Saturday, May 1, 2010

Artikel Selingan Untuk Para Kerawit Di Dalam PASVSPAS



JAWAPAN DI ATAS TAJUK
pasvspas.blogspot.com -MARI KITA BINCANG CARA HIKMAH
( Sila tekan Di Sini )

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh..

Memetik apa yang disampaikan oleh empunya WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM pada menyatakan mengenai WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM. Berikut adalah petikannya :

" Nasihat saya pada tuan blog dan pembela blog pasvspas.blogspot.com !
Saya yang hina ini menasihati diri saya dan semua janganlah kita belajar ilmu agama sehari dua , duduk pondok sehari dua dah kita nak sesatkan ulama tu ulama ni, memaki hamun ulama.
MARI KITA BERBINCANG CARA ILMIAH DAN MATANG !
JANGAN HUKUM SEBELUM SAHIH DAN NYATA SESUATU PERKARA ! "

Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :

" Terima kasih di atas nasihat yang disampaikan oleh empunya WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM (PT), semoga nasihat tersebut menjadi renungan bersama jika itu yang dimaksudkan empunya PT. Tetapi sayang, PVP tidak memandangnya sebagai nasihat bahkan itu adalah tusukan jarum halus ke dalam liang roma PVP. Perhatikanlah saja pada perkataan yang digariskan dalam petikan PT, hanya jauhari yang mengenal manikan, sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betina.

Pertama :
Apa yang ingin PVP katakan di sini menjawab sekitar apa yang ditohmahkan PT, belajar walaupun sampai mati tapi sekiranya ilmu yang dipelajari salah, tetap ke neraka akhirnya, dan duduk di pondok walaupun dari kecil sampai tua bongkok tapi tak belajar, apa gunanya..dan nasihat PVP kembali pada PT : Janganlah jadi murid derhaka pada guru-guru pondok yang gigih mencurahkan ilmu pada anak bangsa agar tidak terjerumus ke lembah kekufuran, mereka itu lebih alim dalam selok-belok agama baik aqidah mahupun feqah atau cabangan lain dalam ilmu agama, dan kamu PT siapa untuk dibandingkan dengan mereka. Jangan menyangka dengan kamu menubuhkan blogspot sendiri dapat merendah-rendahkan martabat guru-guru pondok. Jangan bongkak dengan apa yang kamu ada. Ingatlah nikmat yang sementara ini.

Kedua :
PVP tidak pernah sekalipun menuduh mana-mana ulama sebagai sesat bahkan mengagung-agungkan mereka pada tahap yang dibenarkan Islam. Mereka yang ditahzir dalam PVP,
bukanlah ulama sebagaimana yang disangka oleh sebilangan jahil.

Antara mereka yang pernah ditahzir dalam PVP seperti Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Syed Terkutub ( Qutb ), Ibn Taimiyah, Muhamad Ibn Wahab dan beberapa individu lagi..diulangi..beberapa individu..bukan pertubuhan atau persatuan atau mana-mana jamaah. Selain daripada Nik abdul Aziz dan Abdul Hadi, semua mereka yang sebelumnya seperti Ibn Taimiyah, Muhamad Abdul Wahab, Syed Qutb dan beberapa individu lagi pernah ditahzir dan dihukumkan terkeluar dari Islam oleh beratus ulama sezaman mereka mahupun selepasnya. Bahkan Saidina Ali sendiri terang-terangan mengkafirkan mereka yang menjisimkan Allah Ta'ala sebagaimana aqidah Yahudi. Saidina Ali seolah-olah sudah mengetahui akan muncul selepas zamannya mereka yang menjisimkan Allah. Dan sekarang jelas terbukti. Antara orang yang menjisimkan Allah adalah Ibn Taimiyah kemudian dihidupkan dan disebarkan oleh Muhammad Abdul Wahab yang kini dikenali para pengikutnya dengan nama Wahabi. Aqidah mereka berdua sama dengan aqidah Yahudi iaitu mengatakan Allah duduk di atas arasy.

