Saturday, August 22, 2009

MEMPERMAINKAN AL-QURAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK



Al-Quran adalah kitab suci Umat Islam yang telah diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Shollallahu ’Alaihi Wasallam. Ia merupakan sumber pertama dalam pensyariatan Islam.


Keagungan Al-Quran tiada bandingannya sejak ia diturunkan sehinggalah ke hari kiamat. Susunan bahasanya cukup indah, mempesonakan, gaya bahasa yang tinggi, tiada sedikit kecacatan padanya di samping memberi iktibar dan pengajaran kepada Sang Labib (yang mempunyai mata hati). Kandungannya sahih lagi benar menjadi pegangan setiap orang Islam. Sebarang usaha buruk yang membawa kepada penyelewengan terhadap Al-Quran tidak boleh dimaafkan bahkan ia merupakan suatu pengkhianatan terhadap Agama Islam itu sendiri.


KETAHUILAH bahawa para ulama’ empat mazhab bersepakat MENGKAFIRKAN mereka yang mempermain-mainkan ayat Al-Quran. Antara yang menulis akan pengtakfiran ini dan memkhususkannya di bawah BAB RIDDAH ialah sebagaimana berikut ;


HANAFI ;

  1. Ibn ’Abidin Al-Hanafi di dalam kitab Rad Al-Mukhtar ’Ala Addur Al-Mukhtar.
  2. Badr Ar-Rasyid seorang faqih bermazhab Hanafi yang hidup pada kurun ke 8H. Beliau menulis sebuah karya tentang lafaz kufur yang berjudul ; (رسالة في ألفاظِ الكُفر").


MALIKI :

  1. Al-Qadhi ’Iyadh seorang yang bermazhab Maliki, beliau telah meninggal pada kurun yang ke enam.
  2. Syeikh Muhammad ’Illaish Al-Maliki di dalam kitabnya Manhu Al-Jalil Syarah Mukhtashor Khalil.
  3. Al-Hatthob Al-Maliki di dalam kitabnya Mawahibul Jalil.


SYAFIE :

  1. Imam An-Nawawi di dalam Raudhah At-Tholibin ; Kitab Ar-Riddah.
  2. Ibn Muqry
  3. Imam As-Subki di dalam Thobaqot As-Syafi’eyyah.
  4. Ibn Hajar Al-Haitami As-Syafi’e di dalam Fath Al-Jawad Bi Syarah Al-Irsyad.
  5. Yusuf Al-Ardabily As-Syafi’e di dalam kitabnya ("الأنوار لأعمال الأبرار") mengira lafaz-lafaz yang membawa kepada kekufuran setengahnya dalam bahasa Arab dan yang lainnya dalam bahasa Parsi kerana pengikut Imam Syafi’e ramai tersebar (pada zamannya) di Parsi (pada zaman ini Parsi dikenali dengan Negara Iran, negara yang telah dikuasai oleh golongan Syiah..wal’iyazubillah min syarrihim, Ukzbakistan dan sekitarnya).


HANBALI :

  1. Imam Al-Buhuty, seorang ulama’ masyhur bermazhab Hanbali. Beliau menjelaskannya di dalam syarah Muntaha Irodaat; Bab Al-Murtad.
  2. Dan yang lain-lain.


KENAPA ULAMA’ MENGARANG KITAB MENJELASKAN LAFAZ-LAFAZ KUFUR?


وقال الحافظ الفقيهُ اللغوي الحنفي محمد مُرتضى الزبيدي في شرح الإحياء ما نصه: "وقد ألَّف فيها غير واحدٍ من الأئمةِ من المذاهب الأربعة رسائل وأكثروا في احكامهم" ا.هـ. كل من المذاهب الأربعة ألَّفَ بعض فقهائهم رسائلَ في بيان الكُفريات لأنه كان ظهر في عُصورهم كلماتٌ بين الناس هي كفرٌ، فأرادوا إنقاذ الناس من خطرها فألّفوا تلك الرسائل، وهذا من أفضل الأعمال لأنَّ في ذلك إنقاذًا لمن حصلت منه تلك الكلمات من الكفر إلى الإيمان وتحذيرًا لمن لم يقع فيها حتى لا يقعَ فيه.


