Saturday, August 8, 2009

MENGKAFIRKAN RASULULLAH, SYAK AKAN KEIMANANNYA TIADA KEUZURAN PADA SISI SYARAK





  • HADIS AL-JARIYAH

SEBAB WURUD HADIS ;

Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah kemudian mengadu kepada baginda ; wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai seorang hamba perempuan yang di pertanggungjawabkan supaya mengembala kambing. Suatu hari aku datang menemuinya lalu aku diberitahunya akan kehilangan seekor daripada kambing-kambing dibawah jagaannya. Dia mengatakan bahawa kambing tersebut telah dimakan oleh serigala, aku merasa sedih dan tersempit lalu aku memberi penampar pada wajah dan pada lehernya. Aku membawanya menjumpai Rasulullah bagi mengadu akan hal tersebut. Kemudian Rasulullah menanyakan beberapa soalan kepadanya untuk menentukan keimanannya kepada Allah Ta’ala.


Hadis Jariah secara umumnya dikategorikan sebagai :

1- Hadis Mudthorib ( Hadis Dho’if )
2- Sohih tetapi ditakwil

PANDANGAN ULAMA’ ULAMAK MUKTABAR YANG MENGATAKAN HADIS JARIAH MUDTHORIB (DHAIF):

TAKRIFAN :

Suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannnya yang berbeza-beza, saling bertentangan antara satu sama lain dan tiadak boleh dihimpunkan sehingga dihukumkan sebagai hadis dho’if.

KENAPA HADIS JARIAH DIKETEGORIKAN KEBANYAKAN ULAMA’ MUHADDITHIN SEBAGAI DHAIF ?

قَالَ وَكَانَتْ لِي جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِي قِبَلَ أُحُدٍ وَالْجَوَّانِيَّةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي آدَمَ آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا قَالَ ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ لَهَا أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Hadis tersebut dihukum oleh ulamak Muhaddisin sebagai hadis mudtarib (daif) kerana DUA PERKARA :

SEBAB YANG PERTAMA :

Kerana DIRIWAYATKAN DENGAN PELBAGAI LAFAZ YANG MANA LAFAZNYA ITU MUSTAHIL UNTUK DIHIMPUNKAN BERIKUTAN PERBEZAAN MAKNA DAN PERTENTANGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN.

Hadis Jariah diriwayat oleh Muslim dengan lafaz AinAllah (أين الله) ;

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا قَالَ ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ لَهَا أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz (من ربك فقالت الله ربي);

أبو عبيدة عن جابر بن زيد قال جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إن جارية لي ترعى غنما فجئتها ففقدت شاة من الغنم فسألتها فقالت أكلها الذئب فأسفت عليها وضجرت حتى لطمت وجهها وعلي رقبة أفأعتقها فقال إن هي جاءت فأت بها فأتى بها الرجل فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم من ربك فقالت الله ربي فقال ومن نبيك فقالت أنت محمد رسول الله فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للرجل إعتقها فإنها مومنة

Juga dengan lafaz lain (أين الله فأشارت إلى السماء) :

حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا يزيد أنا المسعودي عن عون عن أخيه عبيد الله بن عبد الله بن عتبة عن أبي هريرة : ان رجلا أتى النبي صلى الله عليه و سلم بجارية سوداء أعجمية فقال يا رسول الله ان على عتق رقبة مؤمنة فقال لها رسول الله صلى الله عليه و سلم أين الله فأشارت إلى السماء بأصبعها السبابة فقال لها من أنا فأشارت بأصبعها إلى رسول الله صلى الله عليه و سلم والى السماء أي أنت رسول الله فقال أعتقها

Selain daripada itu terdapat juga lafaz lain yang diriwayatkan oleh Imam Malik seperti (أَتَشْهَدِينَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَتْ نَعَمْ);

و حَدَّثَنِي مَالِك عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجَارِيَةٍ لَهُ سَوْدَاءَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَلَيَّ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً فَإِنْ كُنْتَ تَرَاهَا مُؤْمِنَةً أُعْتِقُهَا فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْهَدِينَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَتْ نَعَمْ قَالَ أَتَشْهَدِينَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ

Riwayat Imam Malik yang terakhir ini sahaja yang bertepatan dengan usul ‘aqidah.

