Friday, July 10, 2009

KALAU DIBUKA TEMPAYAN BUDU, BARULAH TAHU




AWAS!! JAUHI SAMSENG !!


Memetik sebahagian kata-kata Hadi Awang ketika berucap di persidangan Parlimen dalam menjawab kenyataan ahli Parlimen. Antara isi kandungan kenyataan Hadi Awang :

Berkata Hadi Awang ;


” Perkataan samseng di antara maknanya ialah dengan makna jaguan atau pendekar.”


Antara kata-katanya lagi ;


” Al-Jabbar yang menggunakan kekerasan untuk mengalahkan musuhnya. diterjemahkan dalam bahasa kita (malaysia) dengan makna SAMSENG”




Antara hujah lain yang diutarakan ialah :


”Idris Marbawi dalam kamus marbawi Kamus Arab-Melayu perkataan Al-Jabbar diterjemahkan dengan perkataan yang Maha Prongos oleh kerana beliau Al-Marhum daripada Perak saya tanya orang Perak, apa makna prongos?.... ”



Sebelum kita membahaskan secara mendalam mengenai kenyataan 'Tuhan Samseng' sebagaimana kata Dato' Nik Abdul Aziz dengan sokongan Hadi Awang, marilah kita meneliti beberapa kamus yang menerangkan makna sebenar Al-Jabbar.

Pengertian al-Jabbar :

Kamus Arab-Melayu/Melayu-Arab

Malaysia :

1. Menurut ''Kamus al-Khalil - Kamus Kontekstual Lengkap al-Khalil ( Arab-Melayu ) Dr. Hj. Abu Abdullah Hanafi bin Hj. Dollah, Pensyarah Bahasa Arab UIAM, cetakan pertama : Mac 2006, Penerbit : Pustaka Salam Sdn Bhd, Batu Caves, Kuala Lumpur, Pencetak : Prospecta Printers Sdn Bhd, Batu Caves, Kuala Lumpur '' menterjemahkan al-Jabbar : satu Asmaul Husna bagi Allah yang bererti Yang Maha Perkasa."

2. Menurut ''Qamus al-Jadid ( Arab-Melayu ) Haji Usamah Abbas, cetakan Penerbitan Seri Kota, Kuala Lumpur" menterjemahkan al-Jabbar : Perkasa.

3. Kamus al-Kautsar Lengkap ( Arab-Melayu ), Husin al-Habsyi, terbitan Thinker's Library Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor, Malaysia, cetakan pertama 1989 ( Malaysia )Tidak menyebut perkataan al-Jabbar sebaliknya ada menyebut kalimah al-Jabarut : 1. sifat kebesaran & kekuasaan Allah

Kamus Arab-Melayu/Melayu-Arab

Indonesia :

1. Menurut "Kamus al-Munawwir ( Arab-Indonesia ) Terlengkap, Ahmad Warson Munawwir - ditelaah dan dikoreksi oleh : KH. Ali Ma'shum, KH. Zainal Abidin Munawwir-Penerbitan Pustaka Progressif, Surabaya, Indonesia" menterjemahkan al-Jabbar : min sifati ta'ala : Dzat Yang Maha Perkasa ( sifat Allah )

2. Manakala di dalam "Qamus ( Arabiy-Indonesiy ) Profesor Dr. Hj. Mahmud Yunus, terbitan PT. Hidakarya Agung, Jakarta, cetakan kedelapan - 1411H : 1990M menterjemahkan al-Jabbar : Allah ta'ala, litakabburihi, wa kullu 'atin ( takabbur : kerana membesar-besarkanNya, kullu 'atin : segala kebesaranNya )


Mu'jam Arab

1. Menurut ''Mu'jam : al-Qamus al-Muhid - Majduddin Muhammad bin Ya'qub al-Fairuz Abadiy, cetakan ke-3 1429H/2008M, Dar al-Marefah, Beirut, Lebanon "menterjemahkan al-Jabbar : Allah ta'ala, litakabburihi, wa kullu 'atin ( takabbur : kerana membesar-besarkanNya, kullu 'atin : segala kebesaranNya )


2. Menurut ''Munjid al-Tullab, Fuad Ifram al-Bustaniy, Ketua al-Jami'ah al-Lubnaniyyah, cetakan ke-15, terbitan Dar El-Mashreq, Beirut, Lebanon mengatakan al-Jabbar : min sifatihi ta'ala : al-Musallid. al-Qahir. al-Mutakabbir. al-'Atiy.

3. Berkata al-Khattobiy petikan dari "al-Mishbah al-Munir ( Mu'jam Arabiy-Arabiy ), al-'Allamah Ahmad bin 'Ali al-Fayumi al-Muqri', terbitan al-Maktaba al-'assrya, Beirut, Lebanon 1428H/2007M "menerangkan al-Jabbar : 'yang memperelokkan urusan makhlukNya di atas apa yang dikehendakiNya daripada perintahNya serta laranganNya'.

