AGAMA ISLAM merupakan agama yang paling benar disisi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran ;
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Yang bermaksud :
”Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi”.
Ayat tadi menjelaskan kepada kita bahawa barangsiapa mencari agama lain selain daripada Agama Islam untuk dijadikan anutan, ketahuilah bahawa Allah Taa’la tidak akan sekali-kali menerimanya kerana agama yang sebenar dan sahih disisi-Nya hanyalah Islam. Ayat ini bukan bermakna menganut ajaran selain Islam bukan dinamakan “ad-deen” (agama), bahkan dinamakan “Deen Al-Yahud” (agama Yahudi), ”Deen Al-Majus” (agama Maujusi) tetapi agama-agama sebegini adalah agama yang batil.
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah merakamkan sabdaan Rasulullah di dalam firman-NYa :
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Yang mafhumnya ;
“Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".
Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama’ bahawa ; ” aku akan sentiasa berada dalam agamaku sebagai agama yang benar dan kamu bagimu agama–mu yang bathil yang wajib engkau tinggalkan”.
Allah juga merakamkan di dalam firmanNya :
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلاَمُ
Yang Bermaksud ;
“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam”.
Menerusi ayat ini Allah Subhanahu Wata’ala memberitahu kita bahawa agama yang sahih yang diredhai Allah Ta’ala untuk anutan hamba-Nya di kalangan manusia, jin dan para malaikat ialah Agama Islam. Agama selainnya adalah bathil. Islam agalah sebuah agama yang murni yang pernah dianuti oleh datuk sekalian manusia Adam ‘Alaihi Salam. Baginda tidak pernah menganuti agama selainnya melainkan Islam. Ketika itu tidak pernah berlaku kekufuran di atas muka bumi ini melainkan selepas kekhalifahan Nabi Adam ’Alaihi Salam. Allah Ta’ala berfirman ;
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً
Yang bermaksud ;
“Manusia itu adalah umat yang satu.”
Ayat ini menjadi dalil bahawa manusia pada ketika itu kesemuanya beragama Islam. Kemudian setelah itu berlaku perselisihan di kalangan manusia sehinggakan mereka berpecah-belah ; ada yang masih kekal dalam Islam dan ada yang telah melakukan kekufuran terhadap Allah Ta’ala. Apabila berlakunya perselisihan tersebut, lalu Allah mengutuskan kepada mereka para anbiya’ supaya mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang memeluk Agama Islam bahawa mereka telah sediakan syurga dan memberi amaran kepada orang yang melakukan kekufuran bahawa telah disediakan neraka untuk mengazab mereka di akhirat kelak.
Menurut Ibn ’Abbas firman Allah ;
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً
Kesemua menusia berada dalam Agama Islam. Kemudian berlaku perselisihan di kalangan mereka lalu diutuskan para anbiya’ kepada mereka sebagaimana firman Allah Ta’ala ;
فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ
Yang bermaksud :
” (Setelah timbul perselisihan) maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan”. Intaha.
AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA KESELURUHAN PARA NABI
Para anbiya’ kesemuanya beragama Islam. Bermulanya dari Nabi Adam ’alihis Salam sampailah kepada penghulu kita Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam. Mereka kesemuanya menyembah Allah Ta’ala dan tidak pernah melakukan kesyirikan kepadaNya walaupun setitik tinta.
Umat manusia yang hidup pada zaman Nabi Musa Alaihis Salam, beriman kepada Allah Ta’ala, membenarkan akan kerasulannya, maka mereka adalah ”Muslimun Musawiyyun” ( umat islam yang menjadi pengikut kepada Nabi Musa), begitu juga umat manusia yang hidup pada masa Nabi ’Isa Alaihis Salam, beriman kepada Allah Ta’ala, membenarkan akan kerasulannya, maka mereka adalah ”Muslimun ’Isawiyyun”. Oleh itu sahih juga untuk mengatakan bagi mereka yang menjadi pengikut Nabi Muhammad Shollallahu ’alaihi wasallam ”Muslimun Muhammadiyyun”. Ini adalalah kerana mereka mentauhidkan Allah Ta’ala, membenarkan para anbiya’-Nya, beriman dengan kewujudan para malaikat yang mulia, beriman dengan kutub samawiyyah, beriman dengan hari akhirat yang menjadi hari pembalasan kepada hambanya yang Mukmin dengan menikmati syurga Allah juga beriman adanya balasan buruk bagi mereka yang kafir dengan merasai keazaban neraka Allah, mempercayai syurga dan neraka Allah boleh dirasai dengan pancaindera, mempercayai bahawa tiada yang menciptakan jisim-jisim, pergerakan dan diam melainkan Allah Ta’ala sahaja.
