Sunday, September 6, 2009

PEMBONGKARAN EKSKLUSIF

PELAJAR PONDOK YANG BELOT & PEMBONGKARANNYA AKAN KESESATAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Artikel di bawah ini adalah nukilan daripada tulisan ringkas seorang bekas penuntut di Pondok Sungai Durian yang kemudiannya menyambung pengajiannya di Universiti Al-Wahhabiyah ; Universiti [Islam] Madinah. Bukanlah menjadi niat penulis untuk menjadikan tulisan ini sebagai bukti utama dalam membongkar ajaran Wahhabiyah yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi sebagai dalil cabangan yang releven untuk difikirkan bersama bagi menguatkan hujah yang penulis utarakan sebelum ini. Sebelum ini pun, penulis sudah mendengar sendiri beberapa permasalahan tersebut daripada beberapa kawan-kawan yang mengajar di pondok tetapi disebabkan tiada bukti yang jelas, maka penulis terpaksa mendiamkan diri dahulu hinggalah penulis mendapati tulisan di bawah ini.

Artikel ini dipetik daripada forum perbualan di sini ;

http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5749/postdays=0/postorder=asc/start=30.html.

Berkata penulis artikel ;

“Untuk pengetahuan hafiz, saya tidak pernah mencela aliran pondok. Sebagai bekas anak pondok Saya tahu kebaikan dan kelemahan sistem pondok, kebaikannya ialah kita merasa dekat dengan akhirat dan sentiasa insaf dan ingin kuat beramal. Satu lagi kelebihan institusi pondok ialah hubungan yang erat antara guru dengan pelajar. Inilah keistimewaan yang rasanya agak sukar nak diterapkan sekarang. Kelemahannya ialah begitu taksub
[1] kepada pendapat tok guru kita. Saya terpaksa mengatakan perkara yang sebenar. Untuk menceritakan bab pondok ini memerlukan cerita yang panjang.

Saya juga tidak merendahkan institusi pondok, guru2 nya dan ulama silam semenanjung, malah saya mengunakan kitab Sheikh Daud AlFatani, Sheikh Muhammad Zain Al Fatani , Sheikh Arshad Al Banjari untuk mengajar tetapi saya tidak menerima bulat2 apa yang disebut dalam kitab2 tersebut..Institusi pondok sebenarnya sangat penting kepada perkembangan islam tetapi ianya memerlukan nafas baru. Saya bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Dr Abdul Basit yang tidak mudah menuduh bid`ah amalan masyarakat . Nampaknya Dr Abdul Basit mengajar dan menerangkan secara hikmah.[
[2]]

Saya hanya tidak setuju dengan adik2/anak2 yang masih baru berjinak dan belum mantap lagi dengan manhaj salafi untuk belajar di pondok Pasir Tumbuh tetapi kalau memang dah mantap ahlan wasahlan.

saya setuju dengan pandangan doktor. Saya bekas pelajar di pondok Sungai Durian. Tok guru saya rahimahullah (ayah Dr Basit) amat kuat menentang kaum muda ( sekarang dipanggil salafi) dan sering menyatakan Ustaz Nik Aziz ( sekarang menteri besar Kelantan ) keluar dari mazhab 4 dan ahli sunnah wal jamaah. Saya pernah dengar perbahasan diantara 2 tokoh ini.

Pada tahun 1972 masjid Guchil memanggil kedua tokoh ini untuk menyampaikan ceramah maulidir rasul. Setelah itu diadakan pembacaan Barzanji. Apabila sampai waktu berselawat Ustaz Nik Aziz tidak bangun. Apa lagi tok guru saya amat marah sekali, katanya sepatutnya kita bangun sewaktu berselawat lalu tok guru saya baca apa yang disebut dalam berzanji iaitu : ” wahaadza waqadis tahsanal qiyam hingga akhirnya “. Yang bermaksud: ” Dan eluklah berdiri ketika berselawat ” hingga akir ( sila rujuk Barzanji }.

Nik Aziz jawab : Itu bukan hadith tetapi hanyalah kata-kata dari pengarang Barzanji . Macam mana saya nak berdiri ketika berselawat kerana Nabi tak datang , kalau Nabi datang saya akan berdiri menghormatinya ”.