Kamus Inggeris

Menurut ''The Bilingual Dictionary ( Arabic-English, English-Arabic ) Author : Research and studies centre, Publisher : Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Edition : Third, year 2008, Lebanon "Menterjemahkan al-Jabbar : Qawiy : strong, powerful, mighty, forceful, tough dan al-Jabbar : ha'ielu, 'imlaq : gigantic, giant, colossal, mammoth, titanic, cyclopean, superhuman"

Kitab Tafsir

Menurut ''Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Sheikh Abdullah Basmeih, disemak oleh Sahibul Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim, dibawah kawalan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terbitan Darul Fikir, Kuala Lumpur, cetakan Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd, Kuala Terengganu, Terengganu, cetakan ke-13 Safar 1423/Mei 2002 di dalam surah al-Hasyr,ayat 23 "al-Jabbar al-Mutakabbir : Yang Maha Kuasa ; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya) ; Yang Melengkapi Kebesarannya"

Lain-lain Rujukan :

''al-Maqshidu al-Asna fi syarhi Asma'iellah al-Husna, Al-Syaikh Nabil Al-Syarif Al-Husaini, cetakan ke-3 1423H/2002M, terbitan Dar al-Masyari', Beirut, Lubnan
menerangkan al-Jabbar dalam dua makna : Dia (Allah) yang memperelokkan makhlukNya atau Dia yang memaksa mereka di atas apa yang dikehendakiNya, firman Allah ta'ala : ((al-Jabbarul Mutakabbir))-surah al-Hasyr:23



FENOMENA YANG BERLAKU

Perkataan samseng bukan lagi suatu yang asing bagi rakyat Malaysia, ianya seringkali di ulang-ulang di media massa dan juga menjadi pertuturan orang awam dalam menyifatkan perbuatan ganas, kezaliman, pemberontakan, samseng jalanan, mat rempit, kaki pukul, kejadian pecah rumah dan seumpamanya.

Apa yang amat mengecewakan ada sesetengah pihak berani menggunakan istilah samseng ini dalam menyifatkan Allah Taala. Maha Suci Allah dari kekufuran. Padahal yang sebenarnya menisbahkan 'Samseng' kepada Allah Taala bukanlah satu pengertian yang betul dan tepat. Apatah lagi untuk menterjemahkan sifat Al-Jabbar Allah kepada samseng lagi tidak tepat.

Apabila isu ini menjadi isu yang hangat dan kontroversi di kalangan masyarakat. Terdapat beberapa jabatan agama kerajaan membantah dan tidak bersetuju dengan pengistilahan ini. Menurut Nik Abdul Aziz apabila dipertikai tentang isu ini, dia menegaskan bahawa perkataan samseng yang dinisbahkan kepada Allah adalah digunakan untuk memberitahu rakyat Kelantan bahawa jika kamu ingin menunjukkan kekuatan dan belang kamu maka Allah Ta'ala lebih dari itu tetapi jika diperhatikan adat pertuturan rakyat Kelantan, bila memaksudkan seseorang itu kuat dan berani serta handalan, istilah yang sepatutnya digunakan adalah 'gedebe' bukan 'samseng'.

Dua istilah tersebut mempunyai perbezaan yang amat ketara mengikut penggunaan dan pemahaman masyarakat seMalaysia termasuk rakyat Kelantan. Perkataan 'samseng' digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam pengertian celaan dan kejian. Manakala perkataan 'gedebe' dalam skop yang lebih khusus hanya digunakan oleh rakyat Kelantan dalam pengertian kuat, berani dan handalan. Hatta istilah yang dikatakan gedebe pun TIDAK LAYAK untuk dinisbahkan kepada Allah Taala walaupun mendatangkan makna yang baik.

Menurut orang kelantan, makna samseng sebelum diputarbelit pengertiannya oleh Nik Abdul Aziz adalah menggambarkan seseorang itu teramat jahat, menderhaka sering menimbulkan huru-hara dalam masyarakat dan sebagainya dalam ertikata yang terlampau dan keterlaluan. Mengikut kata mereka lagi perkataan samseng ini bukan perkataan yang senang untuk dilebalkan kepada seseorang dengan sifat tersebut kerana ia merupakan perkataan yang pemahamannya dikalangan rakyat Kelantan adalah jelek dan cukup keji. Berikut diambil sebahagian contoh dialog yang biasa diungkapkan oleh rakyat Kelantan mengikut beberapa situasi ;

Melibatkan dialog antara guru dengan pelajar :


” mu jange cubo nok jadi samseng dale sekoloh!!”.

Ungkapan ini biasanya terkeluar dari guru disiplin semasa mendapati pelajar tersebut selalu ponteng sekolah, hisap rokok, memeras ugut dan memukul pelajar lain, mencuri, menderhaka kepada guru dan seumpamanya.


Melibatkan dialog antara Ibu bapa dan anak :


” aku tok suko mu jadi samseng, jange wak malu ko aku dale kapong nih!”.

