan kata-katanya [takwilannya] (إلا مُلكه), berkata Al-Hafidz di dalam riwayat An-Nasafi dan begitu juga berkata Mu’ammar lalu disebutkannya. Mu’ammar di sini ialah Abu ‘Ubaidah Bin Mutsani. Ucapan ini terdapat di dalam kitabnya (مجاز القرآن) tetapi dengan lafaz (إلا هو).

فأنا رجعت اليوم إلى الفتح نفسه فلم أجد ترجمة للبخاري بهذا الشيء، ورجعت لـ صحيح البخاري دون الفتح ، فلم أجد هذا الكلام للإمام البخاري ، ولكنه هنا كأنه يشير إلى أن هذا الشيء موجود برواية النسفي عن الإمام البخاري ، فما جوابكم؟

Hari ini aku telah membuat ulangkaji [membaca] pada Kitab Al-Fath (Fathul Bari) itu sendiri,
[27] aku tidak dapati terjemahan [takwilan] bukhari dengan takwilan ini, [selain itu] aku juga merujuk kitab Sohih Bukhari [itu sendiri] tanpa [syarah] Al-Fath. Aku tidak dapati kata-kata [takwilan] ini bagi Imam Al-Bukhari, tetapi di sini [kitab ini] seolah-olah menunjukkan perkara ini terdapat pada riwayat An-Nasafi daripada Imam Al-Bukhari, apakah jawapan kamu?

الجواب
جوابي تقدم سلفاً.
السائل: أنا أردت أن أبين هذا مخافة أن أقع في كلام على الإمام البخاري .
JAWAPAN

Jawapanku telah dinyatakan sebelum ini.

Orang yang bertanya ; “ Aku ingin menjelaskan ketakutan perkara ini supaya aku tidak meletakkan sesuatu kata-kata yang keji dan mempersalahkan Imam Bukhari.”

الشيخ: أنت سمعت مني التشكيك في أن يقول البخاري هذه الكلمة؛ لأن تفسير قوله تعالى: { وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالْأِكْرَامِ } [الرحمن:27] أي: ملكه، يا أخي! هذا لا يقوله مسلم مؤمن، وقلت أيضاً: إن كان هذا موجوداً فقد يكون في بعض النسخ، فإذاً الجواب تقدم سلفاً، وأنت جزاك الله خيراً الآن بهذا الكلام الذي ذكرته تؤكد أنه ليس في البخاري مثل هذا التأويل الذي هو عين التعطيل.

Syeikh ; “ Kamu dengar daripada aku ada kekeliruan [keliru adakah ianya benar ataupun tidak] pada kata-kata Bukhari dalam perkara ini, kerana tafsirannya pada Firman Allah Ta’ala (وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالْأِكْرَامِ) ditakwilkan dengan makna (ملكه). WAHAI SAUDARAKU [TAKWILAN] INI TIDAK [SEPATUTNYA] DISEBUT OLEH SEORANG YANG MUSLIM LAGI MUKMIN [ORANG YANG BERIMAN]. Aku juga mengatakan bahawa “ sekiranya [takwilan] ini betul-betul wujud berkemungkinan besar hanya terdapat dalam beberapa naskhah.[28] Oleh itu, jawapan [tentang perkara ini] telah dinyatakan sebelum ini. Dan kamu, semoga Allah membalas kebaikan pada kamu, sekarang dengan perbincangan yang kamu utarakan tadi menguatkan bahawa tiada di dalam [sohih bukhari] takwilan seperti ini YANG [SEKIRANYA IANYA SABIT DAN BENAR IANYA ] MERUPAKAN SESUATU YANG BOLEH MEMBATALKAN SYARIAT [MENAFIKAN KEWUJUDAN ALLAH DAN SIFAT-SIFATNYA].

السائل: يا شيخنا! على هذا كأن مثل هذا القول موجود في الفتح ، وأنا أذكر أني مرة راجعت هذه العبارة باستدلال أحدهم، فكأني وجدت مثل نوع هذا الاستدلال، أي: أنه موجود وهو في بعض النسخ، لكن أنا قلت له: إنه لا يوجد إلا الله عز وجل، وإلا مخلوقات الله عز وجل، ولا شيء غيرها، فإذا كان كل شيء هالك إلا وجهه، أي: إلا ملكه، إذاً ما هو الشيء الهالك؟!!

