Sunday, May 16, 2010

JANGAN TAKSUB

Jawapan berdasarkan tajuk

JAWAPAN SAMBUNGAN KEPADA pasvspas.blogspot.com


Alhamdulillah kumulai sebagai syukurku padaNya Yang Maha Esa. WujudNya tidak bertempat tidak berpihak pada mana-mana arah. Dialah Yang Maha Berkuasa yang tidak berhajat pada apa yang diciptakanNya. Bersifat dengan segala kemuliaan dan keagungan serta jauh dari segala sifat kekurangan dan kelemahan seumpama sifat-sifat makhluk. Maha Suci Allah dari sifat makhluk. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam, juga buat ahli keluarga Baginda yang tercinta dan para sahabat yang terpilih.


Terlebih dahulu, ucapan terima kasih dikirimkan buat Helmi di atas perkongsian fikrah. Di sini ana ingin memetik sebahagian daripada fikrah Helmi dalam mengutarakan pendapat dan teguran. Dalam masa yang sama ana selaku pihak tertuduh ingin membuat sedikit pembetulan terhadap lontaran helmi kepada ana selaku pemilik WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM.



Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM ( PT ) :


" Bagaimana ISLAM nak diterima oleh pendakwah seperti penulis blog pasvspas ini?

Cakap main ikut sedap mulut ...Kamu hentam peribadi saya!

Saya mengaku saya jahil , ok . Kalau boleh saya nak belajar dengan kamu sebab saya jahil .

Ya memang saya tidak alim saya mengaku saya sangat jahil..

Saya ingin mengajak kita buka minda jangan lekas kufurkan orang .

Soal Aqidah jangan main2 , ini soal AQIDAH!!!

NASIHAT UMUM SAYA TUJUKAN KEPADA SEMUA TERMASUK DIRI SAYA, JANGANLAH Kalau alim tapi takabur , takut kita kufurkan orang sebelum sahih !

Sebelum berhujah dan mendapat penjelasan dari orang yang yang kita kufurkan dia ...

Kita berbahas kerana nak keputusan yang sahih mengikut ilmu yang dipelajari , bukan kita berbahas nak tunjuk sapa yang hero , ini salah.

Saya nasihatkan diri saya supaya perbetulkan niat berbincang , bukan nak tunjuk sapa yang hebat, sapa yang hero .

Andai niat begitu sia2 masa kita , tidak dapat kebajikan bahkan sia2 nikmat masa kita.

"


Jawapan Balas WWW.PASVPAS.BLOGSPOT.COM ( PVP ) :


Ana pada asalnya tidak mengajak Helmi untuk berbahas malah tidak pernah mengetahui kewujudan blog yang menisbahkan diri dengan pondok seperti WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM. Setelah ana mengetahui wujudnya blog PT dari teman-teman, maka ana mendapati PT sudah menikam ana dari belakang. Akan tetapi, setelah ana menjawab sebahagian kenyataan yang dibentangkan dalam blog PT, tiba-tiba PT menuduh ana menghentam peribadi PT. Adakah wajar sikap yang PT tunjukkan ini pada khalayak ramai? Adakah PT cuba menagih belas ehsan dari orang ramai di atas kelebihan yang ada pada PT? Malah ana tidak nampak apa yang PT katakan perbahasan untuk mencari keputusan yang sahih dalam kenyataan PT yang lepas. Bahkan selayaknya ana yang sepatutnya mengatakan PT " Cakap main ikut sedap mulut ...Kamu hentam peribadi saya! ''.


Dalam setiap artikel yang dikeluarkan dalam blog PASVSPAS adalah bersumberkan maklumat-maklumat yang dipercayai beserta dalil-dalil yang dikemukakan oleh para ulama terdahulu bagi mereka yang menyalahi dalam beberapa perkara asas dalam aqidah. Sekiranya betul-betul PT ingin mencari kebenaran, nah ! Sewajarnya PT mengkaji dan menyelidiki terlebih dahulu artikel-artikel yang dibentangkan.