SEBAB YANG KEDUA ;

Riwayat “AinAllah” bercanggah dengan usul ‘Aqidah kerana usul ‘aqidah mengatakan bahawa seseorang itu tidak dihukum sebagai Islam dengan mengatakan (الله فِي السَّمَاءِ) “Allah berada di langit” kerana perkataan ini merupakan penyamaan dengan ‘aqidah Yahudi dan Nasrani, ajaran Kahar di Malaysia, dan sebagainya. Di dalam Islam seseorang itu dikira sebagai seorang Islam dengan menuturkan dua kalimah syahadah (أشهد أن لا إله الا الله وأشهد أن محمدا رسول الله) kerana ia merupakan Usul Akidah sebagaimana diterangkan oleh sabda Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang sabdanya :

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا محمد بن سنان القزاز ثنا عمرو بن عاصم الكلابي ثنا عمران بن داود القطان ثنا معمر بن راشد عن الزهري عن أنس قال : لما توفي رسول الله صلى الله عليه و سلم ارتدت العرب قال فقال عمر بن الخطاب رضي الله عنه يا أبا بكر أتريد أن تقاتل العرب قال فقال أبو بكر رضي الله عنه إنما قال رسول الله صلى الله عليه و سلم أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأني رسول الله

“Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah dan mengiktiraf aku sebagai RasulNya.

Hadis ini berstatus MUTAWATTIR kerana diriwayatkan oleh 15 orang sahabat, Maka periwayatan Hadis AinAllah (أَيْنَ اللَّهُ) ini ditolak oleh para ulama’-ulama’ yang mukatabar kerana bercanggah ianya dengan periwayatan Hadis Mutawattir.

KAEDAH ULAMA’

ما خلف المتواتر فهو باطل إن لم يقبل التأويل

“Sesuatu yang bercanggah dengan Mutawatir hukumnya bathil sekiranya tidak boleh ditakwilkan “

SHUBHAH :

Bagaimana boleh dikatakan riwayat muslim (أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ) sehingga akhir riwayatnya ditolak sedangkan pada kami (musyabbihah) setiap hadis yang terdapat di dalam kitab Muslim semuanya sahih-sahih belaka?

JAWAPAN :

Ketahuilah bahawa terdapat beberapa hadis di dalam Muslim ditolak dan didhaifkan oleh ulamak muhadditsin yang lain. Antara hadis-hadis tersebut adalah seperti ;

HADIS PERTAMA ;

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ فِي النَّارِ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ


HADIS YANG KEDUA ;

وحديث إنه يُعطى كل مسلم يومَ القيامة فِداءً لهُ من اليهود والنصارى

HADIS YANG KETIGA :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مِهْرَانَ الرَّازِيُّ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ عَبْدَةَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يَجْهَرُ بِهَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ يَقُولُ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ تَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ وَعَنْ قَتَادَةَ أَنَّهُ كَتَبَ إِلَيْهِ يُخْبِرُهُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ حَدَّثَهُ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَكَانُوا يَسْتَفْتِحُونَ بِ { الْحَمْد لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } لَا يَذْكُرُونَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فِي أَوَّلِ قِرَاءَةٍ وَلَا فِي آخِرِهَا


• Hadis yang pertama didhaifkan oleh Imam As-Suyuty
• Hadis yang kedua didhifkan oleh Imam Al-Bukhari
• Manakala hadis yang ketiga ditolak dan didaifkan oleh Imam Syafi’e dan ramai dari Muhadditsin.


