Saturday, July 18, 2009

Nik Abdul Aziz Mempercayai Allah Turun Dari Langit

ANTARA KESESATAN NIK ABDUL AZIZ ;





SIRI KE DUA ;


Nik Abdul Aziz Mempercayai Allah Turun Dari Langit

PERSAMAAN AQIDAH NIK ABDUL AZIZ DAN IBNU TAIMIYAH

Berkata Nik Abdul Aziz :

“..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk ditempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya'ban..Aku turun turun turun..hinggo sapa ke langit dunio..”

Berkata Ibnu Taimiyah aL-Mujassim :

“..kemudian, sesungguhnya majoriti ahlus-Sunnah mengatakan : “ Bahawasanya Dia turun dan tidak sunyi daripadanya ‘Arasy” – Rujuk : al-Minhaj, jilid 1, m/s : 26, Dar Kotob Ilmiyah, Beirut Lebanon.

Lihatlah kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang mempunyai persamaan dengan aqidah Ibnu Taimiyah. Kenyataan sebegini jelas membawa kepada kekufuran dengan menisbahkan Allah Ta’ala turun dengan ZatNya. Maha Suci Allah Ta’ala daripada kekufuran ini. Na’uzubillahi min zalik..

ADAKAH BENAR ADA PENDAPAT MAJORITI ULAMA’ MENGATAKAN ALLAH TURUN??

Adapun dakwaan Ibnu Taimiyah yang mengatakan terdapat majoriti ahlus-Sunnah mengatakan Allah Ta’ala turun dan tidak sunyi ‘Arasy daripadaNya merupakan suatu pendustaan dan pendustaan besar yang tidak dapat disembunyikan lagi. Padahal dakwaan ini tidak dapat dibuktikan samada melalui nukilan daripada ulama’ yang muktabar mahupun daripada kitab-kitab karangan ahlus-Sunnah wal Jama’ah ; Salaf atau Khalaf. Dakwaan palsu mengatakan ada majoriti atau ijmak sudah menjadi adat kebiasaan Ibnu Taimiyah untuk mengaburi mata mereka yang jahil tentang agama lalu menerimanya secara bulat-bulat tanpa mendapat kepastian dan kesahihan sumbernya. Perkara ini sering kali dilakukan oleh Ibnu Taimiyah kemudian menisbahkannya kepada ulama’ Muhadditsin yang disukai dan dikaguminya, kadangkala dimenisbahkannya kepada ulama’ Salaf secara dusta. Padahal mereka terlepas daripada dakwaan seumpama itu. Akhirnya jenayah ilmiyah Ibnu Taimiyah ini boleh disifatkan senagai pecah tembelang apabila ternyata dia bersumberkan beberapa golongan mujassimah yang menisbahkan diri kepada ahlul Hadits seperti sesetengah daripada mereka berpendapat tentang sifat Allah :

Sifatkanlah kepadaKu apa yang engkau inginkan kecuali janggut dan kemaluan ”


ULAMA’ SALAF MENYUCIKAN ALLAH DARIPADA SIFAT TURUN

Perlu diketahui bahawa penafian dan penyucian terhadap Allah daripada sifat TURUN, BERGERAK dan DIAM sebagaimana yang dipraktikkan oleh ulama’ ahlus-Sunnah wal Jama’ah di kalangan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Ternyata di sana tiada khilaf di antara ulama’ Salaf dan Khalaf dalam menyucikan Allah daripada sifat makhluk. Di dalam hal ini, Imam al-Hafiz al-Salafiy Abu Ja’far al-Tohawiy menegaskan dalam aqidah :
Maknanya : “ Barangsiapa yang menyifatkan Allah Ta’ala dengan salah satu makna dari makna-makna manusia ( sifat dari sifat-sifat manusia ) hukumnya kafir ”


Bukankah daripada makna atau sifat manusia itu antaranya bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain DIAM, DUDUK BERSEMAYAM, DUDUK BERSILA, TURUN DAN NAIK ? Kalaulah sifat-sifat ini bukan daripada sifat makhluk, apakah lagi sifat makhluk ???

Bukankah Imam Ahmad bin Hanbal pernah mentakwilkan firman Allah Ta’ala :

Dengan makna :


جاءت قدرته
Yang bermaksud : “ Datangnya kekuasaanMu ” ?

Tidakkah ini suatu penafian dan penyucian daripada sifat DIAM, DUDUK BERSEMAYAM, DUDUK BERSILA, TURUN DAN NAIK daripada Allah Ta’ala ? Sekiranya Imam Ahmad beri’tiqad Allah Ta’ala turun dan datang secara zahir, nescaya beliau tidak akan mentakwilkan ayat ini bahkan ditinggalkan lafaznya itu sebagaimana yang dipegang oleh golongan musyabbihah, golongan al-Wahhabiah dan Nik Abdul Aziz.




AKAL SALIM TIDAK DAPAT MENERIMA ALLAH TA’ALA BERSIFAT TURUN

Allah Ta’ala menjadikan alam ini dengan pelbagai situasi dan keadaan. Sebahagian daripada alam ini dijadikan dalam keadaan sentiasa diam dan tetap seperti tujuh petala langit dan ‘Arasy. Sebahagian lagi dijadikan dalam keadaan sentiasa bergerak-gerak seperti bintang-bintang di langit. Manakala yang lainnya diciptakan dalam keadaan bergerak-gerak dan diam yang berlaku secara berganti-ganti seperti Malaikat, manusia, jin , haiwan dan sebagainya. Ketiga-tiga situasi dan keadaan ini tidak boleh disifatkan kepada Allah Ta’ala walaupun dengan satu keadaan. Sekiranya Allah Ta’ala bersifat salah satu dari tiga keadaan ini, nescaya Dia menyerupai sifat makhluk yang tidak terhingga banyaknya.

