Saturday, August 22, 2009

MEMPERMAINKAN AL-QURAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK



Al-Quran adalah kitab suci Umat Islam yang telah diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Shollallahu ’Alaihi Wasallam. Ia merupakan sumber pertama dalam pensyariatan Islam.


Keagungan Al-Quran tiada bandingannya sejak ia diturunkan sehinggalah ke hari kiamat. Susunan bahasanya cukup indah, mempesonakan, gaya bahasa yang tinggi, tiada sedikit kecacatan padanya di samping memberi iktibar dan pengajaran kepada Sang Labib (yang mempunyai mata hati). Kandungannya sahih lagi benar menjadi pegangan setiap orang Islam. Sebarang usaha buruk yang membawa kepada penyelewengan terhadap Al-Quran tidak boleh dimaafkan bahkan ia merupakan suatu pengkhianatan terhadap Agama Islam itu sendiri.


KETAHUILAH bahawa para ulama’ empat mazhab bersepakat MENGKAFIRKAN mereka yang mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Antara yang menulis akan pengtakfiran ini dan memkhususkannya di bawah BAB RIDDAH ialah sebagaimana berikut ;


HANAFI ;

  1. Ibn ’Abidin Al-Hanafi di dalam kitab Rad Al-Mukhtar ’Ala Addur Al-Mukhtar.
  2. Badr Ar-Rasyid seorang faqih bermazhab Hanafi yang hidup pada kurun ke 8H. Beliau menulis sebuah karya tentang lafaz kufur yang berjudul ; (رسالة في ألفاظِ الكُفر").


MALIKI :

  1. Al-Qadhi ’Iyadh seorang yang bermazhab Maliki, beliau telah meninggal pada kurun yang ke enam.
  2. Syeikh Muhammad ’Illaish Al-Maliki di dalam kitabnya Manhu Al-Jalil Syarah Mukhtashor Khalil.
  3. Al-Hatthob Al-Maliki di dalam kitabnya Mawahibul Jalil.


SYAFIE :

  1. Imam An-Nawawi di dalam Raudhah At-Tholibin ; Kitab Ar-Riddah.
  2. Ibn Muqry
  3. Imam As-Subki di dalam Thobaqot As-Syafi’eyyah.
  4. Ibn Hajar Al-Haitami As-Syafi’e di dalam Fath Al-Jawad Bi Syarah Al-Irsyad.
  5. Yusuf Al-Ardabily As-Syafi’e di dalam kitabnya ("الأنوار لأعمال الأبرار") mengira lafaz-lafaz yang membawa kepada kekufuran setengahnya dalam bahasa Arab dan yang lainnya dalam bahasa Parsi kerana pengikut Imam Syafi’e ramai tersebar (pada zamannya) di Parsi (pada zaman ini Parsi dikenali dengan Negara Iran, negara yang telah dikuasai oleh golongan Syiah..wal’iyazubillah min syarrihim, Ukzbakistan dan sekitarnya).


HANBALI :

  1. Imam Al-Buhuty, seorang ulama’ masyhur bermazhab Hanbali. Beliau menjelaskannya di dalam syarah Muntaha Irodaat; Bab Al-Murtad.
  2. Dan yang lain-lain.


KENAPA ULAMA’ MENGARANG KITAB MENJELASKAN LAFAZ-LAFAZ KUFUR?


وقال الحافظ الفقيهُ اللغوي الحنفي محمد مُرتضى الزبيدي في شرح الإحياء ما نصه: "وقد ألَّف فيها غير واحدٍ من الأئمةِ من المذاهب الأربعة رسائل وأكثروا في احكامهم" ا.هـ. كل من المذاهب الأربعة ألَّفَ بعض فقهائهم رسائلَ في بيان الكُفريات لأنه كان ظهر في عُصورهم كلماتٌ بين الناس هي كفرٌ، فأرادوا إنقاذ الناس من خطرها فألّفوا تلك الرسائل، وهذا من أفضل الأعمال لأنَّ في ذلك إنقاذًا لمن حصلت منه تلك الكلمات من الكفر إلى الإيمان وتحذيرًا لمن لم يقع فيها حتى لا يقعَ فيه.


Berkata Al-Hafidz Al-Faqih Al-Lughawi Al-Hanafi Muhammad Murtadho Az-Zabidi dalam Syarh Al-Ihya’ ’Ulumuddin sebagaimana teksnya : ” Sesungguhnya ulama’ di kalangan para ulama’ empat mazhab telah mengarang risalah-risalah padanya (membicarakan lafaz-lafaz kufriyyah), majoriti mereka menjelaskan hukum- hakam tentangnya”. Intaha..


Sesetengah fuqaha’ dalam setiap mazhab yang empat mengarang risalah-risalah dalam memperjelaskan lafaz-lafaz kufur ini semata-mata kerana timbul pada zaman mereka kalimah-kalimah kufur (yang menjadi pertuturan orang ramai). (oleh kerana) mereka ingin menyelamatkan orang ramai daripada bahayanya (lafaz kufur) lalu mereka mengarang kitab-kitab tersebut. Ini adalah amalan yang paling mulia dan afdhol kerana usaha mereka itu boleh menyelamatkan mereka yang terjerumus ke dalam lembah kekufuran supaya kembali beriman kepada Allah di samping memberi awasan kepada yang belum tersungkur di dalamnya supaya menjauhinya (di dalam kehidupan mereka).


KAEDAH KUFUR YANG DISEPAKATI ULAMA’ :


[والقاعدة] أنَّ كلَّ عَقدٍ أو فعل أو قول يدل على استخفافٍ بالله أو كتبِه أو رُسُله أو ملائكته أو شعائره أو معالمَ دينه أو أحكامه أو وعدِهِ أو وعيدِه كفرٌ، فليَحذر الإنسانُ من ذلك جهدهُ [على أي حال].


[Kaedah] Sesungguhnya setiap akidah (keyakinan), perbuatan atau ucapan yang menunjukkan penghinaan terhadap Allah, kitab-kitab-Nya (Kitab-kitab samawiyah), para rasul-Nya, para malaikat-Nya, syiar-syiar-Nya, ajaran-ajaran agama-Nya, hukum-hakam-Nya, janji-Nya atau ancaman-Nya adalah kekufuran. Maka setiap orang hendaklah menjauhkan dirinya dengan segala upayanya dari semua perkara ini dalam apa keadaan sekalipun.


CONTOH LAFAZ-LAFAZ KUFUR YANG MENUNJUKKAN SIKAP MEMPERMAINKAN AYAT-AYAT AL-QURAN.


Ibarat ini dipetik daripada kata-kata Imam Al-Badr Ar-Rasyid di dalam risalahnya pada membicarakan tentang lafaz-lafaz kufur (KUFUR YANG DISEBABKAN OLEH PERKATAAN) pada fasal ( Al-Quran dan Al-Solat ).


Antaranya :

  • ”Dia berkata setelah menuangkan air ke dalam gelas ﴿وَكَأسًا دِهَاقاً﴾ [surah an-Naba’:34]
  • atau berkata setelah mengosongkan bekas minuman ﴿فَكَانَتْ سَرَابًا﴾ [surah an-Naba’:20]
  • atau pada ketika mengukur dan menimbang dia berkata ﴿وَإِذَا كَالُوْهُمْ أَوْ وَزَنُوْهُمْ يَخْسِرُوْنَ﴾ [surah al-Muthaffifin:3],
  • atau ketika melihat suatu kumpulan dia berkata ﴿وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا﴾ [surah al-Kahf:47] dengan tujuan memperlekeh-lekehkan semua ayat-ayat tersebut, begitu juga menggunakan [ayat-ayat] al-Quran dengan tujuan sedemikian dalam setiap keadaan hukumnya kafir.