Ketiga :
Bagaimana mungkin seorang ulama Islam tidak mengenal Tuhan Penciptanya?Sejak dari zaman Nabi Besar Muhammad sampai sekarang tak ada seorang pun dari kalangan ulama Islam dari empat mazhab lebih-lebih lagi dari zaman salaf solihin dan khalaf. Tak pernah ada dari mana-mana kalangan ulama yang menjisimkan Allah Subhanahu wata'ala Maha Suci Allah dari sebarang sifat makhluk, tetapi lihatlah betapa jahilnya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi ketika menyifatkan Allah dengan DUDUK BERSILA SEPERTI SAYA DUDUK SEKARANG ( Nik Abdul Aziz ) ALLAH BERSIFAT DHOHIK IAITU KETAWA ( Abdul Hadi Awang ) dan sebagainya. Tak sanggup lagi PVP mengulangi baki perkataan jahil mereka terhadap Tuhanku Yang Maha Esa lagi Maha Suci. Adakah begini yang dinamakan ulama? Bukalah mata bukalah hati buanglah sifat taksub dalam diri. Imam Syafie rahimahullah rahmatan wasi'ah mengkafirkan mujassimah, rujuklah dalam kitab ASYBAH WA AL-NAZHAIR karangan Imam Suyuti dalam bab Riddah.

Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :

" TUDUHAN MUJASIAMAH pada Tn Guru Hj Hadi sangat2 berat bagi pendapat saya .
TN GURU HJ HADI bertungkus lumus mengajar rakyat tauhid sifat 20 Al Syaariah .
Jangan terpengaruh youtube !!!
Kita kena bahas cara pasti maksud penyampaian beliau kerana ada yang khilaf ulama , ada yang beliau syarah cara ijmal dan takwil ijmali mazhab salaf as syaariah.
Jadi janganlah kita dengar dan kita tuduh terus "

Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :

Pertama :
Terlebih dahulu, PVP ingin membetulkan ejaan MUJASIAMAH kepada MUJASSIMAH. Di sini sudah menunjukkan bahawa PT tidak biasa menyebut perkataan Mujassimah kerana terbukti sebanyak dua kali sahaja lafaz ini ditulis dalam artikelnya dan kedua-duanya ejaan yang sama. Dan tidak menjadi keterlaluan untuk PVP mengatakan yang PT sebenarnya jahil tentang perkataan, lafaz dan makna MUJASSIMAH berdasarkan petikannya yang kononnya
BERBINCANG CARA ILMIAH DAN MATANG !

Kedua :
Abdul Hadi bukan saja mengajar sifat 20 bahkan menambahkan lagi sifat-sifat dalam sifat 20 yang digariskan oleh Imam Al-Maturidiyah bukan tauhid sifat 20 Alsyaariah sebagaimana yang dikatakan oleh PT. Malah memesongkan makna dan keterangan mengenai sifat-sifat Allah ( Sila rujuk kembali artikel bertajuk Abdul Hadi Mengatakan Allah Bergelak Ketawa
) Sifat bagi Allah Ta'ala tidak terhitung banyaknya tetapi para ulama telah menggariskan panduan yang wajib diketahui hanyalah 13 sifat bagi Imam Al-Asya'irah dan tambahan 7 sifat maknawi bagi Imam Al-Maturidiyah. Untuk penjelasan lebih lanjut tentang sifat 13 dan 20 ini PT boleh merujuk Kitab Isyarah Al-Maram karangan Al-Bayadhi Al-Hanafi.

Ketiga :
Jika direnung pada nasihat PT yang berbunyi :
1) Jangan terpengaruh youtube !
2) JANGAN AMBIL DARI INTERNET DANN YOUTUBE SAHAJA !!!
PVP seolah-olah berhadapan dengan seorang yang cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru dan berusaha menutup matahari dengan tapak tangan..Apa agaknya yang anda fikirkan ?? Apakah jenis orang yang seperti ini ??

