Sunday, April 11, 2010

SIAPA KATA?




Sebut Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS,

Budak Tadika pun cam dia walau sekali imbas,

Pelbagai gelaran diberi oleh pengikut taksub PAS,

Nasib baik tak dipanggil nabi orang PAS.


Ada yang kata dia ulamak Malaysia,

Tak kurang juga yang kata dia pejuang agama,

Yang menjadi masalahnya,

Siapa kata?Siapa?!!


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

ULAMAK?

Kalau seperti dia dah jadi ulamak,

Lebih baik mengkendong biawak,

Sama juga dengan pengikutnya yang benak,

Tak ubah macam ular dalam semak.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

AHLI HADITH?

Kalau seperti dia dah jadi ahli hadith,

Buku-buku hadis dah lama jadi Muhaddith,

Para ulamak dahulu hafal Rijal bagai nak pecah,

Tapi sekarang dapat gelaran Muhaddith teramat mudah.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

MUFASSIR?

Kalau seperti dia dah jadi mufassir,

Semua orang Arab darjatnya ahli tafsir,

Baca baris pun masih kucar-kacir,

Elok saja orang begini diusir.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz
MUJTAHID?

Kalau seperti dia dah jadi mujtahid,

Biar lulus dulu walaupun satu syarat Ijtihad,

Pertama Hafiz dengan mengetahui Rijal beserta Sanad,

Tak pun bezakan dulu antara Ijtihad dan Taklid,

Tapi jangan pula syarah pakai otak sendiri nanti kena hudud.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

TAWADDUK?

Kalau seperti dia dah dikira tawadduk,

Gelaran Tok Guru nescaya tidak didabik,

Pendapat ulama 4 mazhab pun diinjak-injak,

Tak pakai mazhab kononnya dah bijak,

Tanya dia dari mana ilmu dicedok.



Siapa Kata Nik Abdul Aziz
AMANAH?

kalau seperti dia dah dikira amanah,

Takkan berlaku penyelewengan aqidah,

Dasar penipu penyamar ahlussunnah waljamaah,

Petualang besar dalam jenayah ilmiah.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

PEJUANG?

Kalau seperti dia dah jadi pejuang,

Seluruh rakyat Malaysia Amerika serang,

Dia tu ibarat jarum berkarat dalam ayam panggang,

Tauhid tiga rupanya yang dijulang-julang.



Siapa Kata Nik Abdul Aziz

PENDAKWAH?

Kalau seperti dia dah jadi pendakwah,

Memang tak pelik dia menghina Nabi dalam khutbah,

Sebab dia pendakyah Wahabi yang betah,

Dah jalur keturunan dia berfahaman salah.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

WALI?

Kalau seperti dia dah jadi wali,

Lebih hebat lagi musailamah al-kazzab mengaku nabi,

Tapi kedua-duanya istidrak tak syak lagi,

Semoga Allah lindungi kita dari tipu daya mereka meragut hati.


Siapa Kata Nik Abdul Aziz

AHLUSSUNNAH WALJAMAAH?

Kalau seperti dia dah dikira ahlussunnah waljamaah,

Untuk apa dia mengajar kitab Fiqh Sunnah?,

Dan mengapa dia menyifatkan duduk bersila bagi Allah?,

Itu tandanya dia berfahaman Wahhabiyyah.



Siapa Kata Nik Abdul Aziz

MUSLIM?

Kalau seperti dia dikira muslim,

Buang saja Bab Riddah dalam Shahih Bukhari dan Muslim,

Saidina Ali sendiri mengkafirkan mujassim,

Siapa kamu nak mengubah hukum?


Siapa MUSLIM Sebenarnya?

Aqidahnya mestilah tidak menyekutukan Allah Yang Maha Esa,

Walau dengan apa persamaan perumpamaan dari makhlukNya,

Kita berpegang pada Asyairah dan Maturidiah sebagai panduan utama,

Itulah Aqidah Ahlussunnah walJamaah dan para Nabi yang mulia.


DISEDIAKAN OLEH

www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com

13 comments:

  1. ape la ko nih,, dah la sesat, dan menyesatkan orang jer... tuan rumah oi...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan blog... saya menyokong tuan blog... N Ajis dah lama menyesatkan manusia & menghina rasulullah SAW... Teruskan perjuangan.. Allah bersamamu...