يقول الشيخُ أحمدُ بن حجر الهَيتمي: إيرادُ الآيات في هذه المواضع لو لم تكن على وجه الاستخفاف لا يبعُد أن نحكم عليه بالحرمة لأنَّهُ إساءةُ أدبٍ مع القرءان، فإن كان على وجه الاستخفاف فهو كُفرٌ.


Adapun apabila bukan dengan tujuan itu maka tidak menjadi kafir, akan tetapi As-Syeikh Ibn Hajar Al-Haitamy As-Syafi’e berkata: "Tidak jauh [kemungkinan besar] dari dihukumkan sebagai perkara haram". Ini adalah kerana bersikap buruk adab (BIADAB) terhadap Al-Quran. Manakala sekiranya dilakukan dalam bentuk menghina atau memperlekehkan-lekehkan (Al-Quran) hukumnya KAFIR[1] Intaha.


PENCERAMAH-PENCERAMAH PAS SECARA KHUSUSNYA MEMPERMAINKAN AYAT-AYAT AL-QURAN


Pernahkah anda menghadiri ceramah yang diadakan oleh PAS? Siapakah yang kebiasaannya muncul di khalayak ramai memberi ceramah? Pernahkah terfikir di benak fikiran kita sesetengah penceramah yang diundang ke beberapa majlis ceramah adalah bukan berlatar-belakangkan pelajaran agama? Ada yang berkelulusan agama tetapi sumber pengajiannya belum tentu mengikut prinsip dan sillibus ilmu yang dirintis oleh ulama’-ulama’ muktabar dahulu bahkan ada yang tidak pernah kenal erti talaqqi kitab, ilmu diceduk dari akhbar-akhbar, internet, majalah-majalah, kemudian dijadikan modal perbualan di dalam ceramah supaya menjadi hiburan dan gelak ketawa serta tarikan orang ramai.


Sikap pengajian yang tidak berteraskan sillibus ulama’ muktabar ini amat berbahaya terutamanya ada di kalangan mereka yang sanggup menggunakan ayat-ayat Allah sesuka hati untuk digunakan sebagai hujah di dalam ceramah-ceramah mereka dalam menentang pihak lawan. Hasilnya, huraian dan syarahan kepada ayat dan hadis tersebut diselewengkan maknanya supaya mengikut kepentingan peribadi dan mengangkat bakul sendiri.


Terdapat beberapa penceramah yang penulis kenali di dapati banyak menggunakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis bukan pada tempatnya, mentafsirkan Al-Quran berdasarkan kepala otak sendiri, mencari ayat yang berbau politik dan dihuraikan mengikut citarasa sendiri supaya ianya boleh memancing undi beberapa penduduk Masyarakat Islam untuk kepentingan politik mereka. Antara mereka yang penulis dengar sendiri ialah MAT SABU dan beberapa kuncu-kuncunya.

Antara yang penulis kenalpasti menjadi runting dan bahan ceramah oleh beberapa penceramah yang tidak bertanggungawab ini ialah menggunakan firman Allah Ta’ala ;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Yang Bermaksud ;


“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”


Apa yang amat mengejutkan ialah ayat Al-Quran ini seringkali diulang-ulang oleh mereka di dalam ceramah-ceramah, dijadikan bahan gelak ketawa orang ramai, sehingga ada yang bersorakan dan berteriakan kerana kagum dengan kebolehan sesetengah penceramah yang mahir mengubah ayat tersebut, apa yang lebih menyedihkan lagi perkataan mereka ini ditiru-tiru oleh orang awam untuk dijadikan modal berbual di warung-warung dan kedai-kedai kopi tempatan.


Sekadar iktibar umum, cuba lihat bagaimana penceramah-penceramah PAS mentafsirkan ayat ini ;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً


Di dalam ayat ini terdapat dua perkatan yang telah diubah secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai iaitu perkataan;


1. Perkataan Aamanu (آمَنُواْ) di dalam Al-Quran diganti dengan perkataan UMNO

2, Manakala perkataan Kaffah (كَآفَّةً) pula digantikan dengan perkataan PAS.


Selepas pengubahan kalimah-kalimah tersebut maka jadilah makna ayat Al-Quran itu pada sisi mereka ;


”wahai orang-orang UMNO, masuklah kamu keseluruhannya dalam PAS.”


LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH..Inilah bahayanya jika hati tidak takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala, taasub dan fanatik sudah menjadi darah dan daging, tidak melihat kesalahan diri sendiri, demi mengejar kepentingan diri sendiri agama dipermainkan sesuka hati, ayat Al-Quran diputarbelitkan dan disalaherti, Islam yang murni lagi suci diperalatkan atas nama perjuangan parti, ketahuilah mahkamah Allah sedang menanti..


MENGUBAH AYAT AL-QURAN ADALAH KEKUFURAN ;


Hukum ini petik daripada karangan Imam Nawawi rahimahullah


الكتاب : التبيان في آداب حملة القرآن

تأليف الامام أبي زكريا بن شرف النووي رحمه الله تعالى المتوفى سنة 676 هـ

العنوان : [ فصل ] أجمع المسلمون على وجوب تعظيم القرآن العزيز


Tajuk :


[Fasal] Orang Islam Bersepakat Wajib Mengagungkan Al-Quran Yang Mulia.


حكم تعظيمه


Hukum Memuliakannya -Al-Quran- (Mengikut Kaca Mata Imam Nawawi)


[ فصل ] أجمع المسلمون على وجوب تعظيم القرآن العزيز على الإطلاق وتنزيهه وصيانته وأجمعوا على أن من جحد منه حرفا مما أجمع عليه أو زاد حرفا لم يقرأ به أحد وهو عالم بذلك فهو كافر


“ Umat Islam telah bersepakat bahawa wajib seseorang itu mengagungkan Al-Quran yang mulia secara mutlak, menyucikannya, memeliharanya, mereka juga bersepakat bahawa barangsiapa yang mengingkari satu huruf ( di dalam Al-Quran) yang sudah disepakati padanya (oleh para ulama’) atau menambahkannya satu huruf yang tidak pernah dibaca pun sebelum ini manakala dia pula mengetahui perkara yang sedemikian itu HUKUMNYA ; KAFIR.”


قال الإمام الحافظ أبو الفضل القاضي عياض رحمه الله اعلم أن من استخف بالقرآن أو المصحف أو بشئ منه أو سبهما أو جحد حرفا منه أو كذب بشئ مما صرح به فيه من حكم أو خبر أو أثبت ما نفاه أو نفى ما أثبته وهو عالم بذلك أو يشك في شئ من ذلك فهو كافر بإجماع المسلمين


Berkata Al-Hafidz Abu Al-Fadhl Al-Qhadhi ‘Iyadh -semoga Allah merahmatinya- bahawa barangsiapa yang memperlekeh-lekehkan Al-Quran, atau mashaf, atau mencelanya, ataupun mengingkari satu huruf daripadanya, atau mendustai sesuatu yang telah jelas hukum padanya, atau (mendustakan) perkhabarannya, atau mengisbatkan apa yang telah dinafikannya, atau sebaliknya (menafikan apa yang telah diisbatkannya) manakala dia mengetahui perkara yang sedemikian itu HUKUMNYA ; KAFIR DENGAN IJMA’ UMAT ISLAM.


وكذلك إذا جحد التوراة والإنجيل أو كتب الله المنزلة أو كفر بها أو سبها أو استخف بها فهو كافر


Begitu juga sekiranya seseorang itu mengingkari turunnya kitab Taurat, Injil (yang belum diubah) dan Kitab-kitab yang diturunkan Allah, atau kufur padanya (ingkar), atau mencacinya, atau menghinanya maka HUKUMNYA ; KAFIR.


