Saturday, July 11, 2009

KENAPA MESTI BIADAB DENGAN ALLAH

MENCELA ALLAH ADALAH KEKUFURAN YANG AMAT NYATA







Mensifatkan Allah dengan SAMSENG adalah bercanggah dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Ulama dan bahasa.

AL-QURAN

Berfirman Allah Taala yang bermaksud :

” Hanya milik Allah asmaaul-husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dengan menyeleweng dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.[1]

Berfirman Allah lagi :

”Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul-husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
[2]

Berfirman lagi :

”Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
[3]

Al-Hushna di dalam ayat tadi bermaksud Al-Kamal iaitu sifat kesempurnaan. Tidak harus menisbahkan kepada Allah Taala nama-nama yang bercanggah dengan makna kesempurnaan. Oleh itu, tidak harus menamakan Allah Taala sebagai SAMSENG kerana membawa makna GANAS, MEMBERONTAK, yang sememangnya bukan sifat kesempurnaan. Jadi ianya mustahil bagi Allah Taala.

Berkata ulama’ usul :

الله تعالى موصوف بكل كمال يليق به

"Allah Taala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak baginya"

KENAPA PARA ULAMA USUL MENGATAKAN ALLAH TAALA BERSIFAT DENGAN SEGALA SIFAT KESEMPURNAAN YANG LAYAK BAGINYA?

Ulama’ usul mengatakan Allah Taala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan kemudian dikaitkan dengan ” YANG LAYAK BAGINYA” ....

KERANA...

1. Sifat Al-kamal (kesempurnaan) itu boleh jadi sempurna pada hak Allah dan juga pada hak makhluk seperti sifat ( العالم ). Oleh itu, Sifat ( العالم ) boleh disifatkan pada kedua-dua pihak ; Allah dan makhluk, tetapi berbeza dari segi makna.

Kerana...


اتفق اللفظا واختلف معنىً

”Sama dari segi lafaz tetapi berbeza dari sudut makna”




Kesimpulannya di sini sifat ( العالم ) jika disifatkan pada Allah bermakna sempurna, dan jika disifatkan kepada makhluk juga bermakna sempurna tetapi berbeza dari segi maknanya.

2. Sifat Al-Kamal (kesempurnaan) itu juga boleh jadi juga sempurna dan terpuji pada hak Allah sahaja tapi bermakna keji pada hak makhluk seperti sifat ( الجبار ). Sifat ( الجبار ) ini hanya boleh disifatkan pada hak Allah sahaja tidak pada hak makhluk.







3. Sesetengah sifat itu menjadi pujian pada hak Allah tetapi menjadi kejian pada hak makhluk seperti sifat ( رجاحة العقل ).










Begitu juga tidak harus (haram) menyifatkan Allah Taala dengan sifat jahil, lemah, bertempat, berpihak di mana-mana arah (atas bawah, depan belakang, dan kiri kanan),berwarna, berhad (mempunyai batasan) dan seumpama dengannya kerana sifat-sifat ini adalah TIDAK LAYAK dan mustahil bagi hak Allah.

Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : " Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk”:



Seterusnya beliau menambah :
ومن وصف الله بمعنى من معانى البشرفقد كفر

“ barangsiapa mengsifatkan Allah dengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka ia telah jatuh kafir

IJMA’ (SEPAKAT ULAMA’)

Berkata Al-Qadhi ’Iyadh dalam kitabnya As-Syifa : ” Tiada khilaf (ijma’)bahawa orang yang mencaci Allah Taala dari kalangan Umat Islam hukumnya kafir”.



KAEDAH USUL YANG DI SEPAKATI ULAMA’










Berkata Imam Ahlus-Sunnah Wal Jamaah Abu Hasan Al-’Asyary sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Furak di dalam kitab Mujarrad Maqalaat Al-Asy’ary:

ذكر إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري فيما نقله عنه ابن فورك في "مجرد مقالات الأشعري": (لا يجوز إطلاق شيء على الله إلا ما ورد في الكتاب والسنة الصحيحة والإجماع).


” Tidak harus menamakan Allah dengan sebarangan nama melainkan dengan nama yang telah warid (terdapat) di dalam kitab Allah (Al-Quran), Sunnah yang sohih (hadits yang sohih) dan ijma’”.

Bahkan ketelitian ulama’ dalam membahaskan perkara ini menunjukkan mereka berpendirian yang tegas dalam mennyifatkan Allah subhanahu wataala. Lihatlah ketegasan Imam Abu Hasan Al-’Asyary ini;

قال: (لا يسمى الله مستطيعا وإن كان معناه القادر لعدم وروده ولا يجوز تسميته فقيها وفاهما لعدم الورود وإن كان معناه العالم)اهـ.

“Tidak boleh menamakan Allah sebagai Mustathi’an ( Berkemampuan Melakukan Sesuatu) padahal semakna dengan makna Al-Qadir kerana tidak warid lafaznya (di dalam Al-Quran dan hadis yang sohih), dan tidak harus (haram) menamakan Allah sebagai Al-faqih kerana tiada warid lafaznya walaupun semakna dengan Al-‘Alim)”

BERKATA Imam Abu Bakar Al-Baaqillan, murid kepada murid Imam Abu Hasan Al-’Asyary:

ما أطلق الله على نفسه أطلقناه عليه وما لا فلا


” Apa yang Allah Taala sifatkan diriNya kita sifatkan dan apa yang tidak Dia tidak sifatkan jangan kita sebut”


Antara kaedah atau sillibus yang mashyur di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam menyifatkan Allah Taala ialah :

قرر أهل السنة الأشاعرة والماتريدية أن أسماء الله توقيفية.

” Nama-nama Allah adalah terhenti di atas apa yang warid di dalam syarak”


BAHASA

Tidak pernah lagi sebelum ini ulama’-ulama melayu menamakan Allah sebagai samseng hatta perkataan terkutuk sebegini tidak pernah diungkapkan oleh orang awam. Nik Abdul Aziz adalah orang yang pertama mempelopori kebiadaban ini disokongi pula oleh Hadi Awang.

Kenapa Nik Abdul Aziz ingin menyifatkan Allah dengan samseng padahal ada perkataan atau ibarat melayu yang tepat untuk mentafsirkan makna sifat ( الجبار ) Allah iaitu :

MAHA PERKASA,
MAHA AGUNG,
MAHA KEBESARAN,
MAHA BERKUASA...


Padahal makna-makna yang layak ini lebih senang difahami oleh semua lapisan masyarakat dan selamat berbanding dengan menyifatkan Allah dengan samseng. Semoga Allah menjauhi kita daripada kekufuran ini.



FOOTNOTE :
[1] Surah Al-A’raaf Ayat : 180
[2] Surah Al-Israk Ayat : 110
[3] Surah Al-Hasyr Ayat : 24



http://pasvspas.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Post a Comment