    ReplyDelete
  3. fird... sian kau jadi orang, baik ko jadi kambing, kambing pun makhluk tuhan, tapi,, tak reti nak melatah macam kamu,, sedarlah teman, apa yang kau nak perjuangkan itu, tak memberikan manfaat yang baik, malah memberikan banyak keburukan dari kebaikan,, baik ko pegi dakwah siti, dan najib, bini pun tak reti nak didik islam,,!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam.

    akh, perjuangan anda ini banyak risikonya. Risiko yang paling jelas ialah tuduhan-tuduhan yang dilemparkan jika salah bakal mengundang kezaliman.

    Ini bererti orang yang dizalimi layak menuntut pahala anda di akhirat nanti, atau apabila sudah tiada pahala dosanya diberikan kepada anda. Kita tidak mahu begitu.

    Kedua, ini ialah persoalan ukhuwah sesama umat Islam. Persoalan khilafiyyah seperti ayat sifat tidak patut dibincang secara prejudis spt yg anda buat. Anda sendiri menganngap mujassim dan musyabbih kpd orang yang mengikut mazhab salafi.

    Padahal anda sendiri tahu bahawa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sendiri bermazhab salafi. Kita tidak dapat nafikan bahawa dalam Ahli Sunnah wal Jamaah persoalan ayat2 sifat telah membahagikan umat kepada dua bahagian, salaf dan khalaf.

    Dan kalau saudara menekun diri mendengar mp3 ceramah aqidah TG Hadi Awang dia secara jujur menerangkan kedua-dua aliran.

    Berlaku adillah terhadap kedua-dua aliran. Tuduhan demi tuduhan hanya membuat umat Islam sakit hati kepada golongan agamawan hingga menyebabkan mereka putus harap kepada agama.

    Kita semua tahu inshaAllah niat akh sangat murni untuk perjuangkan Islam. Tetapi dengan semberono mencelup disana-sini keburukan tokoh Islam yang ramai orang mengambil manfaatnya sbg contoh Syed Qutb, anda hanya menyatakan kesesatan beliau pada peringkat awal hidupnya, padahal dia menyertai Ikhwan apabila mendengar Imam Hassan Al-Banna meninggal.

    Percayalah kalau anda adil dalam dakwah anda serta menjauhi prasangka buruk dan tuduhan yang melebih tanpa perasan untuk menjustifikasi tuduhan tersebut, inshaAllah Allah akan tunjukkan jalan bagi orang yang Ikhlas.

    Prasangka buruk yang dirangsang syaitan dan nafsu telah lama diakui pemecah utama ukhuwah Islamiyyah. Umat Islam tidak perlu lagi pendakwah yang suka mencerca dan mengutuk.Kita mengimpikan pendakwah yang tawadhuk tetapi tegas menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim.

    Akhir sekali, setiap kali orang yang masuk dalam blog ini, kebanyakan mereka menyampah kerana banyak kata-kata kesat dan pelik. Akh tak boleh menyangka inilah ujian kepada orang yang tabah dalam perjuangan Islam, tetapi lebih baik berasa risau kenapa orang mengkritik akh dengan sadis.

    Minta maaf kalau kasar tetapi blog akh telah pun menambahkan satu lagi mekanisma pemecah dan punca kekecewaan manusia kepada Islam. Umat kecintaan Nabi Muhammad ini telah berpecah. dan blog ini tidak lebih selain menambahkan perpecahannya.

    Akhuka fillah wa lillah.

