Saturday, August 1, 2009

NIK ABDUL AZIZ MENYEMBAH TUHANNYA BERSAIZ BESAR

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT MENGATAKAN ALLAH BENDA BESAR



Di sini penulis cuba memaparkan beberapa hujjah syarak bahawa tidak bolumat islam tidak boleh mengatakan Allah benda besar :


Perbahasan perkara ini bermula dengan memahami pengertian alam itu sendiri.



PEMBAHAGIAN حجم BENDA :



Adalah menjadi kewajipan untuk percaya bahawa Allah Ta^Ala Maha Suci dari segala ukuran, bentuk, rupa, warna, pergerakan dan diam (tidak bergerak), ini adalah kerana DIAlah yang menciptakan semua ukuran dan bilangan maka sudah tentu DIA tidak mempunyai ukuran ataupun bilangan.


Di antara sifat-sifat Allah Ta’ala ialah ;



Setiap sesuatu yang berhajat kepada tempat tinggal atau dengan ibarat yang lain mengambil ruangan bagi zatnya pasti tidak layak untuk dijadikan sebagai Tuhan. Kerana perkara ini merupakan sesuatu yang telah qath’I pada akal dan naqal.



Allah Ta’ala tidak boleh disifati samada dengan ;

1. Benda Kecil (حجم صغير)

Atau dengan,

2. Benda Besar (حجم كبير)

Allah Ta’ala bukan seperti benda yang paling kecil (أصغر حجم ) iaitu ; sesuatu benda berbentuk kecil yang tidak boleh menerima pembahagian. Allah Ta’ala juga tidak boleh disifatkan sebagai benda yang paling besar (حجم أكبر) seperti arasy. Kerana Allah Ta’ala bukan sekecil-kecil benda, bukan sebesar-besar benda, bukan juga diantara kedua-duanya (di antara sebesar-besar benda dan sekecil-kecil benda).



Allah Ta’ala Maha Suci daripada ( مِقْدَارٍ ) atau dengan kata lainnya (الحد) = mempunyai had dan (الكمية) = berbilang-bilang. Barangsiapa yang beri’tikod Allah Ta’ala حجم كبير (Benda Besar) sesaiz dengan arasy atau sesaiz dengan manusia itu sendiri maka dia telah menyanggahi ayat Al-Quran tersebut. Selain itu dia juga mendustakan Firman Allah ta’ala :


Kalaulah ditakdirkan Allah Ta’ala mempunyai حجم( bentuk) nescaya akan menyerupai sifat-sifat makhluk yang tidak terhingga banyaknya, sekiranya Allah Ta’ala mengambil tempat tinggal untuk zatnya pastilah Allah Ta’ala menyerupai sifat-sifat makhluk yang tidak terhingga banyaknya. Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan ini.



SHUBHAH;


Sekiranya dikatakan kalau tidak boleh mengatakan Allah Ta’ala benda besar, jadi apa pula makna ( الله الأكبر)?

Jawapan ;

Bila dibaca atau disebut ( الله الأكبر), ianya bermakna ;


أكبر من كل كبير قدرا ودرحة وقوة وعلما لا امتداد.اهـ

Yang bermaksud ;


“ Allah Ta’ala Maha Kebesaran dari segi darjat, keperkasaan, keilmuan, bukannya berbentuk”.

Inilah yang maksudkan oleh salafussoleh bilamana mereka mentafsirkan ayat mutasyabihat ;



PERHATIAN PENTING ;


Bukanlah kata-kata bermakna golongan salaf mengatakan Allah ta’ala mempunyai Kaifiah (bentuk) tetapi kita tiada mengetahui bagaimana bentuknya. Inilah tektik golongan wahhabi yang terkini untuk memukau dan memperdayai masyarakat Islam dengan menyelewengkan ibarat yang digunakan oleh ulama’ salaf. Padahal rekaan mereka itu sangatlah tidak bertepatan dengan ulama’ salaf bagaikan langit dan bumi.

Ulama Salaf ;

menafikan Kaifiah (bentuk) itu sendiri.