تنبيه وقد أجمع المسلمون على أن القرآن المتلو في الأقطار المكتوب في الصحف الذي بأيدي المسلمين مما جمعه الدفتان من أول الحمد لله رب العالمين إلى آخر قل أعوذ برب الناس كلام الله ووحيه المنزل على نبيه محمد صلى الله عليه وسلم : وأن جميع ما فيه حق وأن من نقص منه حرفا قاصدا لذلك أو بدله بحرف آخر مكانه أو زاد فيه حرفا مما لم يشتمل عليه المصحف الذي وقع فيه الإجماع وأجمع على أنه ليس بقرآن عامدا لكل هذا فهو كافر


PERHATIAN PENTING ;


Umat Islam telah bersepakat Al-Quran yang dibaca di beberapa buah tempat (Negara) yang tertulis pada mashaf-mashaf yang terdapat pada Umat Islam (hari ini), yang terdiri daripada 2 lembaran (utama) bermula dengan (الحمد لله رب العالمين) sehinggalah ke akhirnya (قل أعوذ برب الناس) adalah Kalamullah, dan wahyu-Nya diturunkan ke atas Nabi-Nya Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam ; mempercayai segala kandungannya (wahyu) adalah benar. Barangsiapa yang mengurangkan satu huruf daripadanya dengan sengaja atau mengubahnya dengan huruf lain sebagai ganti tempatnya, atau menambah satu huruf lain yang tidak merangkumi apa yang telah disepakati (para Ulama’) dan juga ijma’ mengatakan ianya bukan daripada Al-Quran secara sengaja maka HUKUMNYA ; KAFIR


حكم تفسيره


Hukum Mentafsirkan Ayat Al-Quran (Mengikut Kaca Mata Imam Nawawi );


[ فصل ] ويحرم تفسيره بغير علم والكلام في معانيه لمن ليس من أهلها والأحاديث في ذلك كثيرة والإجماع منعقد عليه


Fasal; Haram mentafsirkannya (Al-Quran ) tanpa ilmu pengetahuan (hurai guna kepala otak sendiri) begitu juga (haram) membicarakan akan maknanya bagi mereka yang yang bukan ahlinya. Hujah daripada hadis akan (pengharaman) tersebut adalah banyak sekali bahkan ijma’ pernah juga termeterai padanya ( Pengharaman Mentafsirkan Al-Quran Tanpa Pengetahuan).


وأما تفسيره للعلماء فجائز حسن والإجماع منعقد عليه فمن كان أهلا للتفسير جامعا للأدوات حتى التي يعرف بها معناه وغلب على ظنه المراد فسره إن كان مما يدرك بالاجتهاد كالمعاني والأحكام الجلية والخفية والعموم والخصوص والإعراب وغير ذلك وإن كان مما لا يدرك بالاجتهاد كالأمور التي طريقها النقل وتفسير الألفاظ اللغوية فلا يجوز الكلام فيه إلا بنقل صحيح من جهة المعتمدين من أهله وأما من كان ليس من أهله لكونه غير جامع لأدواته فحرام عليه التفسير لكن له أن ينقل التفسير عن المعتمدين من أهله



Adapun mentafsirkannya (Al-Quran) mengikut acuan ulama’ HUKUMNYA ; HARUS LAGI ELOK DAN ADA IJMA’ TERMETERAI AKAN KEHARUSANNYA. Barangsiapa yang mempunyai keahlian dalam ilmu Tafsir (Al-Quran), lengkap segala alat-alat sehingga mampu mengetahui makna-makna Al-Quran, mampu mengeluarkan hukum-hakam yang Jali (tersurat) dan Khafi (tersirat), menguasai ilmu Am dan Khas ( salah satu bab penting dalam usul fiqh), dan mahir dalam I’rab ( ilmu yang berkaitan dengan Tatabahasa Arab), dan sebagainya (daripada syarat-syarat ijtihad). Tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat diketahui dengan ijtihad (mujtahid) seperti ilmu yang cara mengetahuinya dengan cara nukilan dan dengan cara pentafsiran lafaz-lafaz yang berkaitan dengan Bahasa Arab maka TIDAK HARUS membicarakannya melainkan dengan kaedah nukilan yang sahih oleh orang yang ahli dan boleh dipercayai. Akan tetapi bagi yang bukan ahlinya disebabkan tidak melengkapi segala alat-alat keperluan maka HARAM HUKUMNYA mentafsirkannya (Al-Quran) tetapi boleh menukilkan pentafsiran daripada ahlinya yang dipercayai.


ثم المفسرون برأيهم من غير دليل صحيح أقسام :


Kemudian pentafsir-pentafsir yang menggunakan pendapat sendiri (syok dengan pandangan sendiri) tanpa ada dalil yang sohih terbahagi pula kepada beberapa bahagian :


* 1 – منهم من يحتج بأنه على تصحيح مذهبه وتقوية خاطره مع أنه لا يغلب على ظنه أن ذلك هو المراد بالآية وإنما يقصد الظهور على خصمه


Sesetengah mereka ada yang menggunakan (Ayat Al-Quran) untuk memenangkan mazhabnya (aliran dan kelompoknya), menguatkan lintasan hatinya padahal dia sendiri tiada yakin bahawa itulah makna sebenar ayat tersebut, tetapi sengaja dilakukan kerana ingin menzahirkan permusuhannya.


* 2 - ومنهم من يقصد الدعاء إلى خير ويحتج بآية من غير أن تظهر له دلالة لما قاله


Ada di kalangan mereka yang bertujuan menyeru kepada perkara kebaikan lalu berhujah dengan mana-mana ayat tanpa menzahirkan apa-apa tanda yang menunjukkan itu adalah pendapatnya.


* 3 - ومنهم من يفسر ألفاظه العربية من غير وقوف على معانيها عند أهلها وهي مما لا يؤخذ إلا بالسماع من أهل العربية وأهل التفسير كبيان معنى اللفظ وإعرابها وما فيها من الحذف والاختصار والإضمار والحقيقة والمجاز والعموم والخصوص والتقديم والتأخير والإجمال والبيان وغير ذلك مما هو خلاف الظاهر ولا يكفي مع ذلك معرفة العربية وحدها بل لا بد معها من معرفة ما قاله أهل التفسير فيها فقد يكونون مجتمعين على ترك الظاهر أو على إرادة الخصوص أو الإضمار وغير ذلك مما هو خلاف الظاهر وكما إذا كان اللفظ مشتركا في معان فعلم في موضع أن المراد أحد المعاني ثم فسر كل ما جاء به فهذا كله تفسير بالرأي وهو حرام والله أعلم


(Manakala yang terakhirnya) terdapat juga yang mentafsirkan lafaz-lafaz Bahasa Arab (Al-Quran) tanpa bertanyakan maknanya (yang sebenar) daripada ahlinya, padahal (maknanya) itu tidak sekali-kali boleh difahami melainkan dengan Sama’ (bertalaqqi) daripada ahli ulama’ Arab, dan daripada Ahli Tafsir seperti menperjelaskan makna lafaz (Bahasa Arab) dan I’rabnya,(di samping ilmu cabangannya) seperti Al-Hazaf (Buang), Al-Ikhtishor (Ringkasan), Al-Idhmar (kata ganti nama yang tersembunyi), Al-Haqiqah dan Al-Majaz (ilmu yang berkaitan dengan Ilmu Bayan yang merupakan cabangan Ilmu Balaghah), Al-‘Umum dan Al-Khusus (di dalam ilmu usul Fiqh), At-Taqdim (mendahulukan) dan At-Ta’khir (mengakhirkan), Al-Ijmal dan Al-Bayan (di dalam ilmu usul Fiqh) dan sebagainya.