Keempat :
Dalam bab khilaf, untuk pengetahuan PT, ulama Ahlussunnah waljamaah hanya menetapkan SATU jalan sahaja dalam menyelusuri aqidah sebenar iaitu aqidah sebagaimana yang digariskan oleh Asyairah dan Maturidiyah. Manakala dalam masalah feqah ulama membahagikan kepada EMPAT mazhab yang masyhur iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali. Dari sudut tasauf pula hanya yang mengikuti panduan kesufian DUA ulama besar seperti Al-Imam Al-Junaidi dan Al-Ghazali. Jadi diharapkan PT faham khilaf yang berlaku di kalangan ulama hanyalah dalam keadaan tertentu sahaja.

Kelima :
Perkara takwil adalah terlalu panjang untuk dibahaskan, dan perkara yang paling penting takwilan hendaklah mengikut ulama-ulama muktabar sahaja, bukan semua orang boleh mentakwil ikut kepala otak sendiri. Dan takwilan itu sendiri mesti merujuk kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Para Ulama sudah mentakwil semua makna dalam al-Quran dan al-Hadis, tak perlu lagi kita yang ilmu tak sampai satu inci untuk memandai-mandai dalam mentakwil.
Jadi janganlah kita dengar dan kita tuduh terus dan janganlah kamu baca separuh dan kamu terus menghentam !

Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :

" Adakah penulis pasvspas.blogspot.com sudah bertemu Tn Guru Hj Hadi untuk berbahas apa maksud yang diperkata dan dibahaskan , jangan main tuduh hingga kafirakan terus seseorang ,ini salah .

KAFIRKAN ORANG SECARA MELULU TANPA KESAHIHAN DARI ORANG ITU HUKUMNYA BERDOSA MEMBAWAPADA IMAN KITA TERBATAL!!!
Mari kita guna ilmu yang kita dalami dalam kitab2 fekah .
Seseorang yang mengkafirkan seseorang akan terbalik tuduhan itu apabila tidak tepat dakwaan itu .
Bahaya kamu ! Adakah kamu sudah bersemuka dengtan tn guru dan adakah kamu pernah tanya dia apa maksud hakikat perkataan beliau???

Andai Tn Guru maksudkan yang lain maka kamulah perlu mengucap syahadah semula dan kamu berdosa mempengaruhi orang melalui blog kamu ."

Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :

Pertama :
Bertemu dengan Abdul Hadi atau Nik Abdul Aziz samalah bertemu tiang rumah mereka atau berbincang dengan cawan. Tanyalah sendiri mereka berdua adakah pernah rombongan dari pondok menemui Abdul Hadi? Dan bagaimanakah adab mahupun sambutan Abdul Hadi pada mereka? Dan tanyalah sendiri Nik Abdul Aziz adakah pernah rombongan mufti yang datang untuk berbincang tentang ceramahnya dan bagaimanakah penerimaan Nik Abdul Aziz terhadap mereka? TANYALAH SENDIRI.

Kedua :
Ulama Ahlussunnah waljamaah telah membahagikan kekufuran kepada tiga keadaan :
1) Aqidah Kufur
2) Perkataan Kufur
3) Perbuatan Kufur

1- Permasalahan Aqidah Kufur cukup jelas untuk dibahaskan kerana sesiapa yang beriktikad ada tuhan selain Allah atau meragui kewujudanNya atau menyamakanNya dengan makhlukNya maka jelaslah terkeluar dari Islam dan banyak lagi perkara iktikad yang menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam seperti beriktikad agama lain sama dengan Agama Islam

1- Permasalahan Perkataan Kufur yang dilafazkan pula seperti mencaci-maki, menghina, meremehkan, mengatakan Allah dengan sesuatu, juga terhadap rasulNya, para malaikat, lambang syiar Islam dan segala sesuatu yang berkait dengan kemuliaan Islam, mengkafirkan orang Islam tanpa sebab, memanggil muslim dengan panggilan seperti ya kafir atau ya yahudi dengan bermaksud menyamakan dia dengan golongan kafir, mendoakan kesejahteraan bagi orang kafir, redha dengan kekufuran, dan menghina Rasulullah dengan merendah-rendahkan martabatnya, kehidupannya, perbuatannya dan sebagainya.

Terdapat beberapa keadaan yang terkecuali seperti :
1- Tersasul ( Menginginkan perkataan lain tapi terkeluar perkataan lain yang bukan dari kehendaknya secara tidak sengaja )
2- Hilang Akal ( seperti gila, mabuk, mengigau dan sebagainya kecuali marah kerana ia bukan syarat tersebut )
3- Keadaan Terpaksa Kerana Dipaksa ( misalnya diugut untuk dibunuh sekiranya tidak melafazkan perkataan kufur tetapi dengan syarat hatinya tidak redha dengannya )
4- Menyebut Adat Hikayat ( Menyebut nama pelafaz perkataan kufur sebelum atau selepas perkataannya ( dengan syarat diniatkan selepas perkataan tersebut untuk menyebut adat hukayat ), atau menyebut ' Berkata si fulan ' dan sebagainya yang mengembalikan lafaz kufur pada pelafaz asalnya )

3- Permasalahan Perbuatan Kufur juga cukup jelas untuk dibahaskan kerana segala perbuatan yang menyebabkan kufur seperti menghina agama, mengantung lambang salib di leher atau mana-mana lambang selain Islam dengan niat untuk mengagungkannya dan sebagainya, membuang atau melontar al-Quran ke tempat keji, buku atau kertas yang mengandungi ilmu syar'ie dan sebagainya.

Perhatian : Segala hukum-hakam mengenai aqidah, perkataan dan perbuatan kufur masih terlalu luas perbicaraannya, di sini hanya dinyatakan sebahagian kecil sahaja sekadar pengetahuan am.

Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :

" SAYA SEDIA TOLAK PIMPINAN SAYA (TN GURU HJ HADI DAN TN GURU NIK AZIZ )ANDAI NYATA MEREKA MUJASIAMAH!!!
TAPI KITA KENA BAGI NYATA ,
JANGAN AMBIL DARI INTERNET DANN YOUTUBE SAHAJA !!!
PERLU BERSEMUKA DAN TANYA MEREKA BAGI JELAS HAKIKAT PERKATAAN MEREKA !!!
TAKOT MEREKA TAKWIL IJMALI SALAFI AS SYAARIAH"


Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :

Pertama :
Tuan Guru Hj Loh Lubuk Tapah, Tuan Guru Pok Su Mid Gunong, Tuan Guru Pondok Najmiyyah, Tuan Guru dari pondok Yala dan Patani serta ramai lagi tok-tok guru pondok baik yang sudah meninggal dan yang masih hidup mengatakan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang keduanya adalah MUJASSIM. PVP mencabar PT agar tunaikan janji untuk menolak kedua pemimpin kamu ini sebagaimana yang kamu janjikan. Jangan jadi MUNAFIK dengan memberi seribu satu alasan. Siapa kamu untuk mengatakan tidak pada tok-tok guru pondok yang jauh lebih alim dari kita semua ! PVP DAH BUKTIKAN BUKAN DENGAN BERSUMBERKAN INTERNET ATAU YOUTUBE.

Petikan dari WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM :

" TN GURU NIK AZIZ tak akan anti RASULULLAH !!!
Beliau lebih tinggi semangat cinta RASULULLAH hingga tidak tidur dan tak kenal erti penat untuk TEGAKKAN SYARIAT RASULULLAH !!!
Kamu silap faham perkataan Tn Guru , kamu dah tanya beliau apa maksud perkataan beliau ???
Nyatakah kamu Tn Guru menghina Rasulullah ? Kamu dah tanya hakikat yang tn guru nyatakan itu maksud bagaimana ?
Kamu dah tuduh beliau kufur !
Bahaya saudara !!!
Ini soal aqidah saudara , jangan main2 !"
Jangan taksub !!!
Taksub ini punca seseorang jadi kufur?.
Bincang cara hikmah , bersemuka dulu .

JIKA SAUDARA BINCANG DENGAN HIKMAH , DAH BERSEMUKA , DAH NYATA DAN JELAS SAYA BERSEDIA TOLAK MEREKA ,DAN GANTIKAN YANG LAIN!!!
KAMI PAS ADA SYURA ULAMA ...
KITA TAK PERLU JADI ULAMA , BELAJAR DULU !

Jawapan balas dari WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM (PVP) :

Pertama :
Tentang Nik Abdul Aziz menghina Rasulullah sollallahu'alaihi wasallam sudah PVP jelaskan dengan panjang lebar dalam artikel sebelum ini. Ini jelas membuktikan bahawa kamu sendiri yang sebenarnya MAIN TUDUH TANPA MENYELIDIK ATAU MENGKAJI terlebih dahulu. Tetapi bila dua pemimpin kamu diusik, terus kamu melatah walaupun jelas dibuktikan di mata kasar ! MEMANG DAH DASAR TAKSUB !! CERMIN DIRI DULU SEBELUM MENGATA ORANG.

Berlagak baik kononnya ajak berbincang cara hikmah bersemuka dahulu, pantang betul aku kalau orang berperangai jahat berbekalkan muka baik. Allah tak melihat luaran kamu wahai PT, pakailah apa pun semata-mata untuk menutup kelemahan kamu, tetapi kamu tetap alim kucing. Baca dulu semua artikel dan bukti yang dikemukakan dalam PVP, kemudian kamu berikan pula dalil dan bukti kamu untuk menentang bukti PVP. Jangan tegakkan benang basah, Jangan berumah di tepi pantai kalau takut bermain ombak. Sahut cabaran ini kalau kamu BENAR ! Baca dulu semua artikel yang ada dalam PVP sebelum menghentam, Jangan meludah ke langit..maksudnya jangan sampai air ludah tu kembali terkena muka sendiri..

Tapi PVP tak percaya PT mampu sahut cabaran ini. WAHAI PEMBACA SEKALIAN, ANDA SEMUA ADALAH SAKSI DI ANTARA empunya WWW.PONDOKTAUHID.BLOGSPOT.COM dan
WWW.PASVSPAS.BLOGSPOT.COM.

Malah siapa kamu PT untuk GANTIKAN kedua mereka dengan yang lain. Jangan buat lawak bodoh la PT. Kamu tu ibarat cacing dalam PAS, jangan nak berlagak jadi naga. Malah dirasakan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi hanya menganggap kamu kerawit dalam PAS saja. Jadi, BELAJARLAH DAHULU agama sebelum tegar dalam politik.
Contohilah Nabi yang mengajar aqidah dahulu sewaktu di Mekah kemudian baru berpolitik mentadbir ketika Baginda di Madinah.

TAMAT
YANG BENAR TETAP BENAR
YANG SALAH TETAP SALAH

www.pasvspas.blogspot.com
vs
www.pondoktauhid.blogspot.com

( PAS )
PEMBASMI AJARAN SESAT


4 comments:

  1. Allahu Akbar!!!! Semoga Allah merahmati tuan blog.....

    ReplyDelete
  2. Maaf jika kritikan ini menguris hati..Setahu saya,Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah. Umno kena terima hakikat, Umno tidak berjaya mendoktrinkan sebahagian rakyat Islam mengikut Islam fahaman Umno. Dasar perjuangan umno hanya terhad. Hanya boleh di apply di negara yg bernama M’sia. Dasar perjuangan pas boleh di perjuangkan di seluruh pelusuk dunia. Islam adalah agama rahmat sekian alam. Jadi jika tuan blog mengatakan PAS sesat dan wahabi abis tu UMNO tu parti memperjuangkan ISLAM lah?Setahu saya PAS menolak sekularisme..APA HUKUM JIKA KITA BERPEGANG KEPADA SEKULARISME (POLITIK SUKU,AGAMA SUKU)?Jika anda dapat berikan fakta dari Quran dan hadis yg benarkan sekular ini, saya janji saya akan sokong UMNO dan bukan PAS..Saya orang jahil..Harap minta tunjuk ajar dari tuan

