Sunday, July 26, 2009

MENTAHZIR GOLONGAN SESAT PADA PERSPEKTIF AGAMA ISLAM ; MENGUMPAT ATAU SEBALIKNYA ?


MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sholawat dan salam ke atas junjungan besar Sayyidina Muhammad, keluarga dan para sahabatnya yang thahirin.

DEFINISI MUNGUMPAT ;

Mengumpat ialah menyebut sesuatu perkara yang buruk, keaiban dan sesuatu yang dibenci oleh individu tersebut yang sememangnya terdapat padanya semasa ketiadaannya.

Untuk menjawab pertanyaan beberapa individu yang menyangkakan pentahziran itu sebagai umpatan, marilah sama-sama kita melihat perkara ini dari sudut neraca syarak.

AL-QURAN

Allah Ta’ala Berfirman:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ

Maknanya:

kamu sekalian adalah sebaik–baik umat yang diutus untuk manusia, menyeru kepada al Ma’ruf (hal-hal yang diperintahkan Allah) dan mencegah dariperkara kemungkaran (hal-hal yang dilarang Allah)”. (Surah Ali ‘Imran: 110)

HADITS

Rasulullah shollallahu ‘alayhi wasallam bersabda:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ كِلَاهُمَا عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ وَهَذَا حَدِيثُ أَبِي بَكْرٍ قَالَ أَوَّلُ مَنْ بَدَأَ بِالْخُطْبَةِ يَوْمَ الْعِيدِ قَبْلَ الصَّلَاةِ مَرْوَانُ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ فَقَالَ الصَّلَاةُ قَبْلَ الْخُطْبَةِ فَقَالَ قَدْ تُرِكَ مَا هُنَالِكَ فَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ أَمَّا هَذَا فَقَدْ قَضَى مَا عَلَيْهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ.اهـ

Maknanya:

“Barangsiapa di antara kalian mengetahui suatu perkara kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan lisannya, jika dia tidak mampu hendaklah dia mengingkari dengan hatinya. Dan hal itu (yang disebut terakhir) merupakan selemah-lemah iman" (H.R. Muslim).

Ini merupakan hal yang diwajibkan ke atas seseorang ketika dia tidak mampu mengingkari dengan tangan dan lisannya. Syari'at telah menyeru kita supaya mengajak manusia kepada yang ma’ruf, yaitu hal-hal yang diperintahkan Allah dan mencegah hal-hal yang munkar; yang diharamkan oleh Allah, di samping itu juga wajiblah menjelaskan kebathilan pada perkara yang bathil dan kebenaran pada perkara yang haqq.

Kebelakangan ini, banyak orang yang memberanikan diri mengeluarkan fatwa tentang agama, sedangkan fatwa-fatwa tersebut sama sekali tidak mendasari landasan Agama Islam. Justeru itu, perlu ditulis suatu penjelasan untuk menerangkan yang haq dari yang bathil.

Dalam sebuah hadits shohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah shollallahu ‘alayhi wasallam memperingatkan Masyarakat Islam dari orang yang menipu ketika menjual makanan.

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa Rasulullah shollallahu ‘alayhi wasallam memperingatkan para sahabat tentang dua orang yang hidup di dalam kelompok kaum muslimin:

“Saya mengira bahawa si fulan dan si fulan tidak mengetahui sedikitpun tentang agama kita ini”.

Selain daripada hadis ini, terdapat beberapa bukti lain yang menunjukkan kewajiban pentahziran.

KISAH RASULULLAH DENGAN KHATIB

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ رُفَيْعٍ عَنْ تَمِيمِ بْنِ طَرَفَةَ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ :

أَنَّ رَجُلًا خَطَبَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِئْسَ الْخَطِيبُ أَنْتَ قُلْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Maknanya:

"Barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya maka dia telah mendapat petunjuk, dan barang siapa melakukan maksiat kepada keduanya maka dia telah melakukan kesalahan".


Rasulullah shollallahu 'alayhi wasallam menegurnya dengan mengatakan:

بِئْسَ الْخَطِيبُ أَنْتَ

Maknanya:

"Seburuk-buruk khathib adalah engkau” (H.R. Ahmad).

