Siri 3
ANTARA KESESATAN NIK ABDUL AZIZ;
Pendapat Golongan Mujassimah
"Arah atas layak disifatkan kepada Allah Ta’ala, manakala arah bawah kekurangan kepadaNya, justeru itulah kami tidak mentakwil ayat-ayat yang mutasyabihat yang secara zahirnya menunjukkan bahawa keberadaanNya di arah atas, tetapi kami mentakwilkan ayat-ayat yang secara zahirnya menunjukkan keberadaanNya di pihak bawah."
Jawapan :
Sebagaimana yang dimaklumi arah atas merupakan tempat tinggal para Malaikat begitu juga menjadi tempat bagi ( paksi ) bintang-bintang, matahari dan bulan. Dan mereka tidak disifatkan lebih mulia daripada para anbiya’ yang hidup di arah bawah hingga kewafatan mereka bahkan di sana juga mereka dikebumikan.
Para anbiya’ lebih mulia sebagaimana yang diisyaratkan oleh al-Quran, Hadis dan berdasarkan pendapat ahlus-Sunnah wal-Jama’ah kerana Allah Ta’ala telah memerintahkan para Malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam 'Alaihi Salam lalu perintah ini ditaati dan dilaksanakan oleh para Malaikat. Orang yang disujudkan itu lebih mulia daripada orang yang bersujud. Maka di sini jelas sekali penyelewengan dan kebatilan pendapat yang mengatakan bahawa arah di atas itu lebih sempurna dan mulia manakala arah bawah itu menunjukkan kekurangan kepada Allah Ta’ala, sedangkan Ahlus-Sunnah Wal-Jama’ah menolak kesemua arah yang enam ; kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang bagi Allah Ta’ala kerana Allah Ta’ala tidak menjadi mulia semata-mata kerana ciptaanNya. Oleh itu tidak benar Allah Ta’ala untuk mengatakan Allah Ta’ala mulia disebabkan ketinggian ‘Arasy. Barangsiapa yang menyangkakan perkara yang demikian itu, dia telah menjadikan Allah Ta’ala berhajat kepada yang lain. Dan ini adalah mustahil kepada Allah Ta’ala bahkan mengatakan Allah Ta’ala berpihak di atas, di bawah atau sebagainya ini merupakan kekurangan bagiNya kerana melazimi bagi Allah Ta’ala berhad, mempunyai batasan, bentuk, saiz dan kadar tertentu.
Allah Ta’ala berfirman :
Yang bermaksud : “ Setiap sesuatu dijadikan dengan kadar tertentu"
‘Arasy ( makhluk yang paling besar ) dijadikan di dalam bentuk saiz dan kadar tertentu begitu juga zarah ( makhluk yang paling kecil yang mampu dilihat dengan mata ) selain itu juga makhluk yang sederhana besar dijadikan dengan bentuk yang tertentu saiz yang pelbagai dan berkadar ”.
Pendapat yang mengatakan bahawa “Arah atas layak disifatkan kepada Allah Ta’ala, manakala arah bawah kekurangan kepadaNya” memadai dengan hujah yang sederhana ini ; bagaimana arah di atas lebih mulia daripada arah di bawah sekiranya dilihat pada kedudukan Raja atau Sultan yang bersemayam di dalam istana sedangkan para pengawal ditempatkan di atas bumbung istana bagi menjaga keselamatan Raja atau Sultan. Dalam konteks ini siapa yang lebih mulia ??
Kesimpulannya, berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh Nik Abdul Aziz dan golongan Wahhabiyah merupakan Qias ma'a Fariq ( Qias yang fasid ). Kesemua ini menunjukkan kedangkalan akal dan pemahaman yang lemah dalam menyifatkan Allah Ta’ala.
Oleh itu, marilah sama-sama kita berpegang dengan metodologi ahlus-Sunnah wal-Jama’ah di kalangan al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan pendapat yang benar,tepat dan bertepatan dengan Naqli ( al-Quran dan hadis ) dan ‘Aqli.
pasvspas@yahoo.com
No comments:
Post a Comment