Orang yang bertanya ; “ Wahai syeikhku, [Kalau begini] seolah-olah takwilan seperti ini memang wujud di dalam Al-Fath [Fathul Bari], aku masih ingat lagi bahawa aku pernah sekali membaca ibarat seperti ini dengan cara pendalilan salah seorang daripada mereka, seolah-olah aku dapati pendalilannya seperti ini; yakni bahawa ianya betul-betul wujud di dalam beberapa naskhah [cetakan]. Tetapi aku terangkan kepadanya bahawa kesemuanya binasa melainkan Allah Ta’ala sahaja , juga [ke semuanya binasa] melainkan makhluk-makhluk Allah Azza Wajal, tiada sesuatu selainnya. Oleh yang demikian , kalaulah benar [takwilan Imam Bukhari] (كل شيء هالك إلا وجهه) dengan makna (اي إلا مُلكه). Apa pula perkara yang binasa?

الشيخ: هذا يا أخي! لا يحتاج إلى تدليل على بطلانه، لكن المهم أن ننزه الإمام البخاري عن أن يؤول هذه الآية وهو إمام في الحديث وفي الصفات، وهو سلفي العقيدة والحمد لله.
وسبحانك الله وبحمدك، أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك.

Syeikh [Al-Albany sendiri]; ”Perkara ini wahai saudaraku !! TIDAK PERLU KEPADA DALIL UNTUK MENUNJUKKAN KEBATHILANNYA, tetapi yang penting kita menyucikan Imam Bukhari daripada mentakwilkan ayat ini, dia adalah imam [ikutan] dalam dalam Bidang Hadis dan perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat [Allah], dan dia juga merupakan salafi di dalam perkara-perkara aqidah.[29] Al-hamdulillah ...” intaha

Selepas kita membaca dan meneliti kata-kata Al-Baany dalam menjawab segala persoalan berkaitan takwilan Imam bukhari, kita dapati bahawa dia sememangnya mengingkari takwilan Imam Bukhari tersebut walaupun ianya ternyata benar terdapat pada beberapa naskhah kitab yang asli dan yang lainnya. secara sedar atau sedar Al-Albaany telah mengeluarkan kenyataan mengkafirkan Imam Bukhari apabila dia mengatakan (يا أخي! هذا لا يقوله مسلم مؤمن) ”WAHAI SAUDARAKU [TAKWILAN] INI TIDAK [SEPATUTNYA] DISEBUT OLEH SEORANG YANG MUSLIM LAGI MUKMIN [KAFIR]” dan kenyataannya ini (هذا التأويل الذي هو عين التعطيل.) ” takwilan ini yang merupakan [kufur] Ta’thil [menafikan kewujudan Allah dan sifat-sifatnya]”juga menunjukkan dia tetap mengkafirkan Al-Bukhari sekiranya takwilan ini sabit dan benar-benar berlaku. Walaubagaimana pun kalau hendak ditakdirkan takwilan bagi ayat ini tidak sabit, Imam Bukhari juga mempunyai takwilan-takwilan lain bagi ayat-ayat mutasyabihat. Apakah yang dia akan katakan?

Terdapat takwilan lain bagi Imam Bukhari untuk ayat tadi [كل شيء هالك إلا وجهه] iaitu ditakwilkan dengan makna (ما يتقرب به إليه ) dengan erti kata lainnya, Imam Bukhari mengatakan (الأعمال الصالحة) itu kekal. Takwilan Imam Bukhari ini adalah bertepatan dengan firman Allah Ta’ala ;

وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ

Yang bermaksud ;

“Dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu”.

Ketahuilah takwilan yang sebegini juga adalah takwilan Sufyan Atsauri disebut oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Tafsir Al-Quran Al-Karim, m/s 194.