Niat saja tidak cukup untuk sesuatu perbahasan ilmiah. Perasaan juga bukan modal utama untuk menentukan kebernasan dalam berbahas. Niat suci dan perasaan rendah diri serta tawadduk amat diperlukan dalam setiap masa, memang tidak dinafikan. Akan tetapi, relevankah kenyataan PT dengan apa yang PT katakan perbahasan di antara kita? Di mana pengkajian dan pembentangan dalil-dalil dan bukti yang menyokong kenyataan PT dalam membela Nik Abdul Aziz sebagai ulama? Dan segala kenyataan PT? Fikir dulu sebelum bertindak.


PT cuba menjatuhkan imej blog ana dan kewibawaan ana sebagai pendakwah. Tahukah PT ada berapa uslub dakwah yang boleh kita laksanakan? Sedarkah PT tentang apa yang berlaku di sekeliling PT? Tahukah PT uslub yang digunakan oleh Nabi dalam berdakwah? Cukupkah sekadar mengikuti silibus usrah yang dijalankan dalam PAS untuk berdakwah? Bukan untuk mendabik dada tapi ana tahu apa yang disemai dalam peribadi setiap ahli usrah dipenghujung usrah. Mana-mana peringkat usrah pun sama selagi silibusnya sama. Kawan rapat ana adalah orang yang menyusun silibus diperingkat negeri ( nama individu dan negeri tidak dinyatakan atas sebab keselamatan beliau ) dan sekarang silibusnya itu dah tersebar diperingkat pusat, dan dari pusat turun ke bawah. Pelaksanaan usrah sekarang pun dah tak sama sebagaimana yang disarankan oleh Imam Hasan Al-Banna dan ulama'-ulama' muktabar agar ilmu diambil secara bertalaqqi bukan seperti usrah sekarang yang berkumpul mendengar kemudian mengeluarkan pendapat malah sampai pada tahap mentafsir Al-Quran dan Hadis pakai otak sendiri. Siapa kita untuk mentafsir Al-Quran dan Hadis? Masing-masing cuba menunjukkan keilmuan diri.



Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM ( PT ) :


Saudara dalam PAS kita ada SYURA ULAMA , mereka lebih arif dari kita nak meletakkan siapa pimpinan . Jadi ramai ulama dalam PAS jangan takot !.

ULAMA PONDOK ramai dalam PAS .

jangan menghina orang tanpa periksa , jangan tuduh fithnah orang tanpa kajian ,jangan selalu kufurkan orang ,jangan hasdad dengki dengan kebolehan orang dan kelebihan orang .

Jagalah hati untuk menyelamatkan kita di Akhirat.

Kalau belajar sahaja ,tidak melaksana tanggungjawab menegakan syariat agama dalam negeri dan negra maka belum lepas lagi kejawiban kita terhadap perintah ALLAH ...

Apa guna belajar agama tanpa berjuang dan berjihad menaikan agama ALLAH ...

Ya ! ilmu aqidah mesti didahulukan , IMAM IBNU AROBI DAN IMAN SANUSI KATA 'ANDAI TIDAK BELAJAR ILMU AQIDAH , IAMAN TIDAK SAH"

Ulama kita Ahli Sunnah berfatwa "ANDAI TIDAK ADA AQIDAH MAKA SEGALA IBADAH TIDAH SAH"

Kita pandang pada dasar PAS bukan kepada individu dalam PAS .

Jangan kerana seorang dua wahabi dalam PAS kita nak tolak perjuangan yang PAS yang meletakan syara sebagai perlembagaan parti .



Jawapan Balas WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM :


Syabas ana ucapkan pada PT atas semangat perjuangan yang ditunjukkan sehingga mencapai kedudukan Ketua Pemuda PAS di kawasan PT. Tapi jangan pula nanti berjuang kerana jawatan.


