Saturday, June 19, 2010

Hina Islam

( Guna tajuk di atas untuk mengesahkan kebenaran penulisan artikel di bawah )

Penulisan ini bukanlah bertujuan meraih populariti atau di atas kepentingan mana-mana parti politik sebaliknya untuk membongkar kekejian yang tersembunyi disebalik topeng Islam, janggut dan serban individu tertentu. Antaranya individu di dalam artikel kali ini. Sama-sama kita menilai..


Berkata Nik Abdul Aziz al-Wahhabiy ( Najizs ) :

" demonstrasi ni..memang apo name ni tabiat manusia, orang Islam diajar demonstrasi limo kali saghi..huh uk.. smaye bejemooh ni demonstrasi, tiap-tiap hari limo kali saghi stiap-tiap kampong datang ke masjid,de skali sminggu demonstrasi lebih besa lagi mencakupi 3,4 buah qaryah gi ko smasjid de skali staung orang Islam demonstrasi seluruh dunia pergi kepada tanah suci, ini demonstrasi ini hak-hak manusia zaman dulu zaman Rasulullah dulu ado demonstrasi kecil-kecile, tok banyok demonstrasi hok luar daripado smaye jemooh, isteghi-isteghi Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam demonstrasi sama-sama dia minta belanjo lebih jupo Rasulullah tapi dinasihat oleh Allah samada nak pilih Rasulullah ataupun nak pilih hidup senang akhirnyo apo namo ni isteghi Rasulullah tok jadi demonstrasi hoh..memang dah blaku..demonstrasi ni hok manusia tak boleh sekat kalu mau..kalu tak mau demonstrasi daripado rakyat, jange buak bendo ye becanggoh denge kehendok rakyat barulah takdok demonstrasi, tapi slagi dok buak bendo-bendo ye nampok kelaine diantaro pimpine denge orang bowoh, semuo ni takkan blaku.." - tamat.


Perhatikan ucapan kurang ajar lagi bodoh bahkan bercanggah dengan ucapannya sendiri

Berkata Nik Abdul Aziz al-Wahabiy( Najizs ):

1) '' ..orang Islam diajar demonstrasi limo kali saghi.."

2) ".. isteghi-isteghi Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam demonstrasi sama-sama dia minta belanjo lebih.."

3) "..jange buak bendo ye becanggoh denge kehendok rakyat barulah takdok demonstrasi.."


Apakah maksud semua ucapannya yang berbelit-belit itu?

Apakah yang hendak disampaikan oleh Najizs dengan ucapan pertama?

Jawapan penyokong tegar Najizs pastilah berbunyi begini :

Takwilan Pertama :
" Ayat pertama di situ mengandungi balaghah yang tinggi di mana maksudnya adalah perhimpunan manusia "

Takwilan Kedua :
" mungkin untuk menerangkan kepada kita bahawa pentingnya demonstrasi kerana Allah sendiri yang menyuruhnya "

Takwilan Ketiga :
" Setiap orang Islam mesti menyemai di dalam dirinya untuk sentiasa berdemonstrasi "

Takwilan Keempat :
" Demonstrasi ketika solat dimaksudkan dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dalam menuntut pahala dari Allah "

Takwilan Kelima :
" Demonstrasi dalam solat mengajar kita erti mencari kebenaran kerana di situ kita menunjukkan perasaan tidak puas hati dalam diri "

Takwilan Keenam :
" Beliau bercakap dengan orang Kelantan, mungkin orang Kelantan faham maksud dia "

Takwilan Ketujuh :
" Beliau adalah tok guru, jadi dia tau apa yang dia nak sampaikan, takkan tok guru alim seperti dia tak faham percakapan dia sendiri "

Takwilan Kelapan :
" Memang la perkataan demonstrasi agak keras bunyinya tapi takkan seorang guru bermaksud kurang ajar dengan Allah, tak masuk akal la.."

Apakah pula yang dimaksudkan dengan ucapan kedua Najizs?

Jawapan penyokong tegar Najizs pastilah berbunyi begini :

Takwilan Pertama :
" Ucapan kedua tu mengandungi hukum untuk mengharuskan demonstrasi "

Takwilan Kedua :
" Dengan sikap yang ditunjukkan oleh isteri Rasulullah menunjukkan bahawa apabila kita tidak berpuas hati dengan seseorang maka hendaklah berpakat beramai-ramai menentang dia "

Takwilan Ketiga :
" Isteri-isteri Nabi diibaratkan sebagai rakyat dan Rasulullah pula diibaratkan sebagai pemimpin negara "

Takwilan Keempat :
" Sekiranya seorang pemimpin negara tidak menjalankan pemerintahan dengan baik maka mestilah demonstrasi untuk menjatuhkannya walaupun pemimpin itu tak pernah menyuruh berbuat kemungkaran "

Takwilan Kelima :
" Para isteri tidak boleh malu untuk menuntut hak dengan menunjukkan kepada orang ramai sikap buruk suaminya samada di jalanan atau melaung-laung di dalam rumah "

Takwilan Keenam :
" Sebagai seorang manusia, kita tak terlepas dari melakukan kesilapan, mungkin apa yang berlaku terhadap para isteri Nabi ada hikmah di sebaliknya "

Apa pula nak disampaikan dengan ucapan ketiganya itu ?