ULASAN

Kesimpulannya, Al-Qur’an, Al-Hadith [Nabi Muhammad] dan para sahabat telah mengajar kita bagaimana untuk mentakwil ayat-ayat yang zahirnya bertentangan dengan keesaan, kekuasaan, dan kesucian zat Allah Ta’ala, ini menunjukkan kaedah takwil adalah harus disisi agama.Malah ianya bukanlah perbuatan bid’ah yang sesat dan haram sehinggakan merosakkan al-Qur’an. Apapun penilaian yang diberi, keseluruhan ulama’ Ahlus-Sunnah Wa Al-Jamaah dilihat telah menggunakan metodologi takwil di dalam pentafsiran mereka samaada secara tafsili mahupun Ijmali. Sehubungan dengan itu suka penulis memetik pendapat yang diutarakan oleh Imam Taj al-Din al-Subki
[30] sebagai mutiara kata dalam menentukan hukum mentakwil ayat sifat :

أجمع السلف والخلف على تأويل آيات المتشابهات تأويلا اجماليا بصرف اللفظ عن ظاهرة المحال على الله تعالى لقيام الأدلة القاطعة على أنه تعالى مخالف للحوادث

Maksudnya : Ulamak Salaf dan Khalaf telah BERSEPAKAT (IJMA’) berhubung takwil ayat-ayat mutasyabihat, dengan menggunapakai kaedah takwil ijmali iaitu memalingkan lafaz daripada zahirnya yang mustahil bagi Allah, berdasarkan dalil-dalil yang kuat, kaedah tersebut bertujuan mensucikan Alah dari segala perkara yang baru [makhluk].

DISUSUN OLEH :
www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com

FOOTNOTE;

[1] Sungguhpun perbincangan mengenainya tidak meluas, namun jika diteliti terdapat juga di kalangan mereka memperkatakan mengenai ayat-ayat tersebut, Lihat Ahmad Bin ’Ali Bin Hajar al-’Asqalani, Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari, Bayrut, Dar al-Fikr, Bab Tauhid, No Hadis 7439,j : 13 ,h : 419, Lihat Juga Imam Muhy al-Din al-Nawawi, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi (1972) Bayrut Dar Ihya’ al-Thurath al-’Arabi dan Dar al-Fikr,Kitab Iman,j : 3 ,h : 25,Kedua-dua kitab muktabar ini meriwayatkan perbahasan yang diulas oleh beberapa Sahabat r.a berkaitan ayat-ayat sifat.
[2] Abu al-Qasim Ibn Hasan Bin Mansur al-Lalaka’i al-Tabari (1420H),Syarh Usul I’tiqad Ahl Sunnah wa al-Jamaah,Dr Ahmad Bin Sa’d al-Ghamidi (tah), Riyad ;Dar al-Tayyibah, c: 6, j : 3, ,h : 502.
[3] Generasi pertama Islam memiliki dua keistimewaan utama berbanding generasi Islam selepasnya. Dua ciri itu ialah:
i) Pengetahuan dan penguasaan Bahasa Arab yang sunyi daripada sebarang pengaruh ‘Ajam (bukan Arab)
ii) Fitrah atau jiwa keIslaman yang jernih lagi sejahtera.