Setiap nabi diutuskan dengan perkara ini (ketauhidan), tiada yang berselisih dan bercanggah dalam perkara ini. Tetapi dalam urusan yang berkaitan dengan pensyariatan ahkam (hukum-hakam) yang diturunkan Allah Ta’ala ada sememangnya berbeza. Allah Ta’ala memfardhukan kepada kepada para anbiya’ daripada kalangan Bani Israel dan ummatnya sebanyak 2 waktu sembahyang, sesetengahnya diperintahkan sebanyak 50 waktu sembahyang, manakala syariat kita syariat Muhammadiyah (alhamdulillah) 5 waktu sehari semalam. Ada sesetengah pensyariatan membenarkah perkahwinan adik-beradik ; lelaki dan perempuan yang berlainan kandungan dan begitulah seterusnya. Umat yang menjadi pengikut nabi tersebut wajib mengikuti perintah dan syari’at yang diturunkan Allah kepada mereka. Allah Ta’ala mengubah pensyariatan-Nya yang berkaitan hukum-hakam berbeza di antara nabi ini dengan nabi yang selepasnya kerana Allah Ta’ala Maha Mengetahui kemaslahatan dan kebaikan untuk hamba-Nya. Kemaslahatan itu pula berbeza-beza mengikut peredaran masa dan situasi.
Inilah dia keindahan dan kehebatan Agama Islam.
TETAPI....................
Baru-baru ini timbul isu politik yang hangat di tanahair kita; DAP MENGHINA AGAMA ISLAM. Perkara ini menjadi isu yang amat sensitif terutamanya kepada Masyarakat Islam di Malaysia.
Asalnya dari pertubuhan komunis jahannam (bintang 3) sehinggalah terbentuk beberapa pertubuhan yang rasmi seperti DAP dan MCA. Mereka cuba berbaik-baik dengan masyarakat Islam melalui saluran politik tanahair ; PAS (KELAB PENYOKONG PAS) DAN PKR (DAP) DAN UMNO ( MCA ).
Adalah menjadi perkara yang sudah maklum bahawa pertubuhan Cina yang bertapak di tanahair kita ini samada yang bergelar DAP ATAU MCA keduanya adalah suatu pakatan kaum Cina yang memperjuangkan hak-hak orang Cina, membangunkan ekonomi Cina, menaiktarafkan kehidupan orang Cina, di samping mempunyai motif buruk memperkembangkan agama bathil (Buddha dan Kristian) mereka kepada Umat Islam Melayu. Tidak keterlaluan untuk penulis mengatakan mereka tidak mempunyai motif untuk membangunkan Malaysia di bawah pimpinan Umno atau PKR apatah lagi bawah pimpinan PAS. Membangunkan Malaysia sebagai Negara Melayu Islam adalah mustahil bagi golongan Cina ini apatah untuk mendaulatkan Agama Islam dan melaksanakan hudud di tanahair ini kerana mereka bukan beragama Islam.
Kepesatan ekonomi di Malaysia banyak sekali dipelopori oleh orang Cina Kuffar ini. Bangunan yang mencakar langit menjadi kebanggaan Umat Islam pun diusahakan dan dibangun oleh golongan ini. Kekuatan ekonomi membantu golongan ini menyerang sedikit demi sedikit tunjang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. Dari kes melarang laungan azan pada waktu subuh dengan pembesar suara, pembiakan dan penternakan babi secara meluas di kawasan penduduk masyarakat islam, pertubuhan suruhanjaya antara agama (memohon sama rata antara agama), menentang hak Istimewa orang Melayu (Jus Soli), memohon risalah dan makalah ajaran Kristian diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan disebarkan kepada masyarakat Islam, membina gereja dan persatuan bawah tanah dalam usaha memberi bantuan kepada masyarakat Islam yang miskin di samping memancing mereka supaya Murtad (ya Allah matikan kami dalam Iman..Ameen). Sehinggalah kes menghina Agama Islam secara terang-terangan baru-baru. Ini adalah suatu perancangan licik golongan Cina kuffar ini cuba membentuk kerajaan sendiri di Malaysia dan melihat kesatuan umat Islam di Malaysia punah ranah.