Wahhabi Yang mengaku nak jadi salaf ;

Mengitsbatkan Kaifiyah (bentuk) tetapi mereka mengatakan kaifiah itu tidak diketahui bagaimana bentuknya. Disebabkan penyelewengan inilah kita dapati ada sesetengah penceramah al-wahhabiyah luar dan dalam negara mentafsirkan Istiwa’ dengan;

إستواء الله على العرش جلوس ولكن لا نعلم كيفية ذلك الجلوس

Yang bermakna ;

” ISTIWA Allah Ta’ala di atas arasy bermakna Dia duduk bersemayam tetapi kita tiada mengetahui bagaiman cara/ bentuk duduk bersemayamnya itu”.

Na’uzubillah daripada kekufuran mereka ini.

PENAWAR PENYAKIT TASHBIH ;


Segala sesuatu yang boleh meragukan individu itu bahawa Allah Ta’ala mempunyai bentuk, jarak, kamiyyah, wajib dikeluarkan daripada hati dengan menginkarkan perkara tersebut dengan sekeras-keras pengingkaran kerana Allah Ta’ala maha Suci daripadanya semuanya.

Benda حجم itu baharu walaupun bersaiz kecil atau besar, makhluk yang paling kecil dipanggil (الجوهر الفرد) iaitu benda yang teramat kecil sehingga tidak boleh lagi menerima pembahagian. Manakala benda yang paling besar pula ialah arasy (العرش). Allah Ta’ala tidak seumpama (الجوهر الفرد) benda yang paling kecil dan juga tidak seumpama (العرش) benda yang paling besar. Ini adalah kerana segala benda itu ada tidak dapat tidak terdiri daripada susunan dan gambaran tertentu.oleh itu barang yang mempunyai susunan dan gambaran itu berhajat pula kepada sesuatu yang membentuk susunan itu dan memberikan gambaran padanya. Allah ta’ala pula maha suci daripada sifat yang terkutuk ini.

Hamba yang sejati akan merasai ketenangan dan kedamaian seliranya mereka berpegang dengan kaedah ini ;

Maka setiap lintasan yang bermain di hati yang boleh membawa kepada rasa syak bagi Allah Ta’ala itu bersaiz, berwarna, berbentuk, berbadan anggota, wajiblah ditolak dan dihindari.


Ini bermaksud Allah ta’ala tidak boleh sekali-kali difikirkan bagaimana kewujudannya. Kerana fikiran dan khayalan hanya dapat mengesan sesuatu yang boleh dibayangkan seperti manusia, hujan, bukit-bukau, pokok, cahaya. Warna, kegelapan, bau, angin, bayang-bayang dan sebagainya. Kadang-kadang terdapat juga perkara yang baharu walaupun tidak pernah dilihat oleh manusia tetapi akal dapat membayangkannya seperti arasy. Manusia boleh membayangkan arasy walaupun bukan dari semua segi. Begitu juga apabila disebut kepada kita akan wujudnya Syurga, akal kita dapat memberi imaginisasi di dalam hati kita bentuknya. Maka bermungkinan ada berkebetulan betul beberapa sifat sebenar syurga itu dan boleh jadi kita salah dalam beberapa sifatnya.

Adapun Allah Ta’ala tidak boleh sekali-kali dikesan dengan fikiran,gambaran dan khayalan kita. Berkata Ubayy Bin Ka’ab, antara sahabat yang paling masyhur. Beliau menyebut di dalam pentafsirannya pada firman Allah Ta’ala ;

قال في تفسير قوله تعالى ((وَأَنَّ إِلَى رَبِّكَ الْمُنتَهَى)) : (إليه ينتهي فكر من تفكّر)

Yang bermaksud :

“dan bahwasanya kepada Tuhanmulah segala kesudahan” : bermakna “Tidak boleh memikirkan zat Allah Ta’ala” .

Diriwayatkan oleh Abu Qasim Al-Ansory diodalam Syarh Al-Irsyad.


www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com



No comments:

Post a Comment