Tok guru saya amat marah sehingga dia terus balik. Bermula dari situlah mereka berdua tidak boleh bertemu dalam majlis.

Saya tak pasti samada Dr Abdul basit ingat atau tidak peristiwa ini kerana dia masih kecil ketika itu. Saya lebih tua darinya 4 tahun.

Sekiranya ketika itu teknologi komunikasi seperti zaman sekarang ini sudah tentu nama Ustaz nik Aziz dan fahamannya tersebar luas seperti URD dan Dr Asri.

Ustaz Nik Aziz ini dahulunya memang kuat menentang talqin, Baca tahlil dan Al Quran kepada orang mati, Baca Usalli , sifat 20 dan lain-lain . Namun begitu dia tidak melarang perayaan maulid bahkan dia kerap berceramah maulid.

Tok guru saya ketika itu adalah ahli majlis ulama dan majlis fatwa negeri Kelantan sehingga banyak kali dia mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan menangkap Ustaz Nik Aziz kerana menyebarkan fahaman kaum mudanya. Namun begitu Mufti Kelantan ketika itu Tuan guru Hj Muhammad Nor ( 1905-1988 ) dan timbalannya rahimahumallah juga berfahaman seperti Nik Aziz dan Mufti Kelantan ini satu badge dengan mertua tok guru saya Sheikh Daud AlKElantani , seorang guru di Masjidil Haram ).Oleh itu mungkin rasa hormatnya kepada mufti itu dia tidak mahu berdebat dan akhirnya dia meletakkan jawatan dari ahli majlis ulama dan fatwa.

Saya masih ingat lagi tok guru pernah berkata bahawa ketika baru pulang dari mesir Ustaz Nik Aziz pakai songkok sahaja tetapi tok guru saya tegurnya, katanya : ” Sewajarnya anta pakai serban barulah melambangkan anta seorang yang alim “.

Setelah itu ustaz Nik Aziz mula pakai serban sehingga sekarang.

Konflik dan pertentangan diantara tok guru saya dengan Ustaz Nik Aziz berterusan sehingga lah pada tahun 1984 mereka boleh duduk semeja semula.

Ceritanya ialah masjid pondok kami mengadakan majlis maulid. Tok guru suruh anak2 muridnya mencari penceramah kerana kali ini tok guru nak buat kelainan sedikit. Sebelum ini hanya tok guru dan anak-anak murid sahaja yang berceramah . Kali ini nak panggil orang luar pula. Anak2 muridnya pun menjemput Ustaz Fadhil Nor rahimahullah, Ustaz Abd Hadi Awang dan Ustaz Nik Aziz. Setelah habis berceramah mereka beramah mesra. Dalam erti kata lain kerana PAS mereka boleh bersatu.

Ustaz Nik Aziz ini dahulunya bukan tok guru saya sahaja yang bertentangan pendapat dengannya bahkan boleh dikatakan semua tok guru2 pondok di Kelantan menentangnya. Kebanyakan tok2 guru pondok ketika itu tak biasa berada diatas pentas untuk berpidato walau pun ilmu mereka banyak dan mereka hanya dapat mengajar, tak boleh berpidato. Guru saya merupakan jurucakap tok2 guru lain di Kelantan kerana dialah satu2nya tok guru yang petah berceramah, tok 2 guru lain tak begitu pandai berceramah, termasuk tok guru hj mustafa, hj aziz dari Pasir Tumbuh (rahimahumallah).

Sekarang sejak Ustaz Nik Aziz menjadi menteri besar dia mula berlembut dalam masalah ini dan dia tidak lagi cepat menuduh bid`ah seperti zaman mudanya dahulu.

Sewaktu saya masih belasan tahun dahulu memang kami anak2 pondok sangat taksub dengan pendapat tok guru kami. Bagi kami semua hujah tok guru itu betul kerana ketika itu kami belum matang lagi dan bagi kami memang Nik Aziz keluar dari ahli sunnah waljama`ah.

Setelah saya berhenti belajar dari pondok dan melanjutkan pelajaran ke Madinah barulah minda saya terbuka. Saya ingin menerangkan disini bahawa sebagai orang Islam kita tidak boleh menuduh tanpa fakta. Kebanyakan tok2 guru pondok ini hanya baca kitab sahaja tetapi tidak mahu mengkaji dan mereka lebih suka berpegang kepada pendapat tok guru mereka, sebab itulah fikiran mereka tidak terbuka.