DAP MENGHINA AGAMA ISLAM
Isu yang serius ini sepatutnya mendapat kata sepakat di kalangan Umat Islam itu sendiri ; membulatkan suara menentang mana-mana golongan yang menghina Agama Islam. Sepatutnya semua Umat Islam tidak mengira parti menjaga kemurnian dan kelestarian agama ini bukan menghentam golongan yang cuba mempertahankan Agama Islam ini dengan mencaci dan menghina mereka.
Tetapi malangnya, kenapa masih lagi wujud orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat Al-Wahhabi ( Mudhillu Am Pas) yang lantang mengatakan;
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,”
Kenyataan yang melambangkan kecetekan dan kedangkalan ini lahir dari seorang yang bergelar Mursyidul Am PAS (ala za’mihi). Pada hemat penulis ianya bukan menjadi suatu yang pelik lagi kerana Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini bukan sahaja berani menghina Rasulullah dalam kenyataanya ”Nabi Muhammad budak Kampung”, bahkan pernah mencatat sebagai mujassim pertama kelantan yang menghina Allah Ta’ala secara terang-terangan sebagaimana Yang terdapat di dalam kitab Tafsir surah Yunus, katanya “ALLAH DUDUK BERSILA MACAM SAYA DUDUK SEKARANG”, suatu penghinaan yang tidak ada kemaafan lagi di dalam syara’.
ISTILAH ”BERSATU ANTARA MUSLIM DAN KAFIR” ADALAH PENDUSTAAN
وَلاَ يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىَ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُواْ
Yang bermaksud ;
”Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sehinggalah mereka (dapat) memalingkan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu”.
Orang Cina yang bukan beragama Islam secara khususnya samada dari kalangan MCA atau DAP keduanya mahukan Islam itu mundur dan lenyap dari muka bumi ini terutamanya di Malaysia kerana mereka adalah أنهم ملة واحدة ( agama yang satu). Akidah Orang Melayu Islam diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya dengan pelbagai uslub dan cara supaya mereka Murtad dan meninggalkan Agama Islam tercinta. Dan perlu kita ketahui bahawa Al-Quran pernah menegaskan pendirian orang kafir ini dalam firmannya ;
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Yang bermaksud ;
”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”
NASIHAT
Isu mendokong kekufuran adalah sesuatu yang bahaya, menggerunkan, boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam agama yang bukan Islam. Seruan penulis, marilah bersama membenteras segala bentuk yang boleh menghina Agama Islam kerana sebarang bentuk sokongan pada kenyataan kufur itu juga membawa kepada kufur.
Isu mendokong kekufuran adalah sesuatu yang bahaya, menggerunkan, boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam agama yang bukan Islam. Seruan penulis, marilah bersama membenteras segala bentuk yang boleh menghina Agama Islam kerana sebarang bentuk sokongan pada kenyataan kufur itu juga membawa kepada kufur.
قال الخازن في كتابه لباب التأويل في معاني التنزيل و كذلك الفخر الرازي المتوفى : 606هـ ، في تفسيره المشتهر بالتفسير الكبير و مفاتيح الغيب، قال أهل العلم من رضي بالكفر فهو كافر.
Berkata Imam Khazin di dalam kitabnya Lubabut Takwil Fi Ma’ani Attanzil dan Imam Fakhrul Razi (W 606 H) di dalam kitab tafsirnya ;
“Berkata ahlu Ilmu (ulama’) ; barangsiapa meredhai akan sesuatu kekufuran hukumnya kafir”
Di susun oleh ;
www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com
www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com
Ilmu untuk dimanfaatkan bukan untuk kutuk megutuk..
ReplyDeleteSaya takkan sokong Blog yang gunakan agama mengaibkan orang seperti Blog ini..
Semoga Allah melaknat Kamu..
Hanya orang yang berilmu saja yang faham mengenai peranan ilmu..
ReplyDeleteAna takkan sokong pemimpin parti yang menggunakan agama sebagai tujuan politik dan meyebar kesesatan. Sama-sama membanting tulang dan mengerah tenaga serta menyumbang ilmu demi membersihkan PAS dari anasir-anasir tersebut.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua