Saturday, October 2, 2010

PENCERAMAH PAS MENGKAFIRKAN NIK ABDUL AZIZ

BACA DAN DENGAR SENDIRI MELALUI RAKAMAN MEREKA BERDUA
ANDA SEMUA BOLEH MENCARINYA DENGAN TAJUK-TAJUK YANG TERTERA BERSAMA TEKS UCAPAN MEREKA BERDUA

sila tekan di sini

Berkata Nik Abdul Aziz ( Najizs ) :

" Duduk di atas arasy mengikut hok dio sebuk ( sebut )..' Ar-Rahmanu ^ala ^arsyisstawa ' dale al-Quran sebuk tuhe ye ( tuhan yang ) bernamo Ar-Rahman ini duduk atah singgohsano..bilo bunyi tuhe duduk atah singgohsano dok atah kusi la kito kato dok (duduk di atas) kusi besa (kerusi besar), bilo tuhe kato dio dok atah kusi besa, kito bghaso (terbayang) dale palo (dalam kepala) kito.. tuhe ni ( butiran perkataan tidak jelas ) dudok atah kusi besa, dale palo ..... ( harap maaf,perkataan tidak jelas ) ,kato tue kitak (tuan kitab) ni..kito nok kato guano (kita tak dapat buat apapun).. munggo (oleh kerana) Dio sdighi (sendiri) sebok (sebut) dale Quran, dale Quran al-Rahmanu ^ala ^Arsyisstawa sebute (sebutan) Melayunyo tuhe ye bernamo al-Rahman itu istawa ^ala ^arsyi dudok sello lendik (duduk bersila rapi) di atah singgohsano..Dio kato Dio dok istawa istawa atah memberi makno sello lendik jadi kito pehe (faham) sello lendik kito pehe, ( butiran perkataan tidak jelas ) sello (bersila) lagu manoh (macam mana)? sello (bersila) ye pade (yang sesuai) nga (terhadap) Dio la, sello ye layok (yang layak) denge (dengan) dio..blah mano (bagaimana cara) dio sello (bersila).. tak dok sapo dio (tiada siapa) buleh ghoyak (dapat menjelaskan), akhirok ( butiran perkataan tidak jelas ) pekatae (perkataan) dudok sello ko (atau) pekatae dok cacce (berdiri) ko pekatae dok blebbing (berbaring)ko..ini pekatae-pekatae ye mengikut keadae (keadaan) dio..ibarat ( butiran perkataan tidak jelas ) muko..kualo ada muko, ( butiran perkataan tidak jelas ) muko sughat (muka surat) muko hambo muko kuala muko gapo lagih (apa lagi)? heh? muko pitu (pintu) hoh muko pitu, muko pitu muko tanggo muko kualo muko sughak muko oghe (muka orang)..sebok-sebok yang disebut adalah) muko..tapi jangelah (janganlah) pulok kito pike (fikir) bilo (ketika disebut) muko gak maghi (terbayang) supo muko kito ni muko beto (betul)..ado hidung ado mato (mata) ado gigi tu muko kito, muko kualo? ado hidung? ado pipi? takdok..namo (dipanggil) muko jugok.. ( butiran perkataan tidak jelas )takdok nga air (tidak mengandungi air) takdok gapo pong (tiada apa pun), muko sughat (surat)? takdok hidung takdok gapo pong tapi namo muko jugok aa bgitu jugok la Allah Ta^ala ( ^ala za^mihi wa jahli ) kito dudok sello Allah Ta^ala dok sello jugok, tapi adokoh sghupo (sama seperti)kit..sello kito denge (dengan) sello tuhe? tok sghupo..tok sghupo (tak serupa).. tapi ( butiran perkataan tidak jelas ) lagu manoh (bagaimana)? lagu dio lah (cara dialah)..lagu mano lagu dio (bagaimana cara dia)? ( butiran perkataan tidak jelas ) aa tu bezo..pasal dok sello soh (dah pasti) dok sello, munggo (sebab) dia kato istawa..bgitu jugok pasa (mengenai) masaaloh muko sakni (tadi), muko kualo yo (memang) doh (betul-betul) muko, soh (memang pasti) la kuala ado muko, tapi lagu manoh? lagu kualo..jange la kito pike kualo ado gigi seronggeh (tersusun di hadapan) ado hidung ado gapo,itu.. itu muko kito..heh? " - tamat

sila tekan di sini

Berkata Hamid Derani :