Lantaran, menafikan firman Allah Ta’ala :



HADIS NUZUL

Hadis Nuzul adalah hadis masyhur yang sering kali dipergunakan dan diselewengkan oleh golongan Musyabbihah dan Wahhabiah sebagai dalil mengatakan Allah turun daripada ‘Arasy ke langit dunia. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :



Hadis ini sebenarnya bukanlah hujah bagi golongan Musyabbihah dan Wahhabiah bahkan merupakan hujah bagi ِAhlus-Sunnah wal Jama’ah ke atas mereka. Berkata Imam Abu Bakar Ibnu Furak:


ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الأخر ويقول : من يدعوني فاستجيب له ومن يسألني فأعطيه ومن يستغفرني فاغفرله


“ Sesetengah ulama’ memberikan baris “dhommah” pada awal kalimah tersebut “yunzilu” bukan “yanzilu” dengan membuang “maf’ulum bih”. Maka jadilah “yunzilu malakan” yang bermaksud “turunnya malaikat Rahmat”. Hujah ini dikuatkan lagi apabila dibuat penelitian pada riwayat-riwayat yang lain seperti :

1- Periwayatan al-Nasaie daripada jalan al-Aghar daripada Abu Huarairah dan Abu Sa’id – Semoga Allah memberkati mereka, dengan lafaz :


إن الله يمهل حتى يمضي شطر الليل ثم يأمر مناديا يقول : هل من داع فيستحاب له

2- Begitu juga periwayatan hadis Uthman bin Ubay yang ditakhrijkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dengan lafaz :
ينادي مناد كل ليلة : هل من داع فيستجاب له هل من سائل فيعطى هل من مستغفر فيغفر له حتى ينفجر الفجر

3- Selain itu hadis yang ditakhrijkan oleh al-Tobrani di dalam kitab Mu’jam al-Kabir dengan lafaz :
تفتح أبواب السماء نصف الليل فينادي مناد هل من داع فيستحاب له فيستحاب له هل من سائل فيعطى هل من مكروب فيفرج عنه
Perawi-perawinya adalah sohih sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Haithami di dalam kitab Majma’ al-Zawaid – percetakan Dar Kotob Ilmiah, Beirut Lebanon, jilid 10 m/s : 153

Ketiga-tiga periwayatan tadi merupakan pentafsir kepada periwayatan Bukhari yang pertama. Ini memperkuatkan hujah ahlus-Sunnah wal Jama’ah bahawa kalimah “yanzilu” pada hadis riwayat Bukhari dibaris “dhommahkan” pada awalnya ; “yunzilu”. Ini adalah disebabkan, kaedah ulama’ “Sebaik-baik mentafsirkan Hadis yang warid dengan yang warid juga”. Kaedah ini diambil daripada al-Hafiz al-‘Iraqi di dalam Alfiahnya ;
وخير ما فسرته بالوارد
Yang bermaksud ;
“Sebaik-baik mentafsirkan Hadis yang warid dengan yang warid juga”.
Ternyatalah di sini hadis periwayatan Bukhari tidak harus dipegang secara zahir kerana pelbagai sebab sebagaimana yang diperjelaskan oleh Imam Badruddin bin al-Jam’ah di dalam kitabnya “Idohu al-Dalil fi Qat’i Hujaji Ahlu Ta’thil”. Sebagaimana kata-katanya : “Ketahuilah bahawa Turun itu bermakna perpindahan dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah, oleh itu, hadis tadi ( Hadis riwayat Bukhari ) tidak boleh dipegang secara zahir kerana beberapa sebab :

kerana turun merupakan dan bersifat baharu. Sifat turun berhajat kepada tiga perkara :


a) Pemindah
b) Tempat Asal
c) Tempat Baru Berpindah


Oleh yang demikian itu, mustahil bagi hak Allah Ta’ala.

Sekiranya dikatakan turun itu secara ZatNya secara hakiki nescaya berubah-ubahlah Allah Ta’ala pada setiap hari, siang dan malam dengan melakukan pergerakan yang banyak. Ini adalah kerana satu pertiga malam itu berubah-ubah ke atas penduduk bumi bersama detik-detik yang berlalu (berdasarkan tempat). Maka secara lazimnya, perpindahan ke langit dunia pada malam dan siang mengikut penduduk ( Negara ). Pendapat mereka yang mengatakan kembalinya Allah ke ‘Arasy pada setiap detik dan turunnya ke langit dunia tidak pernah dikatakan oleh orang yang mempunyai akal fikiran yang waras dan ianya sia-sia.

Kalau dikatakan Allah berada di atas ‘Arasy dan Dia memenuhinya serta turun ke langit dunia, perkara ini tidak boleh diterima akal kerana saiz ‘Arasy jika dibandingkan dengan langit dunia seperti sebentuk cincin di padang pasir yang luas. Oleh itu, perkara ini melazimi dua perkara, samada langit dunia membesar atau Zat Allah mengecil supaya memenuhi ruangannya. Dan kami menolak secara qat’i kedua-dua perkara ini."
intaha


http://www.pasvspas.blogspot.com/
pasvspas@yahoo.com
d

No comments:

Post a Comment