Friday, July 17, 2009

MEMBONGKAR PEMIKIRAN MUJASSIMAH AL-WAHHABIYAH MODEN

ANTARA KESESATAN NIK ABDUL AZIZ ;

SIRI PERTAMA ;
NIK ABDUL AZIZ MENGATAKAN ALLAH BERARAH ATAS (bertempat)


Berkata Nik Abdul Aziz nik mat di dalam rakaman mp3 ini (akan di keluarkan esok);

”arah atas adalah mulia bagi Allah Ta’ala”.

Pandangan Nik Abdul Aziz ini sama dengan pendapat sesetengah golongan Musyabbihah dan Wahhabiyah apabila yang dibentangkan hujah wajib beri’tikod Allah Wujud Tanpa Bertempat, mereka menempelak ; "arah atas bukan seperti arah di bawah, arah bawah adalah kekurangan bagi Allah wajib mensucikan Allah daripadanya, manakala arah di atas memberi maksud al-kamal (kesempurnaan) dan as-syaraf (kemulian) bagi Allah dan sebagainya..”


Jawapan:

1. Arah yang enam (atas bawah, depan belakang, dan kiri kanan) kesemuanya tidak memberi makna kesempurnaan dan kemuliaan bagi Allah Ta’ala kerana tinggi dari segi tempat adalah kejian dan penghinaan bagi Allah. Kedangkalan Nik Abdul Aziz menyifatkan Allah Ta’ala berada di langit adalah kutukan kepada Allah Ta’ala yang tidak boleh diterima sekali-kali. Untuk seseorang itu memuji Allah Ta’ala, dan memuliakan-Nya, sepatutnya dia mengatakan Allah Ta’ala tinggi martabatNya, tinggi statusNya, tinggi darjat kebesaranNya bukan tinggi tempat atau keberadaanNya di langit.



2. Kemuliaan itu tidak dinilai berdasarkan tingginya tempat atau keberadaanNya di langit. Boleh jadi yang berada di tempat yang rendah dan bawah lebih mulia daripada yang berada di atas. Sebagai contoh ; istana sultan atau raja yang dikawal oleh ramai pengawal. Ada yang bertugas di pintu masuk, di dalam istana dan ada yang ditugaskan berada di atas istana (bumbung) padahal raja dan keluarganya berada di bawah pengawal tersebut. Soalan : adakah pengawal yang ditugaskan di atas istana itu dikira lebih mulia daripada raja kerana dia berada dikedudukan arah atas dan raja berada di arah bawah?


3. Begitu juga para anbiya’ tinggal bertebaran di atas permukaan bumi ini iaitu berada di arah yang bawah (جهة أسفل) di dunia ini. Di akhirat kelak Allah Ta’ala menempatkan mereka di syurga yang kekal abadi. para anbiya’ yang berada di arah bawah adalah lebih tinggi martabatnya (أعلى قدرا) dan lebih mulia daripada para malaikat yang berada di arah atas ; di langit. Sekiranya arah atas itu lebih mulia dan sempurna daripada arah bawah kenapa syarak memuliakan para anbiya’ Allah yang berada di bumi daripada para malaikat yang berada di langit??!!

Allah Ta’ala berfirman ;



(( وكلا فضلنا على العالمين ))



Yang bermaksud;

Maknanya: "Dan masing-masing nabi itu kami lebihkan derajat mereka di atas umat seluruhnya".[1]

Di dalam kitab ’Aqidah An-Nasafiyah, Al-Imam An-Nasafi berkata ;

”sekalian rasul dari kalangan manusia lebih mulia daripada rasul malaikat
[2],

4.



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
(( كان الله ولم يكن شيء غيره))



Telah bersabda Rasulullah:

“ Allah telah wujud pada azali (ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatupun bersamaNya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al- Baihaqi dan Ibnu al-Jarud).