" Mako ambo nok hurra (hurai)..betollah (memang betul) hok ayoh Loh kato, MUJASSIMAH YANG SESAK (sesat) SEPERTI BABI HARUS DIBUNUH SAPA PEGHIKAK (peringkat) TU, BETTO (betul)..tapi hurra (hurai) la hok sipak-sipak (sifat-sifat) dale kitak (kitab) hok ulamok cghito (gariskan), diantaro sipak (sifat) wahabi yang sesak (sesat) YANG BERIKTIQOD KEPADO MUJASSIMAH DAN MUSYABBIHAH DIO ADO 28 IKTIQOD DIO tetapi Ayoh Loh tidok sebok (sebut) secaro ditey (detail : terperinci) dik kakok sekeliye (sekalian), hok Ayoh Loh sebok (sebut) secaro diteynyo (detailnya) DAP dengan Pakatan Rakyat, apo keno-mengeno denge sipak (sifat) 20 denge demo (mereka) nih pulok oh? ha! Napok (nampak atau) dok?! 28 sipak (sifat) ni ambo sebok (sifat) rekah-rekahlah (ringkas-ringkas) sebak (sebab) nasik pong tok make lagi adik kakok sekaliye (sekalian), napok dok?! ye PERTAMO : IKTIQOD MUJASSIMAH YANG TAK DOK KHILAH (khilaf) DI KALANGE AHLUSSUNNAH WALJAMAAH KAFIR LAGI SESAT iaitu BERIKTIQOD TUHE (tuhan) BERKAKI TANGE (tangan), ADO TANGE ADO KAKI ADO IDUNG (hidung), PAKA (pakai) CICING (cincin) PAKA KAYU KOKKAK (kokak)..pehe? ha..! ye KEDUO : BERIKTIKOD ATAU PONG MENGATAKE TUHE BERTEPAK (bertempat) DI ATAH (atas) ARASY, RUMOH TUHE ATAH ARASY, TURUN NAIK BOMI (bumi) TIAK-TIAK (tiap-tiap) MALE LAILATULQADAR, PUAH (terasa jemu)..BALIK KE LANGIK (langit), BGHASO (teringin) NOK JUPPO (jumpa) DENGA HAMBO..TUGHUN (turun) KE BOWOH..NI HOK WAJIK HOK SESAK NIH..ha! duo..ye KETIGO PULOK : ho..HOK KATO MUJASSIMAH YE SESAK (sesat) TADI..TUHE MEMPUNYOI BEBERAPO TANGE, ADO ALIK (sebelah) BLAKE (belakang) ADO ALIK DEPE (depan)..SEBAK (sebab) TU MITOK (minta) KOK (dari arah) BLAKE (belakang) PONG DIO TAHU MITOK (minta) KOK (dari arah) DEPE (depan) PONG DIO TAHU..BETTO (memang betul) HOK (yang) NI MUJASSIMAH YE SESAK (sesat)..OGHE (orang) YE IKTIQOD TAJSING (tajsim : menjisimkan Allah) !! MAKNO (bermakna) MEMBETOKKE (membentukkan) TUHE (tuhan) ADO TUBUH BADE (badan)..tigo (tiga dan) pak (empat) doh ambo hura (hurai) doh adik kakok sekaliye (sekalian), NI HOK IKTIQOD MUJASSIMAH HOK BULEH KITO KATO (hukum) KAFIR..! wal 'iyazabillah (yang betul : wal 'iyazubillah)..mako tigo bendo hok besa (perkara besar) ni di antaro 28, ado ko (adakah) penoh (pernah) denga (dengar dari) ulamok PAS..TOK SOK (tak payah) SEBOK (sebut) TOK GURU NIK AZIZ LAH, adokoh (adakah) di kalange ulamok PAS buak (menulis walau) satu kitak (kitab), berceghamoh (berceramah), mengaja (mengajar) tuhe (tuhan) ado kaki, tuhe ado rumoh, dghumoh (rumah) dio atah (berada di atas) arasy, tughun (turun) naik kbomi (ke bumi),jaghi (jari)..rupo (rupa) dio sepeti (seperti) rupo nabi Adam, adokoh laghu tuh (begitu) adik kakok?! tok soh (jangankan) kato alik (di sebelah pihak) PAS, alik (pihak) UMNO pong tak dok (tak ada) hok kato (yang berkata) lagu tu (begitu) eh.."