Berbekalkan dua potensi besar ini, mereka tidak bermasalah untuk memahami asas iktikad dan cabang hukum menurut kehendak sebenar Allah s.w.t dan rasulnya. Mereka tidak memerlukan sebarang pendekatan lain yang berfungsi menjamin tahap keilmiahan dalam memahami al-Qur’an dan Sunnah.
Lihat Muhammad Abu Zuhrah (t.t) Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah. Kaherah, Dar al-Fikr al-‘Arabi.h : 98 , Lihat juga Muhammad Bin Ibrahim bin Sa’d Allah Ibn Jama’ah (1990) Idah al-Dalil fi Qat’ Hujaj Ahl al-Ta’til, Wahbi Sulayman (Tah) Kaherah, Dar al-Salam , h: 91.
[4] Menurut pembacaan penulis suasana huru-hara yang berlaku sesama umat Islam kerana kefahaman umat Islam terhadap ayat al-Qur’an berbeza antara satu dengan yang lain, demikian juga pengetahuan mereka mengenai Hadis Rasulullah, ini kerana tidak semua Sahabat Rasulullah mendengar kesemua hadith yang diucapkan oleh Baginda, setiap sahabat mengamalkan dengan apa yang difahami dari ayat-ayat al-Qur’an dan dengan hadith-hadith yang telah dihafal. Justeru timbullah pendapat-pendapat yang berlainan di kalangan sahabat, perbezaan pendapat ini semakin bertambah meluas apabila manusia semakin jauh dari zaman Nabi s.a.w . Lihat Fakhr al-Din Muhammad bin ‘Umar al-Khatib al-Razi, (t.t) I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin, Taha ‘Abd Rauf Sa’ad dan Mustafa al-Hawari (tah) Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah,h : 14
[5] Ahmad Bin ‘Abd Halim bin Taymiyyah al-Harrani (1406H),Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah , Dr Muhammad Rasyad Salim (Tah), Juz 6 .T.T.P : Muasasasah Qurtubah , h : 231.
[6] Abu AL-Muzaffar Al-Isfarayini, (1955) Al-Tabsir fi al-Din, Muhammad Zahid al-Kawthari (tah), Kaherah, h : 27-29
[7] Beliau adalah Mawali Bani Hakam, berketurunan Parsi, seorang pujangga termashur, beliau telah mati dibunuh oleh Khalid bin ‘Abd Allah al-Qasri pada tahun 120H , Ibid.
[8] Jahm bin Safwan Al-Rasibi, murid Ja’d bin Darham. Beliau telah mati dibunuh oleh Salm Bin Ahwaz al-Mazani pada tahun 128hijrah. Merupakan pelupor aliran Jahmiyyah. Ungkapan Al-Jahmiyyah adalah dinisbahkan terhadap nama beliau. Beliau dianggap juga sebagai pengasas mazhab Jabariyyah. Pendapatnya ada persamaan dengan Muktazilah di dalam permasalahan sifat Allah s.w.t. Golongan ini dikenali juga sebagai Mu’attilah. Lihat Abu al-Fath Muhammad ‘Abd Al-Karim Bin Abi Bakr al-Syahrastani,(t.t) al-Milal wa al-Nihal, Abd al-‘Aziz Muhammad al-Wakil (Tah) Bayrut : Dar al-Fikr,h : 86.
[9] Wasil bin ’Ata adalah pelopor mazhab Muktazilah, Mazhab ini mengetengahkan persoalan-persoalan teolagi yang lebih mendalam dan bersifat filosofis. Kelahiran Mazhab Muktazilah adalah daripada beberapa sebab, yang antaranya perdebatan yang berlaku antara Hasan al-Basri dengan muridnya Wasil Bin ‘Ata. Persengketaan tersebut berpunca daripada masalah pelaku dosa-dosa besar, lantaran peristiwa tersebut Wasil beriktizal daripada gurunya. Justeru kumpulan yang mengikut fahaman Wasil digelar sebagai Muktazilah. Menurut Ahmad Amin di dalam karyanya menyebut nama Muktazilah sudah wujud sebelum berlakunya pertengkaran dan perdebatan antara Hasan al-Basri dengan muridnya Wasil Bin ‘Ata . Ungkapan Muktazilah dipakai sebagai penanda terhadap golongan yang tidak mahu turut serta dalam pertikaian politik yang terjadi di zaman Sayyidina Uthman Bin ’Affan dan Sayyidina ’Ali Bin Abi Talib . Mereka menjauhkan diri dari golongan-golongan yang bertelagah. Lihat Ahmad Amin ,(1965) Fajr al-Islam, Kairo, Al-Nahdah h : 290. Antara dasar dan aqidah Muktazilah adalah berpendapat bahawa perbuatan makhluk berpunca daripada kemahuan sendiri. Pegangan ini dengan sendiri membatalkan ayat al-Qur’an : Surah al-Ra’d:17 ( قل الله خالق كل شيئ ) Terjemahan : Katakanlah sesungguhnya Allah s.w.t yang