Sunday, July 12, 2009

MARAHKAN TIKUS RENGKIANG DI BAKAR








Perbuatan mencela Nabi dan mencacinya dan seumpama dengannya adalah suatu kekufuran. Orang yang mencaci Nabi hukumnya kafir, keluar daripada agama Islam secara ijma’ (sepakat ulama’)[1], dia dihukum bunuh oleh khalifah selepas diminta bertaubat dari kekufuran tersebut. Wajib dia masuk agama Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah yang merupakan syarat asas. Sekiranya dia bertaubat dan memasuki Agama Islam dikira sebagai beragama islam tiada lagi dikenakan hukuman bunuh pada sesetengan ulama’ tetapi sesetengah ulama’ yang lain tetap berpendapat dia dibunuh walaupun bertaubat dengan dua kalimah syahadah.



AL-QURAN

Berfirman Allah Taala yang bermaksud :

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.”
[2]

AL-HADITH

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Diriwayatkan daripada Abu Dawud di dalam Sunannya[3] dan selainnya[4] daripada Ikramah, dia berkata ; menceritakan Ibn Abbas bahawa seorang yang buta mempunyai seorang ummu walad[5] yang seringkali mencela Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam dan memperlekeh-lekehkan baginda, lalu dia menegahnya daripada amalan buruk tersebut tetapi tiada diendahkan, lalu ditegahnya lagi dengan lebih kuat tiada jua di hiraukan.Dia berkata : Tatkala pada suatu malam dia (ummul walad) mula mengherdik nabi seperti biasa dan mencela baginda, lalu diambil mighwal (sejenis besi)[6] lalu ditikam ke perutnya sehingga terbunuh. Anak yang di pangkuannya terjatuh diantara dua kakinya, lalu berlumuran darah keluar darinya. Berita ini kemudiannya sampai kepada Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Lalu dihimpunkan orang ramai, ketika itu bersabda Rasulullah : Aku mempunyai hak terhadap orang yang melakukan perbuatan ini (pembunuhan) melainkan dia tampil kehadapan. Dia berkata (Ibn Abbas) ; lalu bangun seorang lelaki yang buta itu melangkah ke arah orang ramai dalam keadaan ketakutan sehinggalah sampai kehadapan Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, lalu berkata : wahai Rasulullah, sayalah tuannya (tuan kepada ummu walad yang dibunuh), dia seringkali mencelamu dan mengherdikmu lalu aku menegahnya daripada amalan keji tersebut tetapi tiada diendahkan, lalu aku menegahnya lagi dengan lebih kuat pun tiada jua di hiraukannya, aku mempunyai dua orang anak lelaki yang bagaikan mutiara dengannya, dan dia sentiasa lembut denganku. Akan tetapi semalam apabila dia mula mencacimu dan mencelamu aku mengambil sejenis besi lalu ditikam ke perutnya sehingga terbunuh. Bersabda Nabi SollallahuAlaihi Wasallam : Tidakkah Kamu Semua Menjadi Saksi Bahawa Darahnya Darah Anjing [7]. Daripada hadith ini difahami lelaki yang buta tadi tidak di hukum oleh Bersabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bahkan Baginda mengeji ummu walad tersebut, dalilnya pada sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi WasallamTidakkah Kamu Semua Menjadi Saksi Bawawa Darahnya Darah Anjing.






IJMA’




Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansori As-Syafi’i di dalam mensyarahkan kitab Raudhah At-Tholib, juga memperjelaskan tentang kekufuran sebagaimana teksnya :”ataupun mendustakan nabi pada kenabiannya atau sebagainya, atau mengingkari satu ayat di dalam Al-Quran yang telah disepakati padanya atau menambah perkataan padanya sambil mempercayai ianya daripada al-quran, atau memperlekeh-lekeh akan kenabian dengan cara mencelanya atau sebagainya”.