ULAMA’-ULAMA’ YANG MENDHO’IFKAN HADIS TERSEBUT ;

1. Al-Imam Al-Hafiz Abi Bakar Bin Husain Ibn Ali Al-Baihaqi di dalam kitab “Asma’ Wa Al-Sifat”
2. Al-Hafiz Abdullah Al-Ghummari dalam kitabnya “ al-Fawaidu al-Maqsudah” dan mengira hadis ini sebagai ‘Syaz’ (ganjil) tidak boleh beramal dengannya kerana bercanggah dengan Hadis Mutawatir. Di dalam kitab ini diperjelaskan dengan terperinci kedho’ifan riwayat-riwayat tentang hadis Jariah dengan terang disamping ianya jelas sekali menyanggah ‘aqidah yang mengatakan Allah berada di langit tidak boleh mengisbatkan keimanan seseorang.
3. Al-Syeikh Jamil Halim dalam kitabnya “al-Nujum al-Sariyah fi takwil hadis al-jariah”.
4. Imam Al-Kawtsari dalam kitabnya Al-Aqidah Wa Al-Ilm Al-Kalam.
5. ramai lagi.

PANDANGAN YANG MENGATAKAN HADIS SOHIH :

Namun, Ada ulama’ yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, tetapi mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit tetapi mereka mentakwilkan hadis ini. Perkataan jariah fissama’ menunjukkan pengagungan dan mengisyaratkan tentang ketinggian martabat bukannya Allah swt itu bertempat dan berpihak di atas. Antaranya Al-Imam al-Hafiz al-Nawawi r.a. Di dalam kitab Syarah Sohih Muslim beliau telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan (أين الله) adalah suatu soalan yang bertanyakan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna sabda Baginda di atas kepada Jariah (hamba perempuan itu) ialah: "Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?". Selanjutnya, jawapan hamba perempuan السماء في (di langit) itu pula bermakna: "Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya". Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu bermaksud Allah taala mempunyai bertempat di langit.

ULAMA’-ULAMA’ YANG MENSOHIHKAN HADIS TERSEBUT BESERTA TAKWIL DAN TANZIH ;

1. Imam Al-Hafiz Al-Nawawi dalam Syarah Sohih Muslim
2. Al-Imam Al-Mujtahid Abi Al-Hasan Taqiuddin Ali Bin Abd Al-Kafi Al-Subki Al-Kabir di dalam kitabnya “Al-Saifu Al-Soqilu Fi Roddi ‘Ala Ibni Zafil”
3. Imam Al-Mujtahid Tajuddin Al-Subki (anak Imam al-Subki)
4. Abu Bakar Ibnu Arabi dalam mensyarahkan hadis Abi Rozin Fi Al-‘Aridoh
5. Abu Al-Walid Al-Baji di dalam kitab “al-Muntaqa”
6. Ibnu Al-Jauzi Al-Hanbali
7. Imam Al-Hafiz Abi Bakar Ibn Furu’
8. dan ramai lagi

Sebagai contoh Imam Al-Hafiz An-Nawawi apabila mensyarahkan kitabnya Syarah Sohih Muslim beliau berkata :


قوله صلى الله عليه و سلم أين الله قالت في السماء قال من أنا قالت أنت رسول الله قال اعتقها فانها مؤمنة هذا الحديث من أحاديث الصفات وفيها مذهبان تقدم ذكرهما مرات في كتاب الايمان أحدهما الايمان به من غير خوض في معناه مع اعتقاد أن الله تعالى ليس كمثله شيء وتنزيهه عن سمات المخلوقات والثاني تأويله بما يليق به فمن قال بهذا قال كان المراد امتحانها هل هي موحدة تقر بأن الخالق المدبر الفعال هو الله وحده وهو الذي اذا دعاه الداعي استقبل السماء كما اذا صلى المصلي استقبل الكعبة وليس ذلك لأنه منحصر في السماء كما أنه ليس منحصرا في جهة الكعبة بل ذلك لأن السماء قبلة الداعين كما أن الكعبة قبلة المصلين أو هي من عبدة الأوثان العابدين للأوثان التي بين أيديهم فلما قالت في السماء علم أنها موحدة وليست عابدة للأوثان قال القاضي عياض لا خلاف بين المسلمين قاطبة فقيههم ومحدثهم ومتكلمهم ونظارهم ومقلدهم أن الظواهر الواردة بذكر الله تعالى في السماء كقوله تعالى أأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الأرض ونحوه ليست على ظاهرها بل متأولة عند جميعهم.اهـ

Yang bermaksud ;

“ Bertanya Rasulullah;(أين الله). Lalu hamba perempuan itu menjawab:(في السماء)Sabda Rasulullah lagi (من أنا) dia menjawab lagi (أنت رسول الله) bersabda Rasulullah ; (اعتقها فانها مؤمنة), hadis ini adalah hadis yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah. Terdapat dua pendapat pada masalah ini sebagaimana diulang-ulang pada keterangan yang lalu di dalam Kitab Iman.