Hj Mohd Nor rahimahullah, Mufti kelantan ,walau pun belajar di Makkah dengan guru2 yang berfahaman tua tetapi dia suka mengkaji sebab itulah jawapannya ilmiah.

Di kelantan seramai 3 orang Muftinya berfahaman salafi [yang dimaksudkan salafi disini ialah Wahhabi] , iaitu Haji Wan Musa, Hj Muhammad Nor, Hj Ismail Yusuf (mertua Prof Dr mahmud Zuhdi ) rahimahumullah .

Walau pun mereka ini berfahaman Salafi tetapi mereka tidak kaitkan fahaman mereka dengan Wahabi atau salafi.. Allahyarham mufti2 ini juga tidak menentang tasauf malah Nik Aziz juga tidak menentang Tasauf malah dia mengajar kitab Ihya` Ulumiddin. Namun begitu setahu saya Ustaz Nik Aziz tidak begitu berpegang kpd mazhab Shafi`e tetapi sesuai dengan kepakarannya dalam ilmu hadith, dia selalunya mentarjihkan pendapat sesuatu imam.

Saya pernah hadhir kuliah Hj Mohd Nor rahimahullah, Mufti kelantan . Dalam kuliahnya beliau menyatakan : “ Memang ulama Nusantara ini luas ilmu mereka tetapi tidak mustahil mereka melakukan kesilapan, hanya al Quran dan Nabi sallallahu`alaihi wasallam sahaja pegangan kita”.Sekian WALLAAHU `A`LAM.” intaha

PERSEPSI PENULIS ARTIKEL DI ATAS TERHADAP NIK ABDUL AZIZ NIK MAT AL-MUJASSIM;

Mengakui bahawa dia sendiri mendengar perbahasan di antara al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman dengan Abdul Aziz Nik Mat tentang persoalan yang berkaitan dengan agama. Menurutnya Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Sulaiman di dalam hidupnya pernah mengiktiraf Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai keluar dari mazhab 4 [Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali] dan Ahli Sunnah Wal Jamaah [di dalam akidah]. Dan ini tidak menjadi suatu keanehan bagi penulis blog sendiri kerana dalil-dalil yang telah ada sebelum ini sudah cukup membuktikan Nik Abdul Aziz keluar daripada Ijma’ Ulama’ sehingga dia berani menjisimkan dan menyamakan zat Allah Ta’ala dengan dirinya, mengatakan Allah Ta’ala duduk bersila seperti dia duduk bersila sekarang, mendakwa Allah Ta’ala turun ke langit dunia, menghina Nabi Muhammad yang merupakan penyampai risalah dengan mengatakan Nabi Muhammad budak kampung, menisbahkan sifat samseng bagi hak Allah Ta’ala, dan sebagainya yang sememangnya bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri.
Cuba baca betul-betul kata-kata ini ;

Berkata penulis artikel di atas ; “Saya bekas pelajar di pondok Sungai Durian. Tok guru saya rahimahullah (ayah Dr Basit) amat kuat menentang kaum muda ( sekarang dipanggil salafi) dan sering menyatakan Ustaz Nik Aziz ( sekarang menteri besar Kelantan ) keluar dari mazhab 4 dan ahli sunnah wal jamaah. Saya pernah dengar perbahasan diantara 2 tokoh ini.” Intaha.


1. Penulis artikel ini nampaknya mengikuti perkembangan yang berlaku semasa hayat Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman. Persengkataan di antara Al-marhum Tuan Guru dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah pun diketahui umum oleh beberapa guru-guru pondok lain. Walaubagaimanapun ketidakupayaan menjadi alasan bagi mereka untuk tidak menentang Mujassim ini secara terang-terangan terutamanya pada ketika itu PAS amat berpengaruh di Kelantan. Demi mengelakkan UMNO dari menguasai wilayah-wilayah di Kelantan, maka tok guru-tok guru pondok terpaksa mendiamkan diri di samping mengadakan pertemuan secara sulit dengan Nik Abdul Aziz bagi menegur fahaman mudanya [wahabi]. Namun, usaha mereka itu bagai mencurah air di daun keladi.