PT, masih terlalu muda untuk campurtangan permasalahan dewasa, dan masih terlalu mentah dalam percaturan politik dunia. Berbekalkan semangat semata-mata, tidak membantu untuk menakluk dunia bahkan memerlukan keberanian dan pengetahuan serta pengalaman yang mantap dalam menguasai politik tanahair mahupun antarabangsa. Dan inilah yang dihadapi dalam PAS sekarang. PT masih diperingkat percubaan untuk menerajui tampuk pemerintahan.


Perkara utama yang paling PT mesti tahu dan faham adalah konsep pemerintahan berteraskan kekhalifahan dan baiah. Cukup dengan dua perkara penting ini bagi mengukuhkan institusi pemerintahan di samping hukum-hakam lain yang wajib juga diketahui selepas PT faham siapa yang di maksudkan dengan khalifah dan pada siapa kita wajib berbaiah.


Sebagai intisari dari sistem khalifah, mereka yang layak untuk menjadi khalifah sebagaimana yang digariskan oleh Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam adalah dari bangsa Quraisy, Islam ( zahir dan batin, maka tidak termasuk mereka yang menisbahkan diri sebagai Islam sedangkan aqidahnya adalah kafir seperti kebanyakan Syiah, sebilangan besar Wahhabi, majoriti Hizb al-Tahrir dan banyak lagi kelompok-kelompok yang cuba bersandar dengan nama Islam ), mujtahid dan banyak lagi.


Begitu juga dalam perkara baiah, tidak dapat tidak mereka yang pertama membaiah seseorang menjadi khalifah adalah ahlulhal dan al-'Aqdu daripada kaum muslimin sahaja, iaitu golongan kepercayaan dari kalangan ahli ilmu ( para ulama' ) dan muttaqin. Sepertimana Saidina Abu Bakar diangkat menjadi khalifah dengan dibaiahkan oleh Saidina Umar, kemudian diikuti oleh kaum muslimin di Madinah, dan seterusnya sabit kekhalifahan ini di atas seluruh umat Islam.


Di sini hanya sebahagian kecil sahaja dinyatakan tentang sistem khalifah dan baiah. Di zaman kita sekarang, sistem ini masih lemah untuk dilaksanakan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sehingga terbitnya mutiara zaman yang ditunggu-tunggu Imam Mahdi radhiyallahu 'anhu.

Cuba kita perhatikan sejenak dasar PAS, Islam adalah tujuan utama perjuangan, malah untuk menjadi anggota PAS juga mesti terdiri dari kalangan orang-orang Islam, apatah lagi untuk menjawat jawatan penting dalam parti. Akan tetapi, yang menjadi keanehan sejak akhir-akhir ini adalah kenapa manifestasi Negara Islam dibuang? Rupa-rupanya kerana DAP laknatullahi 'alaihim dan sebahagian orang Melayu yang bertopengkan perjuangan menegakkan Islam dan bangsa dari KEADILAN ( PKR ). Nah ! Di mana ketegasan PAS dalam berjuang? Di mana semangat Islam yang dilaung-laungkan selama ini? Inikah dasar PAS? Betapa mudah mengubah dan membuang dasar sendiri demi menjaga hati golongan Kafir laknatullahi 'alaihim. Di mana majlis yang dinamakan SYURA ULAMA dalam PAS yang PT megah-megahkan? Mereka hanya membuat hukum bagi yang bertentangan dengan PAS sahaja, kan? Sekiranya mereka pendokong dan pendamping PAS, dibiarkan sahaja kononnya beralasankan hikmah berdakwah. Tapi sampai sekarang DAP tak masuk Islam. Hidayah dari Allah, itu sahaja alasan yang digunakan untuk membela diri tapi tidak untuk mereka yang menentang PAS, lebih-lebih lagi UMNO dan BN. Bahkan dihukum kafir oleh Nik Abdul Aziz kerana menentang perjuangan dia. Betapa senang menghukum keseluruhan rakyat yang menyokong UMNO sebagai Kafir. Siapa dia untuk bersuara? Siapa dia untuk berfatwa? Aqidahnya sendiri pun sudah jelas kafir tapi berani mengabui mata rakyat dengan mengkafirkan pihak lain malah secara umum. Mengkafirkan umat secara umum hukumnya dia sendiri yang kafir. Inilah kaedah ulama, bukan ana yang pandai-pandai reka. Jauh sekali untuk membaiah dia sebagai pemimpin dalam parti Islam. Tapi PT diam saja, kan? Tak berani buka mulut. Adakah kerana PAS ada SYURA ULAMA? Pernahkah ada anggota PAS yang menegur sikapnya? Pernahkah ada yang membantah kenyataannya itu seperti PT membantah ana kerana kononnya ana pandai-pandai mengkafirkan Nik Abdul Aziz ? Tak ada,kan? Semuanya pengecut ! Sudahlah, ana lebih lama dari PT dalam PAS, sampai sekarang. Bahkan seluruh keluarga dan kaum kerabat ana pendokong PAS dari zaman berzaman. Malah sebahagian dari kami menjawat jawatan paling penting di kawasan masing-masing.