Pendapat yang pertama;

Beriman dengannya, tanpa melakukan perbincangan pada maknanya (tanpa mentakwilkannya) disamping itu mestilah beriktikod Allah Ta’ala tidak sama dengan ciptaanNya, dan mensucikan-Nya daripada makhluk.

Pendapat yang kedua :

MENTAKWILKANNYA sebagaimana yang layak bagi-Nya. Bagi yang berpendapat dengan pendangan ini mereka mengatakan ; Tujuan Rasulullah bertanya sedemikian adalah untuk mengujinya adakah dia seorang yang Muwahhidah ( mengesakan Allah), adakah dia mengakui Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir alam ini, adakah dia mengakui Yang Maha berkehendak itu hanya Allah Ta’ala sahaja, Dialah Tuhan yang apabila seseorang itu berdoa dia mengadapkan dirinya ke arah langit sepertimana apabila seseoang itu sembahyang dia mengadapkan diri ke arah qiblat, ini bukanlah bermakna Allah Ta’ala berada di arah langit sepertimana dia juga tidak berada di arah kaabah. Bahkan demikian itu kerana langit adalah qiblat bagi orang yang berdoa sepertimana kaabah itu pula merupakan qiblat bagi orang yang bersembahyang.

Atau untuk menguji adakah dia seorang penyembah berhala, iaitu penyembah berhala yang terdapat di hadapan mereka. Apabila dia (hamba perempuan) menjawab (في السماء)
Baginda telah mengetahui bahawa dia seorang yang beriman, bukannya seorang penyembah berhala.

Berkata Al-Qadhi ’Iyadh : Tiada khilaf (IJMA”) di antara umat Islam keseluruhannya ; para fuqaha’, muhaddits, ulama’ mutakallim, ulama’ yang berijtihad mahupun yang bertaqlid bahawa ayat-ayat yang zahir yang warid pada menyebut (الله فِي السَّمَاءِ) seperti firman Allah Ta’ala ;

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ

Dan yang seumpama dengan ayat ini bukanlah boleh dipegang secara zahirnya bahkan ditakwilkannya pada sisi semua ulama’-ulama’ tadi.


PENYELEWENGAN GOLOGAN WAHHABI TERHADAP HADIS JARIYAH

Golongan Wahabi memandang hadis ini sebagai hadis yang sohih tanpa ada sebarang takwilan. Pegangan mereka akan ayat Mutasyabihat secara zahir ayat SEBENARNYA addalah untuk membantu memenangkan akidah mereka dan menyebarkan tashbih dan tajsim di kalangan masyarakat Islam. Kaedah mereka adalah bercanggah dengan ulama’-ulama’ muktabar seluruhnya : Salaf mahupun khalaf, bahkan sudah amat terang sekali bukan daripada akidah nabi kita tercinta melainkan ianya adalah akidah golongan mujassimah seperti Ibn Taymiyah, Muhammad Abdul Wahhab, Al-bany, Ad-Darimi Mujassim ,Karamiyah, Hasywiyah yang bilangannya boleh dihitung dengan jari. Jesteru itu golongon mujassimah ini termasuk Abdul Hadi Awang tanpa rasa segan silu menggunakan hadis ini sebagai hujah paling kuat bagi menyebarkan akidah wahhabiyah pada masyarakat Islam secara umumnya dan kepada pengikut PAS secara khusus. Tetapi agama Allah tetap Manshur (dibantu) oleh ulamak-ulamak yang tidak akan diam akidah islam diterajang oleh musuh Allah ini. Pasti akan ada ulama’ yang bangun menentang golongan mujassimah ini bagi menjaga kemurnian dan kelestarian akidah Islam..Allahu Akbar..