Cuba baca betul-betul kata-kata ini ;

Berkata penulis artikel di atas ; “Pada tahun 1972 masjid Guchil memanggil kedua tokoh ini untuk menyampaikan ceramah maulidir rasul. Setelah itu diadakan pembacaan Barzanji. Apabila sampai waktu berselawat USTAZ NIK AZIZ TIDAK BANGUN. APA lagi tok guru saya amat marah sekali, katanya sepatutnya kita bangun sewaktu berselawat lalu tok guru saya baca apa yang disebut dalam berzanji iaitu : ” wahaadza waqadis tahsanal qiyam hingga akhirnya “. Yang bermaksud: ” Dan eluklah berdiri ketika berselawat ” hingga akir ( sila rujuk Barzanji }.

Nik Aziz jawab : Itu bukan hadith tetapi hanyalah kata-kata dari pengarang Barzanji . Macam mana saya nak berdiri ketika BERSELAWAT KERANA NABI TAK DATANG , KALAU NABI DATANG SAYA AKAN BERDIRI MENGHORMATINYA ”.Intaha


2. Sekiranya perkara ini benar sebagaimana yang diutarakan oleh penulis artikel ini nescaya kata-kata Nik Abdul Aziz Nik Mat ini melambangkan kesombongan dan keangkuhan diri sendiri. Di mana ketawadhukkan diri dengan Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam? Akan tetapi, bilamana lagu Negaraku dikumandangkan sanggup pula dia berdiri sebagai tanda penghormatan. Begitu juga ketika mana lagu tema PAS dinyanyikan, semua barisan pimpinan PAS bangkit dari tempat duduk bangun memberi penghormatan.

3. Menurut penulis artikel ini, dia tidak pasti samada Abdul Basit seorang bekas pelajar Universiti [Islam] Madinah yang juga merupakan anak kepada Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman sendiri tahu ataupun tidak berlakunya pergolakan di antara kedua-dua tokoh [Ahlus- Sunnah Vs Wahhabi] ini, tetapi tidak boleh pula dia mengingkari kejadian ini kerana semasa peristiwa itu berlaku katanya Abdul Basit masih bersifat keanak-anakan. Tambahannya lagi, umurnya lebih tua Abdul Basit 4 tahun.

Cuba baca betul-betul kata-kata ini ;

“Saya tak pasti samada Dr Abdul basit ingat atau tidak peristiwa ini kerana dia masih kecil ketika itu. Saya lebih tua darinya 4 tahun.”Intaha.


4. Menyamakan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan fahamannya dengan Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis yang dibuang jawatan kerana menyebarkan ajaran Wahhabi secara terang-terangan [sesetengah mengatakan dia dilucutkan jawatan sebagai Mufti kerana habis kontrak].

Cuba baca betul-betul kata-kata ini ;

“Sekiranya ketika itu teknologi komunikasi seperti zaman sekarang ini sudah tentu nama Ustaz nik Aziz dan fahamannya tersebar luas seperti URD dan Dr Asri.” Intaha


5. Penulis artikel juga memperakui bahawa Nik Aziz banyak menentang ajaran yang dibawa oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Nusantara seperti menentang amalan talqin, bacaan bertahlil dan membaca Al-Quran kepada orang yang sudah meninggal dunia, menentang mereka yang melafazkan kalimah “Usholli” sebelum mengangkat takbir ketika hendak sembahyang, melarang pengajian sifat 20 dan banyak lagi. Yang peliknya, katanya Nik Abdul Aziz boleh menerima amalan Maulidurrasul bahkan dikatakan kerap memberi ceramah pada majlis-majlis maulid cuma cara sambutannya agak berbeza dari kebiasaan amalan penduduk setempat.

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini;

“Ustaz Nik Aziz ini dahulunya memang kuat menentang talqin, Baca tahlil dan Al Quran kepada orang mati, Baca Usalli , sifat 20 dan lain-lain. Namun begitu dia tidak melarang perayaan maulid bahkan dia kerap berceramah maulid.” Intaha.


6. Mengatakan Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) supaya menangkap Nik Abdul Aziz Al-Mujassim kerana menyebarkan ajaran Kaum Muda [WAHHABI]. Ini adalah berkemungkinan besar kerana bimbang ajaran Wahhabi yang menjadi tunjang Akidah Nik Abdul Aziz Nik Mat ini tersebar dalam Masyarakat Islam Kelantan lantas boleh menyesatkan dan merosakkan keutuhan akidah umat Islam itu sendiri.

