Jawapan berdasarkan tajuk
JAWAPAN SAMBUNGAN KEPADA pasvspas.blogspot.com
Alhamdulillah kumulai sebagai syukurku padaNya Yang Maha Esa. WujudNya tidak bertempat tidak berpihak pada mana-mana arah. Dialah Yang Maha Berkuasa yang tidak berhajat pada apa yang diciptakanNya. Bersifat dengan segala kemuliaan dan keagungan serta jauh dari segala sifat kekurangan dan kelemahan seumpama sifat-sifat makhluk. Maha Suci Allah dari sifat makhluk. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam, juga buat ahli keluarga Baginda yang tercinta dan para sahabat yang terpilih.
Terlebih dahulu, ucapan terima kasih dikirimkan buat Helmi di atas perkongsian fikrah. Di sini ana ingin memetik sebahagian daripada fikrah Helmi dalam mengutarakan pendapat dan teguran. Dalam masa yang sama ana selaku pihak tertuduh ingin membuat sedikit pembetulan terhadap lontaran helmi kepada ana selaku pemilik WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM.
Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM ( PT ) :
" Bagaimana ISLAM nak diterima oleh pendakwah seperti penulis blog pasvspas ini?
Cakap main ikut sedap mulut ...Kamu hentam peribadi saya!
Saya mengaku saya jahil , ok . Kalau boleh saya nak belajar dengan kamu sebab saya jahil .
Ya memang saya tidak alim saya mengaku saya sangat jahil..
Saya ingin mengajak kita buka minda jangan lekas kufurkan orang .
Soal Aqidah jangan main2 , ini soal AQIDAH!!!
NASIHAT UMUM SAYA TUJUKAN KEPADA SEMUA TERMASUK DIRI SAYA, JANGANLAH Kalau alim tapi takabur , takut kita kufurkan orang sebelum sahih !
Sebelum berhujah dan mendapat penjelasan dari orang yang yang kita kufurkan dia ...
Kita berbahas kerana nak keputusan yang sahih mengikut ilmu yang dipelajari , bukan kita berbahas nak tunjuk sapa yang hero , ini salah.
Saya nasihatkan diri saya supaya perbetulkan niat berbincang , bukan nak tunjuk sapa yang hebat, sapa yang hero .
Andai niat begitu sia2 masa kita , tidak dapat kebajikan bahkan sia2 nikmat masa kita.
"
Jawapan Balas WWW.PASVPAS.BLOGSPOT.COM ( PVP ) :
Ana pada asalnya tidak mengajak Helmi untuk berbahas malah tidak pernah mengetahui kewujudan blog yang menisbahkan diri dengan pondok seperti WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM. Setelah ana mengetahui wujudnya blog PT dari teman-teman, maka ana mendapati PT sudah menikam ana dari belakang. Akan tetapi, setelah ana menjawab sebahagian kenyataan yang dibentangkan dalam blog PT, tiba-tiba PT menuduh ana menghentam peribadi PT. Adakah wajar sikap yang PT tunjukkan ini pada khalayak ramai? Adakah PT
Dalam setiap artikel yang dikeluarkan dalam blog PASVSPAS adalah bersumberkan maklumat-maklumat yang dipercayai beserta dalil-dalil yang dikemukakan oleh para ulama terdahulu bagi mereka yang menyalahi dalam beberapa perkara asas dalam aqidah. Sekiranya betul-betul PT ingin mencari kebenaran, nah ! Sewajarnya PT mengkaji dan menyelidiki terlebih dahulu artikel-artikel yang dibentangkan.
Niat saja tidak cukup untuk sesuatu perbahasan ilmiah. Perasaan juga bukan modal utama untuk menentukan kebernasan dalam berbahas. Niat suci dan perasaan rendah diri serta tawadduk amat diperlukan dalam setiap masa, memang tidak dinafikan. Akan tetapi, relevankah kenyataan PT dengan apa yang PT katakan perbahasan di antara kita? Di mana pengkajian dan pembentangan dalil-dalil dan bukti yang menyokong kenyataan PT dalam membela Nik Abdul Aziz sebagai ulama? Dan segala kenyataan PT? Fikir dulu sebelum bertindak.
PT
Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM ( PT ) :
Saudara dalam PAS kita ada SYURA ULAMA , mereka lebih arif dari kita nak meletakkan siapa pimpinan . Jadi ramai ulama dalam PAS jangan takot !.
ULAMA PONDOK ramai dalam PAS .
jangan menghina orang tanpa periksa , jangan tuduh fithnah orang tanpa kajian ,jangan selalu kufurkan orang ,jangan hasdad dengki dengan kebolehan orang dan kelebihan orang .
Jagalah hati untuk menyelamatkan kita di Akhirat.
Kalau belajar sahaja ,tidak melaksana tanggungjawab menegakan syariat agama dalam negeri dan negra maka belum lepas lagi kejawiban kita terhadap perintah ALLAH ...
Apa guna belajar agama tanpa berjuang dan berjihad menaikan agama ALLAH ...