Kita lupakan sejenak soal jawatan, kembali kita pada dasar PAS. Dasar PAS adalah menegakkan Islam, memang tidak diragui lagi, tapi kenapa PAS meletakkan tokoh besar mujassimah seperti Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS? PAS sudah kehabisan ulama' untuk dijadikan pemimpin sehingga meletakkan Wahabi memimpin parti Islam? Bukankah jawatan itu terlalu penting dalam parti? Seorang Mursyidul mampu mengubah pandangan parti dalam tujuan tertentu, bukankah begitu PT? Bilamana negara diperintahkan golongan jahil dalam agama tetapi tidak kafir selagi dia tidak menyuruh melakukan maksiat dan mencegah amar makruf, pastilah negara huru-hara. Akan tetapi, bilamana negara diperintah golongan kafir, apa akan terjadi? Pastilah haru-birunya lebih dahsyat. Bukankah begitu wahai saudara PT? Dalam permasalahan ini pun PAS sudah tidak sanggup bertegas dengan mujassimah seperti Nik Abdul Aziz yang jelas sekali aqidahnya. Apatah lagi bila sudah memerintah negara. Dasar kononnya PAS UNTUK SEMUA sudah memakan diri. Kalau dulu, UMNO bekerjasama dengan MCA dan MCI, maka ulama-ulama dalam PAS terus mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan malah menghina UMNO kerana itu, tetapi lihatlah sekarang apa yang terjadi pada PAS. Sedangkan dasar Islam adalah membawa umat manusia ke Syurga. Bagaimana nak ke syurga kalau aqidah sesat lagi kafir? Orang yang berbuat maksiat masih ada harapan untuk masuk syurga selagi dia tidak menghalalkan maksiatnya. kecuali orang yang beraqidah syirik. Jauh memang jauh. Tak akan masuk syurga apalagi mencium baunya. Itu yang patut diperjuangkan. Bukan sekadar menuntut hak rakyat dalam kebendaan duniawi.


Mungkin terfikir di benak PT, untuk apa ana menghentam Nik Abdul Aziz dan kenapa tidak bertemu sendiri dengan dia, atau mungkin tertanya-tanya kenapa tidak dibentangkan dalam mesyuarat majlis yang dinamakan SYURA ULAMA, atau cabangan PAS yang lain. Untuk pengetahuan PT dan golongan bawahan yang taksub membuta tuli bahawa diperingkat atasan, sebahagian besar pemimpin-pemimpin besar PAS, DEWAN ULAMA atau PEMUDA mahupun MUSLIMAT, semuanya tahu perkara ini. Tapi kenapa semuanya membisu? Kononnya untuk menjaga kepentingan parti yang jauh lebih penting dari individu tertentu. Kalau kepentingan parti lebih besar kenapa didiamkan sahaja individu-individu tertentu? Ini bermakna PAS sebenarnya memandang kepentingan individu lebih besar dari kepentingan parti. Malah individu tersebut sebenarnya adalah perosak besar kepada dasar PAS. Bagaimana sebuah parti Islam diperintah oleh Si Mujassim Kafir? Belum lagi menyentuh soal bagaimana akan terlaksana hukum-hukum Islam? Dasar pelaksanaan pun dah menyimpang dari perintah Allah dan Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam, dan sunnah para sahabat. Bukankah ini jelas menyimpang dari dasar, pelaksanaan dan perjuangan PAS? Jadi di mana lagi pegangan PAS? Kalau begini dasar PAS, bagaimana setelah negara diperintah? Pastilah dia akan menyemai fikrah Wahhabiyyah dalam masyarakat dengan lebih senang. Pernahkah PT mendengar pepatah Melayu yang berbunyi " Guru kencing berdiri, murid kencing berlari ". Fahami pepatah tersebut sebelum berkata.