Ungkapan ini biasanya keluar dari seorang ayah yang mana anaknya mencuri, menderhaka ibu bapa, terjerumus di dalam kumpulan remaja yang nakal dan tiada tujuan hidup, berlumba motosikal dan lain-lain lagi.

Melibatkan jiran tetangga dengan masyarakat sekeliling ;


” anok sapo la hok koya samseng, wak nyusoh kok oghe jah.. ”

Ungkapan yang sebegini biasa dikeluarkan oleh jiran tetangga kepada anak muda-mudi yang liar di sekitar rumah yang melakukan kerosakan, merosakkan pondok telefon awam, memukul, memeras ugut, merompak harta dan sebagainya.


TUJUAN BAIK BUKAN KEUZURAN

Sekiranya tujuan ucapan Nik Abdul Aziz dalam ceramah tersebut ditujukan khas untuk memahamkan rakyat Kelantan akan kekuasaan dan kekuatan Allah 'Azza Wa Jalla' maka perkataan 'Maha Perkasa, Maha Agung, Maha Kebesaran, Maha Berkuasa ' adalah betul dan lebih tepat dan sesuai kerana istilah 'samseng' memberi pandangan yang jelek pada kemuliaan dan kesucian Allah Ta'ala. Maha Suci Allah Ta'ala dari segala kekurangan dan kejelekan makhluk.

Seandainya tujuan ucapan tersebut ditujukan untuk rakyat Malaysia maka penggunaan istilah 'samseng' adalah salah dan amat tidak bertepatan. Sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan istilah-istilah sebagaimana yang dinyatakan dipermulaan perbincangan ini.


SAMSENG BAHASA INDONESIA ?

Kisah pasal perkataan samseng ini pula, penulis cuba membuat tinjauan temubual dengan beberapa pelajar indonesia yang kebanyakannya masih belajar di universiti dan sesetengahnya sudah pun menamatkan pengajian. Apabila ditanya penulis, ternyata perkataan ini teramat asing dan tidak diketahui oleh mereka semasa proses temubual tersebut. Tetapi apabila dilontarkan perkataan JAGUAN dan PENDEKAR terus ada di antara mereka menyatakan di dalam Bahasa Indonesia perkataan kedua-dua ini bermakna samson.

Kalau kita bandingkan perkataan Samson dan samseng adalah dua perkataan yang ternyata berbeza ; bunyinya dan ejaannya. Samson di dalam kamus Indonesia menurut mereka ialah jaguan atau seorang pendekar Indonesia yang sangat kuat. Kisahnya cukup masyhur di kalangan rakyat indonesia. Cerita samson ini adalah cerita purbakala yang terkenal pada semua lapisan masyarakat indonesia.

Tetapi yang peliknya...


KENAPA APABILA DIPERTIKAIKAN OLEH RAMAI PIHAK TENTANG PENGGUNAAN PERKATAAN SAMSENG TIDAK BOLEH DINISBAHKAN PADA HAK ALLAH, HADI AWANG MENGGUNAKAN ISTILAH DALAM BAHASA INDONESIA SEBAGAI HUJAH? PADAHAL NIK ABDUL AZIZ APABILA MENIMBULKAN ISU INI DIA MENYAMPAIKAN CERAMAH UNTUK RAKYAT KELANTAN?? BILA PULAK NIK ABDUL AZIZ BERTUTUR DALAM BAHASA INDONESIA????..PELIKKK...HMM


Persoalannya :

1. Kenyataan ”tuhan samseng” beradab ke biadab?


2. Kenapa Hadi Awang beriya-riya menyokong kenyataan Nik Abdul Aziz mengatakan ”Tuhan Samseng?


3. Kenapa sesetengah penyokong Nik Abdul Aziz yang bergelar ”ustaz” cuba memutarbelit kenyataan tersebut walaupun jelas salah.


4. Jawapan sesetengah pihak ” maaflah, saya tak ada komen pasal ni”,tajuk ini bukan bidang saya”, ”mungkin tok guru lebih arif tentang hal ini, siapa kita untuk mempertikaikannya?”, ”apa yang tok guru cakap semua betul”, ”tok guru dan Hadi Awang ada hujah tersendiri, tak payah lah kita perbesarkan isu ini ya”,” yang sudah lepas tu sudahla tak payah la kita nak ungkit-ungkitkan isu yang dah lapok ni”, Ini ke sikap ustaz-ustaz yang dikatakan yang menjaga amanah agama???


5. Ada ke tak satu sahaja kamus Arab-Melayu yang menterjemahkan Al-Jabbar dengan makna Samseng?boleh buktikan? Tak nak banyak satu je..boleh..boleh??


6. Kenapa isu ini dibincang di dalam parlimen??


7. Siapakah lagi yang menyokong kenyataan nik abdul aziz?


BERSAMA MEMBANGUNKAN ISLAM


http://www.pasvspas.blogspot.com/
pasvspas@yahoo.com

No comments:

Post a Comment