menciptakan segala-galanya. Selain nama tersebut terdapat juga Ulamak-ulamak lain menamakan kumpulan Muktazilah ini sebagai al-Qadariyyah, Sabda Nabi Muhammad s.a.w ( القدرية مجوس هذه الأمة ,ان مرضوا فلا تعودوهم ,وان ماتو فلا تشهدوهم ) Hadith riwayat Abu Daud, Lihat Sunan Abi Daud , Bab fi al-Qadar, j 3 h 634. Golongan Muktazilah menafikan sifat-sifat Allah s.w.t, menurut pendapat Wasil Tuhan tak mungkin diberikan sifat yang mempunyai wujud tersendiri dan kemudian melekat pada zat tuhan, kerana zat Tuhan bersifat qadim, maka apa yang melekat pada zat itu juga mestilah qadim, Justeru keadaan tersebut akan membawa kepada adanya dua Tuhan, Kerana yang boleh bersifat qadim hanyalah layak untuk Tuhan yang satu. Golongan ini telah dihukum sebagai kafir oleh sebilangan besar ulamak, Lihat Murtadha al-Zabidi, ,(t.t) Syarh al-Ihya’, j : 3, h : 135. Lihat Juga Ahmad Muhmud Subhi (1969) Fi Ilm Kalam, Kairo,Dar al-Kutub al-Jami’ah, h : 75
beliau telah mengeluarkan beberapa fatwa ganjil yang berkaitan dengan Allah Taala. Beliau menafikan kewujudan setiap sifat di sisi Allah s.w.t, menurutnya lagi Tuhan hanya memiliki zatnya sahaja, maknanya tuhan itu melihat dengan zatNya dan berkata-kata juga dengan zatNya. Pandanganya dianggap sebagai Ta’til Lihat Abu Mansur ‘Abd Qahir al-Baghdadi (1977) al-Farq Bayn al-Firaq wa Bayan al-Firqah al-Najiah, cet 2 ,Bayrut , Dar al-Afaq al-Jadidah , h : 16
[10] Beliau adalah Taqi’ al-Din Ahmad Bin ’Abd al-Halim Bin Taymiyyah al-Harrani , dilahirkan di bumi Harran, pada tahun 662 hijrah dan meninggal dunia di Syam pada tahun 728H. Datuknya adalah Al-Majd bin Taymiyyah yang merupakan seorang Ulamak bermazhab Hanbali yang terkenal. Ayahandanya adalah seorang yang alim dan warak, terkenal di Kota Syam, malah pernah menyandang jawatan pembesar , beliau mengajar di kebanyakan Masjid sekitar kota Syam. Setelah meninggal dunia Taqi’ al-Din telah mengambil alih tempat beliau lalu bermulalah episod baru dalam sejarah Islam. Lihat Taqi al-Din al-Subki (t.t) Fatawa al-Subki, ,Bayrut, Dar al-Ma’rifah, j:2,h:210, Lihat juga Al-Dhahabi, Bayan Za’il al-Ilm wa al-Talib, (t.t) Dimashq Matba’ah al-Taufiq, h:17-18, Lihat juga al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani (t.t), Al-Durar al-Kaminah fi A’yan al-Ma ah al-Thaminah ,Bayrut Dar al-Jail, j:1,h:140-154.
[11] Golongan ini menamakan Mazhab mereka sebagai al-Salaf. Namun gelaran yang diberikan Ulamak terhadap gerakan ini adalah al-Wahhabiyyah. Al-Wahhabiyyah adalah mazhab yang diketuai oleh Muhammad bin ‘Abd Wahab berketurunan suku Bani Tamim, Dilahirkan di ’Uyainah, Nejd pada tahun 1115H/1703M. Ayahandanya Abd Wahab Ibn Sulaiman adalah seorang Ulamak, alim dan zuhud, meninggal dunia di Dar’iyyah pada tahun (1206H). Lihat Muhammad Bin ’Abdullah Ibn Humaid al-Najdi al-Hanbali, (t.t) Al-Suhub al-Wabilah ’ala Daraih al-Hanabilah , Maktabah Imam Ahmad ,h: 275-278, Lihat Juga al-Ustaz al-Sayyid Ahmad ibn Al-Sayyid Zaini Dahlan (t.t) Umara’ al-Balad al-Haram, al-Dar al-Muttahidah li al-Nashr, h: 297-298. Lihat keterangan lanjut berhubung al-Salafiyyah dalam, Muhammad Said Ramadhan al-Butiy Dr (2004) , As-Salafiah, Zaman yang berkat bukan Mazhab Islam, Zayuki Bin Muhammad (terj) Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise ,h : 313-357.
[12] Rujuk Majmu’ fatawa, jilid 6 m/s 394.
[13] Surah Al-Taubah (09)ayat 67
[14] Abu Bakr Ahmad bin Al-Husayn bin ‘Ali al-Bayhaqi, Al-Asma’ wa al-Sifat, Muhammad Zahid al-Kauthari (tah) Bayrut, Dar’Ihya’ Thurath, ,h : 470
[15] Ibn Hajar, (1998M) Op Cit,j: 13,h : 371-372
[16] Ibn Hajar,(1998),Op Cit,j : 7,h : 127,lihat juga Ibn Majah al-Qazwaini, Sunan Ibn Majah, Bayrut, al-Maktabah al-’Alamiyyah,j : h,Bab Fadl Ibn ‘Abbas r.a.