Berkata Al-Hafidz Al-Faqih Al-Lughawi Al-Hanafi Muhammad Murtadho Az-Zabidi dalam Syarh Al-Ihya’ ’Ulumuddin sebagaimana teksnya : ” Sesungguhnya ulama’ di kalangan para ulama’ empat mazhab telah mengarang risalah-risalah padanya (membicarakan lafaz-lafaz kufriyyah), majoriti mereka menjelaskan hukum- hakam tentangnya”. Intaha..


Sesetengah fuqaha’ dalam setiap mazhab yang empat mengarang risalah-risalah dalam memperjelaskan lafaz-lafaz kufur ini semata-mata kerana timbul pada zaman mereka kalimah-kalimah kufur (yang menjadi pertuturan orang ramai). (oleh kerana) mereka ingin menyelamatkan orang ramai daripada bahayanya (lafaz kufur) lalu mereka mengarang kitab-kitab tersebut. Ini adalah amalan yang paling mulia dan afdhol kerana usaha mereka itu boleh menyelamatkan mereka yang terjerumus ke dalam lembah kekufuran supaya kembali beriman kepada Allah di samping memberi awasan kepada yang belum tersungkur di dalamnya supaya menjauhinya (di dalam kehidupan mereka).


KAEDAH KUFUR YANG DISEPAKATI ULAMA’ :


[والقاعدة] أنَّ كلَّ عَقدٍ أو فعل أو قول يدل على استخفافٍ بالله أو كتبِه أو رُسُله أو ملائكته أو شعائره أو معالمَ دينه أو أحكامه أو وعدِهِ أو وعيدِه كفرٌ، فليَحذر الإنسانُ من ذلك جهدهُ [على أي حال].


[Kaedah] Sesungguhnya setiap akidah (keyakinan), perbuatan atau ucapan yang menunjukkan penghinaan terhadap Allah, kitab-kitab-Nya (Kitab-kitab samawiyah), para rasul-Nya, para malaikat-Nya, syiar-syiar-Nya, ajaran-ajaran agama-Nya, hukum-hakam-Nya, janji-Nya atau ancaman-Nya adalah kekufuran. Maka setiap orang hendaklah menjauhkan dirinya dengan segala upayanya dari semua perkara ini dalam apa keadaan sekalipun.


CONTOH LAFAZ-LAFAZ KUFUR YANG MENUNJUKKAN SIKAP MEMPERMAINKAN AYAT-AYAT AL-QURAN.


Ibarat ini dipetik daripada kata-kata Imam Al-Badr Ar-Rasyid di dalam risalahnya pada membicarakan tentang lafaz-lafaz kufur (KUFUR YANG DISEBABKAN OLEH PERKATAAN) pada fasal ( Al-Quran dan Al-Solat ).


Antaranya :

  • ”Dia berkata setelah menuangkan air ke dalam gelas ﴿وَكَأسًا دِهَاقاً﴾ [surah an-Naba’:34]
  • atau berkata setelah mengosongkan bekas minuman ﴿فَكَانَتْ سَرَابًا﴾ [surah an-Naba’:20]
  • atau pada ketika mengukur dan menimbang dia berkata ﴿وَإِذَا كَالُوْهُمْ أَوْ وَزَنُوْهُمْ يَخْسِرُوْنَ﴾ [surah al-Muthaffifin:3],
  • atau ketika melihat suatu kumpulan dia berkata ﴿وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا﴾ [surah al-Kahf:47] dengan tujuan memperlekeh-lekehkan semua ayat-ayat tersebut, begitu juga menggunakan [ayat-ayat] al-Quran dengan tujuan sedemikian dalam setiap keadaan hukumnya kafir.

يقول الشيخُ أحمدُ بن حجر الهَيتمي: إيرادُ الآيات في هذه المواضع لو لم تكن على وجه الاستخفاف لا يبعُد أن نحكم عليه بالحرمة لأنَّهُ إساءةُ أدبٍ مع القرءان، فإن كان على وجه الاستخفاف فهو كُفرٌ.