    ReplyDelete
  3. Selama ini kita telah dimanipulasi oleh media perdana milik UMNO yang memberi imej Negara Islam itu adalah negara potong tangan, negara hukum rejam dan negara yang akan membunuh dan menindas orang bukan Islam. Andai diikutkan undang-undang kesiksaan penjajah yang diguna pakai oleh negara ini, juga terdapat hukuman mati samada di tali gantung atau di kerusi elektrik selain hukuman lain seperti sebat dan tekanan emosi yang jauh lebih keras berbanding hukuman kesiksaan Islam. Namun tidak ada pihak yang memberikan persepsi buruk bahawa undang-undang penjajah itu ialah undang-undang gantung tengkuk dan hukum bunuh orang guna kerusi elektrik.Undang-undang penjajah yang dijadikan Undang-undang Persekutuan ini juga akan menjadi lebih menakutkan dan juga boleh dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan sekiranya ia dimanipulasi. Namun terdapat pelbagai had bidang yang dikenakan kepada rakyat untuk tidak memanipulasi atau mempertikaikan perlembagaan yang ‘diturunkan’ kepada penjajah kepada pemimpin-pemimpin UMNO ini. Sesiapa yang membantah atau mempertikainya akan dianggap menderhaka dan tidak menghormati negara serta menghina negara.
    Inilah yang berlaku apabila Dasar Negara Islam yang cuba diketengahkan PAS dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini. Belum pun sempat PAS membuka mulut mempelawa dan mengajak pelbagai pihak termasuk NGO dan kerajaan berbincang berhubung Dasar Negara Islam ini, media milik UMNO dan pemimpin mereka terus menyerang dan melemparkan pelbagai persepsi buruk terhadap Islam dan PAS.Kepada bukan Islam dan orang Melayu yang kurang pengetahuan agama pula, disajikan dengan pelbagai propaganda yang seolah-olah membayangkan Islam ini zalim dan ganas.Demikianlah sikap UMNO dan pemimpin mereka yang lebih mengagungkan perundangan yang dicipta musuh kita suatu ketika dahulu yang telah menjajah negara dan ekonomi kita sekian lama. Mengapa takut untuk menegakkan hukum Allah yang menjadi pegangan orang-orang Melayu. Mengapa UMNO yang beretorik membela orang Melayu dan membela Islam tetapi dalam keadaan yang sama sanggup membelakangkan agenda sistem dan hukum Islam yang dianuti mereka? Tak percayakah mereka pada Islam ? Saya harap tuan blog sudi menjawab isu ini juga dan saya amat berbesar hati dengan apa sahaja jawapan tuan blog berikan..

    ReplyDelete
  4. Isu kafir mengkafir : Di dalam Quran atau hadis, tiada pun sebut perkataan sokong PAS masuk syurga dan sokong UMNO.Begitu juga sokong UMNO kafir, masuk neraka.Tetapi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah ada puak yang membuat gerakan lain yang mengasingkan Islam dari Iman iaitu Abdullah bin Ubay dan hendak berpada pada Islam sahaja.Itu tidak boleh.Begitu juga puak yang hendak mempertahankan ideologi nasiolisme lebih tinggi daripada dasar islam.Sememangnya dasar islam adalah lebih baik daripada dasar dan ideologi ciptaan manusia.Begitu juga kefahaman sekularisme (politik suku,agama suku) amat ditegah oleh agama kerana secara tidak langsung merosakkan akidah islam.Allah telah menjanjikan neraka bagi puak ini.Soalan saya, boleh tuan blog buktikan yang perjuangan UMNO bukan seperti Abdullah bin Ubay yang mahu berpada dengan Islam sahaja dan bukan pertubuhan yang mahu mengasingkan Islam dari Iman atau sekularisme(politik suku,agama suku)?

    ReplyDelete