Walaupun begitu, tidak memadai bagi seseorang itu (mentafsirkan Al-Quran) dengan hanya mengetahui Bahasa Arab sahaja bahkan mestilah mengetahui di sampingnya pendapat ulama’ ahli Tafsir yang berkaitan dengannya. Adakah mereka bersepakat meninggalkan makna zahir atau mereka inginkan makna yang tertentu (mentakwilkan), tau bersepakat pada menggunakan dhamir (kata ganti nama tertentu) dan sebagainya sebagaimana bercanggah dengan zahir lafaz. Begitu juga sekiranya satu lafaz itu berkongsi banyak makna (biasanya perkara ini terdapat dalam ilmu usul Fiqh),apabila dia mengetahui salah satu maknanya digunakan pada suatu keadaan lalu di tafsirkan pada semua keadaan ; ini semua adalah pentafsiran menggunakan pendapat sendiri, HUKUMNYA ; HARAM.Wallahu ‘a’lam. Intaha kalam Imam Nawawi.


NASIHAT :


Saya menasihati diri sendiri, saudara pembaca, penceramah-penceramah PAS, UMNO, atau PKR menjaga agama Islam tercinta, mencari jalan dan titik noktahnya. Jangan gadaikan agama Islam tercinta demi untuk kepentingan diri sendiri. Sedangkan pihak musuh Cina Kuffar secara khususnya bergelak ketawa melihat kehancuran pada Umat Islam pada hari ini.


Ingatlah firman Allah Ta’ala ;


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ


Yang bermaksud :


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”


Fikir-fikirkanlah…


www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com



[1]. Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami di dalam Al-I’lam Bi Qawathi’ Al-Islam.

Sunday, August 16, 2009

HINA

Seronoknya China Kafir mempermainkan Melayu hari ini,

Seronoknya melaga-lagakan Melayu sejak dari dulu lagi,

Seronoknya tak tergambar melihat Melayu berkelahi,

Seronoknya lagi bila ekonomi Melayu terus terabai.


Melayu PAS mengkafirkan Melayu UMNO terang-terangan,

Melayu UMNO menikam Melayu PAS tak berkesudahan,

Melayu PKR pula baling batu sembunyi tangan,

China Kafir DAP dan MCA terus menghangatkan keadaan.

Bodohnya mentaliti seorang yang bergelar Mursyidul Am PAS,

Bodoh lagi pengikut taksub yang jahil berlapis-lapis,

Bodohnya tak sedar kepentingan Melayu Muslim semakin terhakis,

Kerana kebodohan sesetengah Melayu yang tak habis-habis.


Agama Islam dihina tiada masalah,

Tak pelik bagi Nik Abdul Aziz si bedebah,

Lagikan Allah disifatkan ikut nafsu serakah,

Kononnya bercakap guna balaghah.


Katanya DAP hina Islam kerana bukan Islam,

Orang Islam yang tolak Islam lebih menghina Islam,

Dangkal bila ianya dilafaz orang yang kononnya pendokong Islam,

Sepatutnya marahkan si Kafir bukan hina si Muslim.


Perbuatan ini sebenarnya lebih hina dari si Kafir,

Islam bukan agama PAS untuk bertolak ansur,

Kerajaan Islam dulu memerangi negara Kafir,

Hanya disebabkan seorang Muslimah dihina seorang Kuffar.


Kononnya satu cara untuk berdakwah,

Islah dulu mereka yang seaqidah,

Si Kafir DAP belum tentu lagi dapat hidayah,

Betulkan dulu aqidah Nik Abdul Aziz yang jelas salah.


Dimaafkan sekiranya dia bukan Islam atau jahil,

Walau apapun kamu berhujah berdalil,

Alasan yang diguna langsung tak diterima akal,

Lebih-lebih lagi dalam perhitungan Allah dan Rasul,


China Kafir makin hari makin naik lemak,

Tak bimbang kerana ada Melayu bodoh yang kononnya baik,

Kalau dengan China kafir halal je berpeluk,

Tapi dengan sesama Melayu haram bagai nak rak.


Kalau dulu kafir bagi mereka yang bersekongkol dengan orang kafir,

Nah sekarang tidak lagi bila sendiri berlumut dengan si kafir,

Dari mana hukum entah mereka tafsir,

Entah Ibn Baz tak pun Syed Qutb dari Mesir.


Kalau kamu tak suka aku kutuk Tok Guru kamu,

Aku terlebih lagi benci mereka yang hina agamaku,

Teramat benci mereka yang mempertahankan si Kafir seteru,

Orang yang redha dengan kufur maka kafirlah dia..wahai saudaraku.


www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com

DAP MENGHINA ISLAM; PATUT DISOKONG ATAU DITENTANG?& APA PERANAN ANDA?



AGAMA ISLAM merupakan agama yang paling benar disisi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran ;

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Yang bermaksud :

”Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi”.

Ayat tadi menjelaskan kepada kita bahawa barangsiapa mencari agama lain selain daripada Agama Islam untuk dijadikan anutan, ketahuilah bahawa Allah Taa’la tidak akan sekali-kali menerimanya kerana agama yang sebenar dan sahih disisi-Nya hanyalah Islam. Ayat ini bukan bermakna menganut ajaran selain Islam bukan dinamakan “ad-deen” (agama), bahkan dinamakan “Deen Al-Yahud” (agama Yahudi), ”Deen Al-Majus” (agama Maujusi) tetapi agama-agama sebegini adalah agama yang batil.

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah merakamkan sabdaan Rasulullah di dalam firman-NYa :

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

Yang mafhumnya ;

“Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".

Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama’ bahawa ; ” aku akan sentiasa berada dalam agamaku sebagai agama yang benar dan kamu bagimu agama–mu yang bathil yang wajib engkau tinggalkan”.

Allah juga merakamkan di dalam firmanNya :

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلاَمُ

Yang Bermaksud ;

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam”.

Menerusi ayat ini Allah Subhanahu Wata’ala memberitahu kita bahawa agama yang sahih yang diredhai Allah Ta’ala untuk anutan hamba-Nya di kalangan manusia, jin dan para malaikat ialah Agama Islam. Agama selainnya adalah bathil. Islam agalah sebuah agama yang murni yang pernah dianuti oleh datuk sekalian manusia Adam ‘Alaihi Salam. Baginda tidak pernah menganuti agama selainnya melainkan Islam. Ketika itu tidak pernah berlaku kekufuran di atas muka bumi ini melainkan selepas kekhalifahan Nabi Adam ’Alaihi Salam. Allah Ta’ala berfirman ;

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً

Yang bermaksud ;

“Manusia itu adalah umat yang satu.”

Ayat ini menjadi dalil bahawa manusia pada ketika itu kesemuanya beragama Islam. Kemudian setelah itu berlaku perselisihan di kalangan manusia sehinggakan mereka berpecah-belah ; ada yang masih kekal dalam Islam dan ada yang telah melakukan kekufuran terhadap Allah Ta’ala. Apabila berlakunya perselisihan tersebut, lalu Allah mengutuskan kepada mereka para anbiya’ supaya mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang memeluk Agama Islam bahawa mereka telah sediakan syurga dan memberi amaran kepada orang yang melakukan kekufuran bahawa telah disediakan neraka untuk mengazab mereka di akhirat kelak.

Menurut Ibn ’Abbas firman Allah ;

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً

Kesemua menusia berada dalam Agama Islam. Kemudian berlaku perselisihan di kalangan mereka lalu diutuskan para anbiya’ kepada mereka sebagaimana firman Allah Ta’ala ;

فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ

Yang bermaksud :

” (Setelah timbul perselisihan) maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan”. Intaha.


AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA KESELURUHAN PARA NABI

Para anbiya’ kesemuanya beragama Islam. Bermulanya dari Nabi Adam ’alihis Salam sampailah kepada penghulu kita Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam. Mereka kesemuanya menyembah Allah Ta’ala dan tidak pernah melakukan kesyirikan kepadaNya walaupun setitik tinta.