Ini adalah disebabkan khathib tersebut menggabungkan antara Allah dan Rasul-Nya dalam satu dhamir (kata ganti nama) dengan mengatakan ;

ومن يعصهما

Kemudian Rasulullah shollallahu 'alayhi wasallam berkata kepadanya:

قُلْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

Yang bermaksud ;

” Katalah ; barangsiapa melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya”.intaha

Perhatikanlah, Rasulullah Shollallahu ‘alayhi wasallam tidak membiarkan perkara kecil seperti ini, meskipun ibarat tersebut tidak mengandungi unsur kufur atau syirik. Jika demikian halnya, bagaimana mungkin baginda akan mendiamkan diri dan membiarkan orang-orang yang menyelewengkan ajaran-ajaran agama dan menyebarkan penyelewengan-penyelewengan tersebut di tengah-tengah masyarakat??!! Tentunya orang semacam ini lebih harus diwaspadai dan dijelaskan kepada masyarakat akan bahaya dan kesesatannya.

LAKNAT BAGI YANG MENINGGALKAN PENTAHZIRAN

Allah telah melaknat orang kafir dari kalangan Bani Israil kerana Mereka meninggalkan An-Nahyu An- Mungkar.

Allah Ta’ala berfirman ;

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Yang Bermaksud ;

” Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.”

Bersabda Rasulullah Shollallahu ‘alayhi wasallam;

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الْمُنْكَرَ فَلَمْ يُنْكِرُوهُ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابِهِ

Yang Bermaksud ;

”sesungguhnya manusia apabila melihat akan sesuatu kemungkaran lalu tiada diingkarinya, hampirlah diturunkan oleh Allah Ta’ala azab-Nya kepada semua”.

Hadis ini memberi kepada kita makna yang amat jelas bahawa Allah Ta’ala akan menimpakan balasan yang buruk sekiranya manusia meningkalkan An-Nahyu ’An Al-Mungkar. Allah Ta’ala akan menurunkan kepada mereka keseksaan, kesengsaraan, musibah di dunia ini lagi sebelum balasan buruk di akhirat kelak. Maka tidak syak lagi musibah dan bala yang dialami oleh umat islam hari ini adalah berpunca daripada meninggalkan kemungkaran yang telah bermaharajalela tanpa ada sebarang penegahan.

MENGUMPAT ATAU KEWAJIBAN SYARAK?

Apabila penulis menyebut beberapa nama orang yang menyeleweng dalam blog ini, maka hal ini tidaklah termasuk ghibah yang diharamkan, bahkan sebaliknya ini adalah hal yang wajib dilakukan untuk memberi peringatan penting dan awasan kepada masyarakat Islam. Dalam sebuah hadits shohih bahawa Fathimah binti Qays berkata kepada Rasulullah Shollallahu 'alayhi wasallam:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ مَوْلَى الْأَسْوَدِ بْنِ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ أَنَّ أَبَا عَمْرِو بْنَ حَفْصٍ طَلَّقَهَا الْبَتَّةَ وَهُوَ غَائِبٌ فَأَرْسَلَ إِلَيْهَا وَكِيلُهُ بِشَعِيرٍ فَسَخِطَتْهُ فَقَالَ وَاللَّهِ مَا لَكِ عَلَيْنَا مِنْ شَيْءٍ فَجَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ لَيْسَ لَكِ عَلَيْهِ نَفَقَةٌ فَأَمَرَهَا أَنْ تَعْتَدَّ فِي بَيْتِ أُمِّ شَرِيكٍ ثُمَّ قَالَ تِلْكِ امْرَأَةٌ يَغْشَاهَا أَصْحَابِي اعْتَدِّي عِنْدَ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ فَإِنَّهُ رَجُلٌ أَعْمَى تَضَعِينَ ثِيَابَكِ فَإِذَا حَلَلْتِ فَآذِنِينِي قَالَتْ فَلَمَّا حَلَلْتُ ذَكَرْتُ لَهُ

أَنَّ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَأَبَا جَهْمٍ خَطَبَانِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا أَبُو جَهْمٍ فَلَا يَضَعُ عَصَاهُ عَنْ عَاتِقِهِ وَأَمَّا مُعَاوِيَةُ فَصُعْلُوكٌ لَا مَالَ لَهُ انْكِحِي أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ فَكَرِهْتُهُ ثُمَّ قَالَ انْكِحِي أُسَامَةَ فَنَكَحْتُهُ فَجَعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا وَاغْتَبَطْتُ

Yang bermaksud ;

"Wahai Rasulullah, aku telah dipinangi oleh Mu’awiyah dan Abu Jahm”.