Adapun apabila bukan dengan tujuan itu maka tidak menjadi kafir, akan tetapi As-Syeikh Ibn Hajar Al-Haitamy As-Syafi’e berkata: "Tidak jauh [kemungkinan besar] dari dihukumkan sebagai perkara haram". Ini adalah kerana bersikap buruk adab (BIADAB) terhadap Al-Quran. Manakala sekiranya dilakukan dalam bentuk menghina atau memperlekehkan-lekehkan (Al-Quran) hukumnya KAFIR[1] Intaha.


PENCERAMAH-PENCERAMAH PAS SECARA KHUSUSNYA MEMPERMAINKAN AYAT-AYAT AL-QURAN


Pernahkah anda menghadiri ceramah yang diadakan oleh PAS? Siapakah yang kebiasaannya muncul di khalayak ramai memberi ceramah? Pernahkah terfikir di benak fikiran kita sesetengah penceramah yang diundang ke beberapa majlis ceramah adalah bukan berlatar-belakangkan pelajaran agama? Ada yang berkelulusan agama tetapi sumber pengajiannya belum tentu mengikut prinsip dan sillibus ilmu yang dirintis oleh ulama’-ulama’ muktabar dahulu bahkan ada yang tidak pernah kenal erti talaqqi kitab, ilmu diceduk dari akhbar-akhbar, internet, majalah-majalah, kemudian dijadikan modal perbualan di dalam ceramah supaya menjadi hiburan dan gelak ketawa serta tarikan orang ramai.


Sikap pengajian yang tidak berteraskan sillibus ulama’ muktabar ini amat berbahaya terutamanya ada di kalangan mereka yang sanggup menggunakan ayat-ayat Allah sesuka hati untuk digunakan sebagai hujah di dalam ceramah-ceramah mereka dalam menentang pihak lawan. Hasilnya, huraian dan syarahan kepada ayat dan hadis tersebut diselewengkan maknanya supaya mengikut kepentingan peribadi dan mengangkat bakul sendiri.


Terdapat beberapa penceramah yang penulis kenali di dapati banyak menggunakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis bukan pada tempatnya, mentafsirkan Al-Quran berdasarkan kepala otak sendiri, mencari ayat yang berbau politik dan dihuraikan mengikut citarasa sendiri supaya ianya boleh memancing undi beberapa penduduk Masyarakat Islam untuk kepentingan politik mereka. Antara mereka yang penulis dengar sendiri ialah MAT SABU dan beberapa kuncu-kuncunya.

Antara yang penulis kenalpasti menjadi runting dan bahan ceramah oleh beberapa penceramah yang tidak bertanggungawab ini ialah menggunakan firman Allah Ta’ala ;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ


Yang Bermaksud ;


“ Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”


Apa yang amat mengejutkan ialah ayat Al-Quran ini seringkali diulang-ulang oleh mereka di dalam ceramah-ceramah, dijadikan bahan gelak ketawa orang ramai, sehingga ada yang bersorakan dan berteriakan kerana kagum dengan kebolehan sesetengah penceramah yang mahir mengubah ayat tersebut, apa yang lebih menyedihkan lagi perkataan mereka ini ditiru-tiru oleh orang awam untuk dijadikan modal berbual di warung-warung dan kedai-kedai kopi tempatan.


Sekadar iktibar umum, cuba lihat bagaimana penceramah-penceramah PAS mentafsirkan ayat ini ;


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً


Di dalam ayat ini terdapat dua perkatan yang telah diubah secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai iaitu perkataan;


1. Perkataan Aamanu (آمَنُواْ) di dalam Al-Quran diganti dengan perkataan UMNO

2, Manakala perkataan Kaffah (كَآفَّةً) pula digantikan dengan perkataan PAS.


Selepas pengubahan kalimah-kalimah tersebut maka jadilah makna ayat Al-Quran itu pada sisi mereka ;


”wahai orang-orang UMNO, masuklah kamu keseluruhannya dalam PAS.”


LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH..Inilah bahayanya jika hati tidak takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala, taasub dan fanatik sudah menjadi darah dan daging, tidak melihat kesalahan diri sendiri, demi mengejar kepentingan diri sendiri agama dipermainkan sesuka hati, ayat Al-Quran diputarbelitkan dan disalaherti, Islam yang murni lagi suci diperalatkan atas nama perjuangan parti, ketahuilah mahkamah Allah sedang menanti..