Umat manusia yang hidup pada zaman Nabi Musa Alaihis Salam, beriman kepada Allah Ta’ala, membenarkan akan kerasulannya, maka mereka adalah ”Muslimun Musawiyyun” ( umat islam yang menjadi pengikut kepada Nabi Musa), begitu juga umat manusia yang hidup pada masa Nabi ’Isa Alaihis Salam, beriman kepada Allah Ta’ala, membenarkan akan kerasulannya, maka mereka adalah ”Muslimun ’Isawiyyun”. Oleh itu sahih juga untuk mengatakan bagi mereka yang menjadi pengikut Nabi Muhammad Shollallahu ’alaihi wasallam ”Muslimun Muhammadiyyun”. Ini adalalah kerana mereka mentauhidkan Allah Ta’ala, membenarkan para anbiya’-Nya, beriman dengan kewujudan para malaikat yang mulia, beriman dengan kutub samawiyyah, beriman dengan hari akhirat yang menjadi hari pembalasan kepada hambanya yang Mukmin dengan menikmati syurga Allah juga beriman adanya balasan buruk bagi mereka yang kafir dengan merasai keazaban neraka Allah, mempercayai syurga dan neraka Allah boleh dirasai dengan pancaindera, mempercayai bahawa tiada yang menciptakan jisim-jisim, pergerakan dan diam melainkan Allah Ta’ala sahaja.

Setiap nabi diutuskan dengan perkara ini (ketauhidan), tiada yang berselisih dan bercanggah dalam perkara ini. Tetapi dalam urusan yang berkaitan dengan pensyariatan ahkam (hukum-hakam) yang diturunkan Allah Ta’ala ada sememangnya berbeza. Allah Ta’ala memfardhukan kepada kepada para anbiya’ daripada kalangan Bani Israel dan ummatnya sebanyak 2 waktu sembahyang, sesetengahnya diperintahkan sebanyak 50 waktu sembahyang, manakala syariat kita syariat Muhammadiyah (alhamdulillah) 5 waktu sehari semalam. Ada sesetengah pensyariatan membenarkah perkahwinan adik-beradik ; lelaki dan perempuan yang berlainan kandungan dan begitulah seterusnya. Umat yang menjadi pengikut nabi tersebut wajib mengikuti perintah dan syari’at yang diturunkan Allah kepada mereka. Allah Ta’ala mengubah pensyariatan-Nya yang berkaitan hukum-hakam berbeza di antara nabi ini dengan nabi yang selepasnya kerana Allah Ta’ala Maha Mengetahui kemaslahatan dan kebaikan untuk hamba-Nya. Kemaslahatan itu pula berbeza-beza mengikut peredaran masa dan situasi.

Inilah dia keindahan dan kehebatan Agama Islam.

TETAPI....................


Baru-baru ini timbul isu politik yang hangat di tanahair kita; DAP MENGHINA AGAMA ISLAM. Perkara ini menjadi isu yang amat sensitif terutamanya kepada Masyarakat Islam di Malaysia.

Asalnya dari pertubuhan komunis jahannam (bintang 3) sehinggalah terbentuk beberapa pertubuhan yang rasmi seperti DAP dan MCA. Mereka cuba berbaik-baik dengan masyarakat Islam melalui saluran politik tanahair ; PAS (KELAB PENYOKONG PAS) DAN PKR (DAP) DAN UMNO ( MCA ).

Adalah menjadi perkara yang sudah maklum bahawa pertubuhan Cina yang bertapak di tanahair kita ini samada yang bergelar DAP ATAU MCA keduanya adalah suatu pakatan kaum Cina yang memperjuangkan hak-hak orang Cina, membangunkan ekonomi Cina, menaiktarafkan kehidupan orang Cina, di samping mempunyai motif buruk memperkembangkan agama bathil (Buddha dan Kristian) mereka kepada Umat Islam Melayu. Tidak keterlaluan untuk penulis mengatakan mereka tidak mempunyai motif untuk membangunkan Malaysia di bawah pimpinan Umno atau PKR apatah lagi bawah pimpinan PAS. Membangunkan Malaysia sebagai Negara Melayu Islam adalah mustahil bagi golongan Cina ini apatah untuk mendaulatkan Agama Islam dan melaksanakan hudud di tanahair ini kerana mereka bukan beragama Islam.

Kepesatan ekonomi di Malaysia banyak sekali dipelopori oleh orang Cina Kuffar ini. Bangunan yang mencakar langit menjadi kebanggaan Umat Islam pun diusahakan dan dibangun oleh golongan ini. Kekuatan ekonomi membantu golongan ini menyerang sedikit demi sedikit tunjang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Dari kes melarang laungan azan pada waktu subuh dengan pembesar suara, pembiakan dan penternakan babi secara meluas di kawasan penduduk masyarakat islam, pertubuhan suruhanjaya antara agama (memohon sama rata antara agama), menentang hak Istimewa orang Melayu (Jus Soli), memohon risalah dan makalah ajaran Kristian diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan disebarkan kepada masyarakat Islam, membina gereja dan persatuan bawah tanah dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat Islam yang miskin di samping memancing mereka supaya Murtad (ya Allah matikan kami dalam Iman..Ameen). Sehinggalah kes menghina Agama Islam secara terang-terangan baru-baru. Ini adalah suatu perancangan licik golongan Cina kuffar ini cuba membentuk kerajaan sendiri di Malaysia dan melihat kesatuan umat Islam di Malaysia punah ranah.

DAP MENGHINA AGAMA ISLAM

Isu yang serius ini sepatutnya mendapat kata sepakat di kalangan Umat Islam itu sendiri ; membulatkan suara menentang mana-mana golongan yang menghina Agama Islam. Sepatutnya semua Umat Islam tidak mengira parti menjaga kemurnian dan kelestarian agama ini bukan menghentam golongan yang cuba mempertahankan Agama Islam ini dengan mencaci dan menghina mereka.

Tetapi malangnya, kenapa masih lagi wujud orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Wahhabi ( Mudhillu Am Pas) yang lantang mengatakan;

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,”

Kenyataan yang melambangkan kecetekan dan kedangkalan ini lahir dari seorang yang bergelar Mursyidul Am PAS (ala za’mihi). Pada hemat penulis ianya bukan menjadi suatu yang pelik lagi kerana Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini bukan sahaja berani menghina Rasulullah dalam kenyataanya ”Nabi Muhammad budak Kampung”, bahkan pernah mencatat sebagai mujassim pertama kelantan yang menghina Allah Ta’ala secara terang-terangan sebagaimana Yang terdapat di dalam kitab Tafsir surah Yunus, katanya “ALLAH DUDUK BERSILA MACAM SAYA DUDUK SEKARANG”, suatu penghinaan yang tidak ada kemaafan lagi di dalam syara’.

ISTILAH ”BERSATU ANTARA MUSLIM DAN KAFIR” ADALAH PENDUSTAAN

وَلاَ يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىَ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُواْ

Yang bermaksud ;

”Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sehinggalah mereka (dapat) memalingkan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu”.

Orang Cina yang bukan beragama Islam secara khususnya samada dari kalangan MCA atau DAP keduanya mahukan Islam itu mundur dan lenyap dari muka bumi ini terutamanya di Malaysia kerana mereka adalah أنهم ملة واحدة ( agama yang satu). Akidah Orang Melayu Islam diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya dengan pelbagai uslub dan cara supaya mereka Murtad dan meninggalkan Agama Islam tercinta. Dan perlu kita ketahui bahawa Al-Quran pernah menegaskan pendirian orang kafir ini dalam firmannya ;

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Yang bermaksud ;

”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

NASIHAT

Isu mendokong kekufuran adalah sesuatu yang bahaya, menggerunkan, boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam agama yang bukan Islam. Seruan penulis, marilah bersama membenteras segala bentuk yang boleh menghina Agama Islam kerana sebarang bentuk sokongan pada kenyataan kufur itu juga membawa kepada kufur.