APA PANDANGAN SAUDARA SAUDARI SIDANG PEMBACA SEKALIAN?
ADA TELINGA DENGAR,
ADA MATA LIHAT DAN BACA,
ADA HATI FAHAMI,
ADA AKAL BERFIKIR...
Disediakan Oleh :

15 comments:

  1. Apa yang mengelirukan umat Malaysia, Umno sendiri mengaku perjuang Islam, tapi masih tolak Islam, seperti undang-undang jenayah dalam Islam (hudud). Sebaliknya Umno terus berkeras dengan kebangsaan (perjuangan untuk bela Melayu). Malah berbangga dan mengagung-agungkan semangat perkauman yang sempit dengan melaungkan ‘hidup Melayu.’

    sudah berkali-kali TGNA mengajak Umno agar mengubah dasar sekular itu. Sudah berkali-kali TGNA sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga TGNA sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno?persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia.

    APA PANDANGAN SAUDARA SAUDARI SIDANG PEMBACA SEKALIAN?
    ADA TELINGA DENGAR,
    ADA MATA LIHAT DAN BACA,
    ADA HATI FAHAMI,
    ADA AKAL BERFIKIR...BAGAIMANA UMNO NAK MARTABATKAN ISLAM,NAK TEGUR @ UBAH PUTERI UMNO,BINI MENTERI DAN PM (SEJAK ERA DR.M SAMPAI ERA NAJIB) SUPAYA MENTAATI PERINTAH ALLAH(TUTUP AURAT) PUN TAK MAMPU,INIKAN PULA NAK LAKSANA SYARIAT ISLAM???KATA TGNA WAHHABI,UMNO ASWJ SEBAB TU BINI PM PUN TUDUNG TAK TAHU LETAK MANA..PEJUANG ISLAM KE NI??ADA OTAK SILA FIKIR2..

    ReplyDelete
  2. Serie world cuba lari daripada tajuk (ini memang taktik yang selalu digunakan oleh 'peguambela' nik aziz). tuan blog dedahkan penyelewengan akidah nik aziz (yang dianggap ulama besar oleh orang awam termasuk serie world)tapi serie world pergi bangkitkan yang umno tak laksana hudud dan sebagainya. serie world ni faham ke tidak apa yang ditulis oleh tuan blog ni? kalau umno tak betul dan sesat, tak pelik sangat sebab mereka tu bukan orang yang duduk dalam aliran agama. masalahnya orang yang konon dakwa dirinya tuan guru dan faham islam lebih dari orang lain tapi sayangnya akidahnya sendiri terlingkup! sibuk dia kata orang tak islamik dan sesat, diri sendiri sesat dia tak sedar. sudahlah serie world, orang seperti anda kalau tak mampu nak faham apa yang ditulis dalam blog ini, maka tak payah lah saudara masuk campur. duduk sahajalah diam-diam, setidak-tidaknya 'mungkin' orang menyangka kamu alim, tapi bila kamu 'bersuara', maka orang nampak kamu jahil!. apa lagi yang kamu nak belit lepas ini serie world!?

    ReplyDelete
  3. Wujudnya ulama yang menyokong kerajaan sekular yang beragama Islam bukanlah suatu yang pelik dan baru. Sejak aliran pemeritahan sekular di negara umat Islam pasca penjajahan barat ke atas negara Islam bertapak, golongan ulama penyokong inilah yang banyak membantu ke arah ketahanan dan penerusan aliran ini sehingga hari ini, walau pun wujud faktor-faktor lain yang mungkin lebih besar.(BOLEH DIKATAKAN SAMA SEPERTI SAUDARA DAN TUAN BLOG INI)

    Aliran perjuangan Islam yang syumul melihat faham nasionalisme adalah umpan penjajah yang dilepaskan ke seluruh dunia Islam untuk menjauhkan mereka daripada Islam yang bersifat sejagat dan juga untuk memecah-belahkan kesatuan umat Islam sedunia agar menjadi lumpuh dan kekal tewas selama-lamanya.Memerangi fahaman ini dengan menukarkannya dengan fahaman Islam yang menyeluruh, sejagat dan sederhana di sisi perjuangan Islam adalah kewajiban yang mesti dilaksanakan. Oleh kerana pemerintahan semasa umat mendukung dan membenih fahaman ini, maka wajar ditukar dengan pemerintahan Islam yang sebenar(BUKAN UMNO YANG SEKULAR LAGI JAHIL INI).