Ya ! ilmu aqidah mesti didahulukan , IMAM IBNU AROBI DAN IMAN SANUSI KATA 'ANDAI TIDAK BELAJAR ILMU AQIDAH , IAMAN TIDAK SAH"
Ulama kita Ahli Sunnah berfatwa "ANDAI TIDAK
Kita pandang pada dasar PAS bukan kepada individu dalam PAS .
Jangan kerana seorang dua wahabi dalam PAS kita nak tolak perjuangan yang PAS yang meletakan syara sebagai perlembagaan parti .
Jawapan Balas WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM :
Syabas ana ucapkan pada PT atas semangat perjuangan yang ditunjukkan sehingga mencapai kedudukan Ketua Pemuda PAS di kawasan PT. Tapi jangan pula nanti berjuang kerana jawatan.
PT, masih terlalu muda untuk campurtangan permasalahan dewasa, dan masih terlalu mentah dalam percaturan politik dunia. Berbekalkan semangat semata-mata, tidak membantu untuk menakluk dunia bahkan memerlukan keberanian dan pengetahuan serta pengalaman yang mantap dalam menguasai politik tanahair mahupun antarabangsa. Dan inilah yang dihadapi dalam PAS sekarang. PT masih diperingkat percubaan untuk menerajui tampuk pemerintahan.
Perkara utama yang paling PT mesti tahu dan faham adalah konsep pemerintahan berteraskan kekhalifahan dan baiah. Cukup dengan dua perkara penting ini bagi mengukuhkan institusi pemerintahan di samping hukum-hakam lain yang wajib juga diketahui selepas PT faham siapa yang di maksudkan dengan khalifah dan pada siapa kita wajib berbaiah.
Sebagai intisari dari sistem khalifah, mereka yang layak untuk menjadi khalifah sebagaimana yang digariskan oleh Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam adalah dari bangsa Quraisy, Islam ( zahir dan batin, maka tidak termasuk mereka yang menisbahkan diri sebagai Islam sedangkan aqidahnya adalah kafir seperti kebanyakan Syiah, sebilangan besar Wahhabi, majoriti Hizb al-Tahrir dan banyak lagi kelompok-kelompok yang cuba bersandar dengan nama Islam ), mujtahid dan banyak lagi.
Begitu juga dalam perkara baiah, tidak dapat tidak mereka yang pertama membaiah seseorang menjadi khalifah adalah ahlulhal dan al-'Aqdu daripada kaum muslimin sahaja, iaitu golongan kepercayaan dari kalangan ahli ilmu ( para ulama' ) dan muttaqin. Sepertimana Saidina Abu Bakar diangkat menjadi khalifah dengan dibaiahkan oleh Saidina Umar, kemudian diikuti oleh kaum muslimin di Madinah, dan seterusnya sabit kekhalifahan ini di atas seluruh umat Islam.
Di sini hanya sebahagian kecil sahaja dinyatakan tentang sistem khalifah dan baiah. Di zaman kita sekarang, sistem ini masih lemah untuk dilaksanakan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan sehingga terbitnya mutiara zaman yang ditunggu-tunggu Imam Mahdi radhiyallahu 'anhu.
Kita lupakan sejenak soal jawatan, kembali kita pada dasar PAS. Dasar PAS adalah menegakkan Islam, memang tidak diragui lagi, tapi kenapa PAS meletakkan tokoh besar mujassimah seperti Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS? PAS sudah kehabisan ulama' untuk dijadikan pemimpin sehingga meletakkan Wahabi memimpin parti Islam? Bukankah jawatan itu terlalu penting dalam parti? Seorang Mursyidul mampu mengubah pandangan parti dalam tujuan tertentu, bukankah begitu PT? Bilamana negara diperintahkan golongan jahil dalam agama tetapi tidak kafir selagi dia tidak menyuruh melakukan maksiat dan mencegah amar makruf, pastilah negara huru-hara. Akan tetapi, bilamana negara diperintah golongan kafir, apa akan terjadi? Pastilah haru-birunya lebih dahsyat. Bukankah begitu wahai saudara PT? Dalam permasalahan ini pun PAS sudah tidak sanggup bertegas dengan mujassimah seperti Nik Abdul Aziz yang jelas sekali aqidahnya. Apatah lagi bila sudah memerintah negara. Dasar kononnya PAS UNTUK SEMUA sudah memakan diri. Kalau dulu, UMNO bekerjasama dengan MCA dan MCI, maka ulama-ulama dalam PAS terus mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan malah menghina UMNO kerana itu, tetapi lihatlah sekarang apa yang terjadi pada PAS. Sedangkan dasar Islam adalah membawa umat manusia ke Syurga. Bagaimana nak ke syurga kalau aqidah sesat lagi kafir? Orang yang berbuat maksiat masih ada harapan untuk masuk syurga selagi dia tidak menghalalkan maksiatnya. kecuali orang yang beraqidah syirik. Jauh memang jauh. Tak akan masuk syurga apalagi mencium baunya. Itu yang patut diperjuangkan. Bukan sekadar menuntut hak rakyat dalam kebendaan duniawi.