قال الخازن في كتابه لباب التأويل في معاني التنزيل و كذلك الفخر الرازي المتوفى : 606هـ ، في تفسيره المشتهر بالتفسير الكبير و مفاتيح الغيب، قال أهل العلم من رضي بالكفر فهو كافر.

Berkata Imam Khazin di dalam kitabnya Lubabut Takwil Fi Ma’ani Attanzil dan Imam Fakhrul Razi (W 606 H) di dalam kitab tafsirnya ;

“Berkata ahlu Ilmu (ulama’) ; barangsiapa meredhai akan sesuatu kekufuran hukumnya kafir”

Di susun oleh ;
www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com

Saturday, August 15, 2009

ABDUL HADI AWANG AL-WAHHABI MEMPERCAYAI ALLAH TA’ALA TURUN KE LANGIT DUNIA



BERKATA ABDUL HADI AWANG ( PRESIDEN PAS ) :


"..di samping itu mereka menyebut sifat-sifat Allah berdasarkan kepada nas-nas yang soreh..di dalam al-Quran dan Hadis..di antaranya yang terkandung di dalam ayat-ayat mutasyabihat..seperti an-nuzul..turun..di antara sifat tuhan ialah an-nuzul turun..bukan wujud qidam baqa' hak yang kita bilang 20 tambah lagi an-nuzul..kerana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :"yanzilu rabbuna tabaroka wa Ta’ala ila sama'id dunya fi sulusil akhiri minal lail" Allah Ta’ala turun ke langit dunia pada satu ketika akhir di waktu malam dan Allah berfirman "berdoalah barangsiapa yang berdoa Aku terima doanya barangsiapa istighfar aku terima istighfarnya di mana Abdul Hadis ini menunjukkan Allah Ta’ala turun an-nuzul turun di antara sifat Allah Ta’ala ialah an-nuzul turun..turun tidak sama dengan turun makhluk..aa Allah Ta’ala tak sama dengan makhluk.."


Kenyataan Abdul Hadi Awang ini adalah ekoran daripada kepercayaannya sebijik seperti golongan al-wahhabiyah yang menjadikan ayat-ayat dan hadits-hadits yang mutasyabihat diambil secara zahir tanpa ada sebarang pentakwilan. Penyelewengan ayat Al-mutasyabihat ini adalah sudah ditahzir Al-Quran terlebih dahulu di dalam firman Allah Ta’ala.


Kenyataan sebegini adalah bercanggah sekali dengan BAHASA Arab, Al-Quran, Al-Hadits, Al-Ijma’ Ummah, Dan Akal Yang Salim.


Antara hadis yang banyak diselewengkan oleh golongan wahhabiyah antaranya ialah :


إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث اليل الاخر ويقول : من ذالذي يدعوني فاستجب له من ذالذي يستغفرني فاغفرله من ذالذي يسألني فأعطيه حتى ينفجر الفجر


Bermaksud:


“Sesungguhnya Tuhan kami memerintahkan (( malaikat-malaikat)) untuk turun setiap malam ke langit yang pertama pada sepertiga malam terakhir. Mereka berkata : “Tuhan kamu berkata, barangsiapa yang berdoa pada Ku akan AKU kabulkan doanya. Barangsiapa yang memohon ampun pada KU ,akan AKU ampunkannya. Barangsiapa yang meminta padaKU akan AKU kurniakannya , sehinggalah terbitnya fajar ”. Riwayat Muslim , Hadith asalnya di dalam al-Bukhariyy[1]

Sabda Nabi, “إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا,” bermaksud bahawa <<Allah memerintahkan malaikat-malaikatNYA untuk turun setiap malam ke langit pertama>>.


Menurut Bahasa Arab, tatabahasa ayat ini adalah diketahui umum. Untuk menilai kesahihannya, mari kita meneliti penerangan Ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dalam menjelaskan hadits mutashabihat ini.


BAHASA


Dalam bahasa Arab , ayat “بنى الأمير المدينة,” bermaksud, “Amir (Pemerintah) yang membangunkan bandar itu”. Yakni, dia memerintahkan pekerja-pekerjanya untuk membangunkan bandar itu , kerana beliau tidaklah dengan sendirinya melakukan pekerjaan itu dengan mengangkat batu-batu untuk membuat bangunan. Ini bermaksud dia memerintahkan kepada pekerja-pekerjanya , dan merekalah yang melakukan pembangunan. Perbuatan membangunkan ini dirujuk kepada Amir (pemerintah) kerana dia yang memberikan arahan tersebut , bukanlah bermaksud beliau sendiri yang pergi melakukan kerja-kerja pembangunan.


Begitu jugalah dengan Hadithإن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا,” bermaksud bahawa <<Allah memerintahkan kepada malaikat-malaikatNYA untuk turun setiap malam ke langit pertama>> dan mereka melakukan seperti apa yang telah diperintahkan oleh Allah.


Adalah diketahui umum dalam bahasa Arab mengenai hal ini atau yang lainnya:


Perbuatan sesuatu itu dirujuk kepada pemerintah akan tetapi bermaksud yang melakukannya adalah mereka yang diperintah.


Maka , maksud ‘إن ربنا ينزل adalah << “ Turunnya malaikat-malaikat Allah”.>> Malaikat-malaikat adalah terlalu banyak bilangannya dan mereka turun dengan perintah Allah. Malaikat-malaikat turun ke setiap tempat mengikut setiap langit masing-masing, kerana malam dan siang berlainan pada setiap negeri. Tengahari di satu negara bersamaan dengan awal atau akhir malam di satu negara yang lain. Maka , setiap bahagian malam atau siang yang melalui sesebuah negara akan menjadi sebahagian malam atau siang di negara yang lain.


Jika merujuk kepada kepercayaan Wahhabiyyah dan kepercayaan Abdul Hadi Awang Al-Muassim begitu juga Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Mujassim, Allah tidak mempunyai perbuatan lain kecuali turun dan naik,turun dan naik, turun dan naik dan seterusnya.. kerana malam dan siang berlainan bagi setiap negara di bumi ini. Pentafsiran Wahhabiyyah ini adalah tidak boleh diterima oleh akal sama sekali, tidak seperti pentafsiran Ahlu-s-Sunnah Wal jamaah{2].

Ahlus-Sunnah berkata bahawa malaikat turun dengan perintah dari Tuhan kita dan menyampaikan dari Allah bahawa “Tuhan kamu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa padaKU, Aku akan makbulkan doanya…..’” sehinggalah terbitnya fajar. Kemudian apabila terbitnya fajar, mereka (malaikat-malaikat) naik ke atas langit pertama-iaitu ke langit kedua, ke tiga, ke empat, ke tujuh atau ke al-Kursiyy.


Wahhabiyyah mentafsirkan Hadith ini secara salah dan bohong sama sekali lantas menyebabkan mereka bercanggah dengan penafsiran ulama’-ulama’ Ahlus Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi kepada nadi pada Agama Islam itu sendiri.


AL-MAJI’ WA AL-NUZUL


Ayat-ayat sifat Al-Maji’ wa al-Nuzul di dalam Al-Qur’an[3].

Firman Alah Ta’ala :


هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ


Maksudnya : Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan.[4]

a) Firman Alah Ta’ala :


هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آَيَاتِ رَبِّكَ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آَيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آَمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ


Maksudnya : Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula).".[5]

b) Firman Alah Ta’ala :


وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا


Akan datang maksud dan tafsirannya..insyaAllah.