    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…”. (HR al-Baihaqi)

    ReplyDelete
  4. Tukarla jer lah nama saudara jadi "Serie BELIT World". saudara suka menulis panjang tapi sayangnya tak ada kena mengena dengan tajuk yang dibincangkan. saudara, kalau orang berfahaman sekular itu kafir, orang yang iktikad Allah macam makhluk pun kafir juga. saudara faham tak hal ini? untuk ringkaskan cerita, cuba saudara nyatakan pendirian saudara dalam hal ini:

    1. hukum orang yang menyerupakan Allah dengan makhluk?
    2. hukum orang yang menghina Allah dengan menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya?

    cukuplah dua soalan ini. kalau saudara dapat jawab, saya ada soalan lain nak tanya. jawab saudara jangan tak jawab! saya mahukan jawapan saudara, bukan PUTAR BELIT saudara. Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Serie world ni tak faham makna mujassimah kot dan dia juga tak faham wahabi rasanya.Ini perkara pokok dalam aqidah pun dia tak faham macamanalah nak cerita pasal Islam?

    Kalau perkara pokok pun dah tak faham tak payahlah cerita bab2 ranting bai..

    ReplyDelete
  6. JAWAPAN TERHADAP ISU ALLAH DUDUK DI ARASH DAN ISU SAMSENG...

    ALLAH DUDUK DI ARASH.. http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DFSlVB89pcwY%26feature%3Drelated&h=5cece

    MENCARUT...
    ...
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah/Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.

    2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.

    3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.

    4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.

    5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.

    ISU SAMSENG...
    contoh menunjukan betapa bodoh bangangnye org umno2 dan pemimpinya.....

    cthnya masalah ALLAH SAMSENG... yang satu dulu dibangkitkan oleh umno jahiliyah.... dalam kamus dewan makna samseng sangat luas maknanya ianya bukan sekadar makna perompak penyamun, pencuri, pengganas dan ianya juga termasuk dlm makna perkasa, yang kuat atau lain2. Manakala dalam kamus indonesia pula makna samseng dimaksudnya sebagai si jaguhan atau pendekar.

    oleh itu dalam menterjemahkan nama allah asmaul husna mestilah diterjemahkan dlm bahasa arab bukan nya bahsa melayu. kalau guna bahasa melayu utk terjemahkan bahasa arab mmg bangang.. sbb seblm ni.. org umno terjemahkan asmal husna mengunakan kaedah makna bahasa melayu....

    tau kenapa? ok ni sbbnya.. ilmu bahasa arab bukan skedar ilmu tatabahasa atau nahu tapi didalam bahsa arab ada ilmu balara, istiharah dan bayan.... dlm sastera arab dh menjelaskan kaedah menterjemahkan asmal husna ni... dlm keadah sastera arab telah membahagikan 3 bahagian dlm memahami nama sifat Allah iaitu:-

    1. Perkataan nama yang baik bagi tuhan dan tidak boleh dimilik oleh org lain cth ALLAH...MALIKULMUL (raja segala raja) hanya Allah saja yang boleh pakai.2. Perkataan nama yang boleh digunakan oleh Allah dan juga boleh digunakan kpd mahluknya seperti RAHIM, KARIM 3.Perkataan nama yang diberi pada Allah membawa maksud yang baik.. tetapi buruk bg mahluk mcm kita... cthnya perktaan mutakabur dalam asmaul husna.. yang membawa maksud takabur... baik pada Allah sbb dia saja yang layak utk takabur tetapi buruk pada kita... sifat utk membesarkan diri sendiri adalah kepenyauaan Allah bukan kita sbg mahluk. dan perkataan al Jabar yang membawa maksud yang menggunakan kekerasan.. dan diterjemahkan dlm kamus dewan iaitu samseng...... maka kalau al jabar ini digunakan pada Allah ianya membawa maksud yg baik tetapi bagi manusia ianya buruk ....

    so ada org2 umno mentafsirkan asmaul husna guna bahasa melayu.. mmg bodh.. jadi kalo gunakan bahasa melayu utk mentafsrikan amaul husna... mmg sesat lagi menyesatkan.

    .contoh lain : celakalah kedua2 belah tangan abu lahab... definasi celaka kamus kita salah satu kata2 makian atau keji... bila mereka tafsir ayat TGNA, mereka kata Allah mencarut dan memaki..

    kene tahu bahsa arab kalau nak berhujah ... tapi kalau bodoh bahasa arab tak apa.. ikutla pada org alim.. insyaAllah selamat dunia akhirat ..

    ini ilmu aku kutip dr tok guru hadi awAng..

    ReplyDelete
  7. Alahai kesian betul tengok Serie Belit World ni..membaca penerangan saudara di sini memang nampak saudara jahil (tapi sayangnya saudara tak sedar yang saudara jahil)! bukti kejahilan saudara nampak jelas apabila saudara kata:

    1."cthnya perktaan mutakabur dalam asmaul husna.. yang membawa maksud takabur... baik pada Allah sbb dia saja yang layak utk takabur tetapi buruk pada kita"

    2. saudara kata: "dan perkataan al Jabar yang membawa maksud yang menggunakan kekerasan.. dan diterjemahkan dlm kamus dewan iaitu samseng...... maka kalau al jabar ini digunakan pada Allah ianya membawa maksud yg baik tetapi bagi manusia ianya buruk ....".