Rasulullah berkata:

"Abu Jahm seorang yang selalu meletakkan tongkatnya di leher (suka memukul Perempuan), sedangkan Mu’awiyah adalah orang miskin yang tidak mempunyai harta (yang mencukupi untuk nafkah yang wajib), bernikahlah dengan Usamah”. Intaha.(H.R. Muslim dan Ahmad)

Dalam hadits ini didapati Rasulullah Shollallahu 'alayhi wasallam mentahzir Fathimah binti Qays dari Mu’awiyah dan Abu Jahm. Baginda menyebutkan nama kedua orang tersebut di belakang (tanpa pengetahuan) mereka dan menyebutkan hal yang sememangnya dibenci oleh mereka berdua. Antara sebabnya ialah;

Pertama: Mu’awiyah orang yang sangat fakir sehingga dia tidak akan mampu memberi nafkah kepada isterinya.

Kedua: Abu Jahm adalah seorang yang suka memukul perempuan.

Jikalau terhadap hal semacam ini saja Rasulullah Shollallahu 'alayhi wasallam mengambil berat dan tidak mendiamkan diri dengan cara memperingatkan tentang keadaan mereka, apalagi berkenaan dengan orang-orang yang mengaku dirinya berilmu padahal ternyata dia menipu masyarakat serta memutarbelitkan perkara dengan menjadikan kekufuran sebagai Islam.

IMAM SYAFIE ;

Imam As-Syafi’i pernah mentahzirkan Hafsh al-Fard yang berfahaman muktazilah di hadapan khalayak ramai dengan mengatakan:

لقد كفرت بالله العظيم

“Kamu benar-benar telah kufur kepada Allah yang Maha Agung”
(yakni telah jatuh dalam kufur hakiki yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam, sebagaimana dijelaskan oleh Imam al Bulqini dalam kitab Zawa-Id Ar-Raudhah, juga boleh merujuk Manaqib asy-Syafi’i Karya Imam Baihaqi, jilid I, m/s 407.

Selain itu juga, Beliau pernah menyatakan tentang Haram bin Utsman, seorang yang hidup semasa dengannya dan biasa berdusta ketika meriwayatkan hadits:

(( الرواية عن حرام حرام))

"Meriwayatkan hadits dari Haram (bin Utsman) hukumnya adalah haram”.

IMAM MALIK

Imam Malik juga mencela (jarh) orang yang semasa dan tinggal di daerah yang sama dengannya;Muhammad bin Ishaq, penulis kitab al-Maghazi. Imam Malik berkata tentangnya:

(( الكذاب))

“Dia seringkali berbohong".

IMAM AHMAD BIN HANBAL

Imam Ahmad bin Hanbal berkata tentang Al-Waqidi:

ركن الكذَاب

“al-Waqidi seringkali berbohong”.

KENAPA ISLAM MENGHARAMKAN BERDIAM DIRI DARIPADA KEMUNGKARAN?

Ketahuilah saudara-saudara yang budiman bahawa perbuatan mentahzirkan mereka yang sesat dan terseleweng daripada landasan agama Islam dengan menyebut kesesatan mereka, menerangkan kerosakan mereka, memperjelaskan kejahatan mereka yang membahayakan Umat Islam tidaklah dikira sebagai ” MEMECAHBELAHKAN UMMAH”,bahkan ini merupakan tindakan yang tepat sedasar dengan perintah Allah Ta’ala dan Sunnah Nabawiyah.