DEFINISI AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT BAHASA


Menurut Pengarang kitab Mukhtar al-Sehhah : Al-Ji’u wa al-Maji’ al-Ityan[6]. Ibn Mandzur juga dilihat mengutarakan takrifan yang sama disamping melakukan sedikit penambahan, al-Maji [7]sama maksudnya dengan Ityan[8] ja-a wa ji-a wa maji-a). Menurut beliau lagi : al-Maji’ wa al-Ityan adalah tanda pergerakan pada sesuatu jisim


Al-Nuzul menurut Khalil bin Ahmad al-Farahidi [9] : Nazala Fulan ’an Dabah,Au min ’Ulu Ila Suflaertinya : Telah turun si Fulan dari tunggangannya atau dari atas ke bawah.


AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT SALAF SALEH

Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam kitab Tauhidnya berkata : “perbuatan seperti datang dan pergi naik dan turun duduk dan seumpama denganya adalah merupakan perlakuan yang dilakukan oleh yang memiliki Jisim, Maha Suci Allah dari sebarang bentuk persamaan khususnya jisim[10].

Imam Ibn Al-Jauzi [11] merakamkan kalam dari al-Qadi Abu Ya’la dari Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a :”Telah datang kudratNya (kekuasaanNya)

Imam Al-Bayhaqi meriwayatkan kalam dari Abu Hassan Al-Asy’ari R.A : ”Pada hari kiamat kelak, Allah akan mencipta perbuatan Ityan wa al-Maji’. Ityan wa al-Maji’ pada hari tersebut bukanlah bermaksud pergerakan yang datang dan pergi sebagaimana makhluk, ketahuilah sesungguhnya pergerakan, diam, berada di sesuatu tempat merupakkan sifat bagi sesuatu jisim. Allah Ta’ala Ahad Samad laisa kamislihi shai’.Firman Allah dalam ayat 26 Surah al-Nahl bukanlah bererti bergerak atau berubah. Namun ia adalah merupakan perbuatan yang diwujudkan untuk memusnahkan binaan dan bumbung kediaman di sebelah atas. Itulah maksud yang seharusnya difahami menerusi kalimah Ityan”.

Hatta Ibn Kathir sendiri sebagai anak didikan Ibn Taymiyah Al-mujassim pernah menukil kalam yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi dari al-Hakim dari Abi ’Umar bin al-Sammak dari Hanbal : ”Sesungguhnya Ahmad Ibn Hanbal mentakwil Firman Allah Ta’ala (وجاء ربك ) dengan Makna telah datang pahalanya( Ja a Thawabuhu ).Imam al-Bayhaqi berkata ,Isnad ini tiada keraguan terhadapnya ( Isnad la ghubar ’alaihi)”

Di mana Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat kalau ingin dibandingkan dengan ulama’-ulama’ muktabar ini hatta dengan Ibn Katsir sendiri pun mereka bercanggah, di mana kalian??!!


AYAT AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT PANDANGAN MUFASSIRIN .

Imam Al-Qurtubi dalam penafsirannya,telah menukil kalam dari al-Hassan dengan takwilan berikut : ”Ayat ( وجاء ربك ) iaitu arahan,suruhan atau hukuman yang ditetapkan Allah[14].

Imam Ibn Hayyan al-Andalusi juga amat bersetuju dengan pendapat-pendapat yang disebutkan oleh Imam al-Qurtubi, lalu mengulas dengan pendapat berikut : Hakikat Al-Maji wa al-Ityan adalah pergerakan dari suatu ruang ke suatu ruang yang lain,ketahuilah memenuhi ruang yang tertentu dengan berlakunya pergerakan adalah sesuatu yang mustahil dinisbahkan terhadap Allah Ta’ala [15].

Ibn ’Atiyah berpendapat : Makna al-Maji’ adalah telah datang hukum Allah,arahan,larangan dan azabnya [16]”.

Ibn Hajar Al-Asqalany seorang Amir Mukminin di dalam bidang hadis (martabat tertinggi dalam bidang hadis) semasa mengulas pandangan Imam Al-Bukhari pada bab ”Du’a’ wa al Salah min akhir al-Lail ” berkata : Hadis Yanzil rabbina ila al-Sama’ al-Dunya” Golongan yang menisbahkan arah terhadap Allah s.w.t telah banyak mengambil kesempatan menerusi zahir hadis ini. Jumhur ulamak membantah pegangan ini. menurut pendapat mereka Memahami ayat menerusi zahir lafaz akan membawa kepada keadaan memenuhi ruangan tertentu(al-Tahayyuz)pada zat Allah s.w.t....Jika difahami Hadis ini secara Hissi maka sudah tentu yang turun itu adalah Malaikat yang Allah utuskan.[17]

Ibn Al-Jauzi Al-Hanbali dalam tafsirnya Zad al-Masir [18].Dari Imam Ahmad beliau telah mentafsirkan Firman Allah s.w.t,surah al-Nahl ayat 33 dengan makna : Telah datang arahanya,makna ini telah dijelaskan oleh al-Qur’an dibanyak tempat


AL-MAJI’ WA AL-NUZUL MENURUT KACAMATA IMAM AL-RAZI


Menurut Imam Al-Razi ayat-ayat sifat al-Maji’wa al-Nuzul di dalam ayat-ayat sifat yang mutasyhabihat harus ditakwil bersesuaian dengan konsep tanzih, kerana pergerakan adalah sesuatu yang tidak layak terhadap Allah Ta’ala. Menurut beliau lagi : Ulamak-ulamak usul (Usuluddin) telah bersepakat bahawasanya setiap yang bergerak dan berubah dari satu tempat ke satu tempat ataupun dari satu keadaan kepada keadaan yang lain merupakan sesuatu yang baharu,maka Allah s.w.t bukanlah baharu bahkan Ia adalah Qadim .[19]

Antara makna takwilan yang dilakukan terhadap ayat al-Maji’ wa al-Nuzul (datang dan turun) adalah seperti berikut :


a) Datangnya tanda-tanda Allah .


Firman Allah Ta’ala :


هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلَائِكَةُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ


Menurut pengarang : Ayat tersebut bermaksud, tiada mereka tunggu melainkan bahawa datang Allah kepada mereka dalam naungan awan. Kefahaman dari zahir ayat jelas menunjukkan Allah telah datang, justeru kehadiran Allah harus ditakwil ,kerana mustahil Allah itu bergerak dengan datang dan pergi, naik dan turun, kerana setiap sesuatu yang bergerak ( Intiqal) adalah makhluk yang baharu,malah ianya juga adalah terhad (Mahdud) , hadith (baharu) dan mahdud, adalah mustahil disisi Allah Ta’ala. Ulasan beliau dipanjangkan dengan hujah berikut”. [20]


i) ” Jika Allah (mahdud) tertentu dengan kadar yang ditetapkan, maka sudah pasti ia boleh bertambah dan berkurangan,justeru keadaan tersebut telah ditentukan oleh yang menetukan,sedangkan semuanya itu adalah mustahil disisi Allah Ta’ala.


ii) Jikalaulah harus sesuatu yang boleh datang dan pergi itu tuhan,nescaya tidak mungkin kita nafikan bahawa bulan dan matahari itu juga tuhan.


iii) Allah Ta’ala telah menerangkan di dalam al-Qur’an kisah nabi Allah Ibrahim,yang mengutuk ketuhanan bintang, bulan dan matahari dengan katanya ( لا أحب الآفلين ) yang bermaksud,aku tidak suka (tidak mengakui) ketuhanan bintang-bintang yang lenyap,maka sesiapa yang mengharuskan datang dan pergi pada hak Allah Ta’ala yang qadim,maka sesungguhnya dia telah mengutuk dalil nabi Allah Ibrahim dan mendustakan Allah Ta’ala yang membenarkan hujah yang dinyatakan oleh Nabi Ibrahim.


iv) Ayat tersebut adalah bermaksud ” Tiadalah mereka tunggu melainkan datangnya tanda-tanda Allah”. Ayat yang menyebut datangnya Allah adalah bertujuan untuk memuliakan tanda-tanda Allah ( تفخيما لشأن الآيات ) ,dikatakan juga raja telah datang,apabila satu pasukan tentera telah datang membawa perutusan Raja.