    Ulasan:

    a. Kalau iikut kaedah saudara tak salah tafsirkan makna Al-Mutakabbir dengan makna Yang Takbur dan Al-Jabbar diertikan pula dengan makna Yang Samseng, kononnya takbur yang layak bagi Allah dan samseng itu kononnya samseng yang layak bagi Allah!Jahil tahap apakah ini?. tahu tak saudara bahawa kalimah Al-Mutakabbir itu bila disandarkan kepada Allah maka ia membawa makna lain, bukan lagi makna sombong, takbur dan sebagainya. Begitu juga kalimah Al-Jabbar bila disandarkan kepada Allah maka ia membawa makna yang berbeza bukan lagi makna samseng dan seumpamanya.

    Contoh mudah saya bagi: kalimah qadim boleh disandarkan kepada Allah dan juga boleh disandarkan kepada makhluk. qadim dalam bahasa arab maknanya buruk atau sesuatu yang dah lama. tetapi apabila disandarkan kepada Allah ia membawa maksud azali iaitu Allah itu tiada bagi-Nya permulaan. jadi tak boleh kita kata bahawa Allah qadim itu maknanya Allah bersifat buruk yang layak baginya, buruk bagi Allah itu elok, buruk bagi makhluk tak elok dan seumpamanya!! Samalah seperti sifat Al-Mutakabbir dan Al-Jabbar. Siapa yang terjemahkan sifat Al-Mutakabbir dengan makna yang Maha Sombong atau Yang Maha Takbur dan Al-Jabbar dengan makna yang Maha Samseng itu bererti dia telah sifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bagi-Nya. Dan orang yang sifatkan Allah dengan sifat yang tak layak bagi-Nya adalah kafir, waliyazubillah!

    Hujah saudara sampaikan adalah hujah lapok orang-orang yang taksub dan fanatik dengan nik aziz dan sekutunya hadi awang.hujah yang amat dangkal dan memalukan. ia menunjukkan kejahilan yang amat sangat daripada si penuturnya yang kononnnya didakwa sebagai tok guru dan diikut pula oleh pengikut yang jahil, yang tidak dapat bezakan antara ulama muktabar dan ulama yang jahat..innalillahhi wa inna ilaihi roji'un.

    ReplyDelete
  8. Di sini saya perturunkan tafsiran makna bagi kalimah Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir yang dipetik dari Majmu'ah Rasa'il Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna untuk Serie Belit World dan orang yang seangkatan dengannya.

    Berkata As-Syaikh Hasan Al-Banna tentang makna Al-Jabbar: " Yang berkuasa melaksanakan segala perintah-Nya - (m/s: 421)

    Tentang makna Al-Mutakabbir pula beliau berkata: "Yang maha agung daripada sifat-sifat makhluk yang unggul dengan sifat-sifat kebesarannya" (m/s: 421)

    Saya bawakan tafsiran As-Syaikh Hasan Al-Banna dalam masalah ini bagi menunukkan kepada orang-orang yang kononnya mendakwa mereka berada di atas landasan perjuangan yang sama dengan As-Syaikh Hasan Al-Banna bahawa Al-Banna yang menjadi ikutan mereka telah mentafsirkan makna Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir dengan makna yang layak bagi Allah, berbeza dengan apa yang nik aziz dan pengikut-pengikut fanatiknya (seperti Seire Belit World)tafsirkan.

    Tiada bagi nik aziz dan para pengikut fanatiknya (seperti Seire Belit World) hujah dalam masalah ini tetapi sombong dan takbur yang ada dalam diri menyebabkan mereka membutakan mata dan hati daripada melihat kebenaran yang dibentangkan di hadapan mereka. Inna lillahhi wa inna ilaihi roji'un!.

    ReplyDelete
  9. Inilah masalahnya bila tafsir ikut selera sendiri. Masih perdebatkan perkara remeh temeh
    macam takde kerja lain. Dalam hal ini tiada siapa yang salah dan betul.