Komen Ucapan Nik Aziz dalam Khutbah Jumaat Yang Berbau Herdikan Dan Penghinaan Terhadap Rasulullah Di Kedah.

Beberapa keratan teks ucapan Nik Aziz, perhatikan dengan teliti, jauhi fitnah jauhi ketaasuban ;



KENYATAAN NIK AZIZ INI PERLU DI NILAI SEBAGAIMANA BERIKUT;

1. Keterangan Nik Aziz yang berbunyi ” NABI BUDAK KAMPUNG” Ibarat ini penghinaan terhadap nabi atau pengagungan?pujian atau celaan?

2. Kenapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ”Nabi tiada kaitan dengan Umat Islam melainkan selepas baginda berumur 40 tahun”?

3. Bukankah ramai ulama’ membukukan kisah sirah (perjalanan hidup) baginda sejak kecil lagi untuk tatapan Umat Islam dan sebagai pujian terhadap akhlak baginda ?

Al-Quran memuji Rasulullah yang dilahirkan dalam keadaan yatim Di Dalam Firman Allah ;

”Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang tiada petunjuk, lalu Dia memberikan petunjuk.”
[8]


TETAPI...

Persoalannya kenapa Nik Aziz mengatakan Nabi tiada hubungan dengan umatnya sehinggalah baginda dilantik menjadi Rasul? Nak ambil kata-kata Nik Aziz ke nak pakai Al-Quran?fikir-fikirkanlah...

4. Kenapa Nik Aziz menimbulkan isu maulid dan mempertikaikan amalan mulid ini yang pernah diagung-agungkan oleh ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam Al-Hafidz As-Suyuti bahkan pernah menulis sebuah kitab ”Hushn al-maqshod fi ’amal al-maulid”pada memuji amalan maulid ? Apakah justifikasi disebalik cemuhan yang berbau kebencian terhadap majlis sebegini?

5. Benarkah dakwaan Nik Aziz maulid diadakan kerana Umat Islam ingin meniru perbuatan orang kristian?di mana sumbernya? Fakta dari manakah yang boleh membuktikan kenyataan ini?atau sebagai andaian semata-mata yang tidak berasas supaya menakut-nakutkan umat Islam meraikan sambutan maulidurrasul?

6. Kenapa nik Aziz cuba memperlekehkan amalan maulid yang diamalkan oleh umat islam di malaysia, dan mengesyorkan supaya diperbesarkan sambutan hari Nuzul Quran? Adalah Umat Islam selama ini tidak pernah membesarkan hari nuzul quraan? Sambutan hari Nuzul Quran, Bukankah ianya juga tiada di zaman rasulullah, sahabat tidak pernah pun meraikannya? Kenapa Nik Aziz tidak mengiranya sebagai bid’ah?

7. Kebiasaannya yang menghalang amalan sambutan maulidurrasul itu golongan wahhabi? adakah anda bersetuju? Bagaimana pula dengan Nik aziz ?.....HMMM...????





[1] Hujjah ijma’ adalah hujah qath’I dalam pensyariatan Islam.
[2] Surah At-Taubah Ayat : 65-66
[3] Diriwayatkan abu dawud di dalam kitab sunannya: Kitab Hudud : Bab Al-Hukum orang yang mencela Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam.
[4] Imam Al-Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubra, jilid 7 m/s60.
[5] Amah atau hamba perempuan yang disetubuhi kemudian melahirkan anak hasil daripada perhubungan itu.
[6] Ada yang mengatakan mighwal Besi yang diperbuat pada cemeti dan ada pula yang mengatakan ianya pedang yang tajam. Selain itu ada juga ulama yang memberi makna cemeti yang hujungnya tajam di gunakan untuk membunuh. Rujuk Lisan Arab karangan Ibn Hajar Al-Asqalany.
[7] Tiada nilai langsung.
[8] Surah Adh –Dhuha Ayat ;6-7

No comments:

Post a Comment