Lihatlah kata-kata penulis artikel ini ;

“Tok guru saya ketika itu adalah ahli majlis ulama dan majlis fatwa negeri Kelantan sehingga banyak kali dia mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan menangkap Ustaz Nik Aziz kerana menyebarkan fahaman kaum mudanya.”Intaha.

7. Mendakwa bahawa Jabatan Mufti Kelantan ketika itu dipimpini oleh orang yang sefahaman dengan Nik Abdul Aziz [sama-sama berfikiran kaum muda-Wahhabi]. Oleh itu, sebarang tindakan untuk menangkap Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sia-sia.

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini ;

“Namun begitu Mufti Kelantan ketika itu Tuan guru Hj Muhammad Nor ( 1905-1988 ) dan timbalannya rahimahumallah juga berfahaman seperti Nik [Abdul] Aziz dan Mufti Kelantan ini satu badge dengan mertua tok guru saya Sheikh Daud AlKElantani , seorang guru di Masjidil Haram” Intaha.

8. Memberitahu bahawa selain al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman ramai lagi guru-guru pondok menentang fahaman Nik Abdul Aziz. Dengan penentangan ini, jelaslah keWahhabian Nik Abdul Aziz Nik Mat di kacamata ulama’-ulama’ ahlus-Sunnah wal-Jama’ah di Nusantara. Buat pengetahuan anda majoriti guru pondok Kelantan menentang Nik Abdul Aziz dan diperakui oleh Ulamak Besar Fatani, BABA LAH SYARAH memberi peringatan yang jelas kepada pelajar pondok di sana tentang bahayanya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, Wali Abdul Rahman Fatani mengistiharkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi “Bapak Wahhabi Malaysia” malah ia juga diperakui oleh ULAMAK TASAWWUF KELANTAN, PAK SU HAMID GUNONG dan beberapa pondok cawangan Pasir Mas dan Pasir Puteh. Jika mereka dari kalangan ilmuan besar menentang fahaman Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, siapa kita untuk membela mereka berdua? Mereka yang lebih alim tentang selok-belok agama sahaja yang tahu ahlinya.


Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini ;

“Ustaz Nik Aziz ini dahulunya bukan tok guru saya sahaja yang bertentangan pendapat dengannya bahkan boleh dikatakan semua tok guru2 pondok di Kelantan menentangnya.” intaha

9. Menurutnya lagi apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat menjawat jawatan tinggi sebagai Menteri besar dalam Kerajaan Negeri Kelantan, dia cuba memainkan peranan yang sedikit berbeza daripada sebelumnya dengan cara yang lebih halus dan berlembut dalam persoalan bid’ah. Lihatlah, kerana percaturan politik Nik Abdul Aziz sanggup mengenepikan fahamannya kerana dia tahu orang Kelantan sangat kuat berpegang pada amalan-amalan warisan ulama’-ulama’ terdahulu, hanya dia saja yang bercanggah dengan masyarakat.

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini;

“Sekarang sejak Ustaz Nik Aziz menjadi menteri besar dia mula berlembut dalam masalah ini dan dia tidak lagi cepat menuduh bid`ah seperti zaman mudanya dahulu.” Intaha.


10. Penulis artikel ini antara lainnya memberitahu bahawa dia mengetahui terdapat 3 orang yang pernah dilantik sebagi mufti di negeri Kelantan juga berfahaman Wahhabi. Antara orang disebut olehnya ialah ; [Haji] Wan Musa, [Hj] Muhammad Nor, [Hj] Ismail Yusuf (mertua kepada Prof Dr Mahmud Zuhdi Al-Wahhabi ).