[17] Imam Ibn Jauzi merupakan ulama’ yang agung di dalam Mazhab Hanbali, terkenal sebagai Sultan Hanabilah. Beliau juga amat keras dalam menentang mereka yang menegah perbuatan takwil di dalam banyak karya tulisannya termasuklah kitabnya Al-Baz Al-Ashhab, Daf’u Shubhah At-Tashbih Bi Akuffi At-Tanzih, Kitab Akhbar Ash-Shifat dan banyak lagi. Di dalam kitab-kitab ini beliau menceritakan beberapa mujassimah yang berpura-pura menisbahkan diri mereka sebagai mazhab hanbali padahal mereka menjisimkan Allah dan menisbahkan akidah tajsim yang buruk itu kepada Imam Ahmad. Sudah memadai untuk diperjelaskan di sini kata-kata Shohibul Khishol daripada Mazhab Hanbali apabila menukilkan kata-kata tanzih Imam Ahmad, katanya ; “berkata Imam Ahmad ; barangsiapa berkata Allah ta’ala berjisim tetapi tidak sama dengan jisim-jisim yang lain hukumnya KAFIR”. Intaha.
[18] Surah al-Qalam (68)ayat 22
[19] Ibn Hajar,( 1997)Opcit,j : 8,h : 846. Baihaqi, Al-Asma’ Was Sifat m/s 345.
[20] ayat 22 surah al-Fajar (89).
[21] Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, Bayrut, Mansyurat Maktabah al-Ma’arif,j : 10,h : 327, Imam Al-Baihaqi mentaklik riwayat tersebut dengan katanya : Isnad la ghubar ‘alaihi
[22] Ibn Kathir (1401H/1981M) Al-Bidayah wa al-Nihayah, Bayrut Maktabah al-Ma’arif, c : 4,j 10, h : 327, Lihat juga Kaya Ibn Hazim yang bertajuk Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ AL-Nihal yang menyebut kalam Imam Ahmad yang berbunyi : Wa Ja Rabbuka dengan maksud wa ja a Amr Rabbuka”. Ibn Hazim al-Dhahiri (1985M), Al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, Dr Muhammad Ibrahim Nasr & ‘Abd Rahman ‘Umair (Tah) Bayrut, Tab’ah Dar al-Jail,j :2 ,h : 280
[23] Pengakuan pura-pura ini dibuat untuk mengelakkan diri mereka daripada dituduh tidak bermazhab.
[24] Imam Bukhari adalah ulamak hadis yang agung di dalam bidang hadis. Kitab sohihnya itu sepakat ulama’ bahawa ianya dikira sebagai sumber pensyariatan kedua paling sohih selepas Al-Quran Al-Kareem.
[25] Imam Bukhari, Kitab Tafsir ; Surah Al-Hud, Bab Firman Allah Ta’ala (وكان عرشه على الماء)
[26] Imam Bukhari, Sohih Bukhari ; At-Tafsir ; Awal Bab Tafsir Surah Al-Qishas.
[27] Kemungkinan besar dia membaca bab yang tertentu sahaja kerana kitab Fath Al-Bari yang besar dan berjilid-Jilid banyaknya. Lagipun bukan suatu yang boleh diterima akal dia membaca kesemua kandungan kitab itu dalam satu hari (sebagaimana dakwaannya itu). Juga berkemungkinan dia membaca dan mencarinya di dalam kitab yang telah dicetak dengan percetakan Al-Wahhabiyah sememangnya tiada, kerana mereka telah membuangnya terlebih dahulu sebelum dicetak.
[28] Naskhah yang yang asal terdapat takwilan ini. Manakala cetakan yang diterbitkan oleh percetakan wahabi dibuang takwilan Imam Bukhari ayat ini sebagi contoh percetakan yang dita’liq oleh Bin Baz.
[29] Setelah dia mengkafirkan Imam bukhari dengan menggunakan Ibarat yang lembut dan halus, Al-Albaany akhirnya cuba melarikan diri daripada menisbahkan pengkafiran terhadap Imam Bukhari itu pada dirinya sebab itulah dia berkata (ننزه الإمام البخاري عن أن يؤول هذه الآية وهو إمام في الحديث وفي الصفات، وهو سلفي العقيدة). Ini adalah pujukan yang tidak laku lagi kerana setiap naskhah yang ada menunjukkan kebenaran pentakwilan Imam Bukhari ini melainkan naskhah yang telah diubah oleh wahhabi. Dan sejarah telah membuktikan Al-Baany semasa hidupnya sekalipun tidak dapat membuktikan naskhah yang tiada takwilan ini kerana naskhah cetakan wahhabi pun membenarkannya. Usaha Al-Baany menutup kepada masyarakat Islam antarabangsa bagaikan ‘Menutup Sinaran Dan Kilauan Matahari Dengan Jari Jemari Pada Sianga Hari.’ Pengingkaranya terhadap takwilan ayat ini menunjukkan usahanya untuk menyembunyikan akidah tajsim dan tashbih yang diperjuangkannya selama ini.
[30] Al-‘Alamah Ibrahim al-Bayjuri, (1972) Syarah jauharah alTauhid,h : 153