Dan jangan PT menyangka semua pondok-pondok di Malaysia yang menyokong PAS dalam masa sama menyokong Nik Abdul Aziz. Mereka menyokong PAS kerana dasar PAS, tapi dalam masa sama menentang Nik Abdul Aziz cuma suara mereka tidak sampai ke seluruh pendengaran rakyat Malaysia. Pergilah melawat pondok-pondok di Kelantan dan Terengganu, jangan duduk bersila di Sik saja. Pasti PT akan tahu kebenaran sebenar. Biar terbuka sedikit fikiran.



Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BOLGSPOT.COM ( PT ) :


" JANGAN HANYA MENGAKU CINTA RASULULLAH tetapi tidak mengikut sunnah RASULULLAH yang mengajak umat buat baik dan cegah dari perbuatan mungkar "


TAMAT

MUDAHAN KITA SEMUA DAPAT HIDAYAH

www.pondoktauhid.blogspot.com

mengasihi saudara penulis blog

www.pasvspas.blogspot.com

Dicatat oleh Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 11:09 PM



Jawapan Balas WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM :


Ana menyokong kata-kata PT dan memang itulah yang ana amalkan selama ini. Mengajak berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, lebih-lebih lagi kekufuran aqidah. Ia lebih bahaya dari mencegah orang berbuat zina. Malah dosa syirik tiada pengampunan dari Allah akan tetapi dosa zina kalau dikehendakiNya pesalah zina diampunkan tanpa azab. Dan ini bukan bermakna ana menyokong dengan apa yang dilakukan UMNO. Bukan jua menyarankan supaya beramai-ramai masuk UMNO. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Mencegah Kekufuran lebih utama dari kesalahan lain. Itu kaedah yang dilaksanakan Nabi sebelum memerintah dan mengharamkan arak.


Dan PT, jangan kamu menjadi tali barut kepada golongan Mujassimah dengan ilmu yang kamu pelajari. Ingatlah, barangsiapa redha dengan kufur, maka kafirlah dia. Itu kaedah syar'ie yang disepakati ijmak dan antara yang menyebut kaedah ini dalam kitab mereka adalah Al-Imam Fakhruddin Al-Razi dalam tafsirnya Mafatih al-Ghaib dan juga Al-Khazin dalam tafsirnya Lubab Al-Takwil fi Ma'ani Al-Tanzil bukan fatwa dari ana. Kalau tak tahu, tanya orang yang lebih alim. Ana hanya menukilkan kata-kata ulama Ahlussunnah wal jamaah.


Sekiranya PT dan pembaca lain faham dengan apa yang ana sampaikan ini, jangan ragu jangan syak, sama-samalah menegakkan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Semuanya LILLAHI TA'ALA.


* JAUHILAH SIFAT MUDAHANAH YANG LANGSUNG TIDAK MENGUNTUNGKAN ISLAM DAN UMATNYA


* SIKAP MUDAHANAH HANYA DIMILIKI OLEH PEJUANG YANG TAKUT KEPADA ANCAMAN MUSUH-MUSUH ISLAM


* BERMUDAHANAH DENGAN MUSUH ISLAM ADALAH BACUL LAGI PENGECUT TAK LAYAK DIGELAR PEJUANG SAMA SEKALI


Berjuang Bukan Untuk Mana-Mana Parti Politik


Disediakan Oleh :

www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com

4 comments:

  1. assalamualaikum............ya khalifatullah. ana hanya nak berpesan tegakkan islam, mantapkan akal dan aqidah.