    ReplyDelete
  6. Islam adalah agama rahmat sekian alam. Islam memperkenalkan sistem yang ada dalam kehidupan menjamin kesejahteraan, keadilan dan keberkatan dari Allah s.w.t. Dalam Bank Konvensional, kita tidak boleh lari daripada pengaruh riba, judi dan gharar. Terdapat juga unsur penindasan yg ditentang oleh Islam. Maka dengan sistem islam iaitu Perbankan Islam, Islam membersihkan semua kejahatan, penindasan dan perkara yg haram dalam perbankan.Begitu juga dgn sistem islam yg lain seperti Insuran Islam(takaful), kewangan islam, undang-undang islam ,pajak gadai islam (arrahnu) dan sebagainya, islam akan membuang segala bentuk kezaliman, penindasan, kekotoran dan yg haram menjadikan ianya halal. Orang bukan Islam di juga mengakui kebaikan amalan sistem islam, faktanya lebih 50%-60% pelanggan di Bank Islam dan Rajhi Bank adalah daripada bukan islam. Ahli politik drp pemimpim UMNO sendiri juga mengiktiraf keberkesanan dan kebaikan Bank Islam dan juga mengiktiraf penggunaan dinar emas sebagai mata wang yg disarankan oleh ulamak sejak sekian lama.Tetapi apabila ditanya kpd para pemimpin UMNO tentang politik, yg mana sistem lebih baik samada politik islam atau kebangsaan? Sudah tentu orang UMNO akan menjawab politik kebangsaan lebih baik berbanding dgn politik islam. Antara hujahnya ialah orang UMNO mengganggap islam adalah agama suci, bersih dan mulia.Mana boleh campurkan islam ke dalam politik yg penuh dengan rasuah, kekotoran, kekejian dan jijik yg boleh mencemarkan kesucian islam itu sendiri.Tokoh PAS, Tok Guru Nik Aziz menjawab hujah yg diberikan oleh pemimpin UMNO dengan berkata “ Kalau mu kata dalam politik ni rasuah, kotor,jijik dan sebagainya maka islam ni mari bersihkan dan buangkan segala semua kekotoran yg mu katakan tu. Jadi jangan nak cakap dan pegang bahawa “politik suku dan agama suku”. Orang yg mengasingkan agama dengan politik ni Cuma orang jahil dan sekular sahaja, boleh merosakan akidah kita sebagai islam juga”. Tidak kira PAS @ UMNO, kita wajib percaya akan rukun iman salah satu drpnya ialah beriman pada hari akhirat. Pada masa itu nanti tidak kira arab, melayu ,cina, batak,india atau bangsa lain sebenarnya tidak ada nilai disisi Allah. Cuma Islam yang dapat bantu kita pada masa itu.Cuba tanya diri kita, Adakah islam yg menjadi “cara hidup” kita selama ini?Atau masa hidup didunia ni adakah kita cuma beramal dengan islam suku-suku je dan tertentu sahaja, ambil yg separuh-separuh sahaja ataupun kita islam sebab kita ni melayu. Saya nak ingatkan sekali disini kita melayu tidak semestinya selamat diakhirat tetapi jadilah melayu islam yang menerima islam secara keseluruhanya dalam cara hidup kita. Jangan jadi pak turut manusia, jadilah pak turut nabi Muhammad s.a.w.. Ikuti apa Nabi ajar dan al Quran dan sunnah sebagai pengangan, insyaAllah selamat dunia dan akhirat. Jadi pada pandangan saya,baik ikut sahaja nasihat Nik Aziz tukar dasar melayu kepada Islam. Dasar politik melayu hanya dapat diterima oleh kaum melayu sahaja tetapi dasar politik islam diterima oleh semua kaum.Jgn kita “belajar tinggi-tinggi, tetapi bodoh bertingkat-tingkat”. Yang jahil boleh belajar tetapi jangan jadi spesis bodoh sombong.Dalam al Quran dan juga hadis spesis bodoh sombong banyak merujuk kepada kaum Yahudi. Jangan kita jadi macam puak Yahudi yg begitu taksub dengan kaum mereka sehingga tidak mahu mengaku akan kebenaran islam dan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.Jika kita mengangkat dasar kebangsaan lebih tinggi daripada dasar islam, pada pendapat saya tiada bezanya kita dengan puak dan bangsa Yahudi. Seperti saya cakapkan pada permulaan, islam agama rahmat bagi sekelian alam bukan melayu atau arab.