    Yang salahnya membincangkan perkara didepan umum yang tahap pemikiranya pelbagai. Mereka yang tahap ilmunya macam TGNA mungkin boleh mentafsirkan mengikut tingkatnya. Bagi yang berilmu lebih lain pula tingkatnya. Manakala yang ilmu kurang sikit dari TGNA lain tingkatnya. Masalahnya kalau tahap pendengar itu rendah dari penuturnya mereka akan mengikut (akur) kepada penutur tanpa dakwadakwi sedangkan penafsiran mereka berlainan. Tapi apa pula bagi tingkat yang ilmunya tinggi?. Mereka akan mendiamkan diri kerana takut tersalah tafsir, maknanya kena hati-hati. Itu sebab orang berilmu tidak akan suka-suka hati memberi ilmu pada orang lain tanpa dipinta.

    Orang berilmu bertindak kearah kebaikan bukan keburukan, ke arah perpaduan bukan perpecahan, lebih banyak mendiamkan diri dari berkata-kata. Kerana mulut badan binasa dan kerana mulut jugalah banyak masuk neraka. Jadi lebih baik kita gunakan mulut untuk memuji-muji yang Maha Esa. Bagaimana kalau kanak2 atau remaja kurang matang mentafsirnya....

    ReplyDelete
  10. Siapa pulak blogger sayang semua ni? faham ke tidak apa yang diperbahaskan di sini?.tapi oleh kerana saudara/saudari dah masuk gelanggang maka saya kena perbetulkan kesilapan yang terdapat dalam tulisan saudara/ri iaitu kata-kata saudara/ri:

    "Inilah masalahnya bila tafsir ikut selera sendiri. Masih perdebatkan perkara remeh temeh
    macam takde kerja lain. Dalam hal ini tiada siapa yang salah dan betul".

    Ulasan:
    a. bincangkan perkara yang melibatkan akidah bukan perkara remeh temeh apatah lagi kalau meibatkan iman dan kufur.kalau hal yang melibatkan iman dan kufur dianggap remeh maka ia menunjukkan kejahilan si empunya diri. kalau isu akidah dianggap remeh, mengapa Imam Abu Hasan Al-Asy'ari berdebat dengan golongan muktazilah dan golongan sesat yang lain bagi menegakkan fahaman ahli sunnah? bahkan oleh kerana jasanya itulah maka beliau digelar 'imam ahlu sunnah'.

    b. kalau saudara/ri kata dalam masalah ini tiada siapa yang salah dan betul, itu menunjukkan saudara/ri belum memahami asas akidah ahli sunnah. bagaimana saudara/ri boleh menganggap orang yang sifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bagi-Nya adalah tidak salah? kitab mana yang sauadara/ri rujuk? kata-kata ulama muktabar mana yang saudara/ri jadikan panduan?
    maaf kalau saya kata, bahawa yang selalu keluar kenyataan macam sauadar/ri ini ialah ahli-ahli umno yang jahil dan juga para karkun tabligh yang menjauhkan diri daripada majlis ilmu. tapi ini tidak bermakna saya menganggap saudara/ri ahli tegar umno atau karkun tabligh. yang pastinya kenyataan seperti sauadara/ri keluarkan adalah salah dan tidak betul tak kira siapa saudara/ri.

    ada lagi kesilapan yang lain dalam tulisan sauadar/ri, tapi memadailah dulu yang ada sekarang.maaf jika ada yang ditulis ini menyinggung perasaan.

    ReplyDelete
  11. bukankah sudah dijelaskan oleh saudara serie world tadi wahai saudara al falah...ini semua berkaitan pemahaman BAHASA...apabila kita fahamkan isu ini menurut bahasa MELAYU semata-mata, maksudnya akan menjadi sedikit lari... kerana bahasa MELAYU ini masih ada cacat celanya... banyak perkataan di dalam bahasa2 lain yg bila diterjemahkan sebijik ke dalam bahasa MELAYU akan menjadi lain bunyinya, atau mungkin sedikit lari maksudnya...bahasa inggeris contohnya... inikan pula bahasa ARAB... ini hanya berkaitan konteks pemahaman kita dalam bahasa... apabila kita yg kurang menguasai bahasa arab sepenuhnya dan kemudian mentafsirkan bahasa arab menurut menurut pemahaman bahasa MELAYU, memang lain jadinya...lagi satu, saudara al falah perlu ingat, dialek kelantan ada maknaya tersendiri yg hanya mungkin boleh difahami oleh mereka yg betul2 memahami dialek kelantan itu sendiri terutamanya mengenai isu samseng tersebut...