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini ;

“Di kelantan seramai 3 orang Muftinya berfahaman salafi [yang dimaksudkan salafi di sini ialah Wahhabi] , iaitu Haji Wan Musa, Hj Muhammad Nor, Hj Ismail Yusuf (mertua Prof Dr mahmud Zuhdi )” intaha


11. Kebanyakan golongan Al-Wahhabiyah mengetahui nama “Wahabi” itu sudah tercemar, jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh mereka terhadap Ahlus Sunnah Wal jama’ah juga sudah menjadi sejarah hitam yang diketahui umum. Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada dicam oleh Masyarakat Islam bahawa mereka pembawa ajaran Wahhabi, mereka cuba mengelakkan sedaya upaya supaya nama [Wahhabi] ini tiada dipertuturkan dalam mana-mana ceramah samada pada majlis formal ataupun tidak formal. Walaubagaimanapun kandungan ajaran Wahhabiyah tetap terserlah, tidak boleh disembunyikannya daripada mana-mana ulama’ pondok. Terutamanya ceramah-ceramahnya di beberapa tempat banyak kami (institusi pondok) kumpulkan untuk dijadikan bukti kesesatannya kepada masyarakat Islam di Kelantan.

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini ;

“Walau pun mereka ini berfahaman Salafi tetapi mereka tidak kaitkan fahaman mereka dengan Wahabi atau salafi..” intaha

12. Fenomena yang ganjil berlaku pada golongan Wahhabiyah Di Tanah Melayu antaranya mereka boleh bertolak ansur dalam beberapa persoalan yang boleh meraih keuntungan politik mereka seperti tidak menentang beberapa perkara yang berkaitan dengan tasauf, malah turut mengajar kitab-kitab tasauf seperti Ihya` Ulumiddin dan sebagainya.

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini ;

“Walau pun mereka ini berfahaman Salafi tetapi mereka tidak kaitkan fahaman mereka dengan Wahabi atau salafi.. Allahyarham mufti2 ini juga tidak menentang tasauf malah Nik Aziz juga tidak menentang Tasauf malah dia mengajar kitab Ihya` Ulumiddin.”Intaha

13. Penulis juga memberitahu bahawa dia mengetahui Nik Abdul Aziz Mat seorang tidak berpegang pada Mazhab Syafie yang menjadi ikutan ramai di Negara Malaysia sebaliknya mempunyai pendapat tersendiri kerana [menyangkakan] dirinya sudah pakar dalam ilmu hadis bahkan katanya lagi Nik Abdul Aziz Mat berani mentarjihkan pendapat-pendapat Imam mazhab. Padahal kerja mentarjih pendapat ulama’ ini adalah kerja faqih yang sampai peringkat Ahlul Tarjih seperti Imam Nawawi dan Imam Ar-Rafi’e yang terkenal sebagai Syaikhain dalam Mazhab Syafi’e.

Cuba lihat kata-kata penulis artikel ini ;

“Namun begitu setahu saya Ustaz Nik Aziz tidak begitu berpegang kpd mazhab Shafi`e tetapi sesuai dengan kepakarannya dalam ilmu hadith , dia selalunya mentarjihkan pendapat sesuatu imam.” Intaha.


INSTITUT PONDOK TIDAK PERNAH MENGAJAR “TA’ASUB”

Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam ;

ما منكم من أحد إلا يؤخذ من قوله ويترك إلا رسول صلى الله عليه وسلم الله أخرجه الطبراني

Yang bermaksud ;

“ Tiada seorang pun dikalangan kalian diambil pendapatnya dan ditinggalkan melainkan Rasulullah” ditakhrijkan oleh Imam Thobrany.

Manakala ulama’ sufi yang benar juga menegaskan pendirian mereka dalam persoalan ini, antaranya Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailany –semoga Allah merahmati mereka- di dalam kitabnya Adab Al-Mufrad ;

إذا علم المريد من الشيخ خطأ فلينبهه فإن رجع فذاك وإلا فليترك خطأه وليتبع الشرع

“ ِِApabila seorang murid itu mengetahui ada kesalahan daripada syeikhnya maka hendaklah dia memberi peringatan kepadanya. Sekiranya dia kembali [kepada kebenaran] maka ikutilah akan tetapi sekiranga tidak [kembali] hendaklah dia meninggalkan kesalahannya dan menuruti syara’”

Berkata Imamuna Ahmad Ar-Rifa’e Al-Kabir –semoga Allah merahmatinya di dalam kitab Burhan Muayyad ;

سلم للقوم أحوالهم ما لم يخالفوا الشرع فإذا خالوا الشرع فكن مع الشرع

”Berserahlah kamu kepada suatu kaum itu selagi mana mereka tidak meninggalkan syara’ maka sekiranya mereka bercanggah dengan syara’ maka hendaklah kamu bersama dengan syarak.” Intaha.