Mungkin terfikir di benak PT, untuk apa ana menghentam Nik Abdul Aziz dan kenapa tidak bertemu sendiri dengan dia, atau mungkin tertanya-tanya kenapa tidak dibentangkan dalam mesyuarat majlis yang dinamakan SYURA ULAMA, atau cabangan PAS yang lain. Untuk pengetahuan PT dan golongan bawahan yang taksub membuta tuli bahawa diperingkat atasan, sebahagian besar pemimpin-pemimpin besar PAS, DEWAN ULAMA atau PEMUDA mahupun MUSLIMAT, semuanya tahu perkara ini. Tapi kenapa semuanya membisu? Kononnya untuk menjaga kepentingan parti yang jauh lebih penting dari individu tertentu. Kalau kepentingan parti lebih besar kenapa didiamkan sahaja individu-individu tertentu? Ini bermakna PAS sebenarnya memandang kepentingan individu lebih besar dari kepentingan parti. Malah individu tersebut sebenarnya adalah perosak besar kepada dasar PAS. Bagaimana sebuah parti Islam diperintah oleh Si Mujassim Kafir? Belum lagi menyentuh soal bagaimana akan terlaksana hukum-hukum Islam? Dasar pelaksanaan pun dah menyimpang dari perintah Allah dan Nabi Muhammad sollollahu'alaihi wasallam, dan sunnah para sahabat. Bukankah ini jelas menyimpang dari dasar, pelaksanaan dan perjuangan PAS? Jadi di mana lagi pegangan PAS? Kalau begini dasar PAS, bagaimana setelah negara diperintah? Pastilah dia akan menyemai fikrah Wahhabiyyah dalam masyarakat dengan lebih senang. Pernahkah PT mendengar pepatah Melayu yang berbunyi " Guru kencing berdiri, murid kencing berlari ". Fahami pepatah tersebut sebelum berkata.
Dan jangan PT menyangka semua pondok-pondok di Malaysia yang menyokong PAS dalam masa sama menyokong Nik Abdul Aziz. Mereka menyokong PAS kerana dasar PAS, tapi dalam masa sama menentang Nik Abdul Aziz cuma suara mereka tidak sampai ke seluruh pendengaran rakyat
Berkata WWW.PONDOKTAUHID.BOLGSPOT.COM ( PT ) :
" JANGAN HANYA MENGAKU CINTA RASULULLAH tetapi tidak mengikut sunnah RASULULLAH yang mengajak umat buat baik dan cegah dari perbuatan mungkar "
TAMAT
MUDAHAN KITA SEMUA DAPAT HIDAYAH
www.pondoktauhid.blogspot.com
mengasihi saudara penulis blog
www.pasvspas.blogspot.com
Dicatat oleh Muhammad Fazilul Helmi Raidzan di 11:09 PM
Jawapan Balas WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM :
Ana menyokong kata-kata PT dan memang itulah yang ana amalkan selama ini. Mengajak berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, lebih-lebih lagi kekufuran aqidah. Ia lebih bahaya dari mencegah orang berbuat zina. Malah dosa syirik tiada pengampunan dari Allah akan tetapi dosa zina kalau dikehendakiNya pesalah zina diampunkan tanpa azab. Dan ini bukan bermakna ana menyokong dengan apa yang dilakukan UMNO. Bukan jua menyarankan supaya beramai-ramai masuk UMNO. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Mencegah Kekufuran lebih utama dari kesalahan lain. Itu kaedah yang dilaksanakan Nabi sebelum memerintah dan mengharamkan arak.
Dan PT, jangan kamu menjadi tali barut kepada golongan Mujassimah dengan ilmu yang kamu pelajari. Ingatlah, barangsiapa redha dengan kufur, maka kafirlah dia. Itu kaedah syar'ie yang disepakati ijmak dan antara yang menyebut kaedah ini dalam kitab mereka adalah Al-Imam Fakhruddin Al-Razi dalam tafsirnya Mafatih al-Ghaib dan juga Al-Khazin dalam tafsirnya Lubab Al-Takwil fi Ma'ani Al-Tanzil bukan fatwa dari ana. Kalau tak tahu, tanya orang yang lebih alim. Ana hanya menukilkan kata-kata ulama Ahlussunnah wal jamaah.
Sekiranya PT dan pembaca lain faham dengan apa yang ana sampaikan ini, jangan ragu jangan syak, sama-samalah menegakkan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Semuanya LILLAHI TA'ALA.
* JAUHILAH SIFAT MUDAHANAH YANG LANGSUNG TIDAK MENGUNTUNGKAN ISLAM DAN UMATNYA
* SIKAP MUDAHANAH HANYA DIMILIKI OLEH PEJUANG YANG TAKUT KEPADA ANCAMAN MUSUH-MUSUH ISLAM
* BERMUDAHANAH DENGAN MUSUH ISLAM ADALAH BACUL LAGI PENGECUT TAK LAYAK DIGELAR PEJUANG SAMA SEKALI
Berjuang Bukan Untuk Mana-Mana Parti Politik
Disediakan Oleh :
www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com