b) Perintah Allah dan hukumannya[21]

Firman Allah Ta’ala :


هَلْ يَنظُرُونَ إِلاَّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الْغَمَامِ وَالْمَلآئِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الامُورُ

Pengarang berpendapat[22]: Maksud yang dikehendaki ayat ini adalah perintah Allah atau hukumannya. Hujah yang diutarakan bagi menjelaskan makna ayat tersebut adalah seperti berikut :

i) Dasar perkataan ini ialah bahawasanya Allah Ta’ala apabila ia di sandarkan (إضافة) suatu perbuatan kepada sesuatu,jika zahirnya tertegah ( ممتنع) menyandarkan kepada sesuatu perkara,maka wajiblah ayat tersebut dipalingkan daripada zahirnya itu kepada takwil, sebagaimana ulamak-ulamak ahl-Sunnah lakukan terhadap ayat ayat lain antaranya Firman Allah Ta’ala :

واسئل القرية

Terjemahan :Tanyalah kampungnya itu,dengan makna :

واسئل أهل القرية

Maksudnya : Tanyalah penduduk kampung itu

ii) Pada ayat tersebut,telah disebut mudhaf ilaih (مضاف إليه ) pada tempat mudaf ( مضاف ) yang tidak disebut,kata kiasan (مجاز) yang seperti ini masyur dan banyak dipakai, antara contoh lain ,”Raja telah memukul sifulan, pada hal yang memukul itu ialah orang suruhan raja dan bukanya raja”.

c. Urusan Tuhan


Firman Allah Ta’ala :

وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

Menurut Imam al-Razi

Ayat ini boleh difahami dengan sempurna melalui dua cara antaranya” :

i) Ayat ini diklasifikasikan sebagai ayat yang sandarannya di buang ( باب حذف المضاف ). Maka takdir ayat tersebut boleh diandaikan sebagai:

a) Telah datang urusan tuhanmu dengan hisab dan balasan :

( وجاء أمر ربك بالمحاسبة والمجازاة )

perkataan ( أمر ) adalah sandaran ( مضاف ) yang tidak disebut ,dan lafaz ( ربك ) sebagai mudaf ilaihi ( مضاف إليه ) yang diletakkan pada tempat mudhaf.

b) Telah datang keperkasaan Tuhanmu.

وجاء قهر ربك

perkataan ( قهر) adalah sandaran ( مضاف ) yang tidak disebut ,dan lafaz ( ربك ) sebagai mudhaf ilaihi ( مضاف إليه ) yang diletakkan pada tempat mudhaf.

Seterusnya, pelengkap huraian beliau,beliau telah mengemukakan contoh berikut: Jika seseorang raja berangkat turun menemui rakyatnya untuk kebaikan dan kepentingan rakyatnya,adalah sangat memberi kemuliaan serta penghormatan,bahkan waktu turunnya itu merupakan waktu yang paling dimuliakan, oleh itu berangkat turun membawa kemulian maka digunakan perkataan al-Nuzul itu atas maksud memuliakan, demikainlah apabila sesorang raja turun untuk menyelesaikan sesuatu perkara adalah dipandang sesuatu perkara itu hebat dan besar maknanya. Intaha.




Penjelasan ulama’-ulama’ Ahlus-Sunnah wal Jamaah adalah jelas sekali. Penerangan mereka menenangkan hati dan mengelakkan tashbih dan tajsim. Hasilnya boleh membulatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta’ala. Namun bila ulamak muktabar tidak menjadi sandaran, Al- Quran dan Al-Hadis diambil dan dipakai mengikut otak sendiri, tafsir sesuka hati beginilah hasilnya. Sebut kata ada perkataan Nuzul dalam Quran atau Hadis terus meletakkan sifat Turun pada Allah, sebut kata ada perkataan Yad dalam Nusus tanpa segan silu bagi sifat tangan dan anggota pada Yang Esa, sebut kata ada perkataan ”Ain dalam Ayat atau Hadis terus meletakkan Allah mempunyai mata, sebut kata ada perkataan Istiwa Kitabbullah terus tuduh Allah duduk bersemayam di atas arash dan begitulah seterusnya.

Kami katakan pada golongan ini ;


سُبْحَانَكَ هَذَا بُهْتَانٌ عَظِيمٌ


Disusun oleh ;

www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com



[1] Yang mana bermula dari “إن ربنا ينزل كل ليلة إلى السماء الدنيا .......

[2] Istilah ini merujuk kepada orang yang benar benar mengikut al-Qur’an, Nabi dan ijma^ ulama dan merupakan golongan majoriti umat Islam.

[3]Selain ayat-ayat yang disenaraikan di atas,ayat sifat al-Maji’ wa al-Ityan telah dikenalpasti terhadap ayat ayat seperti berikut : Surah Al-Baqarah(02)Ayat 209,Surah Al-Nahl (16)Ayat 26, Surah Al-Ma’idah (05) Ayat 24 dan 26 ,Surah Al-kahf (18)Ayat 68,.

[4]Surah Al-Baqarah (02) Ayat 210

[5]Surah Al-An’am (06) Ayat 158

[6]Muhammad bin Abi Bakr bin ‘Abd al-Qadir al-Razi,(1415H/1995M)Mukhtar al-Sehhah,Mahmud khatir (Tah)Bayrut,Maktabah al-Lubnan,j : 1,h 50

[7] Ibn Mandhur,j : 1,h : 51.

[8]Ibid,j: 14,h : 14

[9]Khalil bin Ahmad al-Farahidi,Kitab al-’Ain,Dr Mahdi al-Makhzumi & Dr Ibrahim Al-Samara’yi(Tah) Dar al-Maktabah al-Hilal,j :7,h : 367

[10]Abi Mansur al-Maturidi,Kitab Tauhid,Dr Fath Allah Khalif (tah)Mesir,Dar al-Jami’at al-Misriyyah Iskandariyyah,j : 1,h : 77

[11]Imam Abi al-Faraj bin al-Jauzi (1310H/1990M)Daf’u Shubha al-Tashbih bi Akuffi al-Tanzih,Tariq Su’ud (tah)Bayrut,Dar al-Hijrah,C:2,h : 41

[12] Al-Bayhaqi,Op Cit,h 450-451

[13]Ibn Kathir(1401H/1981M)Al-Bidayah wa al-Nihayah,Bayrut Maktabah al-Ma’arif,c : 4,j 10, h : 327, Lihat juga Kaya Ibn Hazim yang bertajuk Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ AL-Nihal yang menyebut kalam Imam Ahmad yang berbunyi : Wa Ja Rabbuka dengan maksud wa ja a Amr Rabbuka”.Ibn Hazim al-Dhahiri(1985M),Al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal,Dr Muhammad Ibrahim Nasr & ‘Abd Rahman ‘Umair(Tah) Bayrut,Tab’ah Dar al-Jail,j :2 ,h : 280

[14] Al-Qurtubi,Op Cit,j : 2 ,h 55

[15] Abu Hayyan al-Andalusi,Op Cit,j : 2,h : 124

[16] Ibn ‘Atiyyah (1977)Al-Muharrar al-Wajiz,Qatar,Tab’ah al-Syaykh Khalifah al-Ula,j : 1,h :223-224

[17] Ibn Hajar al-‘Asqalani,j : 3 ,h : 39

[18] Ibn Jauzi al-Hanbali,Zad al-Masir fi ’ilm Tafsir,Bayrut ,Tab’ah Zahir al-Syawish,j : 1,h : 225

[19] Al-Razi,Op Cit,j : 5 ,h : 232

[20] Ibid

[21] Ibid,j : 3,h : 26

[22] Al-Razi,j :5,h 234

disusun oleh :

http://www.pasvspas.blogspot.com/

pasvspas@yahoo.com