KESATUAN UMMAH

”KESATUAN UMMAH” bukan bererti kita merapatkan sof atau bersatu dengan mereka yang tidak seakidah dengan kita,bersatu dengan golongan mujassimah, bersatu dengan golongan yahudi dan nasrani, bersatu dengan gologan muktazilah, bersatu dengan ayah pin, bersatu dengan Kahar, bersatu dengan syiah, bersatu dengan ajaran ajaran tasauf yang sesat, ajaran qadiany atau sebagainya tetapi ”KESATUAN UMMAH” itu sebenarnya bererti kita merapatkan barisan dengan mereka yang seakidah dengan kita sebagai mejoriti ummah; ASYAIROH DAN MATURIDIYAH.

KENAPA ADA YANG SANGGUP MENGGADAIKAN AGAMA, BERPURA-PURA BILA BERHADAPAN DENGAN KEBENARAN?

Kalaulah kesatuan ummah itu bermaksud bersatu dengan golongan sesat tadi;

* kenapa Imam as-Syafie mentahzirkan dan mengkafirkan Hafs bin al-fFrd seorang muktazilah.kenapa tidak beliau terus bersatu dengan golongan Muktazilah?

* kenapa Imam Yusoff Al-Buwaity sanggup pergi ke baghdad, dan wafat di penjara semata-mata kerana beliau membantah golongan Ahwa’, kenapa beliau tidak mendiamkan diri daripada kemungkaran dan berpura-pura tidak tahu kalaulah itu jalan penyelesaian untuk mendapatkan ’KESATUAN UMMAH”.

* Begitu juga perjuagan Imam Zu Nun Al-Misri menentang golongan sesat tanpa ada sifat pura-pura.

* Pemenjaraan Imam Abu Hanifah bukti beliau tidak pernah mengambil mudah dengan golongan sesat apatah lagi Imam Malik. Imam Ahmad dipenjara, disebat semata-mata menyelamatkan akidah umat islam.

PERSOALAN ; KENAPA MEREKA TIDAK BERPURA-PURA DALAM BERAGAMA?

KERANA ;

Seorang alim itu sekiranya mereka berpura-pura, mengambil mudah, mencintai dunia dan harta benda pasti perbuatan mereka menjadi contoh dan diikuti oleh orang awam. Inilah rupa sebenar ulama’ su’ (ulama’ yang jahat) yang disebut oleh RASULULLAH di dalam beberapa hadis di akhir zaman ini.

JADI, KESATUAN UMMAH tidak dapat tidak dengan memperjelaskan yang haq itu haq dan yang bathil itu adalah suatu kebathilan supaya masyarakat islam terpelihara dan boleh membezakan yang haq kari yang bathil. apabila mereka mengetahui yang haq itu haq kemudian dicontohinya, dan yang bathil itu bathil lalu menjauhi dan mentahzirkannya maka mereka akan mendapat kesenangan dan kebahagian di akhirat yang kekal abadi...ameen.


MARI MENILAI

Sekiranya terdapat pengikut Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak boleh menerima pentahziran ini samada kerana ketaasuban ataupun kedangkalan diri sendiri,apa kata kita menilai bersama beberapa kes yang berlaku sekitar mujassim ini, adakah ia dikira mengumpat ataupun sebaliknya ;

Kata Nik Abdul Aziz :


"..Ini napoklah UMNO ajar ilmu sesat pada manusia..tengok tu lah mace ayoh Pin sesatte..UMNO pun ngaji nga Ayoh Pin samo-samo sesat.."

"..UMNO ni makhluk yang tok patut wujud atah muko dunio.."

Rujuk : Ceramah PAS

Perkataannya lagi :

"..Kalau..kalau benar..timbale..apo ni..timbale Nasaruddin (disampuk oleh wartawan) timbale Nasarudin nok setuju, lebih baik dia masuk UMNO..terang saya sebut..lebih baik dia masuk UMNO..terang..dio letok jawate..dio apo ni jawate dio di Bachok dio betanding..apo dok wat sampoh nih..nyusohkan oghang..dia tidok tahu..


Rujuk TV PAS

Kenyataan yang bercanggah :

"..Saya dah sebut bahawa saya tidok nok guno perkataan UMNO..yang sesat ni kerana tolak Islam..yang tolak Islam sesat saya kata..bukan kerana dia UMNO..den saya telah betul lebih dari skali mace tu..setelah disoal oleh seorang wartawan.."


Rujuk TV PAS



No comments:

Post a Comment