MENGUBAH AYAT AL-QURAN ADALAH KEKUFURAN ;


Hukum ini petik daripada karangan Imam Nawawi rahimahullah


الكتاب : التبيان في آداب حملة القرآن

تأليف الامام أبي زكريا بن شرف النووي رحمه الله تعالى المتوفى سنة 676 هـ

العنوان : [ فصل ] أجمع المسلمون على وجوب تعظيم القرآن العزيز


Tajuk :


[Fasal] Orang Islam Bersepakat Wajib Mengagungkan Al-Quran Yang Mulia.


حكم تعظيمه


Hukum Memuliakannya -Al-Quran- (Mengikut Kaca Mata Imam Nawawi)


[ فصل ] أجمع المسلمون على وجوب تعظيم القرآن العزيز على الإطلاق وتنزيهه وصيانته وأجمعوا على أن من جحد منه حرفا مما أجمع عليه أو زاد حرفا لم يقرأ به أحد وهو عالم بذلك فهو كافر


“ Umat Islam telah bersepakat bahawa wajib seseorang itu mengagungkan Al-Quran yang mulia secara mutlak, menyucikannya, memeliharanya, mereka juga bersepakat bahawa barangsiapa yang mengingkari satu huruf ( di dalam Al-Quran) yang sudah disepakati padanya (oleh para ulama’) atau menambahkannya satu huruf yang tidak pernah dibaca pun sebelum ini manakala dia pula mengetahui perkara yang sedemikian itu HUKUMNYA ; KAFIR.”


قال الإمام الحافظ أبو الفضل القاضي عياض رحمه الله اعلم أن من استخف بالقرآن أو المصحف أو بشئ منه أو سبهما أو جحد حرفا منه أو كذب بشئ مما صرح به فيه من حكم أو خبر أو أثبت ما نفاه أو نفى ما أثبته وهو عالم بذلك أو يشك في شئ من ذلك فهو كافر بإجماع المسلمين


Berkata Al-Hafidz Abu Al-Fadhl Al-Qhadhi ‘Iyadh -semoga Allah merahmatinya- bahawa barangsiapa yang memperlekeh-lekehkan Al-Quran, atau mashaf, atau mencelanya, ataupun mengingkari satu huruf daripadanya, atau mendustai sesuatu yang telah jelas hukum padanya, atau (mendustakan) perkhabarannya, atau mengisbatkan apa yang telah dinafikannya, atau sebaliknya (menafikan apa yang telah diisbatkannya) manakala dia mengetahui perkara yang sedemikian itu HUKUMNYA ; KAFIR DENGAN IJMA’ UMAT ISLAM.


وكذلك إذا جحد التوراة والإنجيل أو كتب الله المنزلة أو كفر بها أو سبها أو استخف بها فهو كافر


Begitu juga sekiranya seseorang itu mengingkari turunnya kitab Taurat, Injil (yang belum diubah) dan Kitab-kitab yang diturunkan Allah, atau kufur padanya (ingkar), atau mencacinya, atau menghinanya maka HUKUMNYA ; KAFIR.


تنبيه وقد أجمع المسلمون على أن القرآن المتلو في الأقطار المكتوب في الصحف الذي بأيدي المسلمين مما جمعه الدفتان من أول الحمد لله رب العالمين إلى آخر قل أعوذ برب الناس كلام الله ووحيه المنزل على نبيه محمد صلى الله عليه وسلم : وأن جميع ما فيه حق وأن من نقص منه حرفا قاصدا لذلك أو بدله بحرف آخر مكانه أو زاد فيه حرفا مما لم يشتمل عليه المصحف الذي وقع فيه الإجماع وأجمع على أنه ليس بقرآن عامدا لكل هذا فهو كافر


PERHATIAN PENTING ;