ABDUL HADI AWANG AL-MUJASSIM MEMUTARBELITKAN DAN MENGUBAH HADIS JARIAH


Apabila didengar dan diperhatikan ceramah Abdul Hadi Awang ini jelas menunjukkan hadis Jariah ini pertama kali didengari oleh penulis. Apabila diselidiki di dalam sohih muslim tiada, dalam Muatho’ pun tiada, Imam Bukhari tidak pula meriwayatkan hadis ini. Pendek kata kitab sittah dan kitab lain tiada meriwayatkannya sebagaimana lafaz yang disebut oleh Abdul Hadi Awang Al-Mujassim. Rupa-rupanya lafaz yang digunakan adalah terbalik, sepatutnya Nabi yang bertanyakan Jariah tersebut dengan soalan (أين الله) manakala budak (hamba perempuan) menjawab dengan jawapan (في السماء) tetapi apa yang terjadi ialah sebaliknya. Penyelewengan hadi ini adalah suatu yang amat jelas yang tidak dapat ditakwilkan lagi. Andaikatalah dipakai hadis yang diubah dan diseleweng oleh Abdul Hadi Awang Al-Mujassim ini maka jadilah Jariah itu pula yang mengesyaki akan keimanan Nabi Kita shollallahu ’Alaihi wasallam. Maka ini secara tidak langsung menghukumkan Nabi Kita shollallahu ’Alaihi wasallam insan yang kafir. Wal’yazubillahi min kufrihim...

Cuba perhatikan betapa pendustanya Abdul Hadi Awang terhadap Hadis Rasulullah :

Berkata Abdul hadi Awang Al-Mujassim ;

”bila budak tanya Nabi :"AINALLAH?" mana tuhan? Nabi kata "fis samak" Nabi jawab "fis samak"..tuhan di langit.." "..Fis samak tuhan duk di atas langit TIDAKKAH TUHAN DUK BERTEMPAT? ini termasuk dalam Hadis yang mutasyabihat..jadi golongan salaf mengatakan paka zohir Hadis.” Intaha.

Kalaulah hadis Nabi Muhammad kita TERCINTA ini boleh Abdul Hadi Awang buat kelentong dan berani mengubah-ngubahnya dengan sewenang-wenangnya bagaimana pula Agama Islam boleh selamat ditangannya?? Bagaimana nak melakukan Hudud kalaulah akidah Islam yang menjadi syarat seseorang itu beriman pun bermasih tidak betul? Padahal akidah menjadi asasi dalam semua perkara. Agama yang bagaimana yang ingin diperjuangkan? Adakah agama Yahudi atau agama Wahhabi yang menjadi teras agenda menyerangi Umat Islam di Malaysia? Hudud yang bagaimana yang ingin dilaksanakan? Adakah hudud perjuangan Abdul Hadi Awang al-Mujassim, Nik Abdul Aziz Al-Mujassim yang ingin dimartabatkan? Adakah perlu memberi sokongan hudud Abdul Hadi Awang al-Mujassim, Nik Abdul Aziz Al-Mujassim yang seleweng dengan kerjasama kuffar Cina membunuh ulama’-ulama’ melayu kita sebagaimana pembunuhan yang dilakukan oleh wahhabi di Jordan, Jazirah,di syiria, di Lubnan atau pembunuhan dan penyembelihan rakyat palestin dan iraq oleh golongan Yahudi? Adakah hudud PAS Membunuh ulama-ulama’ pondok yang berpengang teguh dengan ajaran Islam sebenar? Atau menentang Amalan Maulid yang menjadi teras kepada masyarakat islam di malaysia sebagai dakwaan ianya kurafat dan sebagainya?

Padahal yang terlebih utama ialah melaksanakan hukuman hudud membenteras pada golongan yang murtad yang telah sabit kekufurannya, menyebarkan ajaran tajsim dan tashbih,menyebarkan ajaran Wahhabi yang bercanggah dengan Islam, Ajaran Ayah Pin, Pembawa Ajaran Kahar, dan ajaran sesat yang lain yang boleh meragut kesucian Agama Islam itu sendiri. Setelah itu barulah melaksanakannya kepada mereka yang berzina, mencuri, qath’u at-thoriq dan sebaginya.

www.pasvspas.blogspot.com
pasvspas@yahoo.com

No comments:

Post a Comment