Sunday, April 11, 2010

SIAPA KATA?




Sebut Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS,

Budak Tadika pun cam dia walau sekali imbas,

Pelbagai gelaran diberi oleh pengikut taksub PAS,

Nasib baik tak dipanggil nabi orang PAS.


Ada yang kata dia ulamak Malaysia,

Tak kurang juga yang kata dia pejuang agama,

Yang menjadi masalahnya,

Siapa kata?Siapa?!!


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

ULAMAK?

Kalau seperti dia dah jadi ulamak,

Lebih baik mengkendong biawak,

Sama juga dengan pengikutnya yang benak,

Tak ubah macam ular dalam semak.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

AHLI HADITH?

Kalau seperti dia dah jadi ahli hadith,

Buku-buku hadis dah lama jadi Muhaddith,

Para ulamak dahulu hafal Rijal bagai nak pecah,

Tapi sekarang dapat gelaran Muhaddith teramat mudah.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

MUFASSIR?

Kalau seperti dia dah jadi mufassir,

Semua orang Arab darjatnya ahli tafsir,

Baca baris pun masih kucar-kacir,

Elok saja orang begini diusir.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz
MUJTAHID?

Kalau seperti dia dah jadi mujtahid,

Biar lulus dulu walaupun satu syarat Ijtihad,

Pertama Hafiz dengan mengetahui Rijal beserta Sanad,

Tak pun bezakan dulu antara Ijtihad dan Taklid,

Tapi jangan pula syarah pakai otak sendiri nanti kena hudud.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

TAWADDUK?

Kalau seperti dia dah dikira tawadduk,

Gelaran Tok Guru nescaya tidak didabik,

Pendapat ulama 4 mazhab pun diinjak-injak,

Tak pakai mazhab kononnya dah bijak,

Tanya dia dari mana ilmu dicedok.



Siapa Kata Nik Abdul Aziz
AMANAH?

kalau seperti dia dah dikira amanah,

Takkan berlaku penyelewengan aqidah,

Dasar penipu penyamar ahlussunnah waljamaah,

Petualang besar dalam jenayah ilmiah.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

PEJUANG?

Kalau seperti dia dah jadi pejuang,

Seluruh rakyat Malaysia Amerika serang,

Dia tu ibarat jarum berkarat dalam ayam panggang,

Tauhid tiga rupanya yang dijulang-julang.



Siapa Kata Nik Abdul Aziz

PENDAKWAH?

Kalau seperti dia dah jadi pendakwah,

Memang tak pelik dia menghina Nabi dalam khutbah,

Sebab dia pendakyah Wahabi yang betah,

Dah jalur keturunan dia berfahaman salah.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

WALI?

Kalau seperti dia dah jadi wali,

Lebih hebat lagi musailamah al-kazzab mengaku nabi,

Tapi kedua-duanya istidrak tak syak lagi,

Semoga Allah lindungi kita dari tipu daya mereka meragut hati.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

AHLUSSUNNAH WALJAMAAH?

Kalau seperti dia dah dikira ahlussunnah waljamaah,

Untuk apa dia mengajar kitab Fiqh Sunnah?,

Dan mengapa dia menyifatkan duduk bersila bagi Allah?,

Itu tandanya dia berfahaman Wahhabiyyah.



Siapa Kata Nik Abdul Aziz

MUSLIM?

Kalau seperti dia dikira muslim,

Buang saja Bab Riddah dalam Shahih Bukhari dan Muslim,

Saidina Ali sendiri mengkafirkan mujassim,

Siapa kamu nak mengubah hukum?


Siapa MUSLIM Sebenarnya?

Aqidahnya mestilah tidak menyekutukan Allah Yang Maha Esa,

Walau dengan apa persamaan perumpamaan dari makhlukNya,

Kita berpegang pada Asyairah dan Maturidiah sebagai panduan utama,

Itulah Aqidah Ahlussunnah walJamaah dan para Nabi yang mulia.


DISEDIAKAN OLEH

www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com