4 comments:

  1. hahaha... bodoh jugak tuan blog ni.
    tu contoh la bangang.
    tuan guru bagi contoh sifat puak2 dalam agama Islam.
    tok guru bagi contoh mazhab asyairah dan maaturidiyyah knp x highlight??????

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum,
    Alhamdulillah. Ada juga individu yang berani dalam menyuarakan pendapat yang mempunyai kekuatan dari segi ilmiah seperti pendapat TUAN BLOG ini (sambil melirik tajam kepada perkataan BODOH yang dilemparkan pengomentar bernama fuad3s,cukup "berilmiah" perkataanmu itu encik fuad3s yang sebenarnya menunjukkan tahap FANATIKMU!)Pada pandangan saya memang ada sesetengah institusi pondok yang telah dicemari doktrin wahabi (atau salafi,athari,dzahiri dan berbagai lagi nama2 lain seperti yang cuba puak ini namakan fahaman mereka)."Salafinya" atau "Atharinya" atau "Dzahirinya" puak2 ini bukannya mengikut takrifan sebenar nama-nama itu sendiri pada waktu dahulu.Ianya memang telah di"hijack" oleh puak2 yang terkemudian dek kerana kurangnya pemahaman mereka.Ditambah pula dengan permainan JAHAT agen2 Jesuit,Illuminati,Freemason dan pelbagai lagi puak2 pengikut dajjal ini (yang berselindung dalam pelbagai nama). Puak2 ini telah menghantar agen-agen mereka seperti Snouck Hurgronje pada waktu Kesultanan Aceh dahulu lagi.Dari sini puak dajjal ini telah mengkaji sifat-sifat Melayu Nusantara ini yang memegang kuat Islam ini dan memecahkannya dari dalam.Inilah permainan mereka.Di Semenanjung Arab pula mereka telah berjaya memporak-perandakannya dengan cara mencari orang seperti Muhammad bin Abdul Wahab dan membuat beberapa pakatan JAHAT dengan Muhammad bin Abdul Wahab tanpa Muhammad bin Abdul Wahab itu sedari kerana kurangnya ilmu dan mungkin tahap imannya.Memang sudah lumrah akhir zaman,apabila dunia Islam terus disuap dengan pendapat seperti pemodenan yang dilaung-laungkan oleh mereka2 seperti Muhammad Abduh,Jamaluddin al-Afghani,Rasyid Ridha,S.Qutb dan ramai lagi. Pada hemah saya mungkin ada antara mereka2 ini yang ikhlas dan mungkin ada yang sengaja menjadi tali-barut. Ingat kalau iyapun ikhlas tidaklah menjadi satu kebenaran.Seperti kata2 dari Sheikh Dr. 'Afifi al-Akiti "Everyone on the right path is sincere, but not everyone who is sincere is on the right path." Fahami kata2/quote ini (kalau adalah yang membaca komentar ini selain dari tuan blog).Ya tentang Ibn Taimiyyah mungkin kalau untuk takzim pada pendapat beliau sesetengahnya mungkin boleh diambil sebagai rujukan tetapi jangan semua kerana MERBAHAYA.Mungkin boleh diambil pendekatan Sheikh Yusuf an-Nabhani dalam hal ini mengenai Ibn Taimiyyah.Tetapi majoriti dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah menolak sebahagian besar pendapat beliau.Apa yang penting mana-mana dari mereka yang menolak tetapi berlembut dengan beliau (yakni Ibn Taimiyyah) berbuat begitu kerana tidak mahu terjadinya process of levelling" iaitu "PUKUL RATA".Tetapi jelas mereka MEMANG menolak SEBAHAGIAN BESAR pandangan Ibn Taimiyyah.