    AQIDAH = ISLAM + IMAN + AMAL

    semua itu memerlukan ilmu agama yang teguh dan mantap. kata Umar Al-Khattab:'hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung oleh ALLAH di akhirat kelak'. muhasabahlah diri dan maafkanlah seseorg yang membuat kita rasa sakit dan jauhi sifat yang ada pada musuh yang nyata iaitu syaitan laknatullah.

    ReplyDelete
  2. SALAM..SEGALA KEKELIRUAN DAN JAWAPAN BAGI DIATAS DAN YANG LAIN SILA RUJUK :

    http://usahmadawang.blogspot.com/2008/05/pas-tetap-perjuang-dasar-negara-islam.html

    http://usahmadawang.blogspot.com/2008/05/dosa-umno-pada-ketuanan-melayu-islam.html


    JGN KITA BERCAKAP BERDASARKAN HAWA NAFSU IBLIS DAN BERFAKTAKAN SYAK WASANGKA SAHAJA.BERTAQWALAH DENGAN FIRMAN ALLAH :

    "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU SEORANG FASIK MEMBAWA SESUATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH (UNTUK MENENTUKAN) KEBENARANNYA, SUPAYA KAMU TIDAK MENIMPAKAN SESUATU KAUM DENGAN PERKARA YANG TIDAK DIINGINI - DENGAN SEBAB KEJAHILAN KAMU (MENGENAINYA) - SEHINGGA MENJADIKAN KAMU MENYESALI APA YANG KAMU TELAH LAKUKAN.." (AL-QUR'AN,AL-HUJURAT (49):6).

    ReplyDelete
  3. MELAYU ADA 2 JENIS.MELAYU NAK PADA ISLAM DAN MELAYU NAK MEMPERTAHANKAN IDEOLOGI NASIONALISME@SUKULARISME..PERPERCAHAN BERLAKU KERANA PERTEMBUNGAN 2 IDEOLOGI INI.ISLAM TAK AKAN TUNDUK PADA IDEOLOGI CIPTAAN YAHUDI.APA2HAL MUSIBAH BERLAKU KITA MESTI KEMBALI KEPADA ISLAM.YAKINLAH PADA ISLAM.PERPADUAN ATAS DASAR ISLAM.BUKAN PERPADUAN ATAS DASAR MELAYU@KAUM.

    MENGAPA NAK TIRU YAHUDI???KERNA FIRMAN ALLAH :

    "DAN ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN RELA KEPADAMU (MUHAMMAD) SEBELUM ENGKAU MENGIKUTI AGAMA MEREKA. KATAKANLAH, " SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH ITULAH PETUNJUK SEBENARNYA ." DAN JIKA ENGKAU MENGIKUTI KEINGINAN MEREKA SETELAH BERILMU (KEBENARAN) SAMPAI PADAMU , TIDAK AKAN ADA BAGIMU PELINDUNG DAN PENOLONG DARI ALLAH. AL-BAQARAH 120

    ReplyDelete
  4. Bismillahirrahmannirrahim...
    Terima kasih atas perkongsian yang bermakna.
    Cuma ana sedikit pelik, saudara menggunakan gelaran yang sangat tak bertepatan kepada seorang yang saudara sendiri tidak pernah bersemuka dengan dirinya (bertanyakan tentang kekeliruan yang berlaku). Apakah ini adab selaku seorang muslim? menggelarkan seorang dengan gelaran Najizs? Ana yakin dan percaya saudara pasti ada hujah untuk persoalan yang ana lontarkan ini. Mudah-mudahan Allah buka hati kita bersama memahami kebenaran.

    ReplyDelete