    ReplyDelete
  12. perlu saudara ingat juga, Imam Hasan Al Bana bukanlah bangsa melayu dan tentu tidak sama sekali bertutur bahasa Melayu...dan tentu sekali bukan Imam Hasan Al Bana yg mentafsirkan maksud itu ke dalam bahasa Melayu...apa yg saya mahu cakap disini ialah soal pemahaman bahasa dan tafsiran itu sendiri...saya harap saudara dapat memahami maksud yg saya cuba sampaikan...

    ReplyDelete
  13. Seorang lagi pembela 'Serie Belit World' dan nik aziz masuk gelanggang..

    daripada tulisan saudari, nampak kejahilan saudari dalam memahami masalah nama-nama dan sifat Allah (maaf saya kena terus terang). saudari, nama Allah bukan boleh diterjemahkan ikut suka kita atau ikut kepala otak kita sendiri, sebaliknya terjemahan tersebut hendaklah dibuat mengikut apa yang ulama muktabar tafsirkan. kalau setiap orang tafsirkan atau terjemahkan nama Allah ikut selera sendiri, tidakkah ini mengundang kerosakan kepada agama? saya bawakan tafsiran Syaikh Hasan Al-Banna tentang makna Al-Mutakabbir dan Al-Jabbar sebagai satu contoh untuk membuktikan kepada Serie Belit World dan sekutunya bahawa Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir bukan maknanya samseng atau takbur seperti yang didakwa. Sebaliknya kalimah Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir apabila disandarkan kepada Allah maka ia membawa maksud yang tidak sama ketika disandarkan kepada makhluk. Sebagai contoh, An-Nur salah satu nama Allah. Bolehkah saudari terima tafsiran makna An-Nur seperti dibawah (sebagai contoh):

    a. Najib kata: "An-Nur tu maknanya yang bercahaya, tapi cahaya-Nya tak seperti cahaya kita ni".

    b. Abg Ajis pula kata: "An- Nur tu maknanya Yang Berkelip-Kelip, tapi kelipan-Nya tak sama macam kelipan kita".

    Bolehkah saudari terima tafsiran dua org manusia di atas terhadap makna An-Nur? Kalau ikut kaedah saudari (berdasarkan tulisan saudari di sini), ia tidak salah, tapi kalau ikut kaedah ahli sunnah, ia adalah tafsiran yang menyimpang kerana makna An-Nur apabila disandarkan kepada Allah ia membawa maksud Yang Memberi Petunjuk & Hidayah.

    Saudari juga kata:"lagi satu, saudara al falah perlu ingat, dialek kelantan ada maknaya tersendiri yg hanya mungkin boleh difahami oleh mereka yg betul2 memahami dialek kelantan itu sendiri terutamanya mengenai isu samseng tersebut..."

    Ulasan:

    a. kata-kata saudari ini tidak mengandungi hujah ilmiah langsung. dalam bentuk yang lain, saudari hendak mengatakan bahawa tidak salah kata samseng atau takbur kepada Allah dengan beralasan kami ni orang kelantan, orang bukan kelantan tak faham!, seolahnya saya tidak ada saudara mara dan sahabat handai dalam kalangan orang kelantan. Oklah saudari, setuju ke saya bagi nama pada saudari Cik Fariah Samseng? Mahukah Serie Belit World guna nama Mr Jiwo Kelate Samseng? Suruhlah Nik Aziz letak gelaran baru kat nama dia "Tok Guru Samseng" Nik Aziz! jangan marah saudari dan orang yang seangkatan dengan saudari, jika kepada Allah saudari redha kata samseng, takkan pada diri sendiri tak boleh, betul tak?

    saudari kata:"perlu saudara ingat juga, Imam Hasan Al Bana bukanlah bangsa melayu dan tentu tidak sama sekali bertutur bahasa Melayu...dan tentu sekali bukan Imam Hasan Al Bana yg mentafsirkan maksud itu ke dalam bahasa Melayu...apa yg saya mahu cakap disini ialah soal pemahaman bahasa dan tafsiran itu sendiri...saya harap saudara dapat memahami maksud yg saya cuba sampaikan..."

    Ulasan:

    a. Sebab itu saya bagi nama buku dan muka surat sekali supaya saudari boleh rujuk kitab tersebut dan lihat apa makna Al-jabbar dan al-mutakabbir seperti yang ditafsirkan oleh para ulama. kalau saudari memahami daripada tafsiran tersebut bahawa tidak salah untuk tafsirkan al-jabbar dengan makna samseng dan al-mutakabbir dengan makna yang takbur, maka nampaknya saudari mengalami masalah kekeliruan dan pemahaman bahasa yang kronik! Inna lillahhi wa inna ilaihi roji'un!.