    ReplyDelete
  3. bertitik tolak dari sinilah kekeliruan dan kekacauan terjadi. Ini semua telah ditakdirkan,tetapi kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan apa sahaja yang kita yakin benar dan juga dalam masa yang sama tidak menjadi mangsa proses pukul rata.Inilah yang terjadi pada Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ustaz Abdul Hadi Awang (maaf berat sekali untuk mengatakan mereka berdua ini tuan guru kerana masih ramai lagi yang layak digelar Tuan Guru dari dulu dan mungkin juga ada lagi sekarang ini). Kaji sahaja dari mana mereka mendapat pemahaman ini.Kaji dan lapangkan dada.Kaji dari mana mereka menuntut dahulu.Kaji sampai ke akar-umbi dan fahamlah kita mengapa pendapat mereka berdua ini selalu tidak konsisten dengan perkataan mereka sebelumnya.Hatta dalam Ikhwanul Muslimin sekalipun sudah di"hijack" oleh orang seperti S.Qutb. Padahal pandangan Sheikh Hassan al-Banna tidak sama dan tidak kasar sampai ke tahap itu.Iya,memang S.Qutb kental tapi adakah kerana kekentalan beliau itu sudah cukup untuk beliau menidakkan pendapat ulama terdahulu dari beliau sampaikan ke tahap begitu sekali?Memang ada jasa beliau,tetapi masih tidak membolehkan beliau berbuat apa yang beliau telah perbuat.Silap percaturan dan GOPOH barangkali.Di Kelantan sendiri,apakah benar Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah mempunyai dasar-dasar hukum yang sama dengan Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat juga Ustaz Abdul Hadi Awang,walaupun beliau (yakni Tuan Guru Abdullah Lubok Tapah) selalu menghadiri majlis2 PAS dan memberi tunjuk ajar kepada ahli2 PAS.Pada hemah saya tidaklah semuanya sama.Ini boleh kita telusuri melalui pendapat santri/murid Allahyarham TG Abdullah Lubok Tapah yakni Mohd Zaidi Abdullah di webnya iaitu http://www.ilhamkanku.com.my yang mana menunjukkan kehebatan ilmu-ilmu Islam.Juga kerana Allahyarham TG Abdullah Lubok Tapah tidak mahu berbalah terang-terangan kerana beliau ada adab dan tambahan pula memandangkan UMNO juga adalah parti yang lagi tidak boleh diharap (dan ini juga pendapat saya sekarang ini,walaupun ada juga jasa mereka ini). Sebenarnya kita semua TELAHPUN menjadi mangsa dalam sedar atau tidak.Memang sedih.Apa2pun satu pandangan yang secara peratusan BESARNYA saya setuju telah saya dapati dari blog tuan.Ini membolehkan saya membaiki diri saya sendiri,InsyaAllah.Ada beberapa cadangan tuan.

    a) tukarkan dari blogspot ke wordpress dan tambahkan content dan design supaya lebih mantap dan informatif (cadangan je tuan,kalau rasa tak perlu takpa kerana ini pun sudah cukup baik sekali)
    b) mungkin tidak perlu menggelarkan Ustaz Nik Abdul Aziz dan Ustaz Abdul Hadi Awang ini sebagai al-wahabi atau al-mujassim kerana kita pun tidak mahu jadi dan mengikuti perkataan mereka berdua ini yang suka bercakap yang bukan-bukan kadangkalanya.Tuan berikan hujjah secara ilmiah dan teratur, disulami dengan bahasa dan ulasan tersendiri yang menarik hasil dari pemahaman dan pengamatan tuan yang bersandarkan pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah terdahulu yang juga bersandarkan Al-Quran,As-Sunnah,Ijma' dan Qiyas yang sahih. Supaya blog ini sedikit-sebanyak dapat menjadi pemudah-cara pada masa akan datang dan sedikit-sebanyak membawa manfaat sepertimana sekarang.Setiap ruang ada penambahbaikannya. Ye tak tuan? Apapun syabas tuan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Fuad3s. Minta maaf ler yer ... bukan tuan blog ni yg bodoh dan bangang... miker tulah yg sebenarnya yang sedemikian itu adanya...

    ReplyDelete