Umat Islam telah bersepakat Al-Quran yang dibaca di beberapa buah tempat (Negara) yang tertulis pada mashaf-mashaf yang terdapat pada Umat Islam (hari ini), yang terdiri daripada 2 lembaran (utama) bermula dengan (الحمد لله رب العالمين) sehinggalah ke akhirnya (قل أعوذ برب الناس) adalah Kalamullah, dan wahyu-Nya diturunkan ke atas Nabi-Nya Muhammad Shollallahu ‘Alaihi Wasallam ; mempercayai segala kandungannya (wahyu) adalah benar. Barangsiapa yang mengurangkan satu huruf daripadanya dengan sengaja atau mengubahnya dengan huruf lain sebagai ganti tempatnya, atau menambah satu huruf lain yang tidak merangkumi apa yang telah disepakati (para Ulama’) dan juga ijma’ mengatakan ianya bukan daripada Al-Quran secara sengaja maka HUKUMNYA ; KAFIR


حكم تفسيره


Hukum Mentafsirkan Ayat Al-Quran (Mengikut Kaca Mata Imam Nawawi );


[ فصل ] ويحرم تفسيره بغير علم والكلام في معانيه لمن ليس من أهلها والأحاديث في ذلك كثيرة والإجماع منعقد عليه


Fasal; Haram mentafsirkannya (Al-Quran ) tanpa ilmu pengetahuan (hurai guna kepala otak sendiri) begitu juga (haram) membicarakan akan maknanya bagi mereka yang yang bukan ahlinya. Hujah daripada hadis akan (pengharaman) tersebut adalah banyak sekali bahkan ijma’ pernah juga termeterai padanya ( Pengharaman Mentafsirkan Al-Quran Tanpa Pengetahuan).


وأما تفسيره للعلماء فجائز حسن والإجماع منعقد عليه فمن كان أهلا للتفسير جامعا للأدوات حتى التي يعرف بها معناه وغلب على ظنه المراد فسره إن كان مما يدرك بالاجتهاد كالمعاني والأحكام الجلية والخفية والعموم والخصوص والإعراب وغير ذلك وإن كان مما لا يدرك بالاجتهاد كالأمور التي طريقها النقل وتفسير الألفاظ اللغوية فلا يجوز الكلام فيه إلا بنقل صحيح من جهة المعتمدين من أهله وأما من كان ليس من أهله لكونه غير جامع لأدواته فحرام عليه التفسير لكن له أن ينقل التفسير عن المعتمدين من أهله



Adapun mentafsirkannya (Al-Quran) mengikut acuan ulama’ HUKUMNYA ; HARUS LAGI ELOK DAN ADA IJMA’ TERMETERAI AKAN KEHARUSANNYA. Barangsiapa yang mempunyai keahlian dalam ilmu Tafsir (Al-Quran), lengkap segala alat-alat sehingga mampu mengetahui makna-makna Al-Quran, mampu mengeluarkan hukum-hakam yang Jali (tersurat) dan Khafi (tersirat), menguasai ilmu Am dan Khas ( salah satu bab penting dalam usul fiqh), dan mahir dalam I’rab ( ilmu yang berkaitan dengan Tatabahasa Arab), dan sebagainya (daripada syarat-syarat ijtihad). Tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat diketahui dengan ijtihad (mujtahid) seperti ilmu yang cara mengetahuinya dengan cara nukilan dan dengan cara pentafsiran lafaz-lafaz yang berkaitan dengan Bahasa Arab maka TIDAK HARUS membicarakannya melainkan dengan kaedah nukilan yang sahih oleh orang yang ahli dan boleh dipercayai. Akan tetapi bagi yang bukan ahlinya disebabkan tidak melengkapi segala alat-alat keperluan maka HARAM HUKUMNYA mentafsirkannya (Al-Quran) tetapi boleh menukilkan pentafsiran daripada ahlinya yang dipercayai.


ثم المفسرون برأيهم من غير دليل صحيح أقسام :


Kemudian pentafsir-pentafsir yang menggunakan pendapat sendiri (syok dengan pandangan sendiri) tanpa ada dalil yang sohih terbahagi pula kepada beberapa bahagian :


* 1 – منهم من يحتج بأنه على تصحيح مذهبه وتقوية خاطره مع أنه لا يغلب على ظنه أن ذلك هو المراد بالآية وإنما يقصد الظهور على خصمه


Sesetengah mereka ada yang menggunakan (Ayat Al-Quran) untuk memenangkan mazhabnya (aliran dan kelompoknya), menguatkan lintasan hatinya padahal dia sendiri tiada yakin bahawa itulah makna sebenar ayat tersebut, tetapi sengaja dilakukan kerana ingin menzahirkan permusuhannya.