Makna hadits ini bahawa Allah ada sejak azali, tidak ada sesuatu (selainNya) bersamaNya. Allah pada azali sebelum wujudnya angin, cahaya, kegelapan, ‘Arasy, langit, manusia, jin, malaikat, masa, tempat, arah dan semua makhlukNya. Allah wujud tanpa bentuk, tempat dan arah dan sebelum diciptakan semuanya Allah wujud tanpanya dan Allah tidak berubah, iaitu wujudNya tanpa berhajat kepada makhluk sebelum atau selepas menciptakan semua makhlukNya.
Hadis ini memberi faham kepada kita sebelum adanya arah atas Allah telah wujud dan sudah pun bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Sekiranya dipakai kata-kata Nik Abdul Aziz Al-Mujassim ini ”arah atas mulia bagi Allah Ta’ala” nescaya memberi makna Allah Ta’ala sebelum menjadikan arah atas (جهة العلو) Dia bersifat dengan (النقص) kekurangan lawan kepada sifat kesempurnaan dan kemuliaan. Semoga menjauhi kita daripada kekufuran terkutuk ini.

MENGHINA, MENCELA DAN MENCACI ALLAH TA’ALA ADALAH KEKUFURAN

Golongan al-musyabbihah mengatakan Allah duduk di atas arasy, atau duduk bersemayam di atas arasy, Nik Abdul Aziz juga mengatakan Allah di arah atas atau di dalam kitab Tafsir Surah Yunus,: ”Allah duduk bersila di atas arasy seperti saya duduk sekarang”. Sifat-sifat yang keji sebegini adalah merupakan (شتم لله) kutukan, kejian,dan cacian kepada Allah Ta’ala kerana duduk, bersemayam, duduk bersila, berada di atas langit adalah antara sifat-sifat yang berkongsi sesama manusia, binatang, jin serangga dan sebagainya sebagaimana diterangkan oleh ulama’-ulamai Ahlus Sunnah Wal-Jamaah. Oleh kerana itu, segala sifat makhluk sekiranya dinisbahkan kepada Allah Ta’ala dikira sebagai penghinaan dan kutukan. Rasulullah bersabda di dalam Hadis Qudsi;




قال رسول الله : قال الله تعالى : شتمني ابن أدم ولم يكن له ذلك وأما شتمه أياي قوله اتخذ الله ولدا

Yang bermaksud ;

“ berfirman Allah Ta’ala; telah mencela Aku anak adam (manusia) padahal tiada hak baginya berbuat sedemikian itu, adapun celaan dia kepada Ku seperti kata-katanya : Allah menjadikan anak bagi diri-Nya.” Diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohihnya.

Kenapa Allah Ta’ala mengira mereka yang menyifatkan Allah Ta’ala mempunyai anak adalah (شتم لله) celaan dan penghinaan bagi Nya? Ini adalah disebabkan sifat tersebut adalah sifat makhluk.

Jika ditanya ; kalau dikatakan ”Nik Abdul Aziz mempunyai anak” Ini pujian atau kejian?? Pasti rata-rata akan menjawab ia adalah pujian kerana mempunyai zuriat adalah sifat kesempurnaan dan pujian bagi makhluk. Tetapi Allah menamakan mereka yang mengatakan ”Allah menjadikan anak bagi diri-Nya” sebagi kejian dan cacian kerana Allah Ta’ala maha suci daripada bersifat dengan sifat makhluk.

HUKUM MENGATAKAN ALLAH TA’ALA BERARAH ;

Mempercayai Allah Ta’ala mempunyai arah dan bertempat di suatu tempat adalah sesuatu kekufuran yang nyata berdasarkan AL-QURAN- SUNNAH, IJMA’ dan beberapa pendapat ulama’ terkemuka. Berikut di terangkan SECARA RINGKAS ;

AL-QURAN ;





HADITS





IJMA’






PANDANGAN ULAMA;

Ulama’ Salaf ;


Ulama' Khalaf :





KAEDAH MUJARRAB DARIPADA PENYAKIT MENJISIMKAN ALLAH ;

Kaedah senang yang telah disepakati Ahlus Sunnah Wal-Jamaah untuk menjauhi tashbih dan tajsim kepada Allah Ta’ala ;



www.pasvspas.blogspot.com
www.pasvspas@yahoo.com

[1] Surah al An'am ayat: 86
[2] Malaikat yang khas (خواص)

No comments:

Post a Comment