    ReplyDelete
  7. Maaf jika kritikan ini menguris hati..Setahu saya,Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah. Umno kena terima hakikat, Umno tidak berjaya mendoktrinkan sebahagian rakyat Islam mengikut Islam fahaman sekular Umno. Dasar perjuangan umno hanya terhad. Hanya boleh di apply di negara yg bernama M’sia. Dasar perjuangan pas boleh di perjuangkan di seluruh pelusuk dunia. Islam adalah agama rahmat sekian alam. Jadi jika tuan blog mengatakan PAS sesat dan wahabi abis tu UMNO tu parti memperjuangkan ISLAM lah?Setahu saya PAS menolak sekularisme..APA HUKUM JIKA KITA BERPEGANG KEPADA SEKULARISME (POLITIK SUKU,AGAMA SUKU)?Jika anda dapat berikan fakta dari Quran dan hadis yg benarkan sekular ini, saya janji saya akan sokong UMNO dan bukan PAS..Saya orang jahil..Harap minta tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  8. Mahathir dengan angkuh terhadap Tuhannya berusaha menggambarkan ketidakadilan dalam hukum hudud sambil membuat kenyataan yang tidak sepatutnya diungkap oleh seorang Melayu Islam seperti berikut:

    “Wanita yang dirogol tidak mampu mengemukakan empat orang saksi, maka perogol tidak akan dihukum biarpun dia mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya.Sebaliknya, jika dia mendapat anak akibat perbuatan tersebut, maka dia akan dituduh berzina dan direjam dengan batu sehingga mati. Hukum ini tidaklah adil.” (Dipetik dari: John Hilley ; Malaysia :Mahathirism, Hegemony and The New Opposition)

    Bukan Mahathir shj, pemimpin2 UMNO lain mengkritik hukum Islam, hudud,isu sebat dan yang lain tanpa ilmu..Banyak lagi penghinaan Islam bukan hanya dari mulut mahathir sendiri..Nak cakap pasal hudud, kena belajar.Jgn JADI JAHIL selamanya..Cabaran hudud ialah UMNO bukan orang bukan Islam.Begitu juga isu Judi Bola sepak baru-baru ini menunjukan orang bukan Islam dari Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke secara tegas menolak sepenuhnya hasrat Kerajaan Pusat untuk melesenkan perjudian pada kejohanan bola sepak Piala Dunia.Jadi Melayu Islam buat apa? Tengok sahaja?Soalan saya adakah kufur jika tolak hudud kerana alasan pelbagai kaum, jumud dan sebagainya? Saya orang jahil.Minta tunjuk ajar tuan blog..

    ReplyDelete
  9. Jika kita menyokong pemimpin yang sekular, zalim dan menolak hukum islam adakah saham dosa turut kita dapat? maaflah banyak bertanya..saya orang jahil.Bukan berilmu seperti tuan..

    ReplyDelete
  10. Tak payah layan blog ni,
    banyak lagi agenda2 yang besar perlu kita fikirkan daripada kita menangkis tuduhan2 dari blog ni...

    kita ada agenda yang lebih besar saudara.

    ReplyDelete
  11. walaupun nmpak keras , blog ini mndtgkan dalil2 yg kukuh , org pas sndiri perlu membuktikan ketidakbenaran tulisan ini kalau ianya tidak benar .

    septutnya pengunjung blog inilah yg patut merasa malu kerana menjadi tatamu yang mengutuk tuan rumah dan rumahnya .

    blog ini menzahirkan kebusukan sampah sampah dalam pas , bagi para pejuang pas bersihkanlah kebusukan ini dari pas , jangan hanya cuba untuk menutup hidung tapi buang sampahsampah itu

    ReplyDelete
  12. ya akhi, tak salah jika tersilap berprasangka baik..tapi memang salah jika tersilap berprasangka buruk terhadap orang lain..

    di hadapan Allah kelak, baru kita tahu, siapa benar, siapa salah..wallahualam

    ReplyDelete
  13. kesian...x satu pon artikel penulis ni kt cni menyatakn die menyokong umno...sbb kritik nik aziz trus dicap umno...sungguh jahil org msia berpolitik...diharap penulis meneruskn lgi perjuangan menentang juak2 wahhabi di msia...tp sy cuma nk igtkn supaya dgn penuh adab nabawiyyah...insyaAllah allah membantu saudara

    ReplyDelete