* 2 - ومنهم من يقصد الدعاء إلى خير ويحتج بآية من غير أن تظهر له دلالة لما قاله


Ada di kalangan mereka yang bertujuan menyeru kepada perkara kebaikan lalu berhujah dengan mana-mana ayat tanpa menzahirkan apa-apa tanda yang menunjukkan itu adalah pendapatnya.


* 3 - ومنهم من يفسر ألفاظه العربية من غير وقوف على معانيها عند أهلها وهي مما لا يؤخذ إلا بالسماع من أهل العربية وأهل التفسير كبيان معنى اللفظ وإعرابها وما فيها من الحذف والاختصار والإضمار والحقيقة والمجاز والعموم والخصوص والتقديم والتأخير والإجمال والبيان وغير ذلك مما هو خلاف الظاهر ولا يكفي مع ذلك معرفة العربية وحدها بل لا بد معها من معرفة ما قاله أهل التفسير فيها فقد يكونون مجتمعين على ترك الظاهر أو على إرادة الخصوص أو الإضمار وغير ذلك مما هو خلاف الظاهر وكما إذا كان اللفظ مشتركا في معان فعلم في موضع أن المراد أحد المعاني ثم فسر كل ما جاء به فهذا كله تفسير بالرأي وهو حرام والله أعلم


(Manakala yang terakhirnya) terdapat juga yang mentafsirkan lafaz-lafaz Bahasa Arab (Al-Quran) tanpa bertanyakan maknanya (yang sebenar) daripada ahlinya, padahal (maknanya) itu tidak sekali-kali boleh difahami melainkan dengan Sama’ (bertalaqqi) daripada ahli ulama’ Arab, dan daripada Ahli Tafsir seperti menperjelaskan makna lafaz (Bahasa Arab) dan I’rabnya,(di samping ilmu cabangannya) seperti Al-Hazaf (Buang), Al-Ikhtishor (Ringkasan), Al-Idhmar (kata ganti nama yang tersembunyi), Al-Haqiqah dan Al-Majaz (ilmu yang berkaitan dengan Ilmu Bayan yang merupakan cabangan Ilmu Balaghah), Al-‘Umum dan Al-Khusus (di dalam ilmu usul Fiqh), At-Taqdim (mendahulukan) dan At-Ta’khir (mengakhirkan), Al-Ijmal dan Al-Bayan (di dalam ilmu usul Fiqh) dan sebagainya.


Walaupun begitu, tidak memadai bagi seseorang itu (mentafsirkan Al-Quran) dengan hanya mengetahui Bahasa Arab sahaja bahkan mestilah mengetahui di sampingnya pendapat ulama’ ahli Tafsir yang berkaitan dengannya. Adakah mereka bersepakat meninggalkan makna zahir atau mereka inginkan makna yang tertentu (mentakwilkan), tau bersepakat pada menggunakan dhamir (kata ganti nama tertentu) dan sebagainya sebagaimana bercanggah dengan zahir lafaz. Begitu juga sekiranya satu lafaz itu berkongsi banyak makna (biasanya perkara ini terdapat dalam ilmu usul Fiqh),apabila dia mengetahui salah satu maknanya digunakan pada suatu keadaan lalu di tafsirkan pada semua keadaan ; ini semua adalah pentafsiran menggunakan pendapat sendiri, HUKUMNYA ; HARAM.Wallahu ‘a’lam. Intaha kalam Imam Nawawi.


NASIHAT :


Saya menasihati diri sendiri, saudara pembaca, penceramah-penceramah PAS, UMNO, atau PKR menjaga agama Islam tercinta, mencari jalan dan titik noktahnya. Jangan gadaikan agama Islam tercinta demi untuk kepentingan diri sendiri. Sedangkan pihak musuh Cina Kuffar secara khususnya bergelak ketawa melihat kehancuran pada Umat Islam pada hari ini.


Ingatlah firman Allah Ta’ala ;


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ


Yang bermaksud :


“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”


Fikir-fikirkanlah…


www.pasvspas.blogspot.com

pasvspas@yahoo.com



[1]. Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami di dalam Al-I’lam Bi Qawathi’ Al-Islam.

No comments:

Post a Comment