    ReplyDelete
  14. Subhanallah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan…

    Ada kepincangan amat jelas lagi fitnah atas satu pendapat dalam anda serta dalam artikel ini dan sebelumnya…Isu Tuhan samseng, berkaitan dengan bidalan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan Nabi Muhammad saw, berkenaan “abe mat” etc sebagaimana fitnah media arus perdana…

    1. Penulis adakah boleh berbahasa Kelantan secara fasih? Jika ya, adakah penulis mendengar dari awal ceramahnya? Jika ya, adakah penulis selalu mengikuti ceramah Tuan Guru sejak Tuan Guru mula-mula berceramah? Jika tidak, maka, kamu telah menambahkan kebatilan ke atas kamu sendiri kerana kamu telah menisbatkan sesuatu yang beliau tidak maksudkan.

    2. Sebagai contoh mainan media selain isu tuhan samseng adalah isu maulud dan nabi.Tuan Guru memberi penjelasan, bahawa, jika antara dua tarikh, hari kelahiran Rasulullah dan Hari Rasulullah dilantik menjadi rasul, yang manakah yang perlu disambut, hari Nabi Muhammad menjadi rasul adalah yang lebih patut disambut. Kerana dengan kerasulannya, ummat diberkati. Itu permulaannya.

    3. Tuan Guru tidak sekali-kali merendahkan martabat Rasulullah, tetapi bidalan tersebut adalah untuk menunjukkan, tiada yang mengetahui bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasul. Baginda dilayan seperti manusia biasa (disayangi kerana keperibadin beliau). Beliau tidak dilayan sebagai Rasul selepas dilahirkan, sebaliknya dilayan sebagai seorang bernama Muhammad bin Abdullah, cucu pembesar Mekah, Abdul Mutalib, yang memiliki keperibadian yang mulia.

    4. Tuan Guru dikurniakan satu kelebihan iaitu beliau memahami rakyat dan kasih sayangnya kepada rakyat. Adakah penulis sedar, bahawa bukan semua manusia dilahirkan bijak untuk memahami ungkapan. Jadi, beliau cuba memahamkan penduduk yang berusia yang turut hadir ke kuliahnya dengan membuat perbandingan, dengan keadaan di Kelantan. Seorang lelaki bernama Muhammad akan dipanggil Mat. Itulah keadaan di Kelantan. Tiada yang tahu Muhammad ini akan dipanggil dengan gelaran Yang Dipertua, atau YB suatu hari nanti. Beliau dilayan berdasarkan tempatnya. Adakah Muhammad tadi akan dipanggil YB sewaktu beliau dilahirkan? Contoh yang lain, Aisyah digelar Humaira.. Adakah jika dia dilahirkan di Kelantan, akan digelar Humaira? Tentunya dia akan dipanggil Ecoh. Sama seperti bidalan posmen, untuk memahamkan pendengar. Sama seperti, baginda menisbatkan dirinya sebagai Abu Zar’in untuk memudahkan kefahaman Aisyah, bagaimana beliau melayan Aisyah ra seperti yang Aisyah ceritakan? Sekali lagi, janganlah terlalu rigid dalam berdakwah.

    5. Kembali kepada ulasan. Nabi Muhammad saw memang dilahirkan bukan dengan gelaran Nabi. Tetapi, beliau dilahirkan sebagai bakal Nabi/Rasul. Kerasulannya hanya selepas 4 dekad selepas itu. Rasulullah sebelum itu sendiri tidak mengetahui adakah beliau akan menjadi Rasul. Beliau dihormati sebelum kerasulan kerana akhlaknya (dan keistimewaannya pada ketika itu), namun, beliau belum menjadi Nabi. Beliau masih lagi, Muhammad bin Abdullah, suami kepada Khadijah. Adakah kemuliaannya tercabar dengan panggilan itu, sebelum kerasulan baginda?

    6. Sekali lagi, kembali kepada ulasan, hari manakah yang lebih perlu untuk disambut? Namun UMNO dan Ulama anjing UMNO akan mencari modal memfitnah pejuang Islam seperti TGNA

    7. Dengan Allah yang menguasai Arasy, jika kamu lebih memahami ucapan Tuan Guru, maka, kamulah yang benar dan aku yang salah, dan aku pohon kamu doakan aku boleh menurut jalan ang benar. Tapi, jika kamu kurang mengerti perkataannya, maka, aku panjatkan doa akan tulisanmu ini tidak menjeratkan ke arah fitnah yang lebih besar.

    ReplyDelete
  15. tolong tukar gambar background, mengganggu pembaca jer, guna plain background jer.

    ReplyDelete