Ta’asub merupakan istilah yang selalu di utarakan oleh golongan al-Wahhabiyah kepada mereka yang belajar di pusat-pusat pengajian pondok tempatan. Sejauhmanakah benar dan sahih tanggapan itu perlu kepada pemahaman pengistilahan ta’asub itu sendiri.,

FOOTNOTE ;

[1] Tuduhan ta’asub kepada sistem institusi pondok adalah suatu perkara yang dusta dan bohong.
[2] Kebanyakan lulusan pelajar Universiti [Islam] Madinah dilatih dengan manhaj tertentu dalam menyampaikan ajaran al-wahhabiyah dengan pelbagai cara dalam setiap saluran yang ada. Pelajar dari universiti tersebut mementingkan cara yang lebih halus dan lembut supaya fikrah wahhabi mereka diterima oleh masyarakat setempat berbeza dengan wahhabihah lulusan beberapa universiti di Jordan memandangkan mereka lebih fanatik dan bersikap keterlaluan.
[3] Golongan yang menyamar menjadi golongan sufi, mereka jahil dalam ilmu akidah, memakai pakaian kesufian supaya mencari tarikan dan ikutan ramai.

9 comments:

  1. Assallamualaikum.

    Apakah Nik Abdul Aziz seorang Hafiz?

    ReplyDelete
  2. ahahha,,, artical yang membosankan,, kenapalah ko asyik cari kesilapan orang? pelikkan, knp asyik hentam nik aziz? knp tak ada pun hentam najib? pelik sungguh yang pasti,, blog nih, tujuannya nak rosakkan akidah dan perjunagan ummat islam skrg nih,, nih lah akibatnya terlalu taksub dan termakan wang rasuah keraaaaaaaaaaa jaaan... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah lafaz yang dungu lagi jahil dalam agama sehingga buta mata hati mengenal Haq & Bathil.. Jelas Si-Jahil ini sudah menjadi makanan Si-Pendusta Mujassimah..

      Delete
    2. Engko ni pun satu ... engko ingat blok ni bertujuan untuk menghentam orang ke? Blok ni bertujuan untuk membincangkan soal Aqidah... Engko ingat Aqidah tu sama dgn perjuangan ke? Kalau Engko dinobatkan sebagai Panglima Jihat Islam Se Malaysia pun apah tak guna di sisi Allah kalau Aqidah tak betol...

      Delete
  3. salam..asenye tak perlulah nak melakukan pembokaran yang sebegini rupa..sy jugak menyokong pengomen di atas..kita tak boleh taksub kepada mana2 pihak...kita sebagai orang yang still belajar perlulah mencari ilmu dengan mendalam.belajar di madinah or mane2 pun belum tentu dapat mengukur betapa berilmunya kita..guru kepada prof dr yusuf al-qardawi berkata:kita melakukan kesalahan bagai satu titik putih dilautan kegelapan sedangkan ulamak melakukan kesalahan bagai satu titik hitam di lautan kejernihan"ape2 pun ambik jalan tengah,,dan dapatkan kepastian yang soheh dari tuan guru sendiri bukanlah dengan hnya nk mendapatkan publisiti murahan..yang masih tergantung kesahihannya...sy sebagai hamba ALLAH yang hina ini..mendoakan agar ALLAH maafkan dosa kita semua andai kata wujudnya unsur2 fitnah dan sebagainya..moga islam terus maju..dengan adanya khalifah di bumi ini..wassalam..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, satu pembongkaran yg berilmiah, teruskan menegakkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan benteras fahaman Mujassimah yg dibawa oleh Nik Aziz.Sesungguhnya sudah terang lagi bersuluh, Nik Aziz menggunakan pengaruhnya utk. menjadikan Negeri Kelantan sebagai Negeri yg mendukung fahaman Wahhabiy.

    ReplyDelete
  5. Setuju. Banteras kaum muda wahabi salafi (bkn asal salaf ttp khalaf)

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha. Pembongkaran exclusive, hanya guna article yang banyak tak tau (seingat saya, saya rasa etc) sebagai asas, lepas tu olah ayat sendiri. Tiada rujukan ulama, kitab² pun, dan bukti² peristiwa yang berlaku pun banyak diragui

    ReplyDelete