Jawapan penyokong tegar Najizs pastilah berbunyi begini :

Takwilan Pertama :
" Ucapan Ketiga ni adalah kesimpulan dari ucapan pertama dan kedua yang mana harus demonstrasi dalam Islam PAS "

Takwilan Kedua :
" di sini menunjukkan amaran beliau kepada para pemimpin UMNO supaya memerintah dengan baik, kalu tidak PAS dengan tidak segan silu akan menghuru-harakan negara dengan demonstrasi beramai-ramai "

Takwilan Ketiga :
" Demonstrasi sebenarnya baik untuk kesejahteraan rakyat lebih-lebih lagi menundukkan kerajaan UMNO daripada terus berleluasa dan batu loncatan untuk kami sampai ke puncak pemerintahan "

Takwilan Keempat :
" Kalau tak buat demonstrasi rasanya agak janggal bagi kami orang PAS lebih-lebih lagi PKR kerana ianya merupakan asas pegangan PKR"

Takwilan Kelima :
" PAS dah pernah cuba pelbagai cara untuk menjatuhkan UMNO tapi semua cara sebelum ini agak slow emotion, jadi dengan berdemonstrasi akan menghangatkan lagi suasana politik Malaysia "

Takwilan Keenam :
" PAS memilih cara demonstrasi ini kerana ia bukan tradisi baru malah telah lama digunakan sejak zaman Hizb Qutubiyy ( Syed Qutb ) di Mesir lagi bahkan Hizb Tahrir di Indonesia pun menggunakan demonstrasi menentang kerajaan mereka malah Umayyah pun pernah memberontak terhadap Saidina Ali semata-mata untuk memerintah "


Penulis berpendapat :

Nik Abdul Aziz al-Wahabiy( Najizs ) dah berperasaan kononnya dia dah jadi mujtahid yang bebas mengeluarkan hukum buktinya dia cuba menghalalkan politik jalanan dengan mengaitkan dan mengaibkan para isteri Nabi malah menokoktambahkan fitnah serta mereka-reka cerita sesuatu yang langsung tak ada kaitan dengan Nabi..malah menyifatkan sesuatu yang jelik lagi dayus terhadap Nabi dengan menggambarkan para isteri nabi mahu berdemonstrasi kerana tidak puas hati dengan perbelanjaan rumahtangga dan memprotes Nabi, jika difahami perkataan Najiz ini menunjukkan Nabi tidak mempedulikan hal-hal kebajikan isteri Nabi dan memperlekehkan kewibawaan Nabi sebagai suami kepada sembilan orang isteri Baginda yang tercinta. Ini satu penghinaan dan perlecehan terhadap Nabi Ikutan Tauladan Paling Sempurna Maksum dari segala dosa yang lalu, sedang atau yang akan berlaku. Sedangkan Nabi adalah seorang pencinta yang paling setia, seorang suami yang sejati, seorang lelaki yang teramat prihatin walau dalam hal yang kecil. Malah isteri-isteri baginda tidak pernah bermasam muka dengan Baginda yang mulia apalagi untuk menunjukkan penentangan terhadap Baginda Tercinta.

Bukan itu saja, Najizs ini dah melampau dan kurang ajar dengan mengatakan orang Islam demonstrasi terhadap Allah, betapa jahilnya pemimpin yang dijulang pengikut dangkal PAS, tengoklah betapa biadapnya dia dengan Allah. Apakah dia faham dengan makna perkataan demonstrasi yang dilafazkannya? Semestinya tidak!! bahkan diyakini yang Najizs ini bodoh dengan kalimah ini. Ada perkataan yang boleh didatangkan dengan pelbagai makna dan ada pula dengan makna yang satu antaranya perkataan demonstrasi dan samseng ( SILA RUJUK SENDIRI DALAM KAMUS DEWAN BAHASA DAN SASTERA ATAU KAMUS PELAJAR ATAU MANA-MANA KAMUS BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA SAHAJA ) Bahasa Melayu pun tidak lulus, macam mana nak jadi pentafsir Quran dan Hadis yang jelas maknanya tersirat dan tersurat. Allah sendiri berfirman dengan mafhumnya terdapat ayat muhkamat dan mutasyabihat di dalam al-Quran. Di situ menunjukkan al-Quran tinggi dengan balaghah bukan sebagaimana sanggahan wahabi mengatakan tidak ada ayat balaghah di dalamnya, tak cukup dengan itu mentakwil ayat secara zahir.

Terbukti kedangkalan ilmunya disertai putar-belit bicaranya seperti musang tua berlidah ular dengan kenyataannya yang saling bercanggah dalam memberi pengertian dan pemahaman terhadap kalimah DEMONSTRASI. cuba perhatikan maksud pada

contoh pertama :

DEMONSTRASI TERHADAP ALLAH DALAM SOLAT, manakala

contoh kedua :

DEMONSTRASI TERHADAP NABI OLEH ISTERI-ISTERI BAGINDA, selanjutnya

contoh ketiga :

DEMONSTRASI TERHADAP PEMIMPIN OLEH RAKYAT.

Adakah ianya membawa pengertian yang sama? Mulia? Terpuji? Terbaik? Atau masih ada takwilan ketaksuban untuk mengatakan pengertian itu bergantung pada keadaan? Tak pernah sepanjang hidup penulis mendengar atau membaca mana-mana penulisan hatta karangan murid darjah 3 atau 4 lebih-lebih lagi UPSR yang menulis sebagaimana Najizs.

Sebagai kalam akhir, Penulis tidak ingin memanjangkan kalam sebaliknya ingin membiarkan sendiri pembaca mengakalinya dengan kebijaksanaan dan menimbangtaranya dengan ilmu serta menghakiminya dengan kebenaran.

Disediakan oleh :

www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com

3 comments:

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    Fakeh Khalifah Saka

    ReplyDelete
  2. Saya pelajar pondok mencabar penulis pasvspas.blogspot.com berdebat cara terbuka !
    Saya denag rendah diri mencabar kamu yang terlebih alim dari ulama2 yang menjadi tokoh ulama dalam PAS. Ramai Tn Guru pondok mendokong perjuangan PAS untuk laksana syariat di Malaysia ini.

    Jangan jadi taksub , kita sama ahli sunnah !
    Tentang wahabi elok dah tapi kamu mengaji belum habis kot ?
    Tapi saya anggap kamu alim tapi dalam soal perjuangan kamu belum dalami hukumnya kot,atau kurang faham atau kurang matang dalam perjuangan ?
    TN GURU SAYA AL ALIM AL ALAMAH TN GURU HJ SALLEH MUSA SIK dan BERSAMA ULAMA LAIN BERSUSAH PAYAH BERJUANG , kamu nak khianati perjuanagan mereka dan kami?

    Saudara ni insaflah , Saudara berdosa menghentam dalam blog macam ni!
    Jangan khianati perjuangan PAS!

    Ulama dulu bersusah payah berjuang untuk membentuk negara Islam di Malaysia tiba2 saudara senang2 nak melemahkannya . Saya bukan taksub parti , tapi saya perjuangakan Islam dan dokongi perjuangan ulama .

    NAK HENTAM FIKIR DAN TANYA PANDANGAN ULAMA MUKTABAR DULU!
    KAMU BERTAUBATLAH SEGERA !
    JANGAN KERAS HATI MACAM WAHABI !

    Yang benar kena terima,jangan taksub . Kita ada ulama ikutlah ulama .

    Awak perlu dalami ilmu lebih mendalam .
    Saya bukan taksub TN GURU saya , tetapi dia ulama muktabar , tokoh ulama pondok negeri kedah , anak muridnya ribuan , takan saya nak ikut awak mesti saya ikut Tn Guru Hj Salleh tokoh ulama yang kuat menentang wahabi dan menyokong kuat dasar PAS!

    http://pondoktauhid.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Tak habis-habis tuan blog pondok tauhid ini ajak pasvspas berdebat. Dia tak tahu kot yang tuan blog pasvspas masih menyambung pengajian di luar negara?. Jadi harap tuan blog pasvspas bagitaulah kat tuan blog pondok tauhid akan perkara ini supaya dia tidak terus buat tawaran berdebat yang mana tawaran tersebut tidak dapat disambut buat masa ini.berdebat untuk mencari kebenaran adalah baik asalkan niat ikhlas kerana Allah. satu perkara yang saya nak ulas, pasvspas ni pada saya dia tidak menentang PAS, tapi dia tentang seorang individu yang menjadi orang paling atas dalam PAS yang mana orang itu mempunyai pasukan 'peguam pembela' yang akan mempertahankan ucapan-ucapannya yang karut marut dan menyempang daripada pegangan ahli sunnah. Maka peseteruan dengan individu tersebut akan dilihat sebagai pertentangan dengan PAS walaupun pada hakikatnya tidak. Masalah ini bukan payah pun nak selesai. cuba PAS buang individu tersebut dan gantikan dengan orang yang kuat berpegang dengan fahaman ahli sunnah, sudah tentu blog-blog seperti pasvspas ni pun tidak akan wujud. tapi malangnya,individu tersebut tetap dipertahankan. kata dalam PAS banyak ulama ahli sunnah, kenapa tak diangkat sahaja ulama ahli sunnah jadi mursyidul am untuk gantikan individu tersebut? tuan blog pondok tauhid tolong fikirkan perkara ini..kenapa tak diangkat saja Hj Soleh Sik sebagai mursyidul am, lebih-lebih lagi kamu kata Hj Soleh ulama terkenal, anak muridnya ribuan orang..kenapa beliau tidak dilantik ke jawatan tersebut? kenapa ye? enta fikirlah sendiri saudara